Malam Yang Mengubah Pak Pai
Assalammualaikum semua. Malam tadi lepas Isyak, saya singgah rumah kawan lama saya, Asir, sebab dia call suruh datang amik barang yang dia nak bagi anak buah saya punya keperluan sekolah. Sampai-sampai je, Asir tarik saya duduk kat serambi rumah dia, buat kopi O, dan sembang punya sembang, cerita melalut sampai la ke topik kampung.
Memang la Asir ni asalnya orang kampung, tapi dah lama pindah bandar sebab kerja. Dia cakap, “Weh, aku teringat cerita ayah aku. Confirm kau minat, sebab kau ni memang suka cerita-cerita begini.” Saya terus duduk betul-betul, letak cawan kopi, tunjuk muka excited. Asir pun mula la cerita pasal ayah dia, Pak Pai, orang kampung dulu panggil dia macam tu sebab nama sebenar dia Ismail tapi sejak kecik lagi orang panggil Pai.
Asir cakap, kisah ni jadi masa tahun 2000, waktu tu Asir baru je nak masuk sekolah rendah, jadi dia sendiri tak berapa ingat, cuma ayah dia yang selalu ulang cerita ni bila borak-borak time makan malam. Pak Pai ni jenis orang yang memang tak berapa nak percaya benda-benda mistik. Kalau orang kampung cerita pasal hantu, dia akan senyum je, kata “ala, mengarut tu, mata terbeliak sebab penat kerja je tu.” Memang keras kepala orangnya, tak suka dengar cerita yang tak logik.
Malam tu, Pak Pai balik dari rumah abang dia sebab ada hal keluarga nak bincang, pasal tanah pusaka la, pasal bahagi-bahagi harta la, macam-macam. Waktu tu dah lepas jam sepuluh malam bila dia bergerak balik. Kampung dulu-dulu kan, bukan macam sekarang ada lampu jalan bersepah sana sini, terang macam siang. Dulu, gelap tu gelap betul-betul, kalau nak jalan waktu malam kena la bawak tochlight, itupun kalau ada baterinya. Kalau baterinya dah nak habis, memang kena kira-kira langkah dalam gelap sebab cahaya dah pudar.
Pak Pai jalan la balik seorang diri melalui denai kecil tepi kebun, jalan biasa yang dia selalu lalu setiap hari, jadi dia confident je walaupun gelap. Sambil jalan tu, dia nyanyi-nyanyi kecil, sebab kata dia, “buat berani hati.” Tapi bila dia sampai dekat kawasan pokok kelapa milik Pak Cik sebelah, dia ternampak satu kelibat. Kelibat perempuan, rambut panjang, berdiri diam je kat bawah belakang pokok kelapa tu. Pak Pai kata masa tu dia rasa macam darah dia berhenti sekejap, tapi sebab dia jenis tak nak cepat percaya, dia cuba yakinkan diri sendiri, “mesti tu orang kampung sini je yang keluar bersiar-siar, ataupun bayang-bayang daun kelapa kena angin.”
Dia diam je, tak berlari, tak buat apa-apa, cuma berhenti sekejap, pandang betul-betul ke arah tu, sambil dalam hati dia mula baca istighfar, moga-moga tak jadi apa-apa. Sekali dia pejamkan mata sekejap sebab dah tak larat nak fikir macam-macam, bila dia buka balik, memang dah takde apa-apa kat situ. Pokok kelapa tu je berdiri sunyi, takde bayang, takde apa. Pak Pai lega sekejap, ingat dah selamat, terus dia sambung jalan cepat sikit.
Tapi bila dia toleh belakang sekali lagi sebab rasa mcm ada something tak kena, dia nampak balik kelibat tu, kali ni dah tak jauh dari dia, macam dah ikut dia dari belakang tanpa bunyi langkah pun. Rambut panjang tu jelas kelihatan menutupi muka, badan macam terapung sikit atas tanah. Masa tu la Pak Pai kata dia betul-betul rasa seram sampai ke tulang, semua logik yang dia pegang selama ni terus hilang, kaki dia automatik jadi laju, dia buka langkah seribu tanpa fikir panjang, tak pedulikan denai ke, semak ke, dia terus lari sampai la nampak cahaya pelita rumah dia sendiri.
Sampai je rumah, Pak Pai terus cuci kaki kat perigi depan rumah, sandar kat dinding ruang tamu, nafas termengah-mengah, peluh sejuk mengalir walaupun malam tu udara sejuk. Isteri dia, Mak Jah, yang dah pun terlena, terkejut bangun dengar bunyi bising kat luar, tapi Pak Pai tak cerita apa-apa malam tu, dia kata dia terus tidur je, biar esok baru dia luahkan.
Esoknya, waktu sarapan, barulah Pak Pai cerita semua yang berlaku semalam kat Mak Jah. Mak Jah dengar je, terus kata, “Sebab tu la saya selalu pesan jangan balik lewat sangat kalau tak penting.” Pak Pai yang selama ni degil, tak percaya cerita-cerita hantu kampung, akhirnya diam je, tak dapat nak bantah lagi.
Sejak malam tu, Asir kata ayah dia betul-betul berubah, tak pernah lagi keluar rumah lewat malam, walaupun ada hal penting sekalipun, mesti dia settle awal sebelum maghrib atau bawa orang lain sekali kalau terpaksa juga.
Syukur, tiada apa-apa yang menimpa Pak Pai selepas kejadian malam tu, cuma pengalaman tu cukup untuk tukar cara fikir dia sampai sekarang. Itu saja kisah yang Asir kongsikan kat saya malam tadi. BYE.