Tersesat di masa hadapan

Tersesat di masa hadapan

“Sawadikap,Sir” kata seorang gadis dari masa hadapan yang tersesat di dunia kini. Bukan saja sebagai wanita masa hadapan tapi keupayaan mengemas menggunakan teknologi terkini ibarat satu teknologi ubah suai seperti robot. Tapi itulah yang membezakan dunia sekarang dan teknologi masa hadapan. Siap rumah dilengkapi teknologi CCTV yang boleh diakses di masa kini. Dengan hanya perkataan rumah pula boleh bertukar posisi dan kemas dengan sendiri. “Would you like a massage sir?”, kata wanita itu kepada tuan beliau. “Yes,please”,kata tuannya.

Namun itu yang ternampak tapi sebenarnya wanita tersebut perlukan bantuan kerana tersesat dimensi dunia sekarang kerana dia dari masa hadapan. Jadi dia memerlukan bantuan dari kawan-kawan soul partner yang boleh membaca hati tanpa berkata apa-apa. Soul partner sekumpulan adik beradik yang mempunyai kelebihan membaca isi hati. Mereka rupanya dari masa hadapan yang terpilih mampu pergi ke dimensi mahupun ke Mekah melalui perantaraan hajat mereka. Cara mereka ke masa hadapan adalah melalui kereta yang berteknologi tinggi yang mampu melepasi galaksi tujuan mereka. Ataupun melalui penerbangan terus ke sana.

Bila perlukan bantuan kumpulan adik beradik ini akan membantu sedayanya. Mereka tahu sekarang wanita itu dalam kesusahan sebab tiada siapa memahami dirinya yang tersesat. Kemudian dikurung dari kemana-mana. Mereka mengakses kegiatan wanita itu melalui televisyen masa hadapan. Segala perbuatan boleh di akses mereka termasuk aktiviti wanita itu yang tersesat di alam dunia kini. Segala tindak tanduk wanita tersebut tidak difahami tuannya yang menganggap wanita tersebut mungkin sudah hilang akal. Padahal dia sedang berhubung dengan soul partnernya untuk meminta bantuan menyelamatkan anak-anak beliau dari kerakusan tuannya.

Mereka menggunakan isyarat sebagai tanda berhubung dan menyelamatkan anak masing-masing dari tersesat dari genggaman tuan beliau yang banyak mendera wanita itu. Mereka sekumpulan soul partner yang terpilih yang dipanggil soul mate akedemi. Kumpulan rahsia ini akan membantu ahli-ahli yang bermasalah misalnya dengan menjaga anak wanita itu dari dimensi masa depan. Mungkin agak aneh tapi kumpulan ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang sehati sejiwa dari kekejaman dunia.

“Daddy, I love you”, kod rahsia anak wanita gunakan untuk kemasa hadapan menemui seorang soul partner ibunya bagi bantuan. Dia akan dialihkan ke masa hadapan oleh lelaki itu dan menjaga anaknya sementara ibunya bebas dari cengkeman kekejaman. Komplot ini berlaku juga kerana ada kuasa kejahatan bercampur dengan cahaya kebaikan berikutan sihir oleh manusia dunia. Tapi wanita itu berusaha mengalih segala kuasa kejahatan tersebut yang belenggu dirinya. Sebenarnya tuan yang dimaksudkan mempunyai pelbagai gambaran kejahatan, adakalanya dia terbayang seperti penjaga neraka kerana kejahatan mereka sungguh kejam. Di bantu oleh seorang wanita tua, wanita itu diikat tanpa belas kasihan.

Namun disebaliknya kuasa ini dipengaruhi kuasa luar dari dewa dewi menurut kepercayaan masyarakat Cina. Ada kuasa yang membantu menyebabkan kebolehan luar biasa wanita itu bukan kebolehan sebenar beliau. Ini kerana dia tinggal sekitar perkampungan masyarakat Cina. Kuasa dewi telah membuat wanita itu lebih parah dengan kesesatan itu. Manakala maysayarakat Cina pula percaya kepada kehidupan abadi jauh berbeza dengan masyarakat islam. Pergaduhan dua pendapat membuatkan mereka percaya wanita itu boleh membawa mereka pergi kemasa hadapan. Namun, itu adalah pendapat wanita itu setelah terdengar bisikan soul dari kaum Cina kawasan tersebut yang menyuruhnya lari dari rumahnya.

