Terima kasih kerana sudi menyiarkan cerita ni. Ia diceritakan oleh seorang hamba Allah kepadaku. Begini ceritanya. Pada zaman dahulu, ada sebuah kampung yang berdekatan yang terletak di kaki gunung. Kampung yang indah dipenuhi bunga-bunga liar yang cantik, pohon-pohon yang menghijau, teres-teres gunung yang dipenuhi tanaman oleh warga kampung serta udara yang nyaman. Melati, merupakan anak tunggal kepada Pak Wan dan Chik Teh. Gadis ini memiliki paras redup mata memandang (bukan terlalu cantik, bukan pula hodoh, tetapi sejuk dan sedap mata memandang). Ciri-ciri gadis melayu tradisi merupakan perwatakan semulajadi Melati.
Lembut tutur bicaranya, santun budinya, senyuman manis tidak lekang dibibirnya tatkala berbicara. Melati juga rajin mengaji, zikir-zikir harian sentiasa dibacanya. Melati sangat sukakan bunga. Bila Melati berjalan di luar rumah, habis bunga-bunga liar dipetiknya. Kadangkala diletakkan di dalam kitab-kitabnya, kadangkala diletak dalam pasu dibiliknya, kadangkala disematkan pada rambut dan ditutup dengan selendangnya. Pada suatu hari, selepas Melati menyidai pakaian di ampaian di luar rumahnya, Melati ternampak sekuntum bunga dahlia berwarna biru yang tumbuh di bawah sepohon pokok beringin dibelakang rumahnya. Seakan-akan terpukau dengan keunikan bunga itu, Melati ingin memetiknya.
“Cantik sekali bunga itu, aku mahu memilikinya”, desis hati Melati.
Tanpa membuang masa melati terus pergi ke sana, lalu memetiknya. Seterusnya berlaku beberapa hal yang aneh. Tiba-tiba cahaya menyilau dalam pandangan Melati. Persis di puncak gunung, kabus memenuhi tempat itu. Melati menggosok-gosok mata sambil memegang dahlia biru itu. Seakan-akan mimpi, Melati seperti berada di dunia lain. Melati ternampak sebuah perkampungan yang indah, taman yang dipenuhi bunga berwarna warni serta sebuah tasik yang airnya berwarna hijau.
“Di mana aku ini? Apa tempat ini?”. Melati bingung.
Tiba-tiba, ada suara kedengaran.
“Assalamuailaikum”
Melati tersentap, tetapi terus saja Melati menjawab salamnya.
“Walaikumussalam, anda siapa ya?”
“Namaku Arjuna, engkau Melati kan? Sudah lama aku menunggu kau, Melati”.
“Kau tau namaku, apa yang kau mau?”, Melati kehairanan.
“Sudah lama aku perhatikanmu, Melati. Aku menaruh hati padamu. Ya, aku cintakan kau, Melati. Saat kau memetik bunga di laman, aku jatuh cinta padamu. Saat kau tersenyum apabila melihat bunga yang cantik, aku jatuh cinta padamu. Saat kau mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, aku jatuh cinta padamu. Sungguh, Melati. Sudi kah kau terima cintaku, Melati?”. Kata-kata Arjuna membuat Melati terpaku. Namun raut muka Arjuna yang kelihatan jujur berbicara dan menanti jawapan ‘ya’ Melati membuatkan gadis itu resah.
Melati termenung sambil memandang raut wajah jejaka tampan ini yang masih menanti jawapannya.
“Tampan sekali jejaka ini, santun sekali bicaranya. Jujur pula meluah rasa”. Getus hati Melati.
“Begini ya. Apa bisa saya jawab persoalanmu kemudian, aku baru mengenalimu, aku perlukan masa”. Melati menjawab sambil matanya memandang ke bawah. Malu, barangkali. Iya, ini adalah pertama kali ada jejaka yang mahu menagih cintanya.
“Iya, Melati. Ambillah masa, fikirlah. Sementara kau fikir, bolehkah kau jadi kawan aku untuk hari ini, Melati?”. Tanya Arjuna dengan penuh harapan.
“Iya..”. Jawab Melati.
Arjuna membawa Melati berjalan-jalan di sekitar kampungnya. Melati sangat gembira melawat kampung Arjuna yang nan indah itu. Mereka berkongsi cerita dan ketawa bersama-sama. Melati berasa senang dan selesa bersama Arjuna. Ketika itu, Arjuna memberitahu tentang dirinya, siapa sebenarnya Arjuna?
