DISIHIR BOS & RAKAN Part 3 : Hikmah Ujian

DISIHIR BOS & RAKAN

Part 3 : Hikmah Di Sebalik Ujian : The Final Chapter

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin FS yg sudi siarkan kisah sambungan aku ni. Terima kasih juga kepada yg sudi baca, like, komen & share. Semoga kisah yg aku kongsikan tu dapat menjadi teladan kepada semua. Dan ini adalah kisah yang terakhir aku kongsikan

Kisah kali ni adalah rentetan sambungan dari kisah awalnya, Cuma kali ni aku akan rungkaikan hikmah-hikmah yang aku terima di sebalik ujian ini
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Bagi yang nak ikuti kisah sambungan ni, elok la kalau hangpa baca dulu kisah terdahulu di
Part 1 : Disihir rakan dan bos
Part 2 : Misteri rawatan
supaya nanti senang nak faham pucuk pangkalnya. Kalau tak baca, nanti mungkin tak faham cerita.

Alhamdulillah, setelah selesai menempuh satu detik sukar ketika menerima ujian disihir orang dan cabaran ketika merawat, pelbagai hikmah yang aku terima di sebalik ujian ini. Selalu aku berdoa kepada Allah agar aku diberi kekuatan menempuh ujian, rezeki, dan ujian yg aku lalui ini adalah jawapan daripada Allah terhadap doa-doa aku.

Setelah mendapat “rezeki” daripada hamba Allah dari alam lain di Gunung Ledang (rujuk kisah Part 2) aku manfaatkan ilmu yang diterima dengan melindungi ahli keluargaku dan juga membantu sahabat dan kenalan yang mengalami masalah berkaitan perkara mistik. Aku mulai kisah yang pertama dengan anak kecilku

Pada awalnya kami menyewa di sebuah rumah banglo 2 tingkat. Sejarah rumah ini tidak berpenghuni hampir 7 tahun dan kami penghuni yg terawal di sini. Bahagian atas rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 tandas manakala bahagian bawahnya mempunyai 1 bilik tidur, 1 bilik stor, 1 tandas, ruang tamu, ruang makan dan dapur yang mana tangga ke tingkat atas berada di ruang makan. Ketika awal kami masuk, isteri sedang mengandung 5 bulan anak sulung kami. Ruang atas rumah tu kami jarang duduk sebab masing-masing komitmen kerja dan bila balik ke rumah, masing-masing penat dan banyak habiskan masa berehat di bawah. Ruang atas tu aku Cuma bergilir-gilir jadikan sebagai ruang solat dan mengaji sahaja. Ketika tiba giliran bilik belakang, bulu roma aku pasti meremang tatkala aku beribadah di ruangan tu. Kadang-kadang terasa bahang panas di belakang leher, terasa berat bahu, terasa seperti ditolak keluar dari bilik tu. Teringat satu kisah pada awal-awal aku masuk rumah ni, ketika aku sedang azan di bilik ni, aku tengok awan dah makin gelap, gelap dia tu macam nak dekat maghrib, tapi bila aku keluar rumah, cuaca elok je, terang benderang, takda awan mendung pun. Tapi aku abaikan gangguan tu dan teruskan macam biasa. Perkara ni aku rahsiakan dari isteri risau dia stress dan takut. Tapi aku faham, kondisi rumah macam ni pasti akan ada gangguan

Tahun silih berganti, puteri sulung kami selamat dilahirkan dan membesar, dan pada satu hari tu aku perhatikan ragam anak aku suka main dekat kawasan tangga, cakap sorang-sorang, kadang tu dia suka marah-marah seseorang dekat tangga tu. Kami suami isteri dah mula syak yang bukan-bukan. Semakin hari ragam dia semakin teruk. Selalu menangis teruk, sampaikan panggil nama dia pun dia boleh nangis. Satu hari, aku nekad untuk merawat sendiri anak aku, aku mulakan kaedah rawatan ruqyah. Kaedahnya amat mudah sekali,

  1. Tadahkan air wuduk, bapa dan ibu perlu ambil air wuduk dan tadahkan dalam besen
  2. Selesai tadah, si bapa perlu buat ruqyah mandiri air tu, simple saja, celupkan tangan kanan dalam air tadahan wuduk tu, bacakan Al-Fatihah, ayatul Qursi, Al-Fil, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas. Kemudian berdoa, doanya macam ni “Ya Allah Ya Rabb, jadikan air yang telah diruqyah ini sebagai media kesembuhan kepada segala penyakit yg ada pada tubuh (sebut nama anak) ini, dan jadikanlah ia pembinasa yang amat berat kepada jin, iblis dan makhluk yang dilaknat oleh Mu yang kepada sesiapa yang mandi air ini”. . . dah selesai, hembuskan kepada air tu.
    Si Ibu pulak mulakan tugas mandikan anak, sehingga selesai. Alhamdulillah, selesai rawatan ni, segala jenis ragam pelik anak aku dah berubah serta-merta. Dah mulai rapat dan manja dengan kami. Sampai pengasuh pun perasan perubahan baik anak kami.

