TINGKAT 4 PART I

Assalamualaikum dan hai , kembali lagi bersama ira, korang ingat tak yang aku pernah mention pasal tingkat 4 bangunan sekolah aku dalam KELAS MALAM dan BOTOL BESI?.
Jadi hari ni aku nak share story pasal bangunan tersebut, oke jom~

Setelah bangunan tu dibina, khabar angin tentang penunggu pokok tembesu di situ mula tersebar , bukan hanya di kalangan murid-murid dan guru, malah ianya turut tersebar luas kepada orang kampung.

Pokok tembesu yang berada di dalam kawasan sekolah iaitu di tepi pagar yang dulunya tersergam tinggi terpaksa ditebang kerana renovasi yang akan dilakukan di sekolah tersebut adalah punca kepada segala khabar angin yang tersebar.

Ada yang mengatakan setiap kali mereka balik berjemaah dari masjid selepas isya’ mereka akan terdengar sayup sayup bunyi perempuan menangis diikuti hilai tawa jika melalui kawasan tersebut.

Pernah juga orang kampung mengatakan dia terserempak dengan sosok wanita yang memakai baju seperti jubah tetapi yang anehnya jubah itu bukanlah seperti yang dilihat seperti dalam filem-filem seram , berwarna putih dan terdapat kotoran, namun yang selalu mereka ketemu di kawasan itu sosok tersebut memakai baju berwarna merah, ramai yang menggambarkan gambaran tersebut adalah cik ponti ataupun langsuir tapi tiada pengesahan mana-mana pihak berkaitan spesies entiti tersebut, mana tidak nya , kedengaran suaranya sahaja sudah cukup seram untuk merembeskan hormon adrenalin dan secara automatik membuatkan mereka menjadi pelari pecut 100km.

Setelah bangunan baru tersebut selesai dibina harapan pihak sekolah untuk menggunakan bangunan tersebut secara secepat mungkin ditepis kerana terlalu banyak gangguan. Bukan pihak sekolah tidak mengambil endah dan ikhtiar, sudah berkali-kali mereka menjemput para-para ustaz dari pelosok negeri mahupun dari luar negeri untuk menyembuhkan keadaan namun tindakan tersebut hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Sehinggalah setelah 6 bulan lebih bangunan tersebut tersadai pihak sekolah terpaksa menggunakannya kerana bangunan lama yang diperbuat daripada kayu roboh akibat ribut dan banjir yang melanda pada musim bah/hujan.

Solat hajat dilakukan beramai-ramai untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT dan berharap bahawa gangguan tersebut akan berhenti namun itu hanyalah seperti berimpian untuk memekarkan bunga yang tak akan mekar di dalam mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan.

Bangunan yang bertingkat empat itu mula digunakan oleh para guru dan murid-murid untuk meneruskan silibus pembelajaran mereka, dimana pada tingkat satu ataupun selalu digelar sebagar ground floor ditempatkan bilik guru, stor alatan sukan dan bilik kosong yang belom lagi decide untuk dijadikan bilik apa. Di tingkat dua pula terdapat dua makmal sains, tandas, dan bilik kesihatan manakala di tingkat tiga hanyalah sederet barisan tiga bilih darjah yang belum digunakan.Dan di tingkat 4 terdapat perpustakaan, bilik tayangan, bilik muzik dan tandas.

First story: Perpustakaan dan bilik tayangan

“Weh mari kito naik pustako nok?” ( Jom kita pergi kat perpustakaan nak) tanya Syikin. Masa tu masa rehat , kitorang pon semua setuju. Kami bertiga iaitu aku, Su dan syikin pon mula memanjat anak-anak tangga untuk menuju ke perpustakaan. “Fuhhh letih wehh, kalu gini nak nak hari kuruh laa kito” (Fuhhh penat weh, kalau macamni tiap-tiap hari kurus la kita) aku berkata dan mereka hanya memberi reaksi ketawa.

Semasa kami masuk ada laa beberapa orang pengawas perpustakaan yang sedang bertugas. Mata aku tertumpu kepada seseorang yang berada di sudut bacaan, Cikgu Azilah, untuk pengetahuan korang, cikgu Azilah ni cikgu favorite kitorang yang mengajar mata pelajaran matematik kelas kami.

