PERJALANAN KE NERAKA
hi. namaku Mal, harini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ketika koma dan melihat suasana ngeri neraka. Harap semua terhibur. Nak dijadikan cerita , suatu hari saya bersama kawan-kawan saya, Azran,Saiful dan Adi menikmati perjalanan jauh menuju ke pusat peranginan yang kami tempah hari.
Dalam perjalanan sama-sama kami berbual, bergurau senda, dan bergelak ketawa. Semuanya baik-baik sahaja tanpa memikirkan keraguan yang pelik-pelik. Tiba-tiba keadaan diluar kenderaaan diselubungi hujan yang sangat lebat sehingga menyukarkan pengelihatan.
Azran yang pada ketika itu memandu dengan sangat laju. Adi menyarankan agar tidak memandu laju ketika cuaca buruk namun risau terlewat sampai di tempat yang ingin dituju, Azran berdegil dan kerana kedegilannya, sebatang pohon tumbang dijalan. Keadaan itu mebuatkan kenderaan kami cuba mengelak namun hilang kawalan dan akhirnya kenderaan kami tebabas ke dalam gaung.
Tidak pasti berapa lama saya tidak sedarkan diri, saya pun tersedar dan cuba untuk bangun dan mencari kawan-kawan saya yang lain. Tiba-tiba timbul perasaan yang merasakan keanehan kerana tempat yang saya tengah berada terasa asing dan berbeza. Saya berjalan sedikit lagi kedepan. Mungkin disana saya akan bertemu dengan kawan-kawan saya. Namun saya dikejutkan dengan suasana yang tidak dilihat sama sekali.
YA, SAYA BERADA DI NERAKA. Suasananya sangatlah ngeri. Merah gelap, dikelilingi api seperti lelehan logam cair, rantai besi, benda-benda tajam, gunung-gunung runcing, gerbang gergasi ,jeritan ngeri penghuninya dan orang-orang yang sedang diseksa. Saya merasakan bingung dan seram ada masa yang sama kenapa saya boleh beada disini.
Tanpa berpkir panjang, saya melanjutkan pencarian kawan-kawan saya yan lain. Dari kejauhan, saya melihat Saiful sedang dheret paksa oleh penjaga neraka. Setelah itu kedua tangannya digantung keatas dan kedua kakinya juga diikat namun dipaksa mengangkang luas. Tiba- tiba, satu rombongan tikus yang sangat besar datang dan menggigit bahagian kemaluannya dengan sangat ganas sampai hancur tanpa tersisa.
Dalam masa yang sama, kepalanya dipukul dengan kayu berduri membuatkan kepalanya bersepai hancur. Kejadian itu membuatkan Saiful meraung kesakitan sambil memohon keampunan. Kengerian itu membuatkan saya takut dan melupakan hasrat untuk menemui Saiful.
Saya memutuskan unuk mencari Adi dan akhirnya saya menemuinya di tengah kawasan lapang sedang bersendirian. Ketika hendak mendekatinya, seluruh tubuhnya hancur ditusuk-tusuk sesuatu yang sanat runcing. Alangkah terkejutnya apabila saya melihat seekor kala jengking raksasa berada dibelakangnya. Dari keadaan badan yang hancur, perlahan-lahan pulih namun dihancuran semula oleh kala jengking tersebut.
Disebabkan seksaan yang menyakitkan, Adi meraung kesakitan dan meminta agar berhenti diseksa. Saya melihatnya dengan perasaan geri bercampur sedih kerana saya mengenalinya sosok yang sangat baik hati. Dia melihat saya, menangis meminta untuk diselamatkan. Namun saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya pun meninggalkan nya tanpa menoleh.
Saya teruskan pencarian terakhir, iaitu mencari Azran. Akhirnya saya menemuiya tapi Azran dalam keadaan lemah.Namun saya tidak sempat menyentuhnya kerana rantai besi yang diikat dileher Azran ditarik kuat sehinga menyebabkan leher Azran terkoyak rabak. Azran menjerit kesakitan dengen sekuat hati.
Kemudian, kedua tangan nya diikat dengan rantai besi dan setelah itu, alah satu penjaga neraka mengambil peralatan seperti gergagi yang sanagt tajam.Penjaga neraka itu dengan kasar memotong tangannya tanpa memikirkan rasa sakit yang dialami Azran.
Kejadian itu berulang-ulan kali dilakukan terhadap Azran. Tidak berhenti disitu, Azran diheret paksa menuju ke arah gerombolan orang yang sedang diseksa. Azran sempat merintih untuk berhenti diseksa. Belum sempat berkata jauh, kepalanya dipukul berkali-kali sehingga hancur berkecai.
Tidak lama kemudian, kepalanya menyatu kembali seperti normal. Tidak sempat berkata apa-apa, kepalanya dicangkuk dari bawah lehernya dan dipukul berkali-kali dengan sangat kuat. Saya yang menyaksikan semua itu mulai merasa sangat takut dan tidak sanggup untuk menyaksikan nya lagi. Akibat daripada rasa takut yang sangat dalam. saya rebah dan pengsan.
Saya kembali tersedar dari rebah yang saya alami . Namun, keberadaan saya sudah berada di katil hospital dan ahli keluarga saya berada disekeiling saya. Setelah diselidiki, saya telah koma selama 5 hari. Saya menanyakan keberadaan kawan-kawan saya. Terkejutnya saya apabila saya mendengar khabar bahawa mereka sudah meninggal dunia .
Sambil merasakan kesedihan dalam masa yang sama, saya kembali merenung lama dengan kejadian yang telah saya alami sepanjang saya koma dan menjadi persoalan, apa yang mereka lakukan dan apa rahsia yang mereka sembunyikan sehingga mereka mendapat seksaan sebegitu rupa…???
mungkinkah…BERESAMBUNG….
PERJALANAN KE NERAKA : GERBANG 2