MATA
Pagi itu cuaca masih lagi biasa. Sememangnya aku menjalani hariku tanpa ada yang istimewa. Pergi kerja dan balik kerja. Rutinku sebagai pekerja di sebuah kedai cermin mata di Jalan Bunga Raya masih juga sama. Kedai yang telah lama bertapak sejak awal tahun 2000 ini sering menjadi tumpuan penduduk setempat lantaran harga yang kami tawarkan jauh lebih murah berbanding kedai lain. Perkhidmatan kami juga dipuji kerana slogan 3 S. Apa itu 3 S? Sapa, sopan dan senyum! Slogan yang digarap pemilik kedai kami ini memaksa aku untuk sentiasa beramah-mesra meskipun kadang-kala berhadapan dengan pelanggan yang banyak kerenah. Sangatlah merimaskan aku.
โKenapalah hidup aku tak ada kelainan. Sama saja,โ monologku sendirian.
Hari ini kedai kami memulakan promosi bingkai cermin mata murah. Potongan harga sehingga 70% bagaikan memancing penduduk setempat. Sudahlah kedai kami ni jualannya memang murah, ditambah pula dengan promosi gila ini, lagilah tak masuk akal. Namun, ada satu perkara yang menarik perhatian aku sedari tadi.
โAdik, kenapa tercegat di situ dari tadi?โ Soalku kepada seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung merah jambu. Rambutnya yang bertocang ekor kuda membuatkan aku pegun memandangnya. Tanganku melambai sebagai isyarat memanggilnya mampir ke kedai. Dia akur.
โAdik tak penat berdiri lama-lama di situ? Mana ibu?โ
โTak penat pun,โ jawabnya sambil menghulurkan sesuatu kepadaku.
โEh, kenapa bagi akak duit? Mana ibu adik?โ Dahiku mula berkerut. Kepingan not RM100 yang ronyok masih erat di genggamanku.
โIbu yang bagi. Ibu pesan suruh beli cermin mata.โ
โEh, nak beli cermin mata kena ada orangnya. Ini bukan gula-gula tau dik,โ selorohku. Sayangnya dia tidak ketawa. Hanya merenungku kosong.
โIbu sakit. Ibu tak larat bangun. Ibu nak cermin mata. Ibu kata ibu bosan. Ibu nak baca buku, tapi mata ibu tak berapa nampak,โ jawabnya perlahan. Biarpun kedengaran sayu, tapi aku masih tak boleh buat apa-apa. Ibunya perlu hadir juga untuk kami periksa keadaan matanya.
โMana rumah adik? Adik balik dulu ya. Nanti suruh ayah bawa ibu ke sini,โ pintaku.
Dia hanya menggeleng seraya menghalakan bibirnya ke arah seberang jalan. Mungkin rumahnya di seberang jalan. Kalau betul maknanya dekatlah tu.
โKakak datanglah rumah. Ayah tak ada. Ibu tak boleh bangun,โ pintanya bersungguh.
โSorry dik, kakak pun ada kerja ni. Adik balik dulu ya,โ pujukku.
โAla kak, ibu nak cermin mata. Tolonglah. Tolonglah,โ rengeknya kepadaku. Aduh, ni yang aku malas. Banyak kerenah rupanya budak ni. Takkanlah aku nak kena pergi ke rumahnya pula. Aku kembali memaniskan muka.
โAdik, kami tak boleh ke rumah adik. Adik balik dulu, nanti ibu dah sihat, minta ibu datang ya. Kakak ada kerja ni, kakak masuk dalam dulu tau,โ jawabku sambil meluru laju ke dalam kedai. Dari balik pintu aku melihat dia berjalan perlahan ke arah yang ditunjuknya. Mungkin sudah pulang. Mungkin.
Seminggu berlalu. Kepalaku masih lagi memikirkan budak itu. Namanya juga aku tak tahu. Jujur, sedikit sebanyak hatiku dirundung rasa bersalah. Tapi, takkanlah aku hendak melayannya tatkala kerja aku juga banyak kan? Harap-harap dia datang lagi lah nanti.
โKakak, kakak!โ
Aku tersentak. Budak tu datang semula. Betul-betul berdiri di depanku. Entah bila dia muncul pun aku tak tahu.
โAdik, mak dah sihat? Mana mak adik. Katanya nak buat cermin mata kan?โ
Dia hanya geleng. Tapi masih tersenyum kepadaku. โDah kenapa pula budak ni?โ Monologku pelik.
โApalah kakak ni. Ibukan tak boleh bangun. Tapi ibu bagi ini,โ katanya lalu memberiku sebungkus plastik hitam.
โAllah!!!โ Aku tergamam. Wajahku segera memucat. Segera aku memandang ke arahnya. Namun kelibatnya tidak ada. Yang ada hanyalah suasana kelabu-kelabu membiru tanda hari menginjak senja.
โAmbilah kak. Masih basah lagi tu! Hihihi,โsuara bak hilaian itu menerjah gengendang telingaku. Aku memandang sisi namun tiada orang. Kakiku mulai longlai. Aku terduduk kaku! Siapa sebenarnya dia? Pandanganku masih tertancap pada isi bungkusan itu. Aku rebah.
Kau rasa apa isinya?
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
mata! @@
Apa ya isi bungkusan tu?
Mesti dlm plastik tu ada mata mak dia T_T
Assalamualaikum,seronok juga baca.kalau bosan,๐.saya harap boleh semua kisah kat fiksyen sasha.
Biji ๐ kan?? Best jugak cerita rekaan kau ni bahasa boleh tahan ๐
Apa isinya..
DIA BG BIJI MATA UTK DIPERIKSA YEA HAHAHAH
X best pn
BIAR AKAK TEKA …2 BIJI MATA
Janin ? Daging mentah ? Mayat ?
Ending nya gantung kak
Mata? Sbb masih basah…
ko nak bercerita ke nak bagi teka teki
Kenapa FS dah sendu๐
Best story, sambung lah cepat. aku rasa dalam plastik hitam tu, mesti ada biji mata emak budak tu kan. huhu.. ngeri nya.
Mata mak dia…..lenkali nk story biar sampai abihhh…ni kena tekaยฒ plak..adoiiii
mata kan.. hihihiihihi
dia bawak mata mak dia ke?? ehh ehh dia ni hmm nak main teka teki g masuk contest teka silang kata
Sepasang bebola mata
Ape isinya…separuh jalan je๐ญ
Alaaa dy bwak biji mata mak dy la..ckp nak periksa mata..dh tajuk pon nama mata xyah nk beteka sgtt la korang.. hahaha mak dy kan xleh jlan..dy bwak jela mata tu nk periksa mudah betol hahaha