“Wahai Bani Adam, janganlah sekali kali kamu dapat ditipu oleh Syaithan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua orang tua kamu (Abina Adam dan ummahatina Hawa) dari Syurga, dengan menanggalkan pakaian kedua duanya untuk memperlihatkan auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut pengikutnya dapat melihat kamu daripada suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaithan syaithan itu pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman”
Al A’raf 27.
As Salam Qablal Kalam.
Assalamulaikum wrh buat admin dan juga ahli ahli FS yang tengah sama terkurung sebagaimana terbelenggunya syaithan syaithan di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Terima kasih atas sokongan dan komentar kalian. Penulis akan ambil maklum untuk cuba mengurangkan leteran dan bebelan dan muqaddimah yang berjela jela panjang. hahaha
Syaithan dan Jin tidak dapat kita pertikaikan kewujudannya kerana ehwal ini bersangkut paut dengan iman dan aqidah kita sebagai umat Islam. Tentang kewujudan Jin dan Syaithan telah dikhabarkan kepada kita melalui Al Quran dan juga hadis hadis Nabi saw. Pokok pangkalnya di sini Jin dan Syaithan juga makhluk tuhan dan tiadalah mereka mampu memberi nikmat atau mudharat kepada kita. Hanya Allah zat yang mampu memberi bekas kepada kita.
Jadi in sha Allah kali ini penulis kan kongsikan satu kisah yang agak popular di tempat kelahiran penulis iaitu Tanah Darul Hana Sarawak Tanah Bertuah. Kisah ini bukan penulis yang mengalaminya, penulis cuma meriwayatkan kisah ini daripada seorang kenalan. Namun bagi penulis sang periwayat ini ‘Majhul’ dan kesahihan kisah ini diragui. Lagipula kenalan penulis ini terkenal dengan sifat ‘Banyak Angin & Kaki Loya’ kata Orang Sarawak iaitu banyak sembang bak kata pepatah Sembang Kencang Babi pon Terbang. Walaupu begitu penulis riwayatkan juga kisahnya di sini untuk hiburan bersama dan biarlah kalian yang menilai sendiri kebenaranya.
.
.
.
.
*Abu di sini merujuk kepada kenalan penulis yang mengalami kisah ini. Bukan Abu Sapiq k.
Abu merupaka anak jati Kuching yang berkecimpung di dalam bidang pemasaran sesuai dengan personalitinya yang ‘Sanguine’ dan ‘Banyak Loya’. Namun di hujung minggu dan di waktu sengkang Abu juga melibatkan diri dalam pekhidmatan ‘E Hailing’. Kisah ini terjadi di sekitar hujung tahun 2018 sewaktu Abu baru lepas menghantar seorang pelanggannya pulang ke Kampung Tupong dari Waterfront Kuching. Abu berniat inilah pelanggan terakhirnya pada malam ini. Jadi Abu pun singgah sebentar ke Medan Niaga Kubah Ria untuk mengisi perut yang lapar. Lepas selesai Abu pun memilih untuk beransur pulang ke kediamannya di Kenyalang. Namun sewaktu melalui bawah jambatan Satok tertiba Abu ditahan oleh seorang wanita. Entah kenapa naluri bujangnya memaksa Abu untuk berhenti.
“Nakpa pa hal tok dek? Kenak ktk nahan kamek? (Ada apa ni dek? Kenapa awak tahan saya)?” tanya Abu?
“Kamek tok nak pulang ke rumah yang nahan kitak.(Saya ni nak balik ke rumah sebab tu tahan awak)” balas perempuan tu.
“Aih. Mun kitak nak balit kenak nahan kamek indah. Mati kerja kita tok (Eh. Kalau nak balik rumah kenapa ahan saya pulak. Mati lah kalau camni)” balas Abu cuba melawak.
“Aih bang. Bukan kitak tok molah Grab ka? (Ek eleh bang. Bukan awak buat Grab ke?)” tanya perempuan tu.
“Aih sine kitak tauk kamek mbak Grab indah. Aih Aih (Macam mana tahu saya buat Grab lak)” tanya Abu balik.
“Nak pa di paloi kau tok. Nak ditepek rah kereta kau ya apa? (Apahal denga kau ni. Yang lekat kat kereta kau ni apa?)” balas perempuan tu.
“Aih aih. Manas nya lok eh. Auk lah kamek Grab. Nait jak kitak sia.( Eh eh. Marah pulak dia. Yelah orang buat Grab. Naiklah.)” pelawa si Abu.
Perempuan yang berbaju merah tu pun naik dan duduk di tempat duduk belakang.
“Sine nak tuju kita tok deng (mana destinasi kita ni dek?)” tanya abu.
“Anta jak kamek ke kuarters lamak depan sepeta ya.(Hanta je saya kat kuarter lama kat depan hospital tu)” balas pompuan tu pendek.
“Aih Aih. Nakpa nak dipolah kitak di sia malam malam tok aih. (Eh eh. Nak buat apa kat situ malam malam ni?)” tanya Abu yang mememangnya kaki sembang.
“Sekda apa. Rumah kamek nisik jauh dari sia. (Tak ada apa. Rumah saya tak jauh dari situ)” balas perempuan tu.
