Pancaindera ke 6

Assalamualaikum… Saya nak cerita pengalaman saya. Saya Sara dari Muar Johor berumur 37tahun…. Alhamdullillah saya diberi kelebihan pancaindera ke 6 dari Allah untuk melihat benda ghaib yang org lain tak dapat melihat… Dari umur saya 8 tahun saya dah boleh melihat makhluk2 ni mula2 tu seram jugalah sampai demam2 dan nangis2 tapi lama2 dah jadi lali… Saya dah banyak kali berubat tapi bila jumpa uztad dan di ruqyahkan mereka kata saya tiada gangguan dari saka atau orang hantar… Hijab yang terbuka ini dari Allah….Ok panjang plak mukadimah saya.. Tapi apa2 pun sara nak minta maaf dulu sbb tak pandai nak bercerita moga korang boleh faham ya apa yang Sara nak sampaikan… Ok kita teruskan cerita iya:

– Pada umur 8 tahun makhluk pertama yang saya nampak ialah makhluk yang bergopeng2 seperti terbakar masa tu saya tengah menyapu sampah di keliling rumah… Tengah asyik menyapu sambil menghafal sifir tak alih2 badan meremang… Mula2 buat tak tahu juga tapi bila rasa macam diperhatikan saya jadi cuak….hati mula cakap takkan lah siang2 hari ada hantu kot… Mata melilau pandang kesana kesini.. Tengah pandang sana sini tu ternampak sesuatu dekat ampaian umah jiran… Nampak macam susuk tubuh seorang tua berbongkok tinggi… Bila diamati lagi Allahhuakbar… Muka nya terbakar bergopeng2 tangan nya bersisik2 mata nya merah…. Sedang perhatikan saya yang sedang menyapu… Masa tu saya dah menangis teresak2 menjerit suara tak keluar.. Punyalah takut sampai terkencing dalam seluar dan pengsan kat halaman umah… Arwah mak yang bawa saya masuk dalam umah… Sedar2 dah dibaringkan kat dalam rumah…demam juga saya sampai 4 hari…. Semenjak tu banyak benda2 yang terlihat oleh mata kasar dapat saya lihat….

– Pengalaman yang kedua yang mengerikan… Masa tu umur 13 tahun… Abah saya minta tolong saya belikan tepung gandum untuk di buat jemput2 untuk sarapan esok.. Saya pun suka lah sebab boleh bawa motor… Budak kan lagi masa tu bila abah suruh pergi kedai naik motor mula lah ambil kesempatan pusing satu kampung dulu baru pergi kedai…. Dalam nak ke kedai tu… Masa tu zaman 90 an lagi.. Kampung saya lampu jalan masih tak ada lagi…. Mengharapkan lampu rumah dari orang kampung… Masa bawa motor tu nampak satu lembaga berpakain putih berdiri ditengah jalan.. Laluan tu memang sunyi sikit sebab kiri kanan kebun orang tanam pokok kelapa..

Bila ternampak lembaga putih tu saya boleh berhenti sebab fikir itu ORANG.. Saya marahkan dia sebab berdiri ditengah2 jalan… Saya cakap… Kau ni kenapa berdiri terpacak dekat sini kang kalau kena langgar kan menyusahkan orang lain.. Nanti orang kampung marah aku kalau aku terlanggar kau… Tapi benda tu diam je tak bersuara… Saya tanya kau pekak ke lain kali kalau orang cakap tu pandang muka orang yang cakap dan jawab soalan orang yang tanya tu….. Benda tu tetap diam dan masih lagi membelakangkan saya…. Pastu saya cakap pergi balik dah malam ni…. Nanti kena nyorok dengan hantu.. Dia berpaling memandang saya.. Masa tu rasa macam nak rebah ada macam rasa nak pengsan ada.. Pertama kali melihat pocong dari jarak dekat… Mata nya kosong…bau hanyir dan busuk….. Kainnya bercampur tanah.. Muka nya ada cebisan daging dan nanah… Saya masa tu bila nampak tekan gear 1 terus pecut motor yamaha 70 tu selaju yang boleh… Sampaikan saya langgar je pintu umah abah saya… Mengamuk abah sebab saya langgar pintu umah sampai kopak….. Tak memasal malam2 buta abah kena menukang betulkan pintu… 😂😂

– Kejadian yang ketiga.. Masa ni saya bekerja di Johor.. Masa ni kerja kilang ,masatu nak tunggu keputusan SPM keluar… Duduk menyewa dengan kawan2 di pasir gudang… Kejadian ni berlaku di kilang tempat saya kerja di urc snack food.. Kami dekat sini kalau nak solat atau pergi bilik air kena ganti2 sebab line tak boleh kosong… Sedang masukkan coklat cloud 9 dalam botol… Saya minta izin dengan leader untuk solat isyak pada pukul 10 malam macam tu.. Saya pergi solat berdua dengan kawan saya yg dari line lain… Masa pergi surau tu suasana tu ok je sebab ada lagi 4 orang yang tengah solat…. Kami berdua pergi ambil wuduq… Selesai ambik wuduq tu kawan saya tegur… Kau nampak tak tu… Kenapa dia berdiri kat luar surau sorang2 tu.. Saya cakap mungkin dia tunggu kawan dia yang tengah solat kot… Kami pun buat tak tahu je..

