Geng Cari Hantu

GENG CARI HANTU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam 1 Malaysia.
Lama tak hantar kisah kat sini. Terima kasih kalau disiarkan oleh admin.

Aku, Fara. Kisah kali ini berkisar tentang Geng Cari Hantu yang terkenal, yang pernah aku berkawan dengan salah seorang crew mereka, suatu ketika dulu. Aiceh, dia punya mukaddimah memang meminta. Tapi kisahnya tak lah berapa panjang dan tak berapa seram. Saja nak share sebab tiba-tiba terkenang. Ha gittewww.. Let’s start!

Tahun 2008, aku belajar di kolej sekitar Batu Caves. Masa tu, kalau tak silap, ada 1 majalah yang aku baca berkaitan kisah seram. Di hujung artikel tu, ada nama penulis dan laman social dia, Friendster. So aku gigih salin and search username dia. Dah jumpa, dengan menggeletis je aku text. Aku pun tak ingat dah macam mana caranya tapi last last aku dapat nombor phone dia. Kita nama kan dia Azman (oh dah tentu bukan nama sebenar.. cliché bukan?)

Aku berkawan dengan Azman selama 2 minggu then dia ajak keluar. Ada sempoi punya meeting dengan kawan-kawan kat Damansara. So aku pun joined. Sampai kat situ, kat meja tu, dah ada 2,3 orang kawan si Azman ni. And salah seorang tu aku kenal. Perempuan tu, nama dia Liza (masih bukan nama sebenar). Aku kenal Liza ni dari media. Memang selalu nampak dia kalau ada berkaitan hal mistik. Orangnya kurus and tinggi lampai. Cantik nak dibanding aku si renek bongsai. Dan dia sangat peramah. Sampaikan aku terbisu kat situ.

Tak lama kemudian, datang lah 2 orang penting bagi pasukan ni. Rupanya malam tu dorang memang ada tugasan nak cari entiti kat area Bukit Malawati Kuala Selangor. Masa tu mana lah familiar dengan tempat ni. Datang sekali ja masa darjah 6 sebab ada kem peringkat kebangsaan, tahun 2001. Cuba sekarang kau tanya aku pasal Bukit Malawati ni. Ceruk mana aku tak mencibang lari kena kejar monyet? Expert sikit dah.

Dah alang-alang aku kat situ, ketua dorang, Hazami (pun bukan nama sebenar) ajak aku join sekali tapi syaratnya, aku kena duduk dalam kereta ja. Takut apa-apa tak diingin berlaku katanya. Aku okay ja. So aku naik kereta berdua dengan Azman, yang lain naik kenderaan masing-masing dengan peralatan yang diperlukan. Sampai ja kat sana, Azman terus keluar. Dia ni cameraman pasukan ni sebenarnya. Aku pun duduk diam diam dalam kereta macam diarahkan.

Make it short… Aku tengok dorang macam ke hulu ke hilir sambil bawa benda yang macam pengesan hantu tu. Apa meter entah dia. Andrometer ke apa entah. And dorang tunjuk tunjuk arah sana sini macam nampak entity. Aku yang dalam kereta ni, dok lah juga usha guna mata kecil aku ni tapi satu hapa pun aku tak nampak. Dalam sejam, misi selesai dengan muka masing-masing sengih puas hati. Bila Azman masuk ja kereta, aku terus serbu dengan soalan. Tak tunggu langsung dah.

“Korang nampak apa weh?”
“Banyak gila! Macam pendekar ada, Pontianak ada, orb ada. Kau tak nampak ke? Tadi ada sekor lalu depan kereta. Semua crew nampak. Memang dia nak bagi orang tengok malam ni.”

Aku — ‘Eh dia ni. Iya iya laaa? Lho bohong kan?’

Gitu aku punya reaksi sambil buat muka minta kena tampar. Tapi tak lah aku cakap depan depan. Kang makan maki. So aku diam ja. Tapi memang aku tak nampak apa-apa pun ya. Aku nampak dorang berlari berkejaran ke sana ke sini (100x). Kot lah memang dorang nampak, wallahualam.

So itu sahaja kisah Geng Cari Hantu malam tu. Aku dah malas nak ikut Azman lepas tu. Tak kosserrr..

Azman ni pernah cerita. Dia ni mix Chinese da Malay. Ayah melayu, mak cina. Orang dengki bila ayah dia dapat kahwin dengan perempuan cina kaya masa tu dan hantar benda nak porak perandakan family dia. Sampai lah Azman lahir, ayah dia menderita sakit buatan orang. Macam benda tu dok berdamping dengan ayah Azman ni tak kasi lepas. Berubat ceruk mana pun gitu juga. Kejap ja hilang then datang semula. Sampai lah ayah dia meninggal.

Bila Azman dah besar sikit, dia mula dapat gejala macam ayah dia. Azman pernah cerita, dalam badan dia ada 5-6 jin yang menumpang. Dah buang sikit, nanti datang pula yang lain bertandang. Puas dia berubat ke sana sini, begitu juga keadahnya. Sebab tu dia join Geng Cari Hantu tu. Dia senang nampak. Tak nampak kaitannya, bukan?

Azman stop join geng ni bila salah sorang crew, merangkap kawan baik dia sendiri, jatuh dari balkoni banglo tinggal masa dorang shoot kat sana. Azman kat bawah balkoni tu, tengah berinteraksi dengan kawannya tu. Kita namakan dia Bob. Masa tu Bob sorang ja kat balkoni tu sambil setting camera. Entah macam mana, Bob cerita, dia rasa macam ada orang angkat dia and campak ke bawah. Atau macam ditolak. Teruk juga member tu cedera. Ada lah dalam seminggu tak sedar diri. Terus Azman stop. Sebab dia kata, dia nampak ada lembaga hitam belakang Bob tapi dia macam tergamam, tak boleh nak bersuara. So dia kata, better dia stop daripada ada benda lebih buruk jadi.

Lama kelamaan, geng ni pun bubar dah. Aku pun lost contact dengan Azman. Semoga dia sejahtera lah hendaknya walau di mana dia berada, samaada di kota mahupun desa. Eh eh eh.

Okay gais, sampai di sini sahaja. Ada kisah yang aku nak kongsikan tentang rumah dan anak anak aku, yang latest tapi kisahnya pendek pendek. Aku tengah fikir cara nak garap kasi cantik sikit. Ada rezeki, aku share.

Sampai ketemu gais..

Regards,
Fara.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Geng Cari Hantu”

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya mencari perawat disekitar.. untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan yang sudah dikenakan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar kepada saya.badan saya ditumpangi 4 buah keluarga yang memakai pendamping ghaib.
    email saya, nombor pengamal perubatan : [email protected]

    Reply

Leave a Comment