Kisah Seram Rumah Sewa Warna Biru di Sungai Petani

Assalamualaikkum para pembaca. Kisah ni berdasarkan kisah benar yang aku alami pada tahun 2004 lokasi di sebuah taman di Sungai Petani, Kedah.

Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa untuk kami dudukis selama 6 bulan. Aku meronda bersama teman rapat aku, Sue untuk mencari rumah sewa sekitar taman. “Wei rumah biru tu cantik la, kosong. Ha ada tulis untuk disewa!”. Dari luar, rumah biru tu kelihatan cantik, dengan balkoni yang luas dan berbumbung, membuatkan aku tetarik untuk memaklumkan kepada mama dan abah aku perihal rumah biru ni. Mereka pon bersetuju.

Seminggu kemudian, kami sekeluarga pindah ke rumah biru yang cantik ni. Warna cat yang hampir pudar beserta lumut-lumut kecil yang ada di dinding membangkitkan suasana misteri pada rumah ini. Jiran aku, makcik Ani, kelihatan seronok sangat bila dapat tahu dia bakal dapat jiran baru. Tapi, alis mukanya kelihatan seperti ada tanda tanya. “Ah, mungkin makcik nak sembang dengan kami kot, dari mana kami datang, siapa nama kami”. Gusar aku.

Abah punya peel, dia suka baring sambil bukak tv di ruang tamu. Boleh dikatakan rutin harian. Kadang-kadang tv yang tengok dia. Aku yang khusyuk study untuk PMR yang bakal berlangsung, memang dilarang keras untuk tengok tv dan lebihkan masa di dalam bilik. Minggu pertama kami semua keletihan, dengan bulan puasanya. Masing-masing tidur awal. Minggu kedua, semua barang dah disusun rapi oleh mama. Keadaan di rumah dah kembali tenang bila nampak kemas dan bersih.

Aku jenis kalau study, memang aku akan kunci pintu bilik. Maklumlah, adik-adik masih kecik dan dorang akan datang untuk mengacau aku. Study punya study, sampai tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12. Meja study aku ada cermin, jadi aku boleh nampak keseluruhan bilik termasuk dari arah pintu. Tiba-tiba, abah dengan muka serius betul-betul berdiri terpacak belakang aku. Mata yang tadinya lali, trus terjegil la, berlakon macam semangat gila study. Lepas tu aku toleh balik, “eh abah dah takda, bila dia keluar?”

Aku pon buka kunci bilik dan keluar sebab rasa nak terkencing. Bilik aku depan sekali. Dekat ja dengan ruang tamu. Aku nampak abah dok tengok tv tapi siaran kosong sebab dah lebih kol 12. Mata dia straight tengok ke tv. Aku pon kejut la abah. Dia buat keras badan ja, mata terjegil.

Disebabkan aku nak terkencing yang amat sangat, aku endahkan abah dan terus ke bilik air. “La mama, nak p tandas jugak ka, bagi kakak dulu la, xtahan sangat ni. Mama gerak la abah masuk tidoq. Ni dok tengok tv sorang-sorang kat depan”. Mama tengok aku atas bawah. “Hang dah pasai apa, abah hang dok berdengkur dah dalam bilik tu, tidoq awai semalam sebab abah tak sihat”. Air kencing aku seolah-olah masuk balik dalam perut.

Kosong dah aku rasa pundi kencing aku. Aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu. Kosong. Tv off. Tapi aku dapat rasa skrin tv tu masih panas, macam baru ditutup. “Ya Allah sapa la ada dalam bilik tadi, aku kunci pintu kan, abah tidoq awai.. Sapa pulak belakang aku tadi?” Terus aku tidur memekup bantal busuk yang berusia 15 tahun itu.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-9427148377333143&output=html&h=194&slotname=4576034561&adk=2275096471&adf=1535979356&pi=t.ma~as.4576034561&w=776&fwrn=4&lmt=1683020061&rafmt=11&format=776×194&url=https%3A%2F%2Ffiksyenshasha.com%2Fbenda-menyerupai-abah-kisah-seram-rumah-sewa-warna-biru-di-sg-petani%2F&wgl=1&uach=WyJtYWNPUyIsIjEyLjAuMSIsIng4NiIsIiIsIjExMS4wLjU1NjMuMTQ2IixbXSxmYWxzZSxudWxsLCI2NCIsW1siR29vZ2xlIENocm9tZSIsIjExMS4wLjU1NjMuMTQ2Il0sWyJOb3QoQTpCcmFuZCIsIjguMC4wLjAiXSxbIkNocm9taXVtIiwiMTExLjAuNTU2My4xNDYiXV0sZmFsc2Vd&dt=1683020061479&bpp=6&bdt=410&idt=65&shv=r20230426&mjsv=m202304260101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D400bd50183e1e90f-229cb470d8de004f%3AT%3D1679277042%3ART%3D1679277042%3AS%3DALNI_MYLzUZBSTuej1-fQnxoZxvxxIwRdw&gpic=UID%3D00000bdc2f2fe43f%3AT%3D1679277042%3ART%3D1683012774%3AS%3DALNI_MbXLheRblrwxG97j9NMu_eGpI7llg&correlator=1193500631723&frm=20&pv=2&ga_vid=229278750.1679277043&ga_sid=1683020062&ga_hid=2067607219&ga_fc=1&rplot=4&u_tz=480&u_his=6&u_h=1440&u_w=2560&u_ah=1342&u_aw=2560&u_cd=30&u_sd=2&dmc=8&adx=52&ady=2041&biw=1303&bih=1001&scr_x=0&scr_y=0&eid=44759837%2C44759875%2C44759926%2C44773809%2C44788442%2C44789761%2C44789779&oid=2&pvsid=3504328202290970&tmod=1860792312&uas=0&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Ffiksyenshasha.com%2Fpage%2F576%2F&fc=896&brdim=220%2C124%2C220%2C124%2C2560%2C25%2C1318%2C1137%2C1318%2C1001&vis=1&rsz=%7C%7CevEbr%7C&abl=CS&pfx=0&fu=128&bc=31&ifi=1&uci=a!1&btvi=1&fsb=1&xpc=TeeXjYcIq9&p=https%3A//fiksyenshasha.com&dtd=83