“Sine rumah kitak. Kubo Cina jak sia nak. Ka area rumah orang kaya kaya ya? (Mana rumah awak? Kubur Cina je kat situ. Ke kat area rumah besar besar tu?)” tanya Abu lagi.
Perempuan tu tak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri. Untuk mengelakkan kejanggalan Abu tanya lah lagi.
“Lupak kamek nak nanyak. Kenak kitak sik book make apps jak tek. Nisik lelah kitak bertahan gan kamek. Kamek ingat kitak nak merompak kamek tek hehehe ( Lupa pulak nak tanya. Kenapa tak tempah guna aplikasi je tadi. So tak payah lah susah susah tahan kita. Ingat perompak tadi hahaha)” kata Abu sambil lawak hambar.
“Kamek nisik ada telipon. (Saya tak ada talifon)” balas perempuan tu pendek.
“Bulak eh. Kinek tok miak darjah enak dah bebisik talipaun. Sik kan kitak sekda. Baruk nak minta nombor hahaha (Tipu ah. Budak darjah enam pun dah ada hp sekarang tak kan awak tak ada. Ingat nak minta nombor tadi. Hahahah.)” kata Abu lagi.
Perempuan tu tak menjawab. Abu pun dah kehabisan idea nak cari bahan buat borak. Perjalanan tak begitu lama sebab destinasi yang ditujui tidak berapa jauh dan kebetulan sehala jalan pulang Abu. Bila hampir tiba ke destinasi Abu pun bertanya kepada peempuan tersebut.
“Sine kita nak berenti tok? Rumah kitak sine asannya? (Mana kita nak berhenti ni? Rumah awak kat mana?)” tanya Abu.
“Berenti jak area busstop depan ya. Kelak kamek bejalan dirik pun. (Berhenti je kat depan busstop depan tu karang. Nanti saya jalan sendiri.)” balas perempuan tu.
“Aih Aih. Nisik takut kitak. Udah pukul sebelas lebih jam tok. Ujong ujong betemu antu cina kitak kelak. Hahahaha (Eh eh. Tak takut ke? Dah pukul sebelas lebih ni. Kang bertemu hantu pulak. hahahah)” kata Abu.
Perempuan tu cuma mendiamkan diri.
“Ahhh…Dah nak sampe dah kita. Bus stop tok kah deng (Ahhh… Nak sampai dah kita. Bus stop ni ke dek?)” tanya Abu kepada perempuan tersebut.
Bila Abu cuba toleh kebelakang alangkah terkejutnya Abu sebab tiada sesiapa kat belakang. Tetiba tercium bauan yang agak meloyakan sehinggakan Abu terpaksa membuka tingkap kereta. Abu apa lagi teruslah pecut kereta balik ke rumah sambil mulut lintang pukang dengan ayat kuri yang dah berterabur.
Penulis ada bertanya kenapa Abu menerima pelanggan tanpa tempahan aplikasi namun balas Abu itu biasa. Kadang kadang memang ada sebahagian ambik pelanggan secara ‘offline’ atas sebab tertentu namun tidak digalakkan. Abu mengatakan kepada penulis sewaktu mengambil perempuan tersebut dia tak terfikir pon pasal hantu janet ke apa. Sebab pompuan tu nampak normal. Tak ada nya dia pakai cheongsam merah macam cerita hantu tu. So dia buat cool je lah.
.
.
.
.
Sedikit Info Berkenaan Urban Legend Hantu Janet.
Kisah berkenaan Hantu Janet ini agak popular di Sarawak terutamanya di Kuching. Kisah ini sudah lama sebenarnya bahkan sebelum penulis dan Abu lahir lagi. Dikatakan Janet adalah seorang jururawat yang bekerja di Hospital Umum Sarawak dan dia kemudiannya diculik untuk dijadikan ‘Semah’ kepada Jambatan Satok yang tengah dibina. Janet telah dibunuh kemudian kepalanya ditanam dalam tiang konkrit agak binaan tersebut kukuh dan juga agar penunggu kawasan tersebut tidak mengganggu pembinaan tersebut. Disebabkan itu masyarakat yang mendiami kawasan berdekatan seperti Kampung Bintagor dan Kudei sering melihat entiti wanita berpakaian merah berkeliaran.
Adakah yang mengganggu Abu tadi Hantu Janet yang popular pada tahun awal 70an? Hanya Abu yang tahu kebenaranya.
-Tamat-
Semoga korang terhibur dengan kisah ni. Btw, penulis pun ada kisah kisah lain yang pernah penus kongsikan di laman FS ni. Sapa yang belum baca boleh baca k.
1. Teman Tak Diundang
2. Kucing Putih Penunggu Batu Besar Taman Negara Gunung Gading Sarawak
3. Pengalaman Seram di Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
4. Disumpah Pohon Kedondong: Misteri Bangkitnya Orang Kayong
5. Al Kisah Rumah Tok Tua
Akhir kalam, takut pada Khaliq dan jangan takut pada makhluk. Lazimilah diri dengan aurad perlindungan yag telah disusun ulama agar terhindar dari gangguan makhluk yang tak namak dek mata kasar. Btw, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Penulis masih byk membebel. Gunakan bhs lebih santai ini bukan pertandingan tulis cerpen.
Apakata kalau awak jer yg tulis.. mungkin format penulisan awak boleh dijadikan rujukan penulis2 lain dlm FS ni…
bagus..!