Cukup Sampai Sini “Sayonara”

“Lin…aku ada benda nak cakap”

Firash bersuara memecah kesunyian sebaik sahaja mereka tiba di ruangan parkir apartmen Linda.

“Hah, ape tuu” soal Linda ringkas seraya mereka bergerak menuju ke lif.

“Bila aku jumpa Aidid kelmarin, aku dah dapat idea macam mana kita nak tau pasal kemalangan ayah aku tu” Firash bersandar ke dinding di dalam lif sambil menjelaskan.

“Hah yeke?, macam mana tu? Bunyi macam menarik je” Linda mula teruja.

“Ermm kau tau, masa aku lepak dengan Aidid kan, dia boleh bawak aku pergi tengok masa dia kemalangan..” jelas Firash sebaik mereka keluar dari lif. Linda mendengar dengan tekun.

“…dekat situ aku mula terfikir, maknanya aku boleh pergi hari kemalangan ayah aku lah kan, tapi malangnya tak boleh, aku dah cuba” Firash mengeluh perlahan.

“Kenapa tak boleh pulak?” Soal Linda kurang faham sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.

“Ermm..Aidid kata, mungkin sebab aku….ermm dah tak wujud di dunia..tah laa” Firash berdiri merenung luar jendela.

Linda melepaskan keluhan. “Then kenapa tak pergi dengan Aidid?”

“Aku dah cuba jugak, tetap tak boleh, mungkin jasad Aidid lemah” ujar Firash ringkas.

“Kalau macam tu, nanti kita boleh cuba..” Linda menganggukan kepala selepas berfikir seketika.

“Nanti? Kenapa tak sekarang Lin? Aku dah tak sabar ni” soal Firash sedikit mendesak.

“Sekarang tak boleh la Firash, oh ye aku lupa nak bagi tau, malam ni Ani datang tidur sini, siang tadi aku jumpa dia..jadi nanti je lah kita cuba”

Serentak itu telefon Linda berbunyi.

“…haa panjang umur dia, baru sebut nama, ni dia call..kejap ya” Linda bangun menuju ke dapur untuk mengangkat panggilan dari Ani sambil mengambil sebotol air.

“Hello Lin..”

“Hello, haa Ani, ko dekat mana..dah sampai ke?”

Firash hanya memerhati Linda berbual di telefon dari ruang tamu. Seketika kemudian Linda kembali sebaik meletakkan panggilan.

“Dia dah on the way, cuma lambat sikit, dia ada beberapa urusan” terang Linda saat melihat wajah Firash seakan tertanya-tanya.

“Haa ok la tu, boleh la kita cuba sekejap Lin…” cadang Firash.

“Lahh, tak nyempat-nyempat la ko ni”

Linda menolak cadangan Firash, lalu duduk menekan butang alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen.

“…ala kejap je Lin, Ani kan lambat lagi sampai, please..” rayu Firash.

“Eee ko ni kan, yelah yelah, aku kenangkan kesian je kat ko ni, kalau tak…” bebel Linda di sambut ketawa kecil dari Firash.

“…ha macam mana?” Soal Linda sedikit geram.

“Ye tak ye, jap…kau kena tidur dulu kot Lin, baru roh kau keluar, tak pasti juga aku” Firash menggaru-garu kepala.

Linda menepuk dahi tanda tension dan stress melayan karenah Firash. Dia kembali mengadap televisyen, memilih dan menukar-nukar siaran.

“Aku tengah segar bugar macam ni, macam mana la nak tidur, pelik-pelik ko ni, nanti-nanti…”

Belum sempat Linda menghabiskan kata-kata, sesuatu yang berat menghentam belakang kepalanya.

“Aduhh..sakit la bengong!!” Marah Linda seraya berpaling.

Firash tersengih-sengih sambil memegang botol air yang cukup besar. Baru sekejap tadi dia menghentak botol air itu tepat di belakang kepala Linda.

