KISAH BUDAK POLI.

KISAH BUDAK POLI.

ALANG-alang saya dah banyak juga buat perkongsian kisah seram saya sendiri dan juga rakan-rakan.

Saya teringat kembali satu kisah ini. Pengalaman abang kepada rakan sekerjaku, menemui perkara mistik.

Kisah ini, kami bercerita sesama sendiri di tempat kerja. ( Tempat kerja lama).

Saya namakan kawan saya ini sebagai Ekin (bukan nm sbnar) dan ini kisah, mengenai abangnya yang pernah belajar di poli dalam daerah kami.

Abang Ekin ini mengambil jurusan Kreatif Digital Video, maaf kalau tak betul aliran. Sebabnya yang saya ingat, aliran video sahaja. Buat rakaman itu semua. Filem-filem.

Tidak tahu idea daripada siapa, kumpulan mereka ini mahu membuat sesi rakaman, ala-ala team paranormal di salah-sebuah bangunan tinggalan lama berdekatan dengan taman perumahan saya.

Dahulunya, bangunan itu merupakan bangunan yang menempatkan kedai-kedai ala-ala shopping mall tapi akhirnya ‘bungkus’ tidak tahu kenapa.

So, bangunan itu lamalah kosongnya. Jadi sarang mat gian dan vandalisma mereka. Naik segala lalang pun.

Dinding pula kian berkulat. Kotor. Ada jalaran akar-akar pokok. Saya tahu, sebab saya pernah pergi di waktu siang. Waktu malam maaf…

Mereka berempat berbincang dan akhirnya mendapat kata sepakat dan berpakat nak adakan sesi rakaman paranormal, di bangunan tersebut.

Bila tiba harinya, mereka berempat pun sampai. Ekin kata padaku, mereka sampai dan memang aim tepat dua belas tengahmalam.

Aku tak pastilah barang-barang untuk para mereka ada semua atau pun tidak. Tetapi, kamera infra red dan henfon, Ekin kata mereka ada sediakan.

Mereka pun memulakan pengembaraan dalam bangunan tiga tingkat tersebut. Tapi, mereka tak naik sampai atas Ekin beritahu pada ku. Aku masih ingat.

Abang kepada Ekin selain merakam menggunakan kamera infra red, dia juga ada menggunakan henfonnya.

Ekin memang ada tunjuk gambar mereka buat paranormal itu. Dengan satu lagi gambar menggunakan henfon. Tak silap akulah.

Tapi gambar tu, abang Ekin memang dah siap buat bulatan pada ‘penampakan’ tersebut.

Aku tak nak sebut entiti. Lebih elok sekadar ‘penampakan’ saja.

Okay dalam bulatan tersebut, memang aku pun ada nampak macam bayang-bayang perempuan, berwajah sememangnya hodoh dan jubah pula aku nampak putih-putih lusuh bayang-bayang. Ini semua aku boleh lihat, selepas aku zoom.

Pasal gambar-gambar dalam kamera infra red aku memang tak bertanya dah. Yelah, terkejut bila lihat gambar Ekin tunjukkan tu.

Aku pada masa itu, tak berani minta Ekin hantar gambar itu pada aku sebabnya nak dekat balik kerja dah. Dah nak malam, aku pula balik sendiri. Naik motor pula tu, seriaulah juga nak simpan.

Okay, kita sambung semula kisah. Ekin cakap pada aku, yang abang dia tak bermimpi apa-apa. Tetapi kawan dia.

Kawan dia yang dapat mimpi. Dan dalam mimpi tersebut, kawan abang Ekin ni cerita… perempuan dalam gambar tu cakap pada dia dalam keadaan marah, kenapa kacau tempat aku.

Sampai terdemam-demam lah juga kawan kepada abang Ekin ni, keesokkan harinya. Hampir nak seminggu dengar cerita. Sampai kena berubat jugalah.

Kisah ni pun, abang hanya cerita pada Ekin saja dia tak berani nak bagitahu parents.

Ekin pula bercerita pada aku dan seorang lagi rakan sekerja ku. Memandangkan kalau takde patient ( private clinc), kami selalu share story.

Ini saja yang ingin aku kisahkan. Mungkin pendek, tapi aku rasa ada pengajaran.

Percaya atau tak, soal sesuatu boleh ‘terlekat pada kamera’ itu terpulang, ya. Saya hanya nak berkongsi cerita.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 3.3]
Che Senja Merah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.