Ringkasan sejarah
Pada tahun1942
Sewaktu Tanah Melayu dan Borneo berjaya ditakluk oleh pihak Jepun pada perang dunia ke 2, tentera Australia dan British telah dihantar ke Borneo Utara untuk membina satu lapangan terbang di Sandakan. Melalui catatan sejarah pada mulanya, tahanan perang tidaklah dilayan dengan teruk,tetapi apabila ada di antara tahanan menggunakan radio untuk berhubung secara senyap-senyap dengan pihak bersekutu, diketahui oleh polis rahsia Jepun Kempeitai mereka telah dihukum dan diseksa dengan teruk. Makanan dan ubat-ubatan disekat sehinga ramai yang meninggal dunia…
Awal tahun 1945, Komando kapten Sesami Hoshijima membuat keputusan untuk memindahkan tahanan perang ke Kota Kinabalu akibat tentera bersekutu berjaya meletupkan lapangan terbang di Sandakan. Maka terjadilah kawat maut 1,2 dan 3. Diringkaskan,
Kawat maut pertama, berkawat sejauh 260m, kapten Hoshijima memindahkan seramai 475 tahanan. Tahanan perlu melalui jalan yang jauh dan sukar, akhirnya ramai yang sakit. Mana-mana tahanan yang sakit dan cuba melarikan diri akan d*****h dan mayat mereka dibiarkan di tepi jalan hutan.
Kawat maut kedua, seramai 536 orang tahanan dipindahkan tetapi hanya 183 orang sahaja yang berjaya sampai, yang lain ada yang m**i atau d*****h dalam perjalanan.
Kawat maut ketiga, tawanan yang masih tinggal seramai 75 orang dalam keadaan sakit akan dipindahkan ke Ranau, namun semua di tembak hidup-hidup oleh para muanad atas arahan leftenan Moritake. Tahanan yang masih tinggal di Sandakan, di tembak dan dikubur di dalam parit, manakala yang lainnya m**i kerana sakit dan kebuluran…
Ringkasnya apabila Hiroshima di bom, pihak Jepun berundur, daripada 2500 tahanan perang yang ada di Sandakan hanya 6 orang sahaja yang berjaya pulang selepas dibantu oleh orang tempatan di Ranau. Untuk memperingati mereka yang terkorban, Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan 11 hektar dari 20 hektar keluasan tanah kem untuk membangunkan taman peringatan. Pada 25 April setiap tahun, kerajaan Malaysia dan Australia akan membuat hari peringatan mangsa-mangsa tawanan. Askar Australia dan askar Malaysia akan berkumpul di hadapan tugu peringatan bersama waris keluarga mangsa.
Aku Lana
23 April 2017,
Hujan rintik menitis perlahan. Aku dan Sera berjanji untuk melepaskan peluh di Taman Rimba , tinggalan sejarah kem askar jepun pada perang dunia ke 2. Sunyi petang itu. Hanya dua tiga orang pengunjung yang ada atas tujuan sama. Hujan makin lebat, kaki melangkah cepat-cepat masuk ke entrance dan berteduh di hadapan pondok pengawal. Seorang pengawal lengkap memakai baju tentera , lengkap dengan topi alah koboi di kepala. Persis macam askar inggeris dahulu kala. Dia memandang aku tanpa senyuman. Berdiri tegak dengan senapang di sisi.
Aikk..lambat pulak Sera ni. Rimas di pandang tanpa berkelip oleh pengawal ni aku berjalan masuk ke dalam taman. Langkah ku di sorot dengan pandangan mata pengawal. Tercetus jugak rasa pelik, mengapa pengawalnya lengkap berbaju tentera. Aku tersenyum lucu, sambil menoleh ke belakang. Ushh..pandangannya tajam melihat aku. Gelabah. Cepat-cepat aku melangkah. Aku tunggu Sera di dalamlah.
Hujan masih turun, tapi dah kurang lebat. Aku menumpang teduh di pondok yang di sediakan untuk pengunjung. Sendiri di situ. Mata ku mengamati keindahan taman sejarah. Pokok-pokok tinggi menutupi titisan air hujan yang tadi melebat. Pokok-pokok bunga indah tertanam di sekeliling tanah hutan taman rimba. Taman yang berkonsepkan rimba, pokok-pokok besar tertanam elok. Untuk berjalan sekitar taman ini, trek di sediakan untuk laluan hutan.
Ada satu kolam besar , penuh dengan teratai dan kura-kura yang bermukim.
Jalan sikit ke hadapan ada tugu peringatan, ada bunga sedikit layu di letakkan di hadapan tugu. Mungkin keluarga mangsa yang sudah tiba awal. Esok atau lusa akan ada sambutan di sini.
Apabila hujan sudah berhenti aku tertinjau-tinjau di hadapan pavilion, rumah yang ada balcony kecil, khas untuk melihat risalah-risalah dan tinggalan sejarah. Tapi pintu berkunci. Aku mengeluh hampa. Mataku tertarik dengan alat perang tayar seperti kereta kebal, tetapi ada mulut jentolak di hadapan. Aku kagum. Orang dulu-dulu memang sudah canggih.