“Sengih-sengih…, sakit tau!!! Aku takbir raya karang, menangis ko situ” bebel Linda betul-betul marah.

“Sorry Lin, sorry…tapi berjaya!!” Jerit Firash seraya memuncungkan mulut menunjukkan sesuatu kepada Linda.

“Apa??…” Soal Linda tak faham, perlahan dia berpaling.

“Makkk, woii apa ni?? Aa…..aku mati ke wehhh??” Terkejut besar Linda apabila melihat tubuhnya terbaring kaku di ruang tamu.

“Hishh, tak ada lah, kau hidup lagi lah, wajah kau bersinar lagi tu, kau pengsan je, nampak tu dada kau turun naik bernafas” celah Firash seraya melutut memerhati jasad Linda.

“Eh-eh kau jangan nak tenung lebih-lebih, aku debik kang..” laung Linda memberi amaran. Firash tersengih seperti kerang busuk.

“…hah dah tu kita nak buat apa ni?” Soal Linda sambil mengurut-ngurut lehernya yang masih terasa sengal.

Firash berdiri, lalu menghulurkan tangan. “Pegang tangan aku dan pejamkan mata”

Linda mencapai kasar tangan Firash tanda masih geram. Firash hanya tersengih-sengih lucu.

“Memandangkan kita tak tau di mana dan bila kejadian tu, aku rasa kita pergi sejam sebelum kejadian, sudah tentu dekat rumah aku” ujar Firash yakin.

Seketika kemudian, suasana hening, tiada sebarang bunyi. Linda merasa berdebar-debar.

**********************

Encik Mehmood menyanyi-nyanyi riang sambil menyisir rambut. Seketika kemudian, dia memperkemaskan butang baju kemejanya. Cermin ditenung, kelibat isterinya puan Khamisah terpantul dicermin, dia senyum.

“Lama tenung abang ni, kacak sungguh ke laki awak ni hihi” lancar kata-kata encik Mehmood mengusik isterinya.

“Kacak bang, hehe…cuma hati ni macam sayu je…” puan Khamisah berhenti dari bicara, terasa sebak tiba-tiba.

Encik Mehmood senyum seraya berpaling, seolah-olah mempersembahkan gaya kepada isterinya. Puan Khamisah membalas senyuman.

“Tak ada apa lah mak nye, usah diikut perasaan, ni anak dara kita tu dah siap ke? Karang lambat, kita juga yang disalahkan” ujar encik Mehmood lalu berjalan menghampiri isterinya seraya menepuk bahu dan berlalu keluar.

“Adik!! Siap dah ke? Ayah dah tunggu tu..” laung puan Khamisah perlahan tapi jelas.

“Jap mak, siap dah!!..” Sahut Nurul, seketika kemudian keluar dari bilik.

Firash yang berdiri di sudut rumah menitiskan air mata. Rindunya pada keletah adiknya itu, rindu pada belaian ibunya.

Linda menepuk-nepuk belakang Firash, memberi semangat.

“Kau dah lama tak jenguk mereka ye?” Soal Linda simpati.

Firash sekadar mengangguk, air mata di kesat laju. “Ya Lin, aku tak sanggup melihat mak dan adik aku, rasa tersiat-siat hati ni”

“Mak, adik keluar dulu ye” ucap Nurul, lantas bersalam dan mencium tangan puan Khamisah.

Encik Mehmood yang berada di laman sedang membersihkan kotoran-kotoran kecil di kereta sambil memanaskan enjin kereta.

Puan Khamisah turun ke laman, menghulurkan tangan lalu bersalaman dengan suaminya.

“Maafkan segala dosa-dosa saya bang, halalkan semua makan minum saya..” ucap puan Khamisah lantas memeluk suaminya.

Encik Mehmood terkesima sebentar dan tersenyum.

“Drama apa pulak ni mak nye, abang ni nak ke bandor tu je ngantor budak Nurul ni haa, dah macam abang nak pergi perang pulak hihi”

Puan Khamisah cuma senyum dan menyeka air mata.

