Kawasan Tempat Tinggal #TanahPerkuburan

Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya cerita aku ni sudi diterima untuk dibacakan oleh orang ramai . Aku baru saja berjinak dengan FS itupun sebab kakak aku yang promotkan kepada aku dan tiba-tiba muncul perasaan nak tulis cerita aku sendiri (ni kali kedua dah aku tulis sebab yang satu tu aku tersalah tekan terus usaha satu jam lebih lesap ?) .

Kawasan tempat tinggal aku adalah kampung yang terletak di sudut bandar. Setiap lorong kampung aku ni dihubungkan melalui jalan raya. Contohnya, lorong 1 dan 2 berada di depan jalan raya tersebut setelah masuk simpang kampung ni. Lorong 3 pulak berada di tengah-tengah. Lorong-lorong ni terletak di tepi jalan raya yang disebutkan. Dekat seberang jalan pulak ada bukit, lorong aku pulak dekat seberang dia ialah bus stop dan surau . Sebelah surau tu ada bukit lagi.

Kisah pertama yang aku ceritakan ni lebih tertumpu dekat bukit yang berhadapan dengan lorong 1 dan 2. Aku lupa nak cakap yang bukit tersebut ialah tapak tanah perkuburan islam. Nak cakap seram tak jugak sebab jalan raya ada kat bawah dan kereta banyak yang lalu lalang kat situ dan lorong 1 dan 2 berhadapan dengan tanah perkuburan tersebut. Budak budak sekolah menengah yang tinggal dekat kawasan kampung ni selalunya akan menggunakan short cut dengan melalui bukit tersebut yang juga tanah perkuburan islam. Bayangkan kalau form 3-5, pagi-pagi dah lalu bukit tu. Bukit tak lah macam bukit dengan rumput yang tinggi dalam imaginasi korang tu. Dekat bukit tu ada di sediakan jalan tar so senanglah budak-budak nak lalu. Aku masa sekolah dulu pun guna jalan short cut tu jugak.

Tapi cerita ni bukanlah mengenai aku. Cerita ni terjadi dekat abang aku yang pada masa dia sekolah dulupun menggunakan jalan tersebut. Ada satu hari tu masa dia nak balik dah dari sekolah . Hari tu tak macam hari-hari biasa , kali ni dia temankan awek dia yang pada masa yang sama rumahnya di hadapan lorong kami. Masa tu abang aku sesi petang dan balik pun petang lah . Tengah leka berjalan melalui jalan atas bukit tu, tetiba awek dia berhenti dan pergi ke arah salah satu kubur yang terletak dekat tanah perkuburan bukit tersebut. Abang aku belum fikir macam-macam lagi . Abang aku tengok muka awek dia sayu je, abang aku masih lagi berfikiran waras dan berfikir mungkin kubur tersebut milik kenalan awek dia.

Ingatkan awek dia nak sedekahkan Al-Fatihah ataupun surah Yassin , tapi lain pulak jadi. Abang aku boleh dengar yang awek dia tengah nyanyi lagu Cindai dengan nada yang sayu depan kubur tersebut. Ulang ayat, lagu Cindai. “Cindailah manaa tidak berkias ,, jalinan lalu retak seribuu”, kira macam tu lah lirik dia. Habis je nyanyi dia senyum kat kubur tu. Bayangkan kalau anda yang ada dekat situasi tu masa tu. Abang aku dah lain macam dah , bulu roma jangan cakaplah, berdiri 90 darjah.

Abang aku beranikan diri suruh awek dia tu balik sebab hari dah lewat, takut-takut kalau lama sangat kat atas bukit tu kena tangkap basah pulak diorang. Lepas je dengar suara abang aku awek dia terus macam tersedar dari lamunan. Tak cakap apa-apa terus blah dari situ. Dah nak sampai rumah masing-masing abang aku tanya dia tentang apa yang terjadi tadi, awek dia boleh je cakap yang dia tak ingat apa-apa pada masa tu.

Kisah kedua ni pulak diceritakan oleh kenalan aku. Kenalan aku ni pernah lepak dengan kawan-kawan dia dekat depan lorong 1 ataupun 2 aku pun dah tak ingat. Walaupun bukit tu terpisah oleh jalan raya tapi still boleh nampak dari seberang jalan tiang-tiang batu nisan dekat atas tu dek kerana cahaya bulan. Kenalan aku dan kawan-kawan dia pada masa tu lepak masa tengah malam. Tengah asyik berborak, kenalan aku ni macam ternampak susuk tubuh dekat bukit tu. Makin lama dia perhati makin jelas apa yang dia lihat.

