DISIHIR BOS & RAKAN Part 2 : Misteri Rawatan

DISIHIR BOS & RAKAN

Part 2 : Misteri Rawatan

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin FS yg sudi siarkan kisah sambungan aku ni. Terima kasih juga kepada yg sudi baca, like, komen & share. Semoga kisah yg aku kongsikan tu dapat menjadi teladan kepada semua.

Kisah kali ni adalah rentetan sambungan dari kisah awalnya, Cuma kali ni aku akan rungkaikan misteri-misteri yg aku alami ketika proses rawatan. . . Semuanya terjadi dengan izin Allah SWT dan ilmu-ilmu Allah yg Maha Luas.
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Bagi yang nak ikuti kisah sambungan ni, elok la kalau hangpa baca dulu kisah terdahulu supaya senang nak faham pucuk pangkalnya.

BACA SINI PART SEBELUM INI

Kisah misteri ketika rawatan ni bermula masa aku pergi mengurut dengan pakcik tu. Kali pertama pergi, pakcik tu dah cakap ada bau busuk. Tapi dia tak tahu apa. Proses urut badan tu dilanjutkan malam tu, dia dah mula ulang alik ke depan rumah utk ludah. Bila aku tanya, dia kata ada banyak bisa kat kaki aku. Kat badan aku pulak ada bau kemenyan yg kuat sangat. Lepas tu berselang seli dengan bau hanyir darah.

Malam ke-2 aku pergi berurut, sampai je kat depan rumah terus dia tegur yg dalam kereta aku ada perempuan tumpang (baca di kisah awal). Bila malam ke-3 berurut, sebelum datang tu dia pesan minta aku bawakan sebotol air mineral untuk dia jadikan air penawar. Malam tu ketika proses rawatan, dia ada berpesan dengan aku yg ada orang tengah marahkan aku. Dia tak dapat nk lanjutkan rawatan sebab sihir tu agak kuat melebihi keupayaan dia. Ketika dia sedang menawar air tu, tiba-tiba badan aku terasa panas yg amat sangat bagai kena panggang atas api. Rasa mual tu teruk sangat, tapi tak boleh nk muntah, macam ada yg tersekat.

Ketika aku dapatkan rawatan di hospital kali ke-2, masa tu aku sedang tunggu result darah & x-ray, aku solat zuhur di surau hospital. Usai selesai solat zuhur, aku nk keluar dari surau tu, ada seorang MA baru masuk dan dia bertanyakan aku “kenapa dengan kaki tu?”. Aku jawab yg aku pun tak tahu, Cuma sakit tak boleh nak berjalan. Dia minta aku duduk dan dia pergi ambil wuduk. Lepas tu dia datang pegang kaki aku dan picit ibu jari kaki. Tak tunggu lama, tiba-tiba aku menjerit sakit. Sakit tu macam kena siat-siat kaki tu.

Dia cuba cakap yg jerit tu bukan aku. Lepas dari tu aku pitam, sedar-sedar je dah ramai orang dalam surau tu baru selesai solat. MA tu minta aku datang ke ofisnya untuk lanjutkan rawatan. MA tu ada berpesan, yang dia dapat ringankan sahaja, kalau nk buang sepenuhnya kena datang ke rumahnya. Tapi sebab nk kena admit wad, aku pun menolak. Nama MA tu aku tak dapat nak dedahkan di sini atas faktor komitmen penjawat awam, tapi dia menetap di Sungai Udang, Melaka dan berkhidmat di sebuah hospital di negeri Melaka. Good Luck

Kisah misteri seterusnya ketika aku proses merawat dgn perawat yang diperkenalkan oleh kak S. Pada awalnya, kak S ni juga mangsa sihir berebut harta pusaka selama 15 tahun selain mempunyai masalah misteri lain yg berkaitan dengan keturunan.

Pada peringkat awal, ketika proses rawatan, perawat tu seolah-olah berkomunikasi dengan orang lain yg aku tak nampak. Dari firasat aku, ada tiga “orang” lain yg sedang membantu. Ada kedengaran dia memberi salam. Ketika merawat tu, ada dia berbisik kepada “pembantu” dia tu “hal anak ni agak berat, kita bagi amaran dulu, kalau degil jugak, kita tangkap dan simpan semua”.

Di akhir rawatan malam tu, aku diminta mandi dengan air kolam puteri dari gunung ledang yg dia dah bawakan dari awal. Ketika mandi tu, terasa satu perasaan yg nyaman sangat. Air tu terasa sejuk sangat. Selesai mandi tu, aku dah mula boleh bangun dan berjalan sambil dibantu isteri. Siri rawatan tu berterusan untuk beberapa kali dan di akhir rawatan tu aku diminta untuk mandi air dari kolah wuduk terbuka di masjid.

Perawat tu berpesan pada aku, jika aku nak tahu siapa empunya angkara sihir tu, buatlah solat hajat dan berdoa sebab doa orang dianiaya ni tanpa hijab. Selama beberapa hari aku berdoa tanpa berputus asa agar Allah bukakan hijab kebenaran. Doanya begini “Ya Allah ya Rabb, jika kesulitan yang aku terima ini adalah angkara sihir & hasad manusia, aku mohon agar Kau tunjukkanlah aku empunya angkara ini dan hantarkanlah bantuanMu dalam jihad ini. . . . “. Alhamdulillah, doa aku Allah jawab.

Pada rawatan yang terakhir (kali ke-6 rawatan), malam tu perawat aku ajak duduk berdua sebab ada perkara mustahak yg perlu dia beritahu. Pertamanya, “pembantu” yg membantu dia tu adalah ketua-ketua “kampung” di sebuah gunung lagenda di Tangkak, Johor. Semuanya adalah hamba-hamba Allah yg Allah izinkan dan utuskan untuk membantu proses rawatan aku. Dan semua “pembantu” perawat tu ingin bertemu aku melalui mimpi, Cuma tak disebut bila masanya. Sebagai akhir rawatan, aku sekeluarga dan perawat diminta untuk mandi air gunung di kolam puteri.

Pagi esoknya kami bertolak ke destinasi kami dan setibanya kami di situ, kedatangan kami disambut oleh satu deruan angin yang amat kuat sekali sampaikan perawat aku bercakap yg hari ni akan jadi satu sejarah, ramai “penduduk kampung” datang meraikan kami. Masa ni aku masih tak faham lagi apa maksud perawat tu dan aku anggap mungkin fenomena biasa. Perjalanan kami mendaki tangga ke kolam puteri tu penuh dengan pelbagai dugaan.

Dengan keadaan aku sedang dukung anak kecil, isteri memimpin tangan. Sesekali isteri mengeluh yg dia terasa berat sangat, teramat berat kaki dia, dan minta kami berpatah balik. Aku kuatkan semangat, baca zikrullah, berdoa agar Allah permudahkan urusan kami. Hampir setengah jam mendaki, tibalah kami di kolam puteri. Tapi deruan angin tu masih belum reda. Ketika mandi tu, sempat aku berbual dengan seorang cina di situ, dia kata “I setiap minggu datang sini mandi, camping. Tapi hari ni angin sangat kuat, tak pernah lagi jadi macam ni”. . . Aku mulai penasaran, curiga, apa petanda yg akan aku terima lagi. Selesai mandi, kami pun turun, ketika aku tunggu isteri uruskan anak, perawat tu jelaskan semua perkara.

Angin yg tiba-tiba menderu kuat tu sebenarnya kehadiran “penduduk kampung” yg meraikan dan mengalu-alukan kedatangan aku. Yang disebutnya Cuma aku ni dipilih. Aku cuba slow talk dengan perawat, mohon sampaikan pesanan yang aku hanya berikhtiar untuk sembuh atas izin Allah. Perawat kemudian anggukan kepala dan menjawab, “diorang nak datang jumpa kau, nanti sampaikan salam pada diorang”. Dan kami bertolak pulang. Malam tu aku bermimpi didatangi seorang tua, berjubah putih, berserban putih, berjanggut putih sederhana panjang, mukanya cerah sangat dan perkenalkan diri sebagai “atuk”. Dia hadir bersama 2 orang lagi yg tak berapa nk jelas wajahnya tapi pakaiannya sama dengan “atuk”.

Dia sapa aku dengan memberi salam penuh, memanggil aku cucu dan bertanya khabar. Kami mulai berbual mengenai beberapa perkara. Kemudian dia mengajarkan aku beberapa ilmu untuk melindungi diri dengan hanya Al-Fatihah, ayatul Qursi, 3 Qul dan beberapa zikrullah, itu sahaja. Esok paginya aku call perawat dan ceritakan hal tetamu datang, dan katanya ada seorang lagi tetamu khas yg akan datang jumpa aku.

Selang beberapa malam, aku didatangi mimpi seorang wanita yang amat cantik sekali. Kecantikkan dia tu, Masya Allah, tiada tandingan atas dunia ni. Senyuman dia boleh gugur jantung setiap mata yg memandang. Pakaiannya serba emas, songket, baju persis puteri, tudung, mahkota, semuanya emas dan hiasan diraja. Dengan suara yang lembut dan merdu, dia memberi salam. Dia tersenyum lama dan perkenalkan dirinya sebagai “puteri”. Katanya “atuk” yg izinkan dia datang. Dia bertanyakan khabar aku dan kami berbual beberapa perkara yg aku tak boleh dedahkan di sini. Di akhir perbualan tu, dia pesan kepada aku istiqomah solat, baca Al-Quran dan berzikir agar sentiasa dekat dengan Allah.