“Ye, abang maafkan dan halalkan semua, awak jangan la sedih” ucap encik Mehmood lalu masuk ke dalam kereta.

“Jaga diri dikk, jangan nak merewang bukan-bukan”

“Ye mak” jawab Nurul ringkas menyahut pesanan dari ibunya.

Sebaik sahaja kereta hilang dari pandangan, puan Khamisah menangis semahu-mahunya. Hatinya benar-benar terpalit sedih entah kenapa.

Firash hanya mampu memeluk ibunya dari belakang, biarpun ibunya tak dapat merasai hangat pelukan darinya, tapi sekurang-kurangnya meredakan sedih di hati Firash sendiri.

“Sabar Firash, kita kena ikut dorang, fokus Firash..” perlahan Linda bersuara, sedikit serba salah.

Firash mengesat air mata, lalu memberi isyarat kepada Linda untuk segera mengikut ayah dan adiknya.

Di dalam kereta, Nurul sedang asyik berselfie, ayahnya sekadar menoleh sesekali seraya menggelengkan kepala.

“Sudah-sudah la dik, herot-merot dah mulut tu ayah tengok” tegur encik Mehmood.

“Hehe ala ni kan trend budak sekarang berselfie yah..” jawab Nurul ringkas.

“Eh…” tiba-tiba Nurul sedikit terkejut.

Dia seakan melihat kelibat abangnya Firash samar-samar di dalam foto yang telah di ambil.

Linda memberi isyarat supaya duduk bersandar dan diam kepada Firash yang menjengahkan kepala di tengah-tengah tempat duduk.

“Kenapa dik?” Soal ayahnya.

“Tak ada apa-apa ayah, adik macam salah tengok..” jawab Nurul ringkas seraya menggelengkan kepala lalu menyimpan telefonnya.

“Ishh..pedih pulak mata ni” encik Mehmood tiba-tiba bersuara sambil mengedip-ngedipkan mata.

“Ayah, cepat sikit, kereta belakang dah bagi lampu tinggi tu”

“Ayah tau, tapi mata ayah ni, terasa kabur pulak, tak berapa nampak”

Serentak Linda dan Firash berpaling ke belakang melihat kenderaan yang laju mengekori.

Belum sempat mereka melihat dengan jelas, kereta itu sudah mula memotong.

Bagai kan dalam filem, masa berjalan perlahan saat kereta itu melintas. Nurul dan ayahnya hanya memandang kereta di sebelah.

“Haaa bia betul….” buntang mata Linda melihat kereta yang sedang memotong itu, dia sangat mengenalinya.

Firash terlopong mulutnya ternganga dan terkedu melihat pemandu yang memintas kereta ayahnya.

Dalam sekelip mata, kereta ayahnya dihentam sebuah lori, dan kereta di sebelah tadi terbalik ke dalam longkang.

Linda dan Firash berdiri kaku di tengah jalan raya. Masing-masing hilang bicara, seketika kemudian kelibat orang ramai mengeremuni kawasan kemalangan itu.

“Hahahahahaha”

Tiba-tiba satu suara kasar ketawa. Serta merta keadaan berubah.

Linda dan Firash kini terpinga-pinga di tengah ruang tamu rumah Linda.

Khannas ketawa tanpa henti, suaranya membingitkan, Linda menekup sedikit telinga.

“Sekarang, kau dah tahu kan siapa punya angkara hahaha…” Khannas bersuara kasar.

Firash masih lagi terkesima, dia sulit menerima kenyataan. Hatinya berbolak- balik.

“…apa lagi kau tunggu, dia sekarang di sebelah kau sahaja..hapuskan saja dia” Khannas mengarahkan Firash menamatkan riwayat Linda.