Wanita itu telah lari tapi dalam hatinya teringat kepada ibu saudaranya yang berada berdekatan. Jadi dia cuba kesana dua kali namun tak berjaya menemuinya. Wanita itu percaya dengan menemui ibu saudaranya segala persoalan yang mebelenggu dirinya kan terjawab. Mengenai apa yang menganggu dirinya ketika ini. Adakalanya wanita ini ternampak perlbagai jelmaaan memberitahu mengenai kelebihan dirinya dapat. Namun, tiada tempat untuk bertanya. Disebabkan itu wanita itu makin kebingungan dengan alam nyata dan illusi disebabkan gangguan yang berterusan. Keadaaan itu begitu meruncingkan kerana apa yang beliau nampak adalah berbeza dengan realiti dan tanpa bimbingan wanita itu mudah percaya.

Sementara dengan terbawa-bawa dengan khayalan masa hadapan itu pelbagai kejadian telah berlaku. Antaranya membawa anaknya pergi naik bas untuk ke tempat lain. Dalam perjalanan itu wanita itu menemui satu hentian. Di hentian itu dia telah turun dan berjalan kaki bersama anaknya. Namun diselamatkan oleh orang lain. Sebenarnya semasa dia pergi itu dia telah membayangkan berada di alam bunian dan tersesat tidak boleh keluar. Dia telah ditinggalakan oleh bas yang dinaikinya dan dia bersama anak perempuannya di hentian tersebut.

Pada pandangan matanya dia perlu mencari jalan keluar dari tempat tersebut namum tak berjaya. Dia beranggapan bahawa dia tidak boleh menemui jalan yang betul akibat tersesat ke alam bunian. Namun, mujur ada beberapa orang awam telah menyelamatkan dia. Akhirnya wanita itu terselamat dengan anaknya dan menemui tuannya kembali. Dalam ketidak sedaran rupanya tuannya adalah suami wanita itu sendiri. Begitulah keadaan yang membelenggu dirinya sehingga tak sedar antara realiti dan khayalan. Manakala ibunya dianggap orang asing dari Indonesia kerana tidak mengenali akibat illusi yang dihadapinya.

Kisah yang berlaku mungkin akibat pengalaman pertama kejadian yang dihadapi dulu diulang tayang ke kejadian sebenar yang berlaku. Dia hanya seperti tersesat mencari sesuatu yang tak pasti apakah itu. Dia tahu dia bermasalah apabila sekumpulan kenalan yang dikenali mendakwa ingin membantunya. Di situlah, dia mengalami kesesatan yang nyata antara orang-orang yang dikenali dengan orang yang tidak dikenali. Plot itu, membawa dia kepada kejadian percanggahan antara apa yang berlaku dan dikeliling oleh orang yang tak memahami dirinya. Dia dibawa merata-rata rumah dan ia mengelirukan lagi keadaan wanita tersebut.

Ada rumah yang di singgahi tinggal penjaga pintu neraka dan wanita itu sangat-sangat takut dengan hukuman yang akan dijalani. Ada rumah yang hanya didiaminya amat mengelirukan destinasinya. Difikirannya seperti melakukan kesalahan jenayah yang besar sehingga terperangkap ke rumah tersebut. Wanita itu memerlukan bantuan dari soul partner membantunya sedar Kembali dari permainan teka-teki alam yang berbeza. Manakala wanita itu cuba untuk bertenang dan memberitahu orang lain tentang masalah yang dihadapinya jelas tiada siapa yang percaya dan ingin membantunya.

Begitulah cerita kali ini, biarpun pelbagai plot dan ada cerita yang tak diceritakan begitulah kenyataan yang dihadapi oleh wanita itu. Masih lagi keliru dalam kenyataan yang ada. Samada gangguan mistik atau illusi sendiri wanita itu masih mencari perubatan agar sembuh. Wanita tersebut begitu keliru apabila dikurung di masa kini yang memerlukan dia keluar mencari kehidupan yang hakiki. Semoga cerita ini memberi iktibar kepada pembaca semua. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 3.3]
Sharynie

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.