Permainan Sihir Buruh Asing

PERMAINAN SIHIR BURUH ASING

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin FS yg sudi siarkan kisah sambungan aku ni. Terima kasih juga kepada yg sudi baca, like, komen & share. Semoga kisah yg aku kongsikan tu dapat menjadi teladan kepada semua. Seperti biasa, aku kalau dah mengarang, mesti panjang berjela supaya hangpa semua boleh faham pucuk pangkal cerita.

Sebelum ni aku pernah kongsikan beberapa siri kisah-kisah mistik dan misteri, boleh baca kisah-kisah terdahulu di sini
https://fiksyenshasha.com/disihir-bos-rakan/
https://fiksyenshasha.com/disihir-bos-rakan-part-2-misteri-rawatan/
https://fiksyenshasha.com/disihir-bos-rakan-part-3-hikmah-ujian/

Kisah kali ni adalah sebuah pengalaman yg aku timba ketika berkhidmat bersama pekerja warga asing Indonesia. Semuanya terjadi dengan izin Allah SWT dan ilmu-ilmu Allah yg Maha Luas.
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Pada sekitar tahun 2011, aku memulakan karier dalam sektor pertanian dan perladangan di sebuah daerah di Kedah. Ketika itu aku diterima bekerja sebagai Pembantu Penyelia ladang di mana tugas-tugas aku ialah melaksanakan aktiviti dan jadual kerja yg telah direncanakan oleh pegawai atasan. Terdapat 4 orang pekerja asing warga Indonesia yg menjadi seliaan aku.

Kami semua amat akrab dan aku melayan mereka semua seperti ahli keluarga sendiri. Meskipun mendapat nasihat daripada rakan sekerja yg lain agar tidak terlalu rapat dgn mereka, namun aku ambil pendekatan yg mudah iaitu hanya menjalinkan silatulrahim yg baik sesama manusia. Keakraban aku itu tidak terhad kepada pekerja seliaan aku sahaja, tapi kepada lain-lain pekerja sehinggakan ramai yg menjadi senang dan selesa bersahabat dengan aku.

Pada penghujung tahun 2011, atas faktor kelulusan akedemik di peringkat tinggi, aku mendapat tawaran temuduga kenaikkan pangkat oleh syarikat yg sama dan aku berjaya dinaikkan pangkat ke pegawai gred Eksekutif dan diminta untuk melaporkan diri di sebuah ladang di Temerloh. Pada awal 2012, aku mulai melaporkan diri di Temerloh. DI sini terdapat kemudahan rumah pegawai dan lain-lain fasiliti.

Setelah beberapa minggu melalui tempoh induksi, aku dipanggil oleh Pengurus ladang dan diarahkan untuk bertugas sebagai Penolong Pengurus Ladang di sebuah ladang di Kuantan berkuatkuasa pada Feb 2012 dan pasukan aku akan terdiri daripada seorang penyelia, 2 orang mandor dan 20 orang pekerja asing warga Indonesia. Bermaksud, penyelia dan 2 orang mandur tu warga tempatan dan lain-lain semua warga asing.
Berbekalkan sebuah motorsikal, aku mulai perjalanan 100km dari Temerloh ke Kuantan..

Dalam keadaan diarahkan segera bertugas, aku tak sempat nak cari mana-mana rumah atau bilik sewa. Hari pertama melaporkan diri di ladang agak mengejutkan aku sebab perlu merentasi lebih 5km denai-denai hutan dari jalan besar untuk sampai ke ladang. Aku buat satu keputusan segera yg mana aku akan menetap di rumah pekerja dan seorang pekerja Indon telah menawarkan biliknya kepada aku. Cabarannya hidup di dalam ladang terutamanya di kawasan dalam hutan ni, sumber elektrik yg terhad hanya bermula jam 7.00 malam hingga 12.00tgh malam dan kemudiannya generator akan ditutup.

Air pula hanya bergantung pada sebuah perigi. Masak, minum dan mandi hanya guna air perigi tu saja. Line telefon??? Jangan harap la nak ada, kalau dapat tu kira rezeki.