Kejadian-kejadian misteri yg aku alami tu, membuatkan aku jadi lebih ingin tahu. Aku cuba berjumpa dengan perawat bagi mencari pencerahan. Di sini terbukalah sebuah kisah yg mana ketika aku dirawat, “pembantu” dia mulai kesian dan simpati dengan aku atas setiap dugaan yg diterima, dah la hidup merantau, tak kacau orang, tetiba orang kacau. Angin kuat yg diterima tu adalah khabar baik kedatangan aku ke “kampung” mereka. “Atuk” yg hadir pada malam tu ialah penghulu di situ dan “puteri” tu adalah puteri di “kampung” tu. Dugaan ketika mendaki tu sebab “penduduk kampung” tu tengah ganyang setan-setan sihir yg ada dekat aku, isteri & anak. Mandi air gunung ni banyak khasiatnya kerana terdapat aura dan energi yg segar, khasiat mineral selain dapat picnic dgn family lepas tempuh satu tempoh derita yg panjang.

Alhamdulillah, benar kata Al-Quran, “kesenangan akan datang selepas kesusahan” Asy-Syarh : ayat 6. Apa yang aku terima adalah sihir, hasad dengki dan fitnah manusia. Tapi apa yg aku terima ialah kemenangan, jihad, secebis ilmu, ukhuwah, dan sebuah darjat, dan yg paling penting sebuah jawapan dari Sang Pencipta. Ilmu yg diterima, aku gunakan untuk melindungi keluarga dan membantu orang lain. Sehingga kini, kadang-kadang “atuk” masih melawat, Cuma kini dia hanya bagi salam, dan tersenyum. “Puteri”??? selepas dari malam tu, dia tak pernah hadir lagi sebab atas pilihan aku sendiri. Banyak lagi kejadian misteri yg aku alami, & Alhamdulillah, selagi kita pada landasan yg benar, insha allah, akan dipermudahkan. Berpeganglah pada khasiat surah Al-Fatihah, dalami & hayati maksud tu & amalkan dalam hidup kita.

Setiap manusia mempunyai hijab (dinding ghaib) masing-masing. Apabila sihir dituju, energi-energi jahat ni akan dipaksa masuk ke tubuh kita dengan merosakkan hijab kita (rujuk sihir ain). Apabila kita dah sembuh, hijab kita masih lagi rongak dan terbuka, jadi dengan doa, amalan soleh dan zikrullah akan bantu pulihkan kembali. Sihir dan saka ni dua benda yg sama, tapi perkara yg berlainan.Sebab tu nak merawat serangan sihir dan saka ni lagi sukar dari jin yang tak bertuan. Angkara sihir ni juga aku kehilangan seorang abang ipar dan seorang kawan kecilku.

Kisah yg aku kongsikan ini korang bacalah atas pertimbangan masing-masing. Jangan dihina jangan dicerca, sebab setiap orang melalui kisah yang berbeza. Kisah ini juga adalah kisah benar yg aku lalui dan tempuh. Setiap yg berlaku ni adalah ujian dan anugerah dari Allah

Terima kasih dan Assalamualaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MIMF
DISIHIR BOS & RAKAN Part 2 : Misteri Rawatan
9.6 (96.1%) 77 votes

8 comments

  1. Boleh sambung lagi cerita lain yang bersangkut. Macam kat akhir cerita tu kisah kehilangan abang ipar dan kawan kecil tu. 😊😊😊

    1. saudara, boleh sambung lagi ke cerita mengenai abang ipar dan sahabat. apa kaitan sihir yang berlaku in dengan kehilangan mereka?

  2. Saya suka kisah benar. Alhamdulillah, encik dah sembuh. Kalau ada lagi kisah2 sebagai pedoman pembaca, ceritalah ya.

  3. saya harap ex bos dan rakan awak tu ada baca kisah awak ni di FS dan dorang jadi malu sendiri juga insaf…amin.

  4. Saya pernah dirawat seorang lelaki di Johor yg mengatakan dia belajar ilmu merawat dari salah sorang org kuat puteri gunung ledang.. Walahualam.. Apapun selepas merawat dan membuang Jin2 Jantan dari diri saya.. Selepas beberapa hari saya bermimpi mandi disebuah kolam didalam hutan dan dikelilingi wanita2 yg Sgt cantik yg tak pernah saya lihat di dunia ini.. Wanita2 itu cuma tersenyum memandang saya.. Perawat ada menelefon jika ada apa2 yg berlaku.. Dan tak lama selepas itu baru lah saya bertemu jodoh.. Kes saya adalah berat jodoh gara2 ada Jin2 yg mendampingi saya.. Huuu.. Hingga kini saya masih tertanya2 apa kaitan wanita2 cantik itu dlm mimpi saya.. Utk info perawat itu ada 7 anak perempuan dan semua anknya mmg cantik2 dan dikatakan mrk ada penjaga puteri.. Walahualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.