Dia Penjagaku

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammaulaikum.Karya Jalanan: Dia PenjagaKu (genre fiksyen pendek)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Arghhh!! kepala Aisyah pening mengingatkan tragedi kemalangan yang berlaku seminggu lepas. Bagi Aisyah, kemalangan itulah yang paling teruk sekali. Aisyah mula memicit-micit kepalanya.

Tiba-tiba Haziq, suami Aisyah datang, “sayang, kenapa? Sayang masih fikir tentang kemalangantu ya?”

“Aisyah pening bang,” jawab Aisyah dengan perlahan.

“sudah la tu, pergi berehat. Abang nak makan sekejap. Abang dah lapar ni,” Haziq berkata. Aisyah dengan perlahan-lahan menaiki tangga untuk pergi ke biliknya.

Azan Maghrib mula dilaungkan . Aisyah bangun untuk mengambil wudhuk. setelah selesai, dia baru perasan yg suaminya tiada. Aisyah memanggil suaminya berkali-kali, tetapi tiada jawapan. Aisyah mula mencari di dalam rumahnya, juga tiada. Dia menelefon suaminya…

“Abang… abang ada dekat mana?”

“Abang masih dekat pejabat. Sorry sayang, abang tak dapat balik hari ni, ada kerja,” jawab suaminya dengan tidak beberapa jelas.

Aisyah mula tersentak. Telefon yg dipegangnya terjatuh, “habis, aku berbual dengan siapa tadi?” bisik hati Aisyah. Dia terus berlari ke biliknya dan berbaring di atas katil. dia membaca ayat -ayat suci dan beberapa surah. Kemudian, secara tidak tersangka, dia tertidur pada waktu itu.

Aisyah terjaga daripada tidur. Dia terasa yang biliknya terang. Dia membuka tingkap, “sudah pagi rupanya,” kata hati Aisyah.  Dia mengambil tuala kemudian mandi. Dia masih memikirkan tentang kejadian semalam. Selesai sahaja mandi, dia terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya.

“Itu pasti suamiku!” Dia cepat-cepat bersiap untuk menyambut kepulangan suaminya. Setelah sahaja suaminya masuk, dia terus bertanya, “kenapa semalam sayang terus matikan telefon? Abang belum habis cakap lagi,” tanya suaminya seperti dalam keadaan marah.

“Aisyah… Aisyah…” percakapannya tidak dihabiskan. Air mata mula membasahi pipi Aisyah. Selama ini Aisyah tidak pernah dimarahi oleh suaminya, dia seorang isteri yg sangat baik.

Walaupun begitu, mereka belum mendapat cahaya mata. Perkahwinan mereka juga bukanlah dengan kehendak, mereka terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga.

“Sudah, sudah… abang nak mandi. Tolong masakkan untuk abang,” suaminya terus naik ke atas. Aisyah dengan tidak mengeluarkan sebarang alasan terus pergi ke dapur untuk memasak.

Sedang Aisyah memasak, dia terdengar suara wanita tua berkata, “cu… jangan sedih. Kemahuan cu akan jadi kenyataan,” ayat itu menyebabkan kepala Aisyah mula menjadi bingung. “Suara siapa tadi? Apa yang dia hendak sampaikan?” Terlalu banyak persoalan yang berada dalam kepala Aisyah.

Sejurus selapas itu, suami Aisyah menjerit dengan kuat. Aisyah terus naik ke atas untuk melihat suaminya. D***h mengalir di atas lantai.

“Abangggggg!” Aisyah memanggil suaminya. Kelihatan perut suaminya terburai-burai. Usus semua sudah terkeluar daripada perut suaminya. Kelihatan seperti perut suaminya telah dikoyak-koyakkan. Begitu ngeri sekali kejadian itu, Aisyah terus menelefon ambulans. Beberapa minit kemudian, ambulans pun datang. Haziq dibawa ke hospital. Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi Haziq. Haziq telah meninggal dunia.

Kejadian itu menyebabkan Aisyah seperti kurang waras. Dia tidak boleh menerima peninggalan suaminya. Haziqlah cinta pertama dan terakhir Aisyah. Semenjak kematian suaminya, Aisyah telah menjadi seperti orang gila. Dia bercakap, ketawa, menangis seorang diri tanpa sebab.

“Kenapa kau kacau aku?!” Itulah yang sering diperkatakan oleh Aisyah. Bapa Aisyah, Azman kasihan melihat Aisyah. Azman tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang disayangi. Isteri Azman juga telah meninggal semasa hendak melahirkan Aisyah. Azman telah merancang untuk membawa Aisyah bertemu dengan pakar.

Pada keesokan harinya, Aisyah berjumpa dengan pakar. Pakar yg merawat Aisyah cuba untuk memulihkan Aisyah, tetapi gagal.

“Ini bukan lawan aku,” kata pakar itu seolah-olah memberitahu yang Aisyah seperti telah dirasuk oleh “sesuatu”.

Aisyah dibawa keluar rumah. Bapa Aisyah mengambil kesempatan untuk berbual dengan pakar itu. Pakar itu memberitahu bahawa ada penjaga yg menjaga Aisyah. Benda itu susah hendak dikeluarkan, kerana sudah lama dan sebati berada dalam badan Aisyah.

“Sudah lama? Sebati? Sejak bila?” tanya Azman.

Pakar itu berkata, “sekarang ni, saya nak kamu pulang ke rumah dan ingat kembali siapa yang menemani Aisyah semasa dalam hospital dulu.”

Azman terus membawa Aisyah pulang kerumah Azman. Dalam beberapa minit kemudian, dia teringat bahawa yang menemani Aisyah semasa di hospital ialah rakan Aisyah. Azman terus menelefon rakan Aisyah, Farah.

“Kau tolong datang ke rumah aku sekejap,” arahnya.

“Ba… baa… baiklah,” jawab Farah terketar-ketar.

Kemudian Azman masuk ke bilik untuk mnjenguk keadaan anaknya. Sewaktu Azman hendak masuk ke bilik, dia melihat seolah-olah ada nenek tua duduk di sebelah anaknya l. Dalam pada masa itu juga, benda itu terus hilang dari pandangan.

“Ya Allah!” Jerit Azman. Aisyah daripada tidur terus bangun.

“Hihihihih… Ayah… hihihihih… Ayah…” kata Aisyah dalam tertawa. Farah sudahpun sampai. Dia terkejut melihat Aisyah sedang meratah daging ayam mentah di peti sejuk dan ayahnya diikat pada kerusi. Farah terus membuka ikatan itu dan membawa bapa Aisyah keluar.

“Encik, maafkan saya… sebenarnya kemalangan Aisyah adalah dirancang oleh saya. Pada masa itu saya amat membenci Aisyah kerana dia selalu dipuja oleh rakannya tentang kebaikannya. Saya sangat cemburu. Apabila saya dapat tahu Aisyah berada di hospital, saya terus berjumpa dengan bomoh untuk menghantar nenek kebayan kepada Aisyah. Saya melawat Aisyah kerana saya ingin menghantar benda itu. Benda itu akan buat apa yang Aisyah mahu. Pada suatu hari, Aisyah dimarahi suaminya. Aisyah berasa sedih dan marah kepada suaminya, tetapi dipendamkan. Pada waktu itulah benda itu berfungsi. Ia m******h orang yang Aisyah berasa marah, iaitu suaminya. Dan sekarang benda itu tidak dijaga dengan betul,  dia berasa lapar. Sekarang ini benda itu hendak hapuskan keluarga encik. Maafkan saya, encik…” cerita Aisyah.

Azman terkejut mendengarnya. “Sudahlah… nak marah pun dah terlambat. Baik kita rawat Aisyah. kasihan dia. Dia tidak bersalah.”

Mereka mengikat Aisyah dan membawanya berubat cara tradisional. Alhamdulillah, selepas seminggu berubat, Aisyah sudahpun kembali seperti asal. Benda yang mengikutinya sudahpun dibuang ke sungai. Walaubagaimanapun, Aisyah menghidapi trauma semenjak suaminya meninggal. Kini, Aisyah tinggal dengan bapanya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#bawang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

13 thoughts on “Dia Penjagaku”

  1. Tingkatkan lagi cara penceritaan u. Penting tau sebab ia mempengaruhi mood pembaca..i baca cerita u ni mood i mendatar je dik…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.