Aku Diganggu

Hi & Assalamualaikum, aku ingin mengucapkan teruima kasih kepada fiksyenshasha dan pembaca yang lain. Baiklah, ini adalah cerita kedua aku selepas aku menulis kisah tentang rumah kedua aku ada saka.
Sebelum itu, aku akan cerita hal yang terjadi kepada aku dan masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku. Ketika aku umur 18, aku baru sahaja habis spm btw aku batch 04. Jadi spm aku habis lambat sebabkan pkp. Disebabkan cuti yang panjang, aku selalu tidur lewat dan selalu tengok cerita kdrama. Biasanya aku akan start tengok cerita pada pukul 11 malam sehingga 5 pagi.

Selepas beberapa hari aku selalu tidur lambat, jadi burung hantu setiap malam. Tiba-tiba pada malam kejadian itu, aku tengah pakai airpods dan aku rasa bising sangat, sepatutnya airpods yang aku pakai ni dia noise cancelling (brand apple) so dia tak akan dengar apa-apa disekelilig kau. Tetapi yang peliknya aku boleh dengar suara yang bising riuh tengah berbual dekat luar bilik aku which is (living room) rumah aku. Dan selepas aku buang airpods aku, tiba-tiba suara yang riuh bising tadi hilang. Dan tiba-tiba sekeliling aku rasa sunyi-sepi dan seram.

Selepas itu, aku try pakai airpods lagi sekali dan sambung tengok cerita. Dan aku dengar lagi sekali suara bising tersebut. Lalu aku buang airpods aku dan try duduk senyap-senyap dalam beberapa saat aku dengar suara papa aku bersin, dan batuk kuat gila and aku pon pelik sejak bila pulak papa aku berani keluar sorang-sorang sebab tak bunyi pon macam umi aku keluar sekali.

Pagi tu aku bangun dan terus bertanya kepada papa aku, dia keluar ke malam tadi dalam pukul 3 pagi macamtu. Pastu papa aku bagitahu aku yang dia tak keluar pon malam tadi sebab air dah bawak masuk dalam bilik sebelum tidur. Dan masa tu aku start pelik dan buat bodoh je malas nak layan sangat.

Aku ni pulak sejenis yang selalu duduk sorang-sorang kat rumah buat hal sendiri. Tapi bibik aku ada je.. tapi kadang-kadang dia keluar pergi beli barang dapuur lah, atau duduk dalam bilik basuh baju atau iron baju. So aku melepak je sorang diri. Aku ni pulak sukalah tengok podcast seram, cerita hantu. Sebab itu kot jin nak main dengan aku, mungkin dia ingat aku suka dia hahaha.

Baiklah kita sambung kepada kisah misteri aku, beberapa hari yang lalu aku terkena sakit bengkak di bahagian bawah teling aku, yang menyebabkan aku tak boleh tidur malam tu. Sebelum terjadi bengkak itu, aku akan cerita macam mana ia terjadi. Malam tu dalam sekitar pukul 10 malam, adik aku ni membuang air besar dia autism. Jadi aku lah yang kena cuci n”’s dia. So tengah aku kusyuk basuh benda tersebut. Aku bunyi suara lelaki yang berteriak dengan kuat, tapi aku takfaham apa yang dikatakan, aku ingatkan papa aku sebab papa aku sorang je laki-laki yang ada dalam rumah aku. Lalu aku pandang di bahagian pintu “eh tiada pula papa aku”, dan bulu roma aku tiba-tiba meremang. Tapi aku cool je hahaha.

Selepas aku keluar daripada toilet aku, aku pergi bertanyakan papa aku, “papa tadi masuk dalam toilet, papa cakap apa?? Aqish tak faham dan aku tanyakan lagi sekali dah lah tanya dengan suara kuat macam cakap guna mic, sakit telinga saya” sambil aku suka hahahah. Lantas papa aku jawab ” bila masa pulak papa masuk dalam toilet, papa dari tadi duduk tengok cerita dengan ummi”. Tiba-tiba aku ketawa bodoh punya hantu.

Aku cakap lagi sekali suara yang aku dengar, suara lelaki dan suaranya sangat kuat seperti dia bercakap menggunakan mic disebelah telinga aqish, dan terasa sakit sangat dibahagian telinga macam nak pekak telinga dibuatnya. Lantas umi aku bersuara ” biasalah lagi pun ni malam jumaatt’. Papa aku pula bagitahu yang itu adalah hantu raya. Sebab hantu raya ialah hantu lelaki dan berbulu hitam.

Selepas itu, baru aku ingat pagi tadi dalam pukul 3 pagi macamtu, aku bau something yang hancing sangat buatkan aku terbangun daripada tidur, lepas itu aku ingatkan adik aku kencing, sebab dibahagian tengah basah teruk dan bau hancing. Aku malas nak bangun lagi dan aku sambung tidur sekali lagi selepas aku bebel sorang-sorang dekat adik aku.

Masa aku nak bangun solat subuh, aku tengok tempat tidur bahagian tengah kering dan tidak hancing. Baju adik aku pula tidak basah dan hancing. Aku pula pelik dan hanya berfikir aku hanyalah mimpi.. Aku positive je. Tiba-tiba toilet aku pula bau hancing yang sangat kuat. Aku pon start pelik kenapa boleh hancing sebab takde siapa pon yang kencing berdiri atau yang tak basuh sebab aku kan perempuan adik aku pon perempuan.. haa begitulah kisahnya..

Sekian daripada aku AQISH..
Kalau ada cerita lagi, nanti aku akan kongskikan

Aqish

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.