Rutin mama pagi-pagi, dia akan kupas bawang banyak-banyak di ruang tengah rumah. Kami berniaga makanan. Waktu pagi sampai tengah hari, memang sibuk di dapur. Bila aku cuti, aku akan tolong mama.

Sebakul dah aku kupas bawang, tetiba adik lelaki aku, Mohd, berlari sambil melangkah bakul bawang aku. “Hei tak nampak kakak buat apa ka, main langkah saja ni?!” Aku membebel la sebab Mohd ni memang nakal sikit. Mama pulak terkebil-kebil mata. “Hang pasai pa kakak, Mohd kan takdak, p sekolah ada sukan. Bila yang dia ada?” Soalan mama membuatkan aku meremang siang hari. Aku dapat rasa angin hasil dari larian adik aku tu. Mana mungkin aku tersilap. Tapi aku sangkal jelah, sebab fikirkan siang.

Kami balik ke kampung di Pahang selama seminggu kerana ada kecemasan di sana. Pulangnya kami ke rumah, makcik Ani menyapa mama. “Balik dari mana?” Mama pon cerita la yang kami ada hal di Pahang dan seminggu tiada di rumah. Makcik Ani yang tengah pegang lauk untuk diberi kepada kami, terus terhempas ke tanah. Terkejut bukan kepalang la dia.

“Tie, Ani tak rasa yang Tie takdak seminggu kat rumah. Ada ja orang. Ani baru nak tanya awat kurung Mohd kat luar rumah sebab Ani tanya kat dia. Dia tak jawab. Ani panggil Tie, Tie tak keluar. Ani dengaq ja bunyi mandi, orang masak dan makan dalam rumah. Malam bukak ja lampu, cuma Mohd duduk kat luar. Ani cuma nampak Det ja keluar masuk dalam rumah, kadang-kadang lalu di tepi rumah tengok ayam belaan Tie. Tapi tak ada cakap apa, terus masuk rumah.”

Mama aku meremang terus la bila dengar cerita makcik Ani. Mana tak nya, bila aku cerita, dia seolah-olah sukar nak percaya, sebab takut aku risau kot.

Benda tu memang menyerupai abah dan Mohd. Dia tak menyerupai orang lain. 6 bulan kami kat situ, macam-macam kami buat. Baca Yassin, buat doa selamat. Alhamdulillah keadaan semakin reda dan makhluk halus tu dah keluar dari rumah biru tu.

Waktu kami nak pindah, baru makcik Ani cerita segala-galanya. Sebelum kami duduk, rumah biru ni dah kosong selama 8 tahun. Semua yang sewa sini, tak pernah lebih dari sebulan. Semua cabut. Makcik Ani memang tunggu orang datang duduk di rumah tu sebab dia pon tak tahan kena gangguan dari rumah biru tu.

Menyanyi, mandi, bunyi kemas rumah, bertengkar, berlari. Makcik Ani berharap agar dapat jumpa jiran yang dapat tinggal lama di rumah tu. Alhamdulillah lepas habis kami sewa di situ, tuan rumah yang merupakan askar di Terengganu, kembali tinggal di rumahnya. Alhamdulillah juga sebab makhluk tu tak menyerupai muka yang menakutkan. Yang paling aku tak sangka, siang hari pun makhluk tu tetap boleh mengacau manusia. Syukur semuanya tamat.

1 thought on “Kisah Seram Rumah Sewa Warna Biru di Sungai Petani”

Leave a Comment