Kami bertiga pon mengambil tempat duduk disebelah Cikgu Azilah selepas masing-masing sudah memilih buku yang ingin dibaca. Cikgu Azilah mengatakan Cikgu Zamri tidak hadir hari ini dan Cikgu Azilah akan menggantikan masa cikgu Zamri iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu selepas rehat nanti, alang-alang tu boleh lah sambung teros dengan masa matematik selepas masa bahasa melayu.

Cikgu Azilah berkata dia sudah maklumkan kepada semua murid kelas kami untuk naik ke perpustakaan selepas waktu rehat tamat dan kami bercadang untuk menunggu mereka di perpustakaan sahaja.

Selepas waktu rehat habis semua pengawas perpustakaan turun ke kelas mereka dan meninggalkan kami berempat. Kami dibawa ke bilik tayangan, kata cikgu dia ingin menayangkan video berkaitan pembelajaran matematik. Keadaan pada ketika ini masih normal walaupun ada sedikit seram sejuk kerana penghawa dingin yang terpasang dan kesunyian yang teramat.

Setelah televisyen mula dipasang cikgu menutup lampu bilik tayangan, “Cikgu , cikgu tok sey tunggu puok puok dio ko?” (Cikgu, cikgu taknak tunggu murid-murid lain dulu ke?) Tanya Su kepada cikgu. Cikgu Azilah hanya tersenyum dan memberi isyarat menggunakan jari telunjuk untuk menyuruh kami menonton tayangan televisyen yang baru bermula tidak kurang dari 5minit.

Tapi yang peliknya video tersebut hanya menayangkan cd rosak. Kami bertiga melihat kepada Cikgu Azilah yang kedudukannya kebelakangan dalam 2 kerusi, seperti tadi dia hanya mengarahkan kami untuk sambung melihat sambil melemparkan senyuman.

Tiba-tiba babak yang tidak asing muncul di kaca televisyen iaitu babak filem The Ring di mana Sadako keluar dari perigi di tengah hutan ditambah pula dengan kerusi di belakang kami mula jatuh seperti ada yang menolaknya dari belakang, apa yang buat kami tidak lagi berhusnuzon ialah tiada lagi kelibat Cikgu Azilah dibelakang kami, dia kemana?? Tak kan lah nak prank kitorang kot..Kami cuba membuka pintu namun tindakan itu hanya sia sia kerana pintu tersebut seperti terkunci dari luar, Syikin sudah mula menangis kerana terlalu takut dan masing-masing berpengangan tangan.

Tanpa kami sedar watak sadako tersebut mula mendekati skrin televisyen dan ppanhgh!!! Terdapat ilusi kaca yang pecah pada televisyen tersebut. Tapi setelah diamati hal itu bukanlah ilusi semata-mata, air dari baju sadako tersebut mula menitik ke lantai , makhluk tersebut cuba melangkah keluar dari televisyen, aku mula menyepak dan merempuh pintu bilik tayangan tersebut.

Setelah beberapa kali percubaan aku berjaya dan kami bertiga bergegas lari keluar. Tiba-tiba kami terserempak dengan ketua kelas kami, dia bertanya dimanakah keberadaan kami bertiga selama ini, kami hanya menjawab kami berada di dalam bilik tayangan , lalu dia berkata “bakpo maso aku gi bilik tanyangei aku tok napok pon sekmg?”(kenapa masa aku pergi bilik tayangan aku tak nampak pon korang?). “mg tok perase kot” ( Kau tak perasan kot ), aku berkata. “Cikgu Zamri suruh aku cari sekmu, sebab sekmu takdok dalei kelas, yo nok sambung teros sekali nge maso cikgu Azilah sebab Cikgu Azilah tok mari hari ni” (Cikgu Zamri suruh aku cari korang sebab korang takde dalam kelas, cikgu Zamri kata dia nak sambung terus sekali dengan masa cikgu Azilah sebab cikgu Azilah tak datang harini) kata Adam merangkap ketua kelas kami. Memang sahla yang bersama kami tadi bukan Cikgu Azilah, patutla tiba-tiba hilang…

Bukan ini sahaja cerita tentang bangunan tersebut, cerita lain nanti aku akan share kerana kalau nak share sekarang mungkin ia akan melebihi had perkataan.Nanti aku akan cerita , cerita berkaitan dengan bilik muzik dan bilik kesihatan, see you soon~~~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.2]
Ira

1 thought on “TINGKAT 4 PART I”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.