Minggu pertama di situ aku diuji dengan pelbagai gangguan mistik. Antaranya pada satu malam ketika aku tidur, sekitar jam 2 pagi aku terjaga dan aku nampak ada kelibat sesusuk tubuh manusia sedang tidur di sudut hujung bilik tu, aku terkejut dan simpan dengan kemas barang-barang berharga aku, risau kena kebas dek orang lain.

Esok paginya aku panggil pekerja aku dan tanya ada sesiapa yg masuk bilik aku malam tadi, tapi semua tak mengaku. Dan aku pun baru teringat yg malam tu aku memang dah kunci bilik tu sebelum tidur. Gangguan tu berterusan selama 3-4 malam, tapi dia hanya sekadar di situ.

Minggu ke-2, seorang staf aku baru membuka mulut yg kawasan ladang tu adalah amat keras sekali yg mana terdapat beberapa perkampungan jin Islam dan bukan Islam di situ dan meminta agar aku perbetulkan niat, jaga tingkah laku dan tutur kata di situ. Kawasan pejabat ladang tu terletak di dalam satu kampung yg paling jahat katanya.

Lantas ada beberapa orang pekerja Indon memberitahu gangguan yg aku terima tu adalah salam perkenalan penghuni alam ghaib di ladang tu. Katanya diorang tahu aku bos di situ dan niat aku betul dan kehadiran depa adalah sekadar nak beritahu akan kehadiran depa di situ.
Hari silih berganti, aku semakin akrab dengan hampir ke semua pekerja Indon di situ. Ye lah, makan sekali, tidur sekali, mandi perigi sekali tanpa rasa kekok dan diorang semua jadi respek sebab aku.

Sekitar Mac 2012, aku menerima 4 orang pekerja baru dari Indonesia. Ada seorang dari depa tu agak bermasalah kerana selalu dirasuk secara tiba-tiba. Orangnya amat alim, mengaji Al-Quran, solat, tapi sering kerasukkan terutamanya waktu malam. Diorang 4 ni ditempatkn dalam 1 bilik di hujung blok. Akibatnya, yg sering dirasuk ni ditempatkan 1 bilik dengan seorang pekerja yg level bomoh di situ.

Aku boleh tengok ritual merawat kawan dia ni, bomoh tu ada gunakan anak ayam hitam yg dikurung dalam sangkar, kemudian disembelih, ni lebih kepada tumbal atau korban supaya tiada lagi gangguan. Kemuncak pada kisah ni, yg mangsa tu akhirnya kerasukkan yg amat serius dan lari ke dalam hutan berdekatan yg mana sampai ke hari ni masih belum dijumpai. Repot polis, gerakan mencari dalam hutan semua dah gerak, sampai geng-geng bomoh ni pun tak dapat jejak. Setelah disiasat, mangsa ni sebelum ni pernah menuntut sejenis ilmu di Indonesia sana, tapi belum sempat habiskan jurus dia, maka sebab tu dia akan sentiasa menjadi mangsa ilmu sendiri.

Selepas dah move-on dari peristiwa tu, pada satu malam, seorang pekerja Indon menjemput aku ke biliknya utk mengopi (pekena kopi). Dari kami berdua, makin lama makin ramai yg datang join sampai jadi 5 orang. Sambil kami berborak, tiba-tiba sengaja aku ubah topik tu ke bab perkara mistik mengenai ilmu dan amalan yg depa menuntut. Terkejut aku bila aku ditunjukkan oleh diorang pelagai tangkal yg dibawa dari sana sebagai pelindung diri.

Yg paling best bila ada seorang tu keluarkan sebungkus ikatan plastik, di dalam tu terdapat segumpal tanah berwarna kuning. Katanya itu adalah senjatanya, sejenis tanah yg berwarna kuning yg diberi oleh gurunya dari Indon. Menurutnya lagi, jika ada mangsa yg terkena tanah tu, akan sakit teruk dan akhirnya boleh membawa maut. Fuhhh. . . . kaget aku masa tu. Bukan itu saja, ada banyak lagi barangan mistik yg dibawa dari sana ditunjukkan pada aku.