Bila masuk dalam surau terkejut kami orang yang kami nampak tu ada kat dalam surau… Saya dengan kawan tu duk pandang sesama sendiri.. Kami lihat kat luar orang tu masih ada dekat situ dengan mata pandang tajam dekat kami… Kami berdua buat tak tahu saja… Bila tanya dekat kawan yang kat dalam surau tu ada ke kawan2 yang tunggu mereka solat mereka cakap tak ada… Kami berdua diamkan diri dan teruskan solat… Masa tu solat pun jadi laju semacam sebab hati dah rasa takut… Selesai solat kami terus masuk department kami sebab 20 minit dah kami ambil masa pi solat tadi… Masa masuk je department tu keadaan kelam kabut sebab ada yang kena histeria.. Menjerit2.. Bila di amati orang yang kena histeria tu rupanya orang yang tadi solat dengan kami itu….

– Kejadian yang ke 4 masa pergi rumah kawan… Tak tahu dia ada saka keturunan… Masa saya masuk rumah tu mak dia tenung saya macam nak makan.. Halau saya balik.. Kawan saya terkejut dengan perilaku emak dia.. Tapi saya tidak marah.. Sebab saya nampak yang marah itu bukan emak dia tapi saka dia… Marah sebab saya zikir dalam rumah tu… Keluarga ni emak dia tak solat tak mengaji.. Anak2 solat pun tidak boleh solat dekat rumah mak dia akan marah dan mengamuk… Benda ni berlaku selepas nenek mereka meninggal… Bila di nasihatkan mereka pergi berubat.. Alhamdullillah sekarang dah ok family kawan saya tu

– Kejadian yang ke 5 masa ni hujan renyai nak balik kampung dengan abah ternampak Perempuan dekat jambatan bawa anak… Saya suruh abah berhenti sebab kesian.. Kejadian ni berlaku tengah malam… Abah berhentikan kereta… Saya tanya akak nak pergi mana hujan2 ni kesian dekat anak tu marilah masuk abah saya boleh hantarkan… Akak tu diam je… Abah saya dah mula tidak sedap hati… Dia cakap mana ada orang nak jalan kaki hujan2 tengah2 hutan dekat jambatan ni .. Saya cakap mana tahu dia ni anak orang asli ke? Kesian kan tengah hujan macam ni.. Akak tu tak cakap dengan kami tetapi saya dan abah ni macam dapat rasa dia nak kami tengok anak dia… Bila tengok Allahhu batu nisan…. Akak tu dengan tak ada rupa terus hilang mcm tu je…

– Kejadian yang ke 6 masa ni kat rumah nenek sebelah emak… Dalam pukul 2 pagi kalau tidak silap terjaga dari tidur perut memulas usaha lah kononnya letak minyak panas. Supaya tidak mahu pergi buang hajat tetapi tetap tidak boleh tahan juga, kejut abg dengan adik minta tolong teman sebab tandas rumah nenek ni dekat luar jarak tandas dengan rumah jauhnya satu tiang elektrik… Usaha lah kejut abg dengan adik sebab dah hujung2 dah rasa nya nak buang hajat tapi malang abang dengan adik tak mahu bangun… Sebab dah tak tahan sangat nak membuang beranikan diri juga pergi sendiri berbekalkan lampu picit yng hidup segan mati tak mahu tu.. Berlari pi tandas..

Tengah buang hajat tu dengar bunyi suara macam angin kuat sebab dengar bunyi daun2 berlaga kat bumbung tandas tu.. Mula2 tak fikir apa lah.. Bila dah settle beristinjak tu baru ada rasa meremang2 macam tu bulu tengkok ni terpacak je… Masa dengar tandas kayu nenek tu macam dicakar2… Masa ni saya dah mula nangis dah iyalah nak keluar, nak lari umah nenek tu jauh .. Duduk dalam tandas pula kena gangguan… Menangis sampai teresak2 sebab takut sangat masa tu teringat citer suzana lagi lah meraung2 menangis..

Akhirnya tertidur kat tandas tu dlm keadaan duduk menyangkung nasib baik pakcik nak guna tandas dalam kul 6 macam tu jumpa lah kami tertidur dekat dalam tandas .. Yang peliknya siapa yang buka pintu tandas tu sedangkan saya kunci dari dalam . Kata pakcik masa dia datang pintu tandas tu dah terbuka luas dan ada bunga kemboja dekat depan pintu tandas tu banyak.. Lupa nak bagithu rumah nenek saya ni depan kubur islam….

Banyak lagi tapi tidak larat nak taip… Sampai sekarang ni saya masih boleh lihat benda2 ni… Maaf sekali lagi dengan penulisan saya yang berterabur ni… Harap korang sudilah membacanya. Kalau ramai yang suka nanti kita sambung menulis lagi……

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Pancaindera ke 6”

  1. Jika blh melihat benda2 ghaib (makhluk halus) yg menakutkan, itu bkn satu kelebihan atau anugerah tapi itu adalah satu penyakit dan ujian yg Allah bg. Siapa pulak yg bg ajaran songsang yg mengatakan itu adalah kelebihan dan anugerah? 😆😆😆

    Reply

Leave a Comment