Secara ringkasnya, Apabila sihir dituju, energi-energi jahat ni akan dipaksa masuk ke tubuh kita dengan merosakkan hijab kita (rujuk sihir ain). Dan apabila dinding hijab kita sudah dirosakkan, maka bukan setakat jin sihir sahaja yang masuk, jin liar yang berkenan juga akan turut masuk sebab laluan dah terbuka. Begini juga kisah aku, bukan sekadar diserang oleh jin sihir, tapi jin penunggu di rumah juga turut ganggu. Klimaks pada kisah jin penunggu rumah ni, pada satu malam ketika aku tidur, aku bermimpi, aku dengan abah kami berdiri di ruang tamu rumah tu, tiba-tiba ada seekor anak b**i hutan datang menggesek badannya di kaki aku, persis kucing di kedai makan.

Lepas tu abah ajak aku keluar untuk sertu di luar. Ketika kami keluar, ada seekor ular sawa warna coklat yg besar ada di luar. Tapi yang tinggal Cuma bahagian kepala saja dan ular tu dah m**i. Kami turun ke bahagian bawah rumah tu dan dapati terlalu banyak ular, semuanya ular berbisa, tedung hitam, tedung selar, ular sawa. Kemudian aku & abah pegang parang dan pancung semua ular tu. Kemudian aku terjaga dari tidur, dan call abah ceritakan segalanya. Abah pun respon yg malam tu, dia sedekahkan surah Yassin dan Al-Mulk kat aku. Malam esoknya, “atuk” datang dalam mimpi aku dan suruh aku keluar dari rumah tu. Perawat aku juga call dan maklum benda yg sama, sebab jin penunggu tu dah duduk kat situ sebelum rumah tu dibuat lagi. Dia boleh diusir, tapi lama-kelamaan dia akan kembali balik. Solusinya, kami pindah keluar dari rumah tu, dan kini penyewa baru pulak yg ceritakan masalah yg sama. . . .

Kisah ke-2 ini bermula dengan kisah arwah abang ipar aku. Suatu hari tu, isteri aku bagitau yg abang dia dimasukkan ke sebuah hospital pakar di Alor Star dah hampir 2 minggu. Keadaan arwah masa tu selalu muntah-muntah, tak boleh nak makan atau minum, kalau tidak badan dia akan membengkak. Hasil diagnosis doktor, peparu dia penuh air dan air yang dikeluarkan dari peparu sekitar 3 liter. Doktor syak hati dia bengkak, tapi ujian makmal tunjukkan keputusan yg negatif.

Lepas discaj dari wad, dia berpindah ke Puchong, menyewa rumah dan bekerja di sana. Suatu hari tu isteri aku bagitau yg abang dia kena masuk ke wad di hospital Serdang sebab masalah yg sama. Kami melawat dia di hospital. Masa tu dia cakap dah macam-macam ujian dibuat, tapi semuanya negatif sampai doktor pun dah tak tau apa puncanya. Aku sarankan dia balik kampung dan jumpa seorang lagi perawat aku di Kedah. Tak tunggu lama, kami bawa dia berjumpa dengan perawat kedua aku di Baling, jika yang dah biasa, mungkin ada yg kenal dgn nama Ustaz Badri, Kupang, Baling. Ketika proses ‘scan’ dibuat, ustaz tu bgitau yg abang ipar aku terkena sihir angin. Sihir yg dia kena ni melalui makanan. Kami pulang ke Puchong untuk lakukan rawatan permulaan di rumahnya.

Ketika sampai depan rumah, anak aku kelihatan sangat takut dan aku terasa satu energi panas di kawasan rumah dia. Masa ni aku teringat ilmu yg diajarkan “atuk”. Maka ayat penggerak dimulakan
“A’UDZU BIKALIMATILLAHIT TAMMATI MIN SYARRI MA KHOLAQ”
“Aku berlindung diri dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan (makhluk halus) yang telah diciptakannya

bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

Aku bacakan al-Fatihah, ayatul Qursi, Yassin ayat 9, dan 3 Qul untuk menutup hijab matanya. Dan kemudian dia kembali elok. Masuk rumah pun ceria je boleh melompat. Masuk dalam rumah tu, mata aku tertumpu kat 1 bilik hujung, hati aku berdegup kencang. Aku lantunkan zikrullah, buka pintu & ambil beberapa barang dalam tu. Masa tu, kelihatan sesosok tubuh wanita kat dalam tu, selesai urusan aku, tutup cepat-cepat dan kunci. Malam tu aku pesan kat yg lain-lain, jangan ada sapa-sapa yg buka pintu tu. Selesai urusan rawatan pemula di rumah, arwah pulang ke kampung. Ketika di kampung, dia kerap meracau, katanya kaki dia lenguh sangat.

Kelihatan di kakinya ada lubang dan lelehan air bisa yg banyak sangat. Kaki dia membengkak lebih dari orang mengandung dan Badannya mengembung. Dia kerap minta adik beradik dan ayahnya untuk urut kaki dia. Dan aku hanya tengok saja. Sebab salah satu pesanan “atuk”, jangan memandai-mandai offer diri nk bantu melainkan dijemput pesakit saja. Satu pagi tu dia panggil dan minta aku tolong urutkan kaki dia, dan aku mulakan urutan dgn bacaan ayat penggerak, ayat ruqyah dan zikir. Aku urut menggunakan 3 jari saja, tapi beratnya nk urut kaki tu amat azab sekali. Sesekali aku menarik-narik jin tu keluar mengikut kakinya, berpeluh satu badan.

Tak sampai 5 minit aku urut, aku mohon tarik diri, sebab menanggung azab yg berat sekali. Kesannya, seluruh tangan aku kejang, bahu sakit dan kepala sakit seperti dicucuk-cucuk. Lepas dari urut tu, aku terpaksa merawat diri sendiri untuk buang sisa yg terlekat. Masa ni “atuk” dan pengikutnya datang bantu aku buang bisa yang tersisa tu. Selepas dari tu, hanya nama aku saja yg arwah panggil untuk urut sebab katanya terasa amat lega sekali bila diurut, sedangkan yg lain-lain mengurut sampai sejam pun dia tak rasa apa-apa.

Selang 2 minggu kemudian, arwah menghembuskan nafas yg terakhir, ayah mertuaku cerita ketika di bilik mayat, keadaan arwah sangat sempurna. Badannya elok tak kembung, kakinya elok tak bengkak dan takda lubang pun. Selesai urusan jenazah, aku berjumpa ustaz Badri & dia ceritakan perkara sebenar. Realitinya, arwah terkena sihir melalui makanan, media yg digunakan tu bisa-bisa ular dan keadaan dia semasa dirawat tu dah kritikal, organ dalamannya semua dah rosak teruk, ustaz tu hanya dapat kurangkan kesan sihir tu. – Al-Fatihah arwah Mohd Saiful Wahab

Kesimpulannya, ketiga-tiga Part kisah ini, dari Part 1 hinggalah Part 3 ini adalah sebuah kisah yg benar yg aku lalui. Dari menjadi mangsa sihir oleh rakan dan bos, aku menerima cabaran dan ujian ketika proses rawatan dan hikmahnya, aku dihubungkan dengan 2 alam, menerima ilmu dan kini menjadi perawat kepada diri sendiri dan keluarga. Ayat-ayat dan kaedah yg aku kongsikan ini adalah secebis ilmu yg aku terima, aku semak dan selidik ianya adalah kaedah yg disyorkan oleh Nabi kita. Aku diizinkan untuk berkongsi kisah ini dan mengijazahkan ilmu-ilmu yg aku kongsikan di cerita ini kepada sesiapa yg ingin ambil dan amalkan. Yakini kuasa Allah, semoga Allah bantu kamu.

Pesanan aku, kita tak boleh nak halang orang berhasad dengan kita, tapi kita boleh persiapkan diri dari menerima hasad manusia melalui amal soleh, zikrullah dan sedekah. Jika sakit, dapatkan rawatan secara medis, tapi jika medis pun tak jumpa punca, rawatlah sendiri dgn ilmu yg aku kongsikan, jika buntu, carilah perawat yg benar.

Salah satu punca kenapa jin selalu berulang ganggu kita, sebab dia tahu bila kita diganggu, kita akan cari perawat, masa tu jin tahu yg kita ni lekeh, lemah, lembik. . Kena kacau sikit, cari ustaz, usik sikit je cari ustaz, sedangkan kita baca bismillah pun dia dah panas. Paling tidak pun bacalah Al-Fatihah sebab ianya pembuka Al-Quran dan ayat pertama Quran dimulai dgn bismillah tu. Amalkan zikrullah dalam kehidupan, lantunkan pagi petang malam, jangan masa kena kacau je baru nk baca. . Perawat ni adalah jalan terakhir yg kita cari selepas usaha kita menemui jalan buntu. Insha Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat kepada sesiapa yg membacanya.,

Terima kasih setia hingga kini

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MIMF

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

11 thoughts on “DISIHIR BOS & RAKAN Part 3 : Hikmah Ujian”

  1. Tqvm atas perkongsian …

    Setuju, bila kena penyakit,
    Berdoa (agar dapat diringankan dan dipertemukan dengan perawat yang benar …
    Berjumpa dengan orang yang ahli (doktor yang bertauliah)…
    Kalau bukan penyakit fisik (jasmani), usaha dengan ruqyah mandiri (sendiri)
    Kalau tak mampu, baru jumpa pengamal perubatan islam…
    Wallahua’lam…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.