Kisah ini menjadi kemuncak apabila penyelia dan mandur aku disihir oleh pekerja Indon ni dengan teruk sekali. Pada mulanya, 2 orang ni amat tak disukai oleh pekerja di sini sebab bahasa yg agak kurang ajar kepada pekerja, suka potong bayaran pekerja, dan buli pekerja. Aku terima banyak aduan dari pekerja Indon tentang 2 orang ni, aku ada membuat teguran lisan secara peribadi, namun alasan depa adalah utk mengajar pekerja ni tahu menghormati pegawai dan berdisiplin. Namun sikap 2 orang tu bukan sekadar pada pekerja, tapi aku pun terkena tempiasnya sekali.

Aku difitnah dengan teruk oleh 2 orang tu sehinggakan pihak pengurusan pun mulai memandang serong pada aku hanya kerana aku mempunyai pendirian yg berbeza dgn depa. Aku biarkan dengan cara mereka. Pada satu hari, penyelia aku tidak hadir bekerja tanpa notis, hampir sebulan dia menghilangkan diri tanpa jejak. Kalau masuk kerja pun 5 minit dan kemudian balik. Yang mandur tu pula pada awalnya asyik batuk-batuk, lama kelamaan, batuk dia menjadi teruk sampai tahap berdarah. Akhirnya dia mohon cuti 2 minggu sebab faktor kesihatan.

Aku mulai curiga dengan situasi yg aku hadapi, aku mulakan siasatan dengan soal siasat suspek tok bomoh pekerja Indon ni. Akhirnya, ada seorang dari pekerja ni mengaku yg dia telah hantar santau kepada 2 orang tu. Yg penyelia tu diorang taburkan pasir di pintu masuk kereta dia agar dia amat bencikan nk masuk ladang tu. Jadi patut la masuk 5 minit je dah keluar sebab jadi panas dan benci sangat bila masuk je situ. Yg mandur tu dia dihantar santau angin sehingga batuk teruk.

Aku pun slow talk dgn bomoh tu agar tamatkan sihir tu, sebab dia pun dah puas hati, 2 orang tu pun dah kena santau. Bomoh tu sendiri mengaku, tujuan dia sihir tu sebab dendam dan marah, dan niat dia nak sihirkan sampai 2 orang tu mati. Selepas dari tu, 2 orang tu buat surat kepada pengurusan untuk berpindah ke tempat lain dan akhirnya aku menerima 2 orang staf baru iaitu seorang penyelia dan seorang mandur baru.

Konklusinya di sini, memang terdapat ramai pekerja asing terutamanya dari Indonesia datang bekerja di sini bukan kosong sahaja, malah berisi padat dengan ilmu. Namun ada juga yg datang dengan ilmu agama yg tinggi. Aku berpegang pada 1 prinsip, aku akan melayan semua orang seperti sebuah keluarga tidak kira warga tempatan atau warga asing, sebab mereka adalah pasukan aku, jatuh atau naik aku bergantung pada mereka.

Tak dinafikan banyak sikap dan kerenah yg jenuh nak melayan, namun jika kita meletakkan akal fikiran melebihi emosi, pasti semua pihak akan menang. Kalau nak marah, rendahkan nada, jangan keraskan suara, atau akibatnya kita yg akan menanggung
-Tamat-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MIMF
Permainan Sihir Buruh Asing
8.7 (86.79%) 106 votes

6 comments

  1. Yes.. respek tuan punya sikap… sya pun penah jadi suprvisor kat petrol pump.. staff 90% indon ngan bangla… bangla ok.. cuma indon biasanya ada memakai… kena hati2… nak tegur atau bagi arahan kena berhemah jgn sampai dorang dendam… yg penting kita kena saling hormat x kira pangkat atau asal..

  2. KO kerja Sime Darby plantation ke.
    Setahu aku Sime Darby je asst naik moto
    Kalau ladang besar dapat lah jimni tu pun biasa asst 1 je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.