“Jangan terpedaya dengan setan ni Firash, kau kan tahu hal sebenar, kemalangan tu pun memang helah dia..sekarang nak kambing hitamkan aku” Linda mendepakan tangan saat bertekak dengan Khannas.

Firash diam tertunduk. Lama dia termenung. Seketika kemudian, dia mendongak lantas bersuara. “Aku takkan termakan hasutan kau untuk kali kedua syaitan !!!, ya aku memang marah, kerana dia ayah aku meninggal…tetapi dia juga mangsa kau!!!”

“Auchh, sweet sungguh cik abang kita ni, nampak macam dah jatuh hati dekat cik Linda kita…” tiba-tiba muncul suara seorang wanita.

“Ana!!” terpacul laju dari mulut Linda.

“Haii Lin…sorry lah aku lambat sikit sampai, jangan marahh” Ana mengenyitkan mata lalu duduk di birai sofa sambil melirik kepada Khannas, kemudian kembali memerhatikan Linda dan Firash.

“Apa semua ni Ana?” Linda berundur kebingungan.

“Nampaknya aku berjaya, saat berjumpa dengannya tengah hari tadi, dia langsung tak cam aku, tetap ingat aku Ani” ujar Ana kepada Khannas.

“Sudah la, jangan buang masa lagi, dah lama aku tunggu, tiba masa untuk kita korbankan perempuan ini” jerkah Khannas. Suaranya garau dan keras. Seluruh ruangan berbahang, aura dari Khannas meliputi segenap ruang.

“Kejap, lelaki ni kita nak buat apa?” soal Ana menunjukkan jari ke arah Firash.

“Ahh, dia sudah tak berguna, jasadnya sudah lama mati, akan ku bakar roh nya menjadi debu..” Khannas membentak garang. Firash berundur ketakutan.

Linda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terbit keberanian dalam diri.

“Nanti!! Kau mahukan aku, hadap je aku sini, jangan libatkan orang lain..” Linda menapak ke depan cuba menghalang.

“Lin…jangan nak tunjuk berani” Ana bangun memberi amaran.

“Sampai hati ko ya Ana, ko bersekongkol dengan setan ni, ko nak apa dari aku ni, apa faedahnya haa??” soal Linda sedikit marah.

“Aku mahu hidup abadi!! Dengan mengorbankan jiwa kau, aku mampu hidup selamanya hahaha…” Ana ketawa bagai orang tak siuman. Khannas memberikan riak wajah menyindir kepada Linda.

Perlahan Khannas maju dengan wajah menyeringai, serampang tiga mata dijulang tinggi.

“A’uzubillahiminashaitonnirrajim… Bismillahirrahmannirrahim.. Allahuakbar !!!!”

Bang!!!

Pintu rumah ditendang kasar lalu terbuka. Muncul lima orang lelaki. “Bakaq cepat!!” Kadir memberi arahan.

Sepantas kilat ustaz Bakar melempar garam ke arah Khannas. Mulutnya tak henti membaca ayat suci.

Ustaz Amin melakukan perkara yang sama ke atas Ana. Menjerit mereka seakan terkena renjatan elektrik.

Kadir menapak ke depan, membaca ayat suci Al quran dan berzikir silih berganti. Linda dan Firash hannya memerhati dalam keadaan lega. Dua lagi sahabat Kadir melaungkan azan di sudut rumah.

Ustaz Bakar dan uztaz Amin menabur garam mengelilingi tubuh Khannas dan Ana. Terpasung keduanya tidak boleh bergerak.

“Haa rasa kan, dah habaq dah, Allah Maha Kuasa..hang pa ni bukan siapa-siapa, nak tunjuk eksyen” ujar ustaz Bakar kelelahan. Mulut tiada insurannya lancah berbicara.

Khannas membentak cuba melawan, dia terasa terhina dengan pasungan mereka. Sifat bongkak dalam dirinya tak dapat dibendung. Khannas menjerit garau, bergegar seluruh rumah.

“Hang…” ustaz Bakar berhadapan dengan Khannas.