Bayangkan selepas lebih 72 tahun, alat ini masih boleh bertahan.
Tiada bayang-bayang Sera. Keluarkan telepon bimbit, line pulak kejap ada kejap tiada. Dalam 2 jam lagi, petang akan melabuhkan tirai. Takpalah, tunggu la Sera sekejap lagi, lambat aku tinggal saja Sera nanti. Aku selusur trek jauh sedikit ke dalam hutan. Trek kecil penuh daun-daun kering. Bahagian sini ada ranting-ranting yang merimbun. Alah…trek m**i. Jalan tertutup oleh ranting. Tiba-tiba aku dengar suara jeritan. Tubuhku terlontar sikit macam dilanggar. Terhumban ke tepi. Segerombolan lelaki seperti memakai baju askar berwarna hijau lusuh mengejar satu lelaki. Aku kira mereka membuat raptai pertunjukan untuk hari sambutan. Lelaki itu berjaya di berkas. Tengkuknya di pukul dengan hujung senapang. Terkulai lelaki itu. Aku melopong.
Kemudian tubuhnya di heret melimpasi aku. Kumpulan askar itu bertutur dalam bahasa yang aku tak faham, tapi dari cara bercakap seperti orang jepun. Bola mata lelaki yang di heret bertemu pandang dengan aku. Dia terkejut dalam keadaan lemah. Bibirnya bergerak…
“Help me.” tanpa suara. Aku tergaman. Aku harus berbuat apa? Lari?..Kumpulan askar itu tidak langsung menghiraukan kehadiran aku. Aku baru berkira-kira nak melarikan diri, keadaan bertukar aneh. Aku menyumpah dalam hati. Hantu ka? Wajah aku raup. Aku tak jumpa jalan keluar. Trek tadi menghilang . Jam di tangan seakan berhenti berfungsi. Skrin telepon jadi blank. Apakah?,d i mana aku sekarang. Keadaan bertukar asing.
Kedengaran sayup-sayup seperti orang berkawat. Aisyh, sudah!Betul-betul berlaku atas aku rupanya. Selalu cuma dengar dari cerita orang. Makin lama makin dekat suara orang berkawat. Derapan kasut askar saling bertingkah. Sembunyi di mana? Aku nampak rimbunan semak samun. Tiada pilihan aku menyusup masuk di celah rimbunan. Makin lama makin dekat. Derapannya makin hampir. Aku melopong. Dua barisan askar berkawad tanpa kepala. Kepala ku rasa berpinar. Askar tanpa kepala melimpasi kawasan tempat aku sembunyi. Tidak semena-mena. Mereka berhenti. Jantungku seakan berhenti berdegup. Aku menahan nafas seolah mampu di dengar. Allah. Satu tubuh paling hadapan mengiring ke tepi..lama. Aku cuma diam tak bersuara. Pegun. Tetapi kemudian berpusing balik , dan kembali berkawad. Ya tuhan, aku menarik nafas lega.
Perlahan aku keluar dari rimbunan semak. Aku mengutuk diri sendiri, aku mengutuk Sera yang tak datang-datang. Aku kena keluar cepat-cepat. Menjelang malam entah apa lagi yang akan keluar. Sepanjang mencari jalan keluar ,mataku sekali lagi dihidangkan dengan pemandangan kejam. Tak habis lagi ka ? Ada sekumpulan askar sedang mengeluarkan beberapa lelaki dari sangkar kecil. Mereka di seksa, di paksa minum air kemudian di pijak. Di cucu dengan api. Kejam. Hampir menitis air mataku. Bola mata mereka menangkap kehadiranku. Aku kejung. Askar-askar yang menyeksa mereka langsung tak menghiraukan kehadiran ku.
“Yashamita….” tiba-tiba seorang lelaki yang di seksa berteriak. Askar-askar itu menempik, satu hentakan senapang mendarat di kepalanya. Nafasku tersekat. Tiba-tiba bahuku di cuit. Di belakang, sosok pengawal keselamatan di pintu gerbang muncul. Aku hampir teriak terkejut, Dia meletakkan jari telunjuk ke bibir. Sssttt.. Isyaratnya. Tanpa bersuara dia meminta aku mengikuti langkahnya. Berjalan sedikit ke hadapan, aku akhirnya jumpa trek untuk pejalan kaki. Lega. Pengawal itu berhenti sebelum sampai ke trek. Telapak tangan didirikan kemudian mengisyaratkan aku pergi. Cepat-cepat aku hayun langkah. Langit rupanya sudah gelap. Untuk sampai ke pintu gerbang perlu melalui satu tasik besar tadi. Malap-malap aku nampak entrance. Lega.
Suara mengilai bertingkah suara tangisan menerpa cuping telinga ku. Alahai, tak habis lagi ka gangguan ni. Tubuh putih duduk jeti depan tasik. Nak kena pergi entrance kena lalu depan ni.Aduh. Nak tak nak kena lalu depan dia jugak.Kejap-kejap suaranya merintih.
