Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih FS sebab publishkan cerita aku ni.
Kejadian ni berlaku semasa aku chambering/praktikal di sebuah firma guaman di Seremban tahun 2016 (umur 26 tahun).
Seingat aku kejadian ni berlaku pada hari Khamis. Aku ada kerja di luar dari pagi sampai petang. Aku sampai ofis pukul 5.40 petang yang mana semua staf dah balik dah masa itu. Aku terpaksa masuk ofis juga sebab esoknya aku ada kes di mahkamah tapi aku perlu siapkan dokumen fail kes nak bawa ke mahkamah esok pagi.
Masa aku sampai ofis itu, aku tidak ada rasa apa-apa yang menyeramkan pun sebab kepala aku ligat fikir nak siapkan kertas kerja cepat dan keluar dari office sebab nak kena jemput adik aku balik kerja pukul 6.00 petang. Waktu aku sedang menaip di komputer, tiba-tiba aku dengar ada ketukan kat pintu bilik bos aku. Aku terbehenti menaip, aku pandang sekilas kat pintu bilik bos aku itu. Tidak ada apa-apa bunyi pula. Aku abaikan dan sambung menaip. Selepas itu berbunyi lagi ketukan kat pintu bilik bos itu. Aku tengok jam dah pukul 6.00 petang dah. Aku teruskan menaip kerja-kerja aku sebab tinggal sedikit sahaja lagi then aku nak print. Kali ni, aku dengar lagi bunyi ketukan yang sama kat pintu bilik bos aku. This time, aku rasa pressure and bengang la sebab aku rushing nak siapkan kerja ni then nak pergi sahajamput adik aku balik kerja lagi pastu nak bunyi-bunyi pula. Apa lagi, ak sound terus bunyi itu aku cakap, “sabar lah. Aku nak siapkan kerja ni. Dah siap aku balik lah.”
Tiba-tiba adik aku call tanya aku dekat mana. Aku cakap tunggu sekejap aku still kat office. Aku tengok jam dah 6.15 petang. Tidak boleh jadi ni. Then aku terdengar lagi bunyi ketukan yang sama kat pintu bilik bos. Kali ni, boleh ak syuhhhh kan bunyi itu dengan nada kasar aku nak suruh senyap. Memang dah tidak ada bunyi langsung dah selepas itu. Lepas aku print out semua, shut down komputer then aku kemas barang dengan fail nak bawa balik.
Adik aku call lagi tanya kat mana dah. Aku cakap la dah nak keluar dari ofis. Tengok jam dah pukul 6.45 petang. Masa kat meja sebelum sampai kat pintu kaca office, aku tercari-cari pula kunci ofice mana entah aku tidak tahu. Aku letak handbag aku atas meja itu dan aku selongkar dalam beg. Bos aku ni ada beli radio yang ada bacaan 30 juzuk ayat Al-Quran dan zikir-zikir yang memang menjadi kelaziman untuk staf pasangkan radio tersebut setiap hari sebelum balik. So pada waktu itu, memang bunyi radio itu dipasang kuat dan kedengaran bacaan ayat Al-Quran berkumandang dalam ofis itu.
Masa aku tengah sibuk mencari kunci ofis dalam beg aku itu, tiba-tiba ada gangguan kat bacaan ayat Al-Quran itu. Dia macam ada satu suara lain yang cuba nak masuk dalam bacaan ayat Al-Quran itu. Sebelum itu radio tersebut bunyi macam signal lost sedangkan radio tu rakaman bacaan ayat Al-Quran macam mana pula boleh jadi signal lost. Aku terus toleh belakang kat arah radio tu, selepas itu aku syuhh kan dia macam yang aku buat tadi. Aku ingatkan dia senyap la tidak ada apa-apa. Tiba-tiba lagi galak bunyi radio macam nak rosak itu dan macam ada satu suara cuba nak masuk dalam bacaan itu selang seli dengan bacaan ayat Al-Quran Qari itu. Jantung aku dah berdegup kencang dan laju dah masa itu. Bulu roma pun semua tegak sahaja seram sejuk aku rasa sebab aku rasa ini dah bukan mainan perasaan sahaja ni. Macam rasa ‘dia’ ada sahaja dekat sangat kat situ. Lepas aku jumpa kunci ofis itu, aku terus berlari keluar turun tangga (1 tingkat) tanpa aku sempat nak lock pintu kaca atas sebab terlampau takut dan terkejut. Bunyi dengupan jantung pun aku boleh dengar laju sangat macam nak terkeluar jantung. Aku just lock grill pintu bawah dan pergi ke kereta. Masa itu aku dah rasa tenteram dan tenang sedikit.