“…tak gheti serik na, aku tau dah perkara sebenaq..cilaka hang, berani cari pasai!!”

*Imbasan*

Usai makan malam, Kadir keluar dari rumah ibu bapanya. Cuaca cerah kerana bulan mengambang. Menjadi rutin sesekali pulang menjenguk ibu bapanya.

Semenjak kehilangan abangnya Khalid, Kadir kembali semula bergabung dengan rakan-rakannya, menjadi pengamal dan perawat perubatan Islam.

Lantaran itu dia menyewa rumah bujang bersama Bakar dan Amin, sementelah mereka bertiga belum berumah tangga. Rakan lain rata-rata sudah bekeluarga.

Sebaik sahaja sampai ke kereta yang diletakkan di luar pagar rumah, Kadir perasan satu lembaga sedang merenungnya.

“Kau lagi. Kau ikut aku ye? Kau nak apa ni? Kalau nak berdamping, maaf aku tak minat, kalau…”

“Tolong aku…” lembaga itu bersuara memintas kata-kata Kadir, perlahan dan bergetar.

“Minta tolong dengan Allah, bukan dengan manusia..” ujar Kadir cuba memancing sesuatu.

“Aku yang kau lihat di belakang rumah usang dulu…aku perlukan pertolongan kau, dan masa semakin suntuk” lembaga itu muncul di hadapan Kadir.

Ternyata ia seorang wanita. Kadir sedikit terkejut, walaupun wajah makhluk itu tidak menyeramkan.

“Kau siapa sebenarnya?” soal Kadir mula berlembut.

“Aku Ani, aku telah lama mati, roh aku tak tenteram. Aku mati kerana permainan licik si Khannas..” Ani memulakan bicara ringkas.

“Dia mempergunakan kakak kembarku Ana, untuk mengorbankan kawanku Linda, sebenarnya kau dan rakan-rakan kau telah menewaskannya, aku melihat sendiri kejadian itu. Tetapi kamu semua terlepas pandang kepada dia..yang kamu hapuskan, cuma boneka nya sahaja..dan dia merubah waktu, berpusing ke masa nan lalu malah membuat helah baru”.

“Habis apa yang kau nak aku buat? Aku tak ikut telunjuk iblis dan syaitan” soal Kadir dan tegas.

“Aku tidak menyuruh kau, cuma menyampaikan, kau perlu cari Linda, sepengetahuan aku, mereka sudah hampir ke matlamat asal mereka, jujurnya, pengetahuan aku terbatas, aku lemah, hanya ini mampu aku berikan terpulanglah pada engkau” ujar Ani lemah.

“Aku tak boleh percaya seratus peratus kata-kata kau, boleh jadi kau berdusta..” tegas Kadir bersuara.

Ani hanya mampu diam.

“..tetapi aku boleh gunakan kata-kata kau ni untuk aku siasat, jika benar, aku boleh merangka sesuatu…cuma aku mahu tanya kau, kenapa kau di sini?” soal Kadir.

“Aku mahu nasib ku terbela, aku tak disempurnakan, aku tersiksa…tolong aku!!” rayu Ani.

“Khannas telah mempergunakan abang kau juga, mereka lah yang mengebumikan aku tidak sempurna..”

Kadir menarik nafas dan melepaskan keluhan.

Seketika kemudian, Amin dan Bakar termenung di ruang tamu rumah sewa mereka. Bibir mereka berzikir menenangkan diri.

“Haa, tu Kadir dah balik” Amin bersuara saat melihat kereta Kadir di luar pagar.

“Assalamualaikum” sapa Kadir sebaik masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam..Kadir mai duduk, ada perkara kena bincang” tanpa lengah Bakar memberi arahan.

“Awatnya, macam perkara penting saja” ujar Kadir seraya duduk.