“Tolong aku…” Aish..langkahku terhenti. Tadi hantu jepun, ni hantu putih.
“Kau tau kan..Kau tahu kenapa aku m**i.” Mengogoi dia. Aku biarkan dia di situ. Lekas-lekas pergi aku untuk pulang.
Sampai entrance aku tarik nafas lega. Hidupkan enjin kereta, lalu betulkan cermin tepi. Aish.. rupanya dia membubuti. Sedap duduk seat belakang. Dia cerita satu ketika dulu pernah terjadi satu pembunuhan di sini. Seorang gadis remaja belasan tahun di rogol dan di sula di kemaluan oleh sekumpulan lelaki.
“Boleh aku tahu siapa?” tanyaku
“Aku..” dia akhirnya mengogoi. Malam itu dia berjanji untuk berjumpa buah hatinya, malang tak berbau, sekumpulan lelaki telah merogol dia. Kemaluannya di tusuk dengan benda tajam sehingga dia menemui ajal. Teman lelakinya melarikan diri meninggalkan dia di situ. Sehari suntuk mencari barulah mayat dijumpai dalam keadaan mengerikan. Nauzubillahminzalik. Aku menarik nafas panjang. Sampai simpang berhampiran Petron, dia hilang.
Bila aku aku cerita hal ni dengan kak long, dia melopong. Dia kenal, tapi tak erat. Aku pulak masa tu masih bayi. Memang kejadian tu agak menggemparkan pada waktu itu kata kak long dan kak long sendiri melihat bagaimana ibunya histeria melihat jasad anaknya. Hari-hari seterusnya aku lalu, dia masih ada di bus stop, bersebelahan Petron.
Cerita seterusnya masih berkait dengan death march.
Kami bergerak dari Kota Kinabalu pada waktu malam. Malam kereta tak banyak, cuaca pun tak panas . Aku mak, ayah, dan kereta dipandu oleh abang. Abang memandu cermat. Ayah di sebelah masih celik. Mak awal-awal sudah melabuhkan mata. Keletihan. Perjalanan dari Kota Kinabalu memakan masa hampir 7 atau 6 jam. Abang berhenti di daerah Ranau berehat seketika.Emak masih lena. Ayah nun jauh sedikit merokok sambil tangan di seluk ke poket seluar. Abang menyandar kepala menghilangkan lelah.
Tiba-tiba telingaku mendengar derapan kaki seperti berkawad. Tiga tubuh lelaki berpakaian baju askar macam di taman rimba yang aku nampak sebelum ini. Cemas aku. Teringat-ingat kejadian sebelumnya. Tiga lembaga itu berhenti di depan ayah. Berbaris dan menjatuhkan senapang. Kemudian tabik hormat depan ayah. Secara tiba-tiba ayah mengangguk kepala perlahan. Matanya cerun ke hadapan. Aku tergelak pun ada. Aura sarjan pencen semasa jadi pengawal dulu mungkin ada, sampai hantu jepun tabik hormat dengan ayah. Selesai memberi hormat, mereka memberi kembali bergerak berkawad. Aku tanya ayah mengapa terangguk-angguk. Sejuk katanya.! aku gelak.
Sepanjang perjalanan ke Sandakan, jalan memang sunyi, kiri kanan memang masih banyak hutan. Matanya terhenti di satu kebun sawit. Ada satu tubuh berdiri di sana. Pandangan kami bertemu. Matanya merah saga. Mata aku larikan. Dia tahu aku nampak dia. Sudah terlambat. Dia akhirnya ikut kereta kami sampai ke Sandakan. Jari jemarinya, elok memegang bahu. Dia hilang apabila sampai di atas bukit kampung aku.
Sebenarnya masih banyak tinggalan jepun semasa perang dunia di sini. Contohnya kubur jepun. Kubur jepun untuk pelayan wanita jepun, mereka peneman askar-askar jepun semasa di sini. Kerana malu kembali ke tanahair, mereka membuat kubur khas untuk mereka. Dan aku pernah jumpa satu kubur jepun atas bukit semasa bekerja di resort. Kubur ini tersembunyi dan dijaga oleh pihak tertentu, tidak di benarkan pelawat asing masuk. Di katakan harta karun jepun Yashamita banyak tertanam di sepanjang jalan menuju ke Ranau, tertanam bersama mayat tentera jepun yang m**i. Allahualam.
Jalan-jalan ke sabah jangan lupa singgah sandakan memorial park dan kundasang memorial park,
#conspriracy of silence
6 who came home
2428 who did not
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Teringat masa bermalam di rumah mak cik dekat Taman Rimba,tengah malam terbangun sebab terdengar bunyi askar berkawad yg memang agak jelas.sy ingat sy sorang saja yg dgr..rupanya kakak pun dgr juga cuma dia signal jgn ckp apa2..
good info sis.. thank you so much..