Arjuna menyingkap rahsia bahawa beliau adalah jejaka bunian dan kampung ini adalah perkampungan bunian. Melati berasa takut, tetapi Arjuna mengatakan bahawa tidak ada banyak beza di antara bunian dan manusia. Bunian juga makan seperti manusia dan hidup seperti manusia. Yang membezakan adalah sempadan hijab dunia di mana Bunian dihilangkan dari pandangan manusia biasa. Arjuna juga mengatakan bahawa agamanya juga Islam dan beliau turut solat, puasa dan beribadah sama seperti Melati. Beliau juga umat Muhammad SAW. Arjuna mempelawa Melati ke rumahnya dan bertemu ibunya, Sri Cendrawasih. Mereka makan dan menunaikan solat bersama-sama. Di akhir pertemuan di antara ibu Arjuna berbicara:
“Arjuna, adakah ini gadis yang selalu kau perkatakan, anakku?”. Soal Sri Cendrawasih.
“Ya, bonda. Beliau lah, Melati”. Jawab Arjuna.
“Adakah kau tau, anakku.. Bahawa kau dan Melati dipisahkan di antara dua sempadan dunia?”, Soal Sri Cendrawasih lagi inginkin kepastian.
“Ya, bonda. Tiada yang lain yang anakanda suka”. Jawab Arjuna perlahan. Sambil Melati hanya mendengar dan memerhatikan perbualan dua beranak itu.
Oleh kerana waktu berjalan pantas, Arjuna harus menghantar Melati kembali ke dunianya. Pesan Arjuna, petik lah bunga dahlia biru jika ingin bertemunya. Melati hanya mengangguk. Arjuna minta Melati mengikut arah taburan bunga Dahlia biru sehinggalah ke penghujungnya. Lalu, Melati sampai ke kampungnya, di bawah pohon beringin.
Setiap hari Melati memetik bunga dahlia biru untuk berjumpa Arjuna. Melati semakin rapat bersama Arjuna. Cinta kian berputih. Lama-kelamaan cinta bersemi ibarat bunga berkembang di musim bunga.
“Aku cintakan kau juga, Arjuna”. Melati memberi jawapan yang sudah lama Arjuna harapkan. Benar Melati telah jatuh cinta pada jejaka itu. Arjuna sangat gembira sehingga setitis airmata jatuh dipipinya tanda bahagia. Arjuna menghadiahkan Melati seutas gelang emas bertatahkan berlian berbunga dahlia. Sungguh unik dan cantik sekali. Arjuna melamar Melati. Kerana tidak mahu terburu-buru, Melati berjanji akan memberikan jawapan pada esok hari. Lalu Melati pulang ke rumah.
Sesampai di rumah, ayah Melati sudah tercegat di muka pintu menunggu Melati.
“Dari mana saja kau Melati?!”, Gertak Pak Wan.
“Tidak ke mana-mana, ayah. Melati berjalan-jalan ambil angin saja..”. Jawab Melati. Matanya memandang ke bawah. Takut ayahnya tahu cerita sebenar.
“Melati! Berjalan-jalan apa, Melati??. Ayah nampak kau memetik sesuatu, tiba-tiba kau hilang? Sudah berapa kali ayah ingatkan, jangan ke belakang sana, bawah pohon beringin, Melati. Itu perkampungan Bunian! Jangan bilang, yang kau sudah berkawan dengan orang sana, ya Melati??”, Pak Wan menahan marah. Suaranya tinggi. Melati mula menangis teresak-esak.
Chik Teh ternampak Melati memegang sesuatu di tangannya, lalu menyoalnya:
“Apa yang kau pegang tu, Melati?”, So Chik Teh.
Melati menangis dan terus menangis. Kerana Melati anak yang baik, Melati hanya menurut saja. Diberikan gelang itu dalam tangannya untuk ditunjukkan kepada kedua orang tuanya.
“Gelang apa itu, Melati? Dari mana kau mendapatkannya?”, Soal Pak Wan.
Sambil menangis, Melati menceritakan kesemuanya. Dari permulaan dia memetik bunga dahlia biru sehingga kepada lamaran Arjuna.
Alangkah terkejutnya Pak Wan dan Chik Teh. Kedua-duanya bersetuju meminta Melati memulangkan kembali gelang itu. Chik Teh menasihati Melati, jika berkahwin bersama Bunian, Melati tidak akan pernah dapat balik ke dunia lagi seperti orang di kampung ini yang dikenali sebagai Ros berpuluh tahun dahulu.
“Apa Melati sanggup tidak berjumpa kami orang tua Melati selama-lamanya? Ingatlah Melati, sukar menyesuaikan diri kerana sempadan hijab di antara dua dunia itu adalah besar dan jauh sekali, Melati”. Rayu Chik Teh pada anak gadisnya. Akhirnya Melati bersetuju memulangkan gelang itu dan menolak lamaran Arjuna pada keesokan harinya.
Matahari sudah menyinsing. Sinarnya sudah terang. Melati mahu mengotakan janjinya pada kedua orang tuanya memulangkan gelang dan menolak lamaran Arjuna. Seperti biasa, Melati memetik dahlia biru. Lalu beliau pun ghaib pergi ke kampung Arjuna. Arjuna telah menunggu dan memberikan senyuman yang manis. Arjuna tidak sabar lagi menunggu jawapan dari lamarannya. Dengan sebak menahan airmata Melati memberikan kembali gelang itu.