“Ni, hang ingat tak kes tahun lepas, hat kita pi rumah usang tu, patutnya kita selesaikan satu masalah berkait dengan apa nama, setan durjana nak menyesatkan manusia tu lah..ingat?” soal Bakar. Kadir mengangguk dan menarik nafas.

“Kita kena pegi cari ada sorang budak perempuan ni” Amin mencelah.

“Itu lah, benda ni juga yang aku nak bagi tau hangpa ni, budak tu nama Linda kan?..” terang Kadir yakin.

“Haa..tu kan, aku rasa baik kita pi sekarang juga, aku dok rasa tak sedap hati dah ni” cadang Bakar pantas.

“Eh kejap, kita nak pergi mana? Aku tak tau mana dia tinggal” soal Kadir sedikit keliru.

“Tak apa, aku tau dah, Allah Maha Kuasa, Linda tu bukan orang lain, saudara mara aku juga, beberapa hari lepas, yang aku balik kampung tu, pi jejak dia la, aku jumpa mak pak dia, aku tau dah mana dia duduk..”

Maka mereka pun menuju ke rumah Linda. Sebaik sahaja tiba, mereka sudah tahu, sesuatu sedang terjadi. Mereka tiba pada masa yang tepat.

Suasana jeda seketika apabila selesai ustaz Bakar bercerita.

Linda yang mendengar cerita dari ustaz Bakar itu, terduduk hilang kata-kata. Firash turut tersandar. Lelah yang teramat.

Khannas dan Ana menggelupur dan masih cuba melawan. Bertungkus lumus Kadir, ustaz Amin dan rakan-rakan mereka menangganinya.

“Jadi, kamu semua mahu menghapuskan aku??” Khannas bersuara sombong.

“Dah, tak payah dengaq lagi apa dia duk bebel, dengan Kuasa dan Izin Allah Taala, kita hapuskan saja dia” ustaz Bakar bersuara tegas memintas kata-kata Khannas.

“Ingat manusia, kau hapuskan aku cuma sebahagian kecil sahaja, banyak lagi seperti aku ini wujud!!! Arghhh” Khannas masih berlagak sombong biarpun nasibnya di hujung tanduk.

“Biaq pi la hangpa banyak mana pun, yang penting hang dulu melingkup” tenang ustaz Bakar membalas.

Seketika kemudian, dengan iringan ayat suci Al quran, zikir dan selawat serta laungan azan. Dengan kuasa Allah yang maha Esa, maka lenyaplah Khannas dan Ana yang mati dalam keadaan kufur pada Allah.

Khannas terpekik terlolong terbakar. Ana pula merintih. Bergegar di setiap sudut rumah.

Bau hangit merebak serata rumah, kepulan asap menyesakkan pernafasan, tinggal abu sahaja di tempat Khannas dan Ana dipasung tadi.

Mereka mengucapkan syukur kehadrat Illahi. Mereka meninjau-ninjau, mahu memastikan pisang tidak berbuah dua kali.

Ustaz Bakar berjalan menghampiri Linda, dia melutut mahu berbicara.

“Hang, kembali lah kepadaNya, sini bukan tempat hang lagi” ujar ustaz Bakar kepada Firash.

Linda memandang simpati, airmatanya mengalir deras. Jujurnya, sepanjang sudah bersama Firash beberapa bulan ini, dia sayang pada Firash. Namun hakikat tetap perlu ditelan, Firash sudah tiada.

“Lin…aku pergi dulu” Firash berkata lemah, berat kakinya melangkah, Linda menganggukkan kepala tanda merelakan, seketika kemudian Firash berlalu menghilang. Linda menangis tersengguk-sengguk.

“Jadi, kawan ceq Ani pun dah tak dak laa?” soal Linda dengan suara bergetar. Airmata semakin laju mengalir.

“Sabaq la Linda, InsyaAllah kami akan sempurnakan jasad dia..” perlahan Bakar cuba memujuk.