Bulu roma pun dah naik masa tu. Kawan Рkawan dia boleh pulak pegi tegur benda tu, siap ambik gambar. Kembanglah hidung benda tu kalau kena viral. Nasib baik tak ada apa-apa yang jadi kat diaorang. Gambar tu pun mereka delete sebab takut nak simpan. Haaaa , aku belum beritahu lagikan benda apa yang diorang nampak. Diorang nampak susuk tubuh berdiri menghadap diorang, di baluti kain kafan yang dah buruk. Muka dia hitam dan buruk macam mayat yang dah reput tengah tengok diaorang. Memang dia menjelma sebagai mayat pun kan so macam mayatlah. Seramm pulak aku bila bayangkan . ?

Kisah ketiga ni pulak terjadi dekat kawan baik aku sendiri . Masa tu dia cakap dia masih lagi berada dalam zaman persekolahan. Bawa moto pun belum reti masa tu, sekarang pun sama jugak kot (perli orang sedangkan diri sendiri pun sama) ? . Macam ni cerita dia , pernah sekali kawan aku ni balik tengah malam, jalan kaki lagi tu. Nak mintak member hantarkan, member pulak tak nak. So redhaa je lah. Aku tak ingatlah yang dia balik dari mana, api aku rasa mungkin baru lepas lepak maklumlah zaman remaja ni kan. Kalau nak cakap dia isap gam tarik bulan memang taklah sebab aku kenal kawan aku tu, bukan jenis yang layan benda macam tu.

Masa tu kereta dah tak banyak yang lalu jalan tu. Kawan aku ni elok je dia jalan and sampai satu masa tetiba rasa macam ada sesuatu yang perhatikan dia. Mulalah lah mata dia tengok sekeliling. Sampai satu masa tu dia stop and fokus dekat satu tempat dan tempat tu ialah bukit yang ada kubur kat atas. Dia tengok sekujur tubuh dibaluti kain putih yang lusuh tengah usha kawan aku ni. Kawan aku ni dah tahu siapa yang perhatikan dia. Muka dah lah buruk and pandangan benda tu tak lari dari melihat kawan aku tu. Dia percepatkan langkah dengan nafas yang tercungap-cungap, jantung pun berdebar dah pada masa tu. Kalau lari memang cari nahas lah sebab benda ni lagi lah suka kalau tengok kita takut.

So kawan aku control steady tapi dalam masa yang sama dah nak terkencing dah rasa dia. Dia tak puas hati dia toleh lagi ke arah benda tu. Still sama, benda tu tak berganjak dari tempat dia berdiri dan still perhatikan kawan aku. So dia punya jalan makinlah cepat. Sampai je rumah terus tido taknak kencing, berak, cuci kaki, cuci tangan ke apa sebab dah takut. Btw, hantu bungkus aka pocong ni memang selalu jugak lah dengar cerita dia dekat kawasan kubur tu. Kira famous lah dia tu kan. Aku ni pulak jenis yang paling aku takut benda tulah.

Sebenarnya ada lagi cerita pasal tanah perkuburan tu tapi tangan pun dah penat menulis 3 jam di tambah dengan cerita yang aku terdelete tadi. Sejarah kertas 3 pun aku tulis tak sampai satu jam. Sebenarnya aku berniat nak ceritakan lagi cerita yang ada kat kawasan tempat tinggal aku ni sekiranya diterima baik oleh pembaca . Pengakhiran kata , terima kasih dan assalamulaikum ?

Ps : admin kalau post cerita aku kalau boleh post pada waktu malam macam kol 9 cam tu untuk untuk tambahkan mood dia sebab cerita aku tak seram mana pun ?

9 comments

  1. Hahahahahaha…
    Klu post tgh mlm pon kena yg bace pkol 1tghri esoknye xde point gak dek non…
    Papepun sila share lg yer dn tlg jgn salah tekan…
    Heheheheeh…

  2. Dek, sesungguhnya kalau nak carik mood seram, aku tgk muka kak mah siang kala pon aku dah meremang. Kiranya citer ko ni kurang seram drpd dia. Ehhh aku tersebut nama eh? Aduhlah nakkkkkk, mak tak kisahhhhhhhhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *