4 Mata & Brandy basi

Ada yang suka baca kisah pasal “unknown creature” atau “unidentified entity” ?
Hantu pocong langsuir tak terlibat dalam hal ni. Kisah ni agak panjang.

Dulu awal tahun 2000 ada orang tua yang org sekitar gelarkan Paktam Combat. Paktam ni dia stay sorang saja di kampung. Anak cucu ramai tapi dia lbih suka berseorangan. Dia suka berkebun dengan jaga dusun buah dia. Bila tiba musim buah, pagi-pagi buta dia dah bawak buluh kait dengan raga buah. Ada yang dia jual ada yang sedekah sahaja dkat jiran. Kawasan rumah dia tu jugak Paktam bela itik,ayam dengan kucing gebu-gebu semua. Kiranya Paktam ni dikelilingi benda yang dia sukalah di hujung usia dia tu. Luaran Paktam mmg brutal habis dengan pagoda tuck in dipadankan dengan cargo camo pants. Sekali pandang memang iras Lieutenant Gil Hanly.

HARI PERTAMA
Petang lepas Asar, Paktam OTW nak balik rumah, dia ternampak ada signboard projek perumahan sebelah kampung dia tu. Banyak lah lori pasir parking area tu. Paktam pon tak ambik port sangat jadi dia truskan balik rumah. Bila masuk malam hari, rutin Paktam mudah sja- dinner,smoke,tv shows and sleep. Tidak semena-mena jam 1 pagi, rutin Paktam terganggu dengan bunyi group anjing di luar rumah dia. Bunyi whining,short bark dan disulami dgn derapan tapak kaki pijak daun kering. Prakkk! prapp! prapp! aughh aughh…Paktam kenal sangat bunyi macam ni. Bila adanya projek pembinaan, mesti akan ada anjing di kawasan kampungnya. Anjing ni selalunya dibela untuk guard kawasan projek. Untuk halau penceroboh atau haiwan liar. Sedikit terganggu tapi Paktam sambung tidur semula.

HARI KEDUA
Rutin pagi Paktam pon mudah – mlawat dusun kebun,beli nasik lemak,teh o kosong dan kuih cara berlauk. Rutin Paktam ni mmg jiran dia dah faham sangat smpai kadang kadang tu tokey kedai yang dia selalu beli sarapan tu dah bungkuskan siap makanan utk dia. Lepas Paktam setel sarapan, dia akan bagi haiwaan belaannya makan jugak. Ayam,itik dengan kucing Paktam ni makan tak cerewet, apa benda pon makan janji kenyang.

Sambil haiwan belaannya dia tengah makan, Paktam pelik kenapa itik dia tak cukup seekor. Itik Paktam ada 4 ekor, yg tinggal 3 ekor sja waktu makan tu. Jadi dia pon pusing area rumah dia. Ada masa itik ni sesat, ada masa tersepit celah akar pokok. Tapi kali ni memang betul-betul hilang. Paktam tak puas hati, dia jalan jauh sikit ke arah kebun dan dusun buah dia tu. Waktu dia jalan tu, ternampak bulu putih berselerak atas rumput berdekatan dengan pokok buah manggis. Bila dah dekat baru lah nampak itik yang hilang tu memang dah temui penciptanya. Kaki patah, sayap koyak, leher terpusing ,bulu yang putih asalnya jadi warna merah diselaputi darah.

Dalam kepala Paktam memang satu saja saspek iaitu group anjing semalam. Jadi Paktam pon cari cangkul dan itiknya selamat disemadikan dibawah pokok manggis tersebut.

HARI KETIGA
Paktam jenis yang tak buat kandang utk ayam dan itik dia. Ayam Paktam bila tiba waktu malam akan tidur atas pokok. Itik pulak akan masuk dalam satu bilik stor yg dah usang. Jadinya, haiwan dia semua bebas keluar masuk tak kira waktu. Disebabkan kehadiran anjing di kawasan berdekatan, Paktam jadi extra alert. Pagi tu jugak Paktam hidupkan motor dan singgah kedai hardware. Dia dah mula buatkan satu pagar pakai atap zink utk protect ayam dengan itik.

Langit oren semakin menguning. Jadi Paktam kumpulkan semua itik dan ayam, diletakkan dalam pagar yang dia baru buat tadi. Bila dah steady and secured baru Paktam teruskan rutin malamnya. Jam 2.30 pagi, Paktam terjaga dari tidur. Kedengaran bunyi atap zink pagar yg baru dibuatnya tadi bergegar disulami dengan jeritan ayam. Tanpa berlengah, terus Paktam capai torch light besi silver dengan mercun bola bersama kotak mancis cap cili . Bergegas Paktam ke luar rumah, kelihatan dalam 5-6 ekor anjing sedang menarik ayam dari celah pagar.

Boommm!!! Bunyi mercun bola meletup. Paktam berjaya halau anjing tu semua namun sekali lagi Paktam kehilangan haiwan kesayangannya. Kali ni seekor ayam dan kucing gebunya pon dah menemui maha pencipta. Jasad kucing gebunya tu memang sedih terlihat. Tak terjangkau kesakitan ketika dicarik ditarik digigit anjing sial tu semua. Paktam termenung seketika, disebabkan dah lewat pagi jadi Paktam sekadar simpan bangkai ayam dgn kucing tadi dalam plastik dan simpan dalam kotak. Bila hari dah cerah baru Paktam nak selesaikan dengan sempurna.

HARI KEEMPAT
Tidur Paktam terganggu dan tak lena semalaman, Paktam nekad nak balas dendam. Sekiranya haiwan belaannya jadi makanan utk anjing kelaparan tak mengapa, tapi ini tidak, kucing dan ayam mati disebabkan kes bunuh suka suka atau kes khianat. Nak tau apa Paktam nk buat? dia plan nk perangkap anjing tu semua lepas tu headshot pakai cangkul. Hutang darah dibalas darah katanya. Dalam jam 11 malam, Paktam dah siapkan alat utk perangkap. Silver steel torch light, night vision binocular, radio, cangkul, kayu solid 3×2 dan rokok daun.

Dalam kegelapan malam, Paktam dah standby dalam satu bilik stor diluar kawasan rumahnya. Pintu stor dibuka sikit cukup untuk saiz anjing masuk. Dalam stor pulak, Paktam mainkan kaset radio yang berbunyi ayam. Kaset radio bunyi haiwan ni selalunya org guna utk memikat burung atau ayam hutan. Paktam duduk di belakang pintu stor dan tunggu kehadiran anjing anjing sial datang menjengah. Hampir 2 jam menunggu baru Paktam terdengar banyak bunyi derapan tapak kaki pijak daun kering. Dari jauh Paktam teropong pkai night vision binocular. Jelas kelihatan 6 ekor anjing saiz dewasa datang dari hutan sebelah dusun buahnya.

Tangan kanan pegang binocular, tangan kiri standby kayu 3×2. Dengan radio kaset masih bermain bunyi ayam, kelihatan 2 ekor anjing menuju ke arah bilik stor dan terus kearah pintu yang dah terbuka sedikit. Paktam dah standby nak tutup pintu sekiranya kedua anjing tu masuk sepenuhnya. Bammmm!!!!. Bunyi pintu terhempas dan ya 2 ekor anjing sial tu dah masuk perangkap. Anjing-anjing tu dah mula panik. Keduanya menyalak non-stop. Next apa yang Paktam buat? Dia swing kayu solid 3×2 mendarat betul ke tulang belakang salah seekor anjing tu. Menggelupor kesakitan dan cepat-cepat Paktam headshot pakai cangkul.

Setel dah seekor. Lagi seekor dah berhenti menyalak dan perlahan-lahan anjing tu duduk di sudut stor. Sujud ketakutan disulami dengan bunyi sad whining. Paktam berdiri betul betul depan anjing yg tengah takut tu sambil pegang cangkul. Paktam terdiam sejenak. Timbul rasa kesian pulak. Jadi Paktam bukakan pintu dan lepaskan anjing yang ketakutan tadi. Seekor dan selamat temui penciptanya dan seekor selamat temui keluarganya.

Nak tahu brutalnya Paktam ni bila jam 3.30 pagi diheretnya bangkai anjing tadi kearah dusun buah dan gantung bangkai di salah satu dahan pkok manggis. Tempat bangkai anjing tu digantung betul-betul di lorong sekumpulan anjing tadi datang. Sedang Paktam sibuk simpulkan tali anjing , tiba tiba terdengar bunyi kain mengibas dan bau masam hadir seketika. Masam seakan bau Brandy basi. Paktam berhenti dan lihat sekeliling. Tiada apa yang pelik pun kata Paktam. Selesai sudah aktiviti mengantung bangkai anjing didalam gelap gelita itu. Kata Paktam, sebagai amaran keras untuk halang anjing masuk kawasan dia lagi. Bila dah setel Paktam beransur pulang kerumahnya. Dari jauh kelihatan bangkai anjing tadi terbuai-buai di salah satu dahan pokok manggis

HARI KELIMA
Strange things just getting started. Pagi pagi lagi Paktam dah melawat bangkai anjing yang tergantung rapi di dahan pokok. Darah bangkai anjing dah mula kering dan berbau hanyir. Menusuk hidung Paktam. Timbul rasa sayu melihat anjing tergantung sedemikian rupa namun bila teringat kucing, ayam dan itik mati sia sia, Paktam gagahkan semangat and tekad untuk biarkan bangkai anjing tu tergantung lagi 1 malam dan esoknya baru tanam.

Rutin malam Paktam dah berubah, dia bersengkang mata sampai jam 2 pagi untuk alert dengan kehadiran anjing anjing liar tu. Bila dah comfirm tiada lagi bunyi kehadiran anjing liar barulah Paktam beradu diatas katil usangnya. Jam 4.15 pagi, Prakkk prekkk!! Paktam terkejut dari tidur terdengar bunyi pokok patah. Dia menjengah ditingkap, tiada ribut tiada angin tiada hujan. Jadi bunyi pokok patah tu dari mana? Mungkin dari pokok yang dah reput katanya.

HARI KEENAM
Lepas subuh Paktam dah sediakan cangkul nak tanam bangkai anjing yang tergantung tu. Sedang Paktam OTW nak ke arah bangkai anjing tu, terkejut beruk orang tua tu. Anjing hilang dan dahan yang diikatnya tu pon hilang. Ya hilang! Ada kesan patah pada pangkal dahan tersebut. Maksudnya bunyi pokok patah jam 4.15 pagi datang dari dahan pokok manggis itu rupanya kata Paktam. Paktam pusing keliling dusun buahnya mencari bangkai yg hilang tu. Tetap tak jumpa.

Masa nak pulang ke rumah, Paktam ternampak ada pantulan bayang-bayang bergerak atas tanah dusun. Bila lihat arah atas, lagi sekali terkejut beruk orang tua tu. Sisa bangkai anjing dengan dahan manggis yang patah tadi berbelit di puncak pokok durian. Berkerut dahi orang tua tu memikirkan macam mana boleh jadi macam ni. Paktam saspek mungkin biawak,burung hantu atau musang punya kerja. Tapi bila fikir balik mana ada haiwan yg ckup kuat untuk patahkan dahan pokok lpas tu tarik naik sampai puncak? takkan ada bigfoot ? Pelik bin ajaib.

Paktam ada satu plan untuk pastikan siapa punya kerja ni. Petang tu jugak Paktam cari perut ayam mentah dan gantung di salah satu dahan pokok durian. Ya Paktam punya curiosity memang dasyat.

Malam tu Paktam tidur awal. Dalam lena-lena ayamnya, Paktam terjaga sekitar jam 3 pagi. Terdengar bunyi derapan tapak kaki. Prapp! prekk! prapp! bunyi daun kering dipijak. Anjing sial datang lagi katanya. Paktam bergegas kearah tingkap sambil dicapainya binocular. Mata Paktam mengekori pergerakan anjing tu sampailah ke arah perut ayam yang tergantung di dahan pokok dusunnya. Jarak perut ayam tergantung dengan rumahnya sekitar 30 meter. Tak begitu jauh dari rumah paktam.

Bila group anjing tu sampai saja berdekatan dengan perut ayam tu, tiba tiba mereka menyalak mendayu seakan bunyi serigala, bunyi howling. Tak lama kemudian, anjing tu semua terus berselerak lari. Jelas kelihatan aktiviti anjing-anjing liar dari teropong Paktam.

Vibe pelik dah mula mengelilingi minda Paktam. Diteropongnya lagi dan terlihat ada pergerakan yang turun dari pokok durian. Pergerakan seakan selimut merangkak sambil melekat dibatang pokok. Seolah spiderman. Tapi yang turun tu kain selimut yang ada kaki dan tangan yang panjang. Faham kan? Seakan slenderman berselimut. Entiti tu merangkak turun dari pokok durian dan terus rentap perut ayam yang tergantung kukuh didahan. Bergoyang goyang daun dan dahan pokok dengan rentapannya itu.

Paktam tak dapat kenal pasti entiti apa yang diteropongnya. So apa Paktam buat? Orang tua tu buka pintu rumahnya dan plan nak teropong lebih dekat. Kueekkkk kiukkk bunyi pintu kayu dibuka Paktam. Dengar saja bunyi pintu dibuka, entiti tadi terus menoleh ke arah Paktam dari jauh. Kelihatan 4 mata yang bersinar seakan mata kucing dalam gelap. Krughh! kekekek! krughhh! kekek!, bunyian yang keluar dari entiti seakan bunyi burung wak-wak tapi lagi kasar dan berderam(cuba search bunyi burung wak-wak). Paktam tercengang kaku melihat entiti misteri dimatanya. Bila entiti tersebut sedar akan kehadiran Paktam, perlahan-lahan dia menuju kearah Paktam sambil merangkak. Bukan merangkak macam baby tapi merangkak gunakan tapak kaki dan tangan.

Dari jauh kelihatan entiti berselimut dan punyai 4 mata bersinar menuju kearah Paktam disulami bunyi burung wak-wak yang sangat kasar. Bila dah semakin dekat, disuluhnya lampu kearah entiti tu oleh Paktam. Disebabkan suluhan lampu itu, entiti tersebut terkejut dan melompat ke arah pokok durian belakangnya dan lompat lagi ke pokok yang lain. Lompatan dari pokok ke pokok seolah-olah pergerakan dari sugar glider. Jelas bunyi kain mengibas dan bunyi pokok bergoyang kriukk kriukk dalam dusun Paktam.

Paktam bergegas masuk rumah semula. Peluh dingin menguasai dahi Paktam. Dup dap dup dap jantung yang mengepam. Tak tahu apa yang dilihatnya sebentar tadi.

HARI KETUJUH
Semalaman Paktam tak dapat tidur memikirkan entiti misteri itu. Adakah penunggu hutan? Haiwan liar? Jin ? Atau mawas jadian? Pagi itu jugak Paktam carikan tukang potong pokok sekitar kampung. Paktam nekad nak tebang pokok duriannya itu. Sangka dia, mungkin pokok durian jadi sarang entiti tu. Mungkin ya mungkin tidak. Petang hari, tukang tebang pokok hadir melihat pokok yang nak ditebangnya. Matanya tertancap ke arah puncak pokok lalu tukang bertanya ke Paktam ” macam mana dahan pokok manggis berbelit dekat pokok durian?satu lagi kenapa ada kesan cakar/toreh di sekitar batang pokok?” Paktam diam membisu lalu mengarahkan tukang untuk cepatkan proses. Kata tukang kurang dari 30 minit dah boleh setel.

Walaupon batang pokok durian sebesar sepemeluk shaja, namun proses tebang tidak mudah yang disangka. Ada saja benda yang mengacau. Digigit kongkiak, jari terluka terkena mata bilah, minyak habis. Yang lagi pelik, anjing anjing liar hadir menemani tukang tebang pokok. Selalu bila waktu malam sahaja timbul. Anjing tu taklah mengganggu cumanya sekadar berkeliaran sekitar tukang itu shaja. Kedebummm!! Bunyi batang pokok terhempas ke tanah. Lepas 1 jam baru selesai. Jelas keletihan terlihat di wajah tukang tebang. Kalau ikutkan pengalamannya, pokok bersaiz begini 30 minit dah selesai tpi kali ni tidak. Malah banyak benda pelik yang dihadapnya waktu berkerja.

Selepas siap, Paktam hadir melihat pokok dah selamat ke tanah. Dihulurkan duit bersama bungkusan teh o ais lalu tukang pon berlalu pergi. Paktam teliti setiap sudut pokok yang tumbang tu. Langsung tiada tanda tanda sarang atau benda pelik kecuali kesan cakar. Anggapnya mungkin entiti ni jenis berhijrah. Bau bangkai dan darah membuatkannya hadir tanpa undangan. Langit dah semakin jingga, Paktam masih dikawasan dusun. Tiba tiba terdengar bunyi burung wak-wak yang kasar, bunyi ranting dipijak dan pergerakan daun di kawasan hutan betul betul sebelah Paktam. Paktam menoleh ke arah bunyi, dalam kegelapan hutan terlihat 4 mata bersinar merenung tajam ke arah Paktam. Saiz besar, ditutupi kain buruk, tangan kurus,berkuku melengkung panjang dan berbau masam seperti Brandy basi. Dari penjelasan Paktam, saiznya tinggi dari 10kaki dan selebar 5 kaki.

Diam membatu orang tua itu. Mata mereka berdua terkunci dan saling berpandangan.Perlahan-lahan Paktam jalan mengundur sambil kekalkan pandangan mata. Entiti masih di tempat yang sama dan Paktam dah semakin dekat dengan perkarangan rumahnya. Hembusan nafas lega kedengaran dari Paktam. Harapnya pertembungan mereka tadi tak memberi ancaman kepada entiti bermata 4 itu.

Sangkaan Paktam meleset apabila jam 11 malam kedengaran bunyi kain mengibas disekitar rumahnya. Disertakan dengan bau masam. Ayam itik teriak tak tentu arah. Derapan tapak kaki yang berat jelas kedengaran dihadapan pintu rumah Paktam. Kehulu kehilir mencari jalan masuk. Lepas beberapa ketika, digoyangnya pintu rumah dan lompat ke atas bumbung. Kedeganggg!! Nafas Paktam turun naik hanya mampu terduduk didalam biliknya. Torch light silver digenggam erat. Amukan entiti benar-benar tenggelamkan semangat Combat Paktam!

Gangguan berterusan sehinggalah jam 1 pagi dan tiba-tiba sunyi sepi apabila timbulnya bunyi anjing-anjing liar hadir. Mungkin entiti tersebut beralih arah dan mengekori sekumpulan anjing-anjing liar. Tiada lagi bunyi hentaman atas bumbung dan bau masam. Paktam dengar sayup bunyi anjing menyalak sayu dihujung hutan. Auuuuuuwwww….

HARI KELAPAN
Disebabkan trauma, Paktam dah melarang dirinya untuk jejak ke dusun buahnya sndiri. Andai kata musim buah, Paktam akan upah orang untuk pergi jual. Setiap malam Paktam akan suruh cucunya teman sekali. Oh ya, Paktam masih lagi teruskan rutin paginya seperti biasa cuma kali ni agak lain. Paktam sediakan tambahan makanan untuk anjing liar yg hadir kerumahnya setiap malam. Diletakkan makanan jauh dari rumahnya untuk elakkan anjing menganggu haiwan belaannya.

Di penghujung hari, Paktam sedar bahawa tindakan drastiknya itu yang menjadi punca dia bertembung dengan entiti bermata 4.

Selepas beberapa tahun, Paktam berpindah ke luar negeri atas desakan cucunya. Mana-mana orang yang Paktam upahkan kait buah atau bersihkan dusun mesti akan tegur bau masam. Makin kuat bau bila dah dekat dengan hutan sebelah dusun. Selang sebulan selepas itu ada jugak yang ternampak kain besar terbang kawasan kampung tu.

Yang paling pelik, ada juga 2 orang warga Indonesia datang berdekatan dengan dusun Paktam untuk memikat burung murai, sekitar senja hari, bunyi burung semakin sunyi dan tiba tiba timbul bunyi burung wak-wak yang kasar. Sekali imbas, mereka berdua berselerak lari keluar dari dusun. Genderuwo!! Genderuwo!! Teriak mereka sewaktu berlari.

Oh ya, cucu Paktam ada melawat dusun atuknya sekitar waktu covid. Disebabkan larangan merentas negeri dikuatkan, jadi tak ada orang yang dapat bersihkan dusun,dia ambil inisiatif untuk bersihkan sendiri. Usai bersihkan kawasan hadapan dusun, dia terus pergi kearah kawasan berdekatan hutan. Cucunya ternampak ada juraian tali nylon sebesar ibu jari tergantung di salah satu dahan pokok. Dihujung tali terikat mata cakuk atau mata kail bersaiz besar. Pada hematnya, situasi ini seakan setup trap for monster! Tiba tiba bau masam menyusuk hidung cucunya. Makin lama makin pekat baunya. Dia menoleh kiri kanan mencari arah bau namun tak dapat kenal pasti. Disebabkan hari kain senja, ditinggalkan begitu saja aktiviti pembersihan.

Dah ramai orang yang nampak kelibat entiti ini, tapi hanya Paktam seorang saja yang dapat full view dengan entiti bermata 4 yang bersinar. Sehingga kini tak lebih dari 3 orang yang mengetahui kisah Paktam Combat dan bau Brandy basi masih lagi wujud sampai ke hari ini. Terima kasih.

Anonymous

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.