Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Kisah Hiking

Hai semua. Nama saya Syida. Memandangkan sekarang tengah kecoh kisah-kisah berkaitan dunia hiking. Saya nak ceritakan pengalaman seram saya saya semasa hiking di satu gunung di selatan tanah air kita beberapa tahun lepas.

Kami seramai 10 orang mendaki gunung pada waktu itu. Empat perempuan dan enam lelaki.

Pendakian bermula jam 3 pagi dalam keadaan gelap sepenuhnya, hanya dipandu cahaya lampu kepala. Laluan hutan yang basah dan berbatu membuatkan setiap langkah perlu lebih berhati-hati, tetapi suasana masih ceria dengan sesekali gurauan kecil.

Kami tiba di puncak sebelum subuh. Langit perlahan-lahan berubah warna, dan ketika matahari terbit, lautan awan terbentang luas di bawah kami.

Selepas bergambar dan berehat, kami bersedia untuk turun.

Sebelum bergerak, salah seorang rakan perempuan tiba-tiba berkata dia sudah tidak tahan untuk kencing.

Bila dia cakap begitu, beberapa orang lain dalam kumpulan turut rasa perkara yang sama. Jadi kami bergerak ke kawasan semak berhampiran, tidak jauh dari situ. Yang perempuan ke satu arah, dan yang lelaki ke satu arah yang lain.

Kami memang sudah biasa mendaki bersama, jadi suasana ketika itu adalah suatu yang biasa.

Untuk memudahkan urusan, kami menggunakan satu alat khas untuk perempuan seperti kami membuang air kecil dalam keadaan berdiri tanpa perlu mencangkung atau membuka seluar sepenuhnya.

Kami semua berdiri sebelah menyebelah dan kencing seperti biasa.

Dalam suasana puncak yang sunyi itu, bunyi air kencing jatuh ke atas daun jelas kedengaran dari beberapa arah. Tapi kami hanya meneruskan urusan kami.

Selesai urusan, tanpa banyak fikir, alat itu kami campakkan sahaja ke tepi semak di bawah pokok berhampiran. Satu demi satu. Sebab alat itu disposable dan kecil sahaja. Seperti pendakian yang lain, kami hanya mencampakan semua disatu lokasi yang sama. Takdelah main buang merata-rata.

Kami kemudian berkumpul semula dan mula bergerak turun.

Pada mulanya, semuanya normal.

Namun selepas kira-kira 20 minit, orang yang berjalan paling belakang mula beberapa kali menoleh ke belakang.

Dia berhenti sekejap.

“Aku tak rasa kita sorang je.”

Kami pandang dia, ketawa kecil. “Jangan mengarut.”

Tapi dia tak gelak.

Lepas itu, bunyi mula kedengaran.

Bukan bunyi haiwan.

Bukan angin.

Tapi bunyi sesuatu bergerak di atas daun kering rapat di belakang kami, macam langkah yang sengaja tak nak hilang.

Kami berhenti.

Bunyi itu berhenti sekali.

Kami mula berjalan semula.

Dan bunyi itu ikut lagi, lebih dekat.

Seolah-olah ia bukan sekadar mengikuti… tapi menunggu masa untuk rapat.

Kemudian salah seorang perempuan tiba-tiba berbisik,

“Dia… marah.”

Kami semua terus diam.

Sebab kali ini bunyi itu berubah.

Langkahnya tidak lagi rawak.

Ia jadi berat.

Teratur.

Macam sengaja memijak daun satu per satu, cukup kuat untuk kami dengar jelas.

Dan paling aneh setiap kali kami lalu kawasan semak, bunyi itu jadi lebih kuat, macam “mengelilingi” kami dari belakang dan sisi.

Seorang rakan yang lebih berpengalaman akhirnya bersuara perlahan,

“Kita buat benda tak kena dekat atas tadi.”

Tiada siapa jawab.

Sebab semua orang tahu maksudnya perbuatan kami mencampakkan sampah begitu sahaja di puncak, tanpa hormat, tanpa peduli.

Perjalanan turun jadi senyap sepenuhnya selepas itu.

Tiada lagi gurauan.

Tiada lagi tawa.

Cuma bunyi langkah kami… dan satu lagi langkah yang tidak pernah ketinggalan di belakang.

Seolah-olah ia tidak mengejar kami untuk menyerang.

Tetapi untuk mengiringi kami keluar dari kawasan itu dengan amaran yang jelas.

Apabila kami akhirnya tiba di kaki gunung, bunyi itu berhenti.

Dan sejak hari itu, kami belajar satu perkara.

Di gunung, bukan semua benda yang kita tinggalkan akan dilupakan.

Ada yang akan menuntut balik… dalam bentuk yang kita tak boleh jelaskan.

Semenjak dari peristiwa itu. Kami tidak lagi menggunakan alat khas untuk perempuan kencing berdiri yang disposable. Tapi kami beli yang reusable. Jadi tak perlu buang merata. Dan boleh pakai banyak kali.

Syida
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram