Dejavu

Hi everyone. Im alive hahaha if there’s anybody concern about me.

Jam di dinding menunjukkan waktu sekarang hampir 02:00 pagi. Mata abu kelihatan gelisah dan melilau mencari idea untuk mengatur langkah seterusnya ketika berhadapan dengan aku dalam permainan catur. Tiba tiba pintu pejabat aku dibuka. Big boss berdiri di hadapan pintu sambil memandang aku “ we got a case “. Dan kami pun berangkat ke tempat kejadian. Berpinau mata aku melihat cahaya dari lampu setiap kereta polis di tempat kejadian. Aku berjalan melintasi garis kuning polis. Hadapan aku sekarang sebuah rumah kayu yang agak usang dan terpencil di dalam sebuah kawasan perkampungan. Hampir tiba kaki aku pada pintu utama rumah tiba tiba kedengaran “ hoi “. Abu menjerit sambil berlari ke arah semak samun di tepi rumah. Aku turut berlari mengejar entah apa yang dikejar abu. Celakanya malam tu. Tak seorang pun yang membawa lampu suluh. Dan kami semua berlari ke dalam semak samun hanya ditemani cahaya rembulan malam.

Aku berhenti berlari setelah melihat abu di hadapan sedang berdiri sambil memerhatikan sesuatu di bawah tanah. “ dah m**i ke ? “,tanya aku. Abu hanya mengangukkan kepalanya. “ kau pergi sana bagitau kita jumpa lagi satu mayat dekat sini”. Dan Abu terus bergegas berjalan semula ke tempat kejadian yang pertama sambil aku memerhatikan langkahnya semakin jauh meninggalkan aku. Setelah Abu hilang dari pandangan aku segera mengalihkan pandangan kembali ke arah depan. Secara tiba tiba badan aku terasa seram sejuk. Fikiran aku melilau memikirkan tentang perkara yang sedang berlaku. Angin sepoi sepoi bahasa mula menampar nampar wajah aku. Mayat seorang wanita tua yang tadinya kaku di depan kaki aku secara tiba tiba hilang. Ghaib entah ke mana perginya. Tiba tiba aku merasakan sesuatu seperti tangan menepuk bahu aku. Aku seolah olah baru tersedar dari lamunan. “ mana dia ?”, Tanya abu. Semua mata yang datang ke situ sedang melihat ke arah aku.

Aku hanya mengelengkan kepala tanpa henti. Tiada jawapan yang mampu otak aku proses untuk aku berikan. “ kau dah gerak dari situ ke ? “, tanya Abu lagi. Dan ya, aku hanya mengelengkan kepala. Semua yang datang ke situ terus melakukan pencarian. Tiada satu tubuh manusia ataupun kesan bahwa ada manusia pernah berjalan ke sini. Kaki terpaksa meminta bantuan dari K9 untuk mengesan semula tubuh wanita tua yang sebentar tadi terlantar betul berul di hadapan aku. Dan semuanya hampa. Big boss mengarahkan aku untuk pergi semula ke tempat kejadian pertama. Tanpa membuang masa lagi. Aku terus menuju ke arah rumah kayu tersebut. Setelah masuk ke dalam. Kaki aku tiba tiba tak mampu untuk meneruskan langkah. Abu juga berhenti disebelah aku. Diam tak berkata kata. Jurugambar dan anggota forensik lainnya memandang kami dengan wajah yang hairan dan tanya tanya “ kenapakah ? “, jelas kelihatan walaupun separuh muka telah ditutupi dengan mask.

Aku dan Abu masih lagi terpana. “ kenapa ni ? “, tanya jurugambar(JG) kepada kami setelah hairan dengan kelakuan kami berdua. Aku dengan segera memotong jawapan Abu dengan menjawab “ tak ada apa apa”. “ jangan takutkan orang lain “, bisik aku ditelinga abu dan dia mengangukkan kepala tanda faham dan terus keluar dari situ untuk dapatkan big boss. Tak lama selepas itu. Big boss dan Abu sampai. Aku bawa big boss keluar menuju ke kereta kami. Hanya aku dan dia did alam kereta. Aku ceritakan apa yang terjadi sebentar tadi. Dan dia hanya diam sambil mendengar dengan khusyuk. Same shit different day. Setelah sekian lama tak hadap benda benda macam ni. Dan ianya datang kembali huhu. Setelah berbincang dengan big boss. Kami mengambil keputusan untuk teruskan siasatan seperti biasa dan lupakan kejadian sebentar tadi. Aku masuk semula ke dalam rumah tadi. Mata terbeliak dan mulut terganga persis pertama kali aku melihat tubuh itu terlantar di dalam semak samun tadi. Setelah selesai semua urusan disini. Kami bergegas menuju ke hospital. Dan aku pulang ke pejabat untuk dapatkan borang Pol. 61.

Fikiran aku dah mula mengorak langkah. Apa yang terjadi sebenarnya tadi ? Kena b***h ke ? Tak ada kesan seperti kena b***h. Waris ? Tak ada waris. Siapa yang buat panggilan bagitau ada mayat kat situ ? Tak dapat trace nombor siapa. Panggilan dari public phone. Siapa yang gunakan public phone lagi zaman zaman sekarang ? Suspicious. Aku kena dapatkan juga maklumat tentang orang yang membuat aduan. Seperti cuba menyembunyikan sesuatu. Dan mangsa pula kelihatan baru sangat m**i. Seolah olah ada sesuatu terjadi di sana dan orang membuat aduan juga turut berada masa wanita tua itu m**i. “ ah aku tunggu jelah result post mortem esok “ rungut aku sendirian. Badan pun dah letih ni.

Setelah selesai semua urusan. Aku pulang ke rumah. Aku tinggal seorang diri sekarang. Abu dah tak menetap sekali setelah isteri dia beranak. Badan aku terasa tak bermaya dan mata aku layu sekali. Aku dah tak hiraukan petua dari orang orang terdahulu. Kononnya lepas pulang dari tengok mayat jangan pulang terus ke rumah atau setelah pulang jangan pakai pakaian yang tadi kita pakai. Aku merebahkan badan terus ke atas tilam. Nikmatnya terasa dapat landing di atas tilam. Dah lama sangat meniarap ni lenguh pula. Aku cuba pusingkan badan. Tak sempat aku pusing sepenuhnya. Tubuh wanita tua tadi berada di sebelah badan aku. Mukanya tak berubah. Mata terbeliak, mulut terganga mengadap betul betul ke wajah aku. “ arghhh… “

“ Hoiiii “ aku tersentak. Jantung aku laju. Aku menghela nafas seolah olah baru saja habiskan larian pecut. “ kau kenapa ? “, tanya Abu sambil berdiri terpacak di depan pintu pejabat aku. “ aku mimpi dia lah “, jawab aku. “ dia ? Dia sapa ? “, tanya abu lagi dengan muka hairan. “ dialah. Perempuan tadi. Mayat tadi tu, jawab aku lagi dengan keras. “ mayat ? Perempuan ? Apa kau merempek ni ? “, kata abu. Aku terus diam sejenak. Aku mimpi ke ? Aku rasa apa kes tu betul. Aku cuma mimpi aku balik rumah. Argh lantaklah. “ kau nak apa ni ?, tanya aku. “ chess “,jawab abu yang tak puas hati sebab tak pernah menang lawan aku.

Tanpa fikir panjang aku pun layan jelah. Malas nak ingat mimpi mimpi tadi. Mimpi mimpi atau Cuma mimpi ? Abu memulakan langkah pertama. Setelah beberapa langkah. Mata abu kelihatan gelisah dan melilau mencari idea untuk mengorak langkah. Belum sempat dia mengatur langkah. Big boss terpacak di depan pintu. “ we got a case “. Aku terdiam. Fikiran aku dah melayang jauh
Kembali ke peristiwa yang sebentar tadi aku lalui dalam mimpi. Kenapa macam sama ? Jalan yang sama. Keadaan kereta yang sama. Tempat yang sama dan kejadian yang sama. Aku dah tau jalan cerita dia. Tapi mulut dan fikiran aku seakan terkunci dari mengatakan atau fikirkan sesuatu untuk keluar dari perasaan ni. Semua yang berlaku persis apa yang fikiran aku proses.

Dan yang tak samanya kalini. Aku betul betul pulang ke rumah setelah selesai semua urusan malam ni. Aku dah singgah kedai bungkus makanan tadi. Tak terus balik rumah. Sampai rumah aku terus mandi dan masukkan pakaian tadi dalam mesin basuh. Dah habis makan semua dan tiba masa untuk tidur. Aku sebenarnya takut untuk tidur. Tapi aku cuba positifkan fikiran aku. Dan cuba untuk tidur. Cumanya aku tak tidur meniarap dah. Aku takut nak pusing kiri kanan. Entah kenapa aku aku macam rasa apa yang terjadi tadi akan terjadi sekarang. Tanpa memusingkan badan aku hanya mengunakan tangan aku meraba raba keadaan di sebelah badan aku. Aku tersentak..tangan aku menyentuh sesuatu. Aku kata dah. Aku kata dah. Akan jadi. Badan aku terasa sejuk hingga ke tulang. Aku beranikan diri buka mata. B**i bantal peluk aku lah.

Aku menghembuskan nafas lega. Eh kejap. Jari aku tiba tiba merasakan sesuatu. Halus tapi terasa panjang. Aku capai phone buka flashlight. Jari aku menyentuh sesuatu yang aku yakin bukan kepunyaan aku. Sehelai rambut, panjang. Rambut aku pendek dan hitam. Rambut ni putih dah beruban. Aku dah mula rasakan sesuatu. Ah sebelum apa apa terjadi. Baik aku chaw. Aku decide untuk berehat kat hotel.( korang rasa rambut atas tilam atau lantai korang tu korang punya ke ? Yakin ke ? Cuba check. Aku tanya je >_< )

Sekian, Terima kasih. sampai sinilah ya. HAHAHA JK JK. Nanti saya sambung ASAP kalau ada sambutan.Sayakan dah lama berhenti jadi saya taktaulah ada lagi ke orang baca cerita saya ni. Kang saya tulis panjang panjang tak ada sambutan. Kiciwa pula sayaHahaha.

TERIMA KASIH ADMIN

-Mac Amin.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 71 Average: 4.4]
Mac amin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.