“…kak dia tu pun, mati lama dah, dah dijadikan korban, setan tu dah gunakan dia, tok dukun mana tah duk puja-puja, tu yang dia macam hidup, ni duk berasa dengan dukun-dukun tu arwah dah ni kena tadi…” tambah Bakar lagi.

“…hang cam dah ka aku?” soal Bakar tersenyum. Linda sekadar mengangguk.

“Emm, aku nak habaq sesuatu, serba salah…” Bakar bersandar sebelum meneruskan bicara.

“Semua ni jadi sebab dendam, hang tau kan, tok wan aku haji Salleh dah patahkan pun masa hang kecil lagi…” perlahan Bakar menarik nafas.

“…tapi tipu muslihat dia ni, membuatkan mak ayah hang pun tersalah langkah..”

Linda memandang keliru. “Maksudnya? Ceq tak paham”

“Emm..demi mendapatkan zuriat, lepaih lama kahwin tak dak anak, mak ayah hang dah guna cara salah, meminta selain pada Allah, depa buat perjanjian, mak ayah hang kena persembahkan seorang anak dara untuk jadikan santapan laknat tu, tapi depa gagal, galang gantinya, hang terpaksa jadi korban kononnya, akibat depa tak dapat cari kambing hitam..” berhati-hati Bakar berkata.

Linda tertunduk, kelu dan membisu. Kepalanya serabut, fikirannya kusut.

“…dan sebenaqnya, tu helah si Khannas tu saja, dia menyesatkan dan mempermainkan seluruh kaum keluarga kita, ni semua mak ayah hang buka cerita, waktu aku cari hang di kampung..kalau tak aku pun tak tau” panjang lebar Bakar menerangkan.

Linda termenung” Jadi apa nasib mak ayah ceq?”

“Tiada daya, aku pun manusia, kepada Allah juga la aku suruh depa bertaubat dan mohon ampun..” ujar ustaz Bakar seraya bangun.

“Sudahla, semua dah selesai ‘cukup sampai sini’…mai kami hantaq hang ke rumah salah seorang sahabat wanita kami, hang berehat lah di sana. InsyaAllah aman di sana, tak dak apa dah, mai.

TAMAT

Sekian.

Alhamdulillah, ‘cukup sampai sini’. Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Mohon maaf segala kekurangan, dan mohon maaf jika cerita ni mengarut, anggaplah ia sekadar hiburan. Saya berpesan kepada semua dan diri saya, ‘Hendaklah kita menurut segala perintah Allah, dan tinggalkan apa yang ditegah’. Terima kasih kepada semua, yang mengizinkan cerita ini disiarkan, yang setia membaca, yang terus menyokong, yang sudi berkongsi, yang membuat cover cantik-cantik, insyaAllah berjumpa di lain masa.

Saya tamatkan Linda di sini.

.

.

.

“Bakaq..mai sat” ustaz Amin memanggil ustaz Bakar perlahan. Linda yang mula berdiri sama, terpinga-pinga.

“Awatnya?”

“Mai laaa..” ustaz Amin berjalan laju, ustaz Bakar mengekori dari belakang. Linda merasa tidak sedap hati, perlahan dia turut ikut.

“Astaghafirullah, Allahuakbar…” ustaz Bakar memegang dahi. Kadir sudah terduduk. Ustaz Amin dan dua rakan mereka sekadar memandang simpati.

Linda merapati pintu bilik belakang itu, saat sampai depan pintu bilik, dia terkejut melihat ke dalam bilik, seraya menjerit dan terduduk. Wajahnya ditekup, dia menangis semahu-mahunya.

“Kita terlambat, sempat dia mempermainkan kita, terkena juga kita akhirnya…Allahuakbar, ampuni dosa-dosa kami Ya Allah, kami insan yang lemah!!” ustaz Bakar menangis terduduk.

Di dalam bilik itu, terbujur kaku jasad Linda di atas katil dan kepalanya terpisah dari badan.

Kakbeydahh

281121

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment