Assalamualaikum..pertama sekali terima kasih kepada admin kerana sudi publish cerita ni. Kisah yang aku nak ceritakan pada hari ini berkenaan dengan kisah mistik yang benar terjadi dalam keluarga aku. Cerita ini sebagai iktibar kepada semua pembaca.
Sebelum aku teruskan penceritaan ini. Suka untuk aku ingatkan kepada sidang pembaca dan juga diri aku bahawa yang berkuasa itu sesunguhnya Allah S.W.T yang Esa dan tiada duanya. Segala yng berlaku itu atak kehendak Allah. Okay done alu-aluan.
Keluarga aku berasal dari utara tanah air. Kalau mengikut salasilah keluarga. Moyang aku berasal dari negara seberang kalau tak salah mengikut cerita dari daerah mataram lari mmbawa diri untuk berlindung di tanah melayu ketika peperangan melanda diantara indonesia dan Belanda.
Jadi mengikut apa yang diceritakan, moyang aku tu lari bersembunyi dengan ‘bekal’ yang cukup walaupun dia seorang perempuan. Difahamkan juga bahawa moyang aku ni adalah seorang primadona/penari istana.
So korang faham la apabila disebut sebagai penari dan primadona tu moyang aku ni banyak ilmu tarian dan ilmu kecantikan yang dia sendiri belajar. Bila dah berkeluarga dan cucu cicit semua ilmu2 tu diturunkan untuk pelbagai kegunaan. Jadi dah sah2 ilmu yg macam tu mesti ada pendamping dia. Itu serba sikit lahh latarbelakang keluarga aku.
Itu semua berdasarkan apa yg nenek aku ceritakan kepada aku. Tapi aku just pandang enteng sebab aku ni jenis orang yg langsung tak kisah dengan hal mcm tu jauh sekali nak percaya selagi mana aku sendiri tak nampak dengan mata kasar.
Hidup aku mula mengalami gangguan mistik ni sekaligus menyebabkan aku mula percaya pada perkara2 ghaib ni ketika umur aku 17 tahun. Kisahnya bermula apabila lepas spm aku balik kampung dan tinggal dengan nenek aku. Nenek aku ni adalah bidan kampung. Usia dia pada waktu tu sudah menjangkau 80an. Tapi kalau menurut org yg melihat nenek aku memang tak nampak macam 80an sbb lagaknya macam org muda. Tetap cantik tak setanding usia. Kalau sekarang org tengok che ta tu meletop aku boleh cakap nenek aku pun meletop walau umur dia dah 80an.
Aku waktu tu memang seronok tinggal kat kampung sebab nenek aku ni manjakan aku melebih-lebih. Segala apa yang aku nak semua diturutkan maklumlah aku sorang ja cucu perempuan yg dia ada. Sepupu yang lain semua lelaki. Jadi sayang dia tu lebih sikit. Tapi dalam seronok tu ada juga yang tak seronoknya. Walaupun dia turut kehendak aku, tapi nenek aku ni tegas dengan pantang larang yang pelik. Antara pantang2 yang dia minta aku amalkan adalah jangan makan organ dalaman binatang mcm hati ayam dan sebagainya bagi aku okay sbbnya aku mmg tak suka pun benda tu. Dia langsung tak bagi aku tengok cermin kalau nk tinggal dengan dia. Serious aku pelik apa masalah dengan cermin. Aku pernah tanya tapi dia tak jawab. So sepanjang aku tinggal dengan nenek mmg aku langsung tak telek cermin memandang dalam rumah dia memang tak de cermin.
Nenek aku tu pun sebenarnya pelik. Dia mmg cantik tak macam usia dia. Tapi apa yang aku perasan ada satu2 masa tu dia akan nmpk tua dan uzur bnda tu banyak kali juga la aku perasan sebb tinggal sebumbung. Tapi still aku tak kisah sbb dia nenek aku. Walau macam mana pun rupa dia.
Pada hari mendatang hidup kami dua beranak berjalan seperti biasa. Perkara2 ganjil sekejap tua sekejap muda tu biasa. Lama-kelamaan aku jadi curious macam mana nenek aku ni boleh cun mcm ni walaupun umur dia dah 80an. Kalau dia berjalan dengan mak aku pun yg umur 40an tu pun org cakap dia kakak mak aku. Jadi demi memuaskan hati aku. So aku pun tanya nenek aku mcm mana nak cantik walaupun dah tua tetap cantik. Terus dia senyum lepas tu dia tnya aku
“Betul suri nak cantik?”
Aku apa lagi sapa yang tak nak cantik kan so anggukkan je lah.
“Kalau nak cantik nnt malam kita mandi bunga nenek siapkan” mcm tu lah dia balas kat aku. So aku pun tanya la dia.
“Senangnya nak cantik, mandi bunga je ke?” Nenek aku angguk lepas tu senyum.
So seperti yang dijanjikan tengah malam tu nenek ajak aku pergi belakang rumah dekat telaga lama dia cakap nak mandi bunga dekat sana. So dengan hati yg berbelah bahagi aku turutkan juga. Demi nak lawa kan. Kebetulan malam tu bulan mengambang penuh. Turun telaga dengan berkemban weyh. Sejuk nau.
Waktu sampai dekat telaga tu aku dah rasa seram sejuk. Bayangkan telaga tu letaknya dibelakang rumah lepas tu dikeliling hutan pula tu. Apa yang lebih menyeramkan lagi bila nenek aku mula ‘menurun’ aku dah mula risau tengok keadaan nenek aku yg tiba2 mcm kena sampuk tu. Tapi aku tak lari walaupun kaki aku menggeletar habis sbb aku ingt pesan nenek walau apapun yg jadi jgn lari.
So aku tngok je lah. Kuat juga la semangat aku kan. So lepas beberapa minit nenek aku berkelakuan mcm kena sampuk tu dia bangun dari tempat duduk sebelah telaga tu. Dia senyum je memanjang. Tapi aku perasan yang senyuman tu lain macam sebab nampak sinis dengan pandangan tajam. Dia gamit panggil aku supaya datang dekat. Perlahan-lahan aku jalan dekat dengan nenek aku. Dia suruh duduk bersimpuh. Aku jadi terkejut bila dengar suara nenek aku. Sbb suara dia 100 peratus berubah. Dengar macam suara orang muda. So upacara mandi bunga pun berlangsung malam tu dengan jayanya. Tapi sepanjang proses tu aku tak dibenarkan bercakap. Walaupun aku nak bercakap memang tak boleh since mulut aku seakAn terkunci. Habis je mandi bunga nenek suruh aku balik dulu. So aku apa lagi terus balik sbb dah ngantuk sangat dah. Balik je salin pakaian terus aku tidur sampailah esok pagi.
Keesokan pagi nya nenek masuk bilik aku dan dia serahkan cucuk sanggul emas dengan pendant berserta cincin delima dekat aku. Dia kata bnda ni aku kena simpan jangan ada sapa pun ambil dan pakai kecuali aku la yg pakai. Lepas tu dia ajarkan aku satu mantera aku masih ingt bait2 mantera tu. Bunyi dia macam ni:
“Hai air segayung-gayung mari ku cedok berlari-lari, jemala ku mulia tersanjung, puja puji keramat cinta mani, letak ku laksana puteri, seri manis muka aku cahaya lempar kebadan aku seperti purnama 14 hari ********”
Mantera inilah bermulanya detik hitam dalam hidup aku.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apa yang diidamkan untuk kekal menjadi cantik tercapai. Cuma bukan senang-senang hendak mengekalkan apa yang diberi.
Pelbagai balasan yang perlu dipersembahkan kepada ‘benda’ yang menjaga untuk kekal cantik.
Ianya lebih kepada derita yang datang untuk sekelumit kecantikan yang dikecapi.
Sekian sahaja untuk kisah kali ini. Nasihat aku, janganlah kiranya terlibat dengan hal-hal sebegini, kelak akan memakan diri sendiri. Jiwa dan badan akan binasa.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lah nape tergantung. Sambung lah lg😕😕
Cerita nya macam tergantung sepi
haah tergantung sepi,,,suh haqiem rusli smbunglah,,
mentere ini bermulanye detik hitam dalam hidup aku..
mane mule nye detik hitam tu?ape jd lepas tu?ape balasan yang perlu dipersembahkan pada bende tu?ape yg derita nye?
ni cite nk bgtau mentere je ni..
tang mn seram nye?
tak payah cerita la mcm ni… mcm tak ikhlas jer…
Apa ni cerita tergantung, baru nak layan apa yang terjadi sekali dah tamat. Ceritakan lah apa gangguan yang berlaku, adakah masih ada atau dah buang. kalau dah buang tu, macam mana pulka pengalaman masa buang tu
Siapa mayang mahsuri? Adakah yg kamu bersangkut paut dgn keturunan saya?? Mantera yg ada dlm tu sama mcm yang saya pernah belajar dgn arwak tok saya (nenek).. saya boleh sambung…
Sambunglh
aah sambung la
Seram / Tak (2 marks) = 0
Gaya bahasa (2 marks) = 1
Penyampaian (2 marks) = 1
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 0
Comment :
Nak cerita sangat. Tapi tergantung. Habis mcm tu je. Tak best 3/10
Ada sambungan ke atau tergantung cmni je? Konpius ni
Saya harap cik sudi sambung cerita ni.
PENULIS, PLEASE SAMBUNG!!!
Aiikkk camtu jer???
Kalau bab mandi bunga tu x Fiksyen Shasha sgt dik…
Kisah hitam slps tu yg org nk tau…
Sambung peliiiss…
Sambung laaa 😭
aku mmg jem klu org cite separuh2 ni. Buang masa je baca. Ko tulis ler bagi habis baru post. At least dpt satu chapter pun dh ok sgt. Ni alasan xde masa la apa la jimbit btl. Tp aku xnk kecam sgt. Kang ada geng hashtag “mcmbudak2”. Kah3 best ke bace sekerat2.
writer jgnlah diam je,,smbunglah,,nk tau cite ni tipu ke idok..
Percaya admin akan baca/tapis sebelum publish. Minta kalau ada lagi cerita tergantung mcm ni lain kali tak perlu publish la ya, buang masa jer baca tak habis.
laaaa…itu je ke?? tergantung nya cte..intro dh menarik..tp apa detik2 hitam tu..
xyah cte laa kalau xnk cte..simpan sndr je la
PIG
-SIMPLE
i tau detik itam tu apa.. benda tu tuntut darah setiap kali purnama mengambangkan. klu x dia suruh cari ganti kan. i dah pernah kena offer ng arwah nyang seb masa tu i sorang2 je cucu pmpuan tunggal.. mak ayah dapat tau terus x dibenarkan pg umah nyang lagi sehingga dia meninggal dunia.
Shaiton…buang masa aku jea
Habih tu sekarang ni ko cantik sangat ke? Dlm kubur nt tau le nasib ko sb syirikkan Allah swt tu.