“Arjuna, sungguh aku cintakan kau. Tidak pernah aku berbohong tentang cintaku ini selama perkenalan kita. Namun, aku sedar bahawa kita sebenarnya dipisahkan oleh dua sempadan dunia. Dunia yang berbeza. Sekiranya aku terima lamaran kau menjadi isterimu, aku tidak dapat bertemu kedua orang tuaku. Sedangkan aku ini masih belum bisa membahagiakan mereka yang melahirkan dan menjagaku dari aku kecil. Oleh itu, dengan rasa sedih dan berat hati, aku menolak lamaranmu dan aku memulangkan gelang ini kembali kepadamu, Arjuna..”. Melati berkata dengan tersedu sedan. Airmata yang ada tidak dapat ditahan lagi, lalu airmata itu jatuh berlinangan.
Arjuna sangat kecewa dan sedih. Beliau tidak dapat menahan sebak. Tidak semena-mena setitis airmata beliau jatuh ditangan Melati saat Melati ingin memulangkan gelang itu. Arjuna tidak memaksa mahupun berdendam dengan Melati. Arjuna menerima keputusan Melati.
Sambil Melati menangis, pandangan terhadap Arjuna semakin kabur dan menghilang. Melati mendengar suara Arjuna berbisik “Aku terima keputusanmu, Melati. Semoga kau bahagia dan aku tidak akan muncul kepadamu lagi. Tetapi ingatlah, aku sentiasa mencintaimu”. Lalu sekelip mata Melati berada di dunia, di bawah pohon beringin. Melati berlari masuk ke rumah, dan menangis semahu-mahunya. Ya. Melati masih mencintai pemuda Bunian bernama Arjuna itu. Melati masih sangat mencintainya. Namun, perbezaan dua sempadan dunia menghalang cintanya.
Sejak dari hari itu, tiada lagi bunga dahlia biru tumbuh di bawah pohon beringin. Kadangkala Melati sengaja mencari dahlia biru di sekitar laman rumahnya. Namun, tiada. Melati selalu termenung mengingatkan Arjuna. Rasa rindunya pada jejaka itu, hanya Allah yang tahu. Melati banyak menghabiskan masa membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir untuk melupakan cintanya pada Arjuna. Sesungguhnya, itu adalah pengubat rindu Melati pada Arjuna. Sesekali Arjuna hadir dalam mimpi Melati. Arjuna hanya tersenyum. Sudah banyak pinangan yang Melati tolak. Pak Wan dan Chik Teh tidak tahu berkata apa-apa lagi. Melati akhirnya tidak berkahwin dan menghembuskan nafas terakhir ketika berumur 35 tahun akibat sakit. Ketika pengebumian Melati, dikatakan ada seorang jejaka kacak yang tidak dikenali menunggu di pusara sehingga senja melabuh sambil mengaji dalam tangisan. Pak Wan dan Chik Teh percaya, itu lah Arjuna. Namun mereka tidak berkata apa-apa dan membiarkan saja. Berakhirlah kisah cinta dua sempadan dunia yang berbeza.
Terima kasih sudi membaca walaupun kisah ini tidaklah seram mana.
-Melati-Arjuna-
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best sgt! Teruskan menulis, jgn lupa nama Melati-Arjuna tu ok, senang nk ingat.
ermmm….kukuhnya cita metali pada arjuna tu
sedih…..
Dey dey metali mana plak ni ? melati lah ?
maaf…terketawa plak…metali…huhuhuhuhuh
hahaha…typo tu
metali pun boleh ??? O_o
Owh sedih pula dan xseram…
Hish sape plak p****g bawang ni?! ? Sedih tp tak seram ?
sedih ;(
best cite dia niii…
lagi best dari drama pukul 7. tahniah ! kalau ada cerita begini lagi, boleh lah dihantar lagi. tak sabar menunggu.
Mohon hntar cerita ni gantikan drama pukul 7
Aku pun tersangat setuju dengan cadangan ini!
best sangatt
besttt <3
Best cita ni….rare….
Wahhhh… Best tapi sediyyyh
menarik lah
sekali sekala baca cerita tak seram pun okay.. hehehe.. nasib baik arjuna tak berdendam #arjunamelati
Sedih sangat
Teruskan menulis
Suka sgt2 cita ni..rare..siap imagine lagi..kalau buat filem atau drama tentu menarik kisah cinta manusia dan bunian yg tak kesampaian..melati arjuna..mohon bykkan kisah epik mcm ni..
Gempak sey…cinta manusia dan bunian…
Best..
Ok citer ni best dan sedih lagi2 sebab arjuna hensem
Weh..cerita ni best laaa..nak lagi best, baca sambil dengar lagu srikandi cintaku 😠memang kono sangat huaaa…cinta terpisah dua dunia yang berbeza 😖 tahniah pada penulis…kalau awak nampak comment ni…teringin nak request sambungan kisah melati dan arjuna ni hmm…