Aku keluarkan handphone dan cuba nak call bos aku sebab aku nak beritahu supaya dia boleh datang office malam nanti untuk lock kan pintu kaca atas sebab rumah bos tidak jauh sangat dengan office. Bos tidak angkat-angkat call. Aku tengok bateri fon tinggal 2% sahaja lagi lupa nak charge tadi di office. Aku tengok jam dah pukul 7.00 malam. Aku fikir macam bahaya la pula kalau tidak lock pintu kaca atas itu. Sekali aku nampak ada akak ni dengan anak-anak dia beli barang kat kedai tidak jauh dari ofis kita orang itu. Aku terus pergi kat akak itu. Aku minta tolong untuk akak itu teman aku sekejap sahaja sebab aku nak lock pintu kaca ofis yang kat atas. Mujur akak itu setuju temankan aku. Dia suruh anak-anak dia masuk kereta dulu then dia follow aku ke ofis. Aku cakap kat akak itu, “sorry tau akak menyusahkan. Saya nak lock ofis tadi, tapi ada benda kacau la.” Akak itu cakap, “tidak apa adik akak temankan. Ni dah lewat senja nak Maghrib ni jangan balik lambat-lambat lain kali.”
Aku minta akak itu stay kat tangga bawah sahaja tengokkan aku nak lock pintu kaca office tingkat atas itu sahaja. Memandangkan hari dah senja, aku risau la pula masa aku turun tangga nanti tiba-tiba aku terus hilang termasuk alam lain (penangan tengok movie “Bangunan” punya pasal). Masa aku nak lock pintu kaca ofis itu, aku sempat tolak pintu kaca itu sambal tangan aku meraba nak tutup suis lampu yang aku tidak tutup tadi. Aku dengar bacaan ayat Al-Quran tu okay sahaja lancar sahaja tidak ada tersekat-sekat atau rosak macam aku dengar tadi. Then aku cepat-cepat lock pintu kaca ofis, turun tangga dan lock main grill office. Kakak itu senyum dan tanya, “adik kena kacau apa tadi? Lepas ni jangan balik lambat-lambat dah. Kawasan ni nak ke malam sunyi sahaja. Bahaya. Macam-macam makhluk ada.” Lepas aku say thanks kepada kakak itu, then aku pun terus gerak nak jamput adik aku balik kerja.
Esoknya aku cerita kat colleague dengan bos. Bos cakap Rabu semalamnya, bos seorang ada kt office sampai pukul 6.30 petang. Semua staf dah balik pukul 5.30 petang. Masa dia lalu depan radio yang tengah mengalunkan bacaan ayat Al-Quran itu, tiba-tiba Qari yang tengah baca itu, terbatuk-batuk pula. Secara logiknya la, kalau rakaman bacaan ayat-ayat Al-Quran mesti lancar sahaja kan tidak ada tersekat-sekat ke apa ke. Bos pun selepas itu terus kemas barang dia dan gerak balik sebab dia tengok jam dah nak senja dah. Bos siap pesan, lepas ni kalau ada sesiapa nak stay back lebih dari pukul 5.30 petang, make sure ada teman jangan sorang-sorang. Kadang-kadang ada juga kita orang terdengar stapler terjatuh kat lantai ofis la macam sengaja dicampak ke lantai. Kadang-kadang dengar bunyi kertas dokumen kena tiup dengan angin dari air-cond sedangkan air-cond tidak on pun. Kadang-kadang terdengar macam colleague atau bos panggil, tapi sebenarnya tidak ada siapa yang panggil siapa pun. Kita orang pun dah lali. Bos pun ada juga panggil Ustaz untuk ‘scan’ dan ‘bersihkan’ office ni. Alhamdulillah ada perubahan positif. Namun, tidak ada sesiapa lagi yang akan stay back di office kalau berseorangan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sb ko x merasakan adanya Allah SWT menjaga dan menemani ko. Tu pasal ko kena pas ni solat selalu ke doa minta Allah jaga ko
Nak jamput adik sgt