Assalamualaikum kepada pembaca FS, aku bahasakan diri aku ‘Aku’ je k, senang. Aku orang Sarawak. Cerita ni berkisahkan tentang sepupu aku nama Ana (bukan nama sebenar). Kisah ni dah lama berlaku, tahun 2011 masa tu aku tingkatan 4 dan Ana tingkatan 1. Kisah aku tulis ni agak panjang la harap korang baca habis hehhe. Taknak panjangkan intro so aku cerita teruslah k.
Ana masa tu duduk dengan kami sebab family dia pindah duduk kat Kuching. Ayah dia dapat offer kerja tempat lain. So mak dan adik laki dia ikut sekali sebab adik dia masa tu masih sekolah rendah lagi. Disebabkan mak ayah Ana tak benarkan Ana duduk asrama, Ana duduklah dengan kami disebabkan jarak sekolah dari rumah kami hanya memakan masa 30 minit untuk jalan kaki. Sememangnya dari dulu lagi semualah sepupu aku kalau malas duduk asrama ke kena gantung dari asrama memang akan stay rumah kami. Kalau ulang alik dari kampung jauh kena guna van, tu baru sampai simpang kampung. Kalau nak masok dalam kampung laki kena pakai motosikal sebab jalan kecil. Alhamdulillah sekarang zaman maju jalan pun dah ada sampai depan pintu hahahha.. Ok balik cerita Ana tadi.
Ana sekolah sesi petang, aku pulak sesi pagi. Masa masuk sekolah tiada apa-apa yang aneh berlaku kat Ana. Kira berbulan juga la sesi sekolah dah mula (aku tak ingat) perangai Ana makin pelik. Kitaorang kerap kena bergaduh, Ana pula suka cari masalah dengan atau abang aku. Abang aku ni jenis yang krek sikit a.k.a kuang ajoo sikit. Maaf yer, hehehe. Satu hari tu, mak aku dapat telefon dari pihak sekolah, cikgu cakap Ana kena histeria dan pengsan. Dia sorang je tau, budak lain tak kena. So minta tolong cikgu hantar balik sebab kami tak da kenderaan nak g ambil. Boleh dikatakan tiap hari Ana akan pengsan kat sekolah tak kira tempat, bilik darjah, surau dan tandas pun ada tau. Family Ana dah tahu masa tu so, ayah dia mintak cuti dan mereka balik ke kampung bawak Ana sekali. Masa tu Ana cuti seminggu.
Bermulalah kisah di kampung, Ana diubat oleh makcik dan pakcik aku. Kiranya keluarga aku ni ada sejarah dalam ilmu perubatan mengubat orang. Start jer berubat si Ana pun pengsan tengah rumah, mata putih dia je nampak. Ana ni berbadan besar, kacukan iban cina dari ayah dia dan melayu dari mak dia. Sebab apa aku describe dia ni macam mane, waktu dia pengsan atau tengah dirasuk ‘benda’ tu, banyak sepupu aku yang laki badan besar-besar juga tahan dia. Masa pengsan tu, makcik dan pakcik aku tanya ‘benda’ kat badan dia tu kenapa kacau Ana? ‘Benda’ tu jawab, dia tak kacau, tapi cuba lindungi Ana dari ‘benda’ lain. ‘Benda’ lain tu apa diorang tanya lagi? Ada budak kecik kat sekolah tu nak berkawan dengan Ana, selalu kacau dan ikut Ana ke sana-sini. Tapi Ana taknak sebabtu Ana pengsan. Maybe nak elakkan Ana trus diganggu kot sebabtu pengsan.
Atuk aku pula tanya (nenek aku pun pandai juga bab-bab macam ni).
Atuk: ko tok asal dari sine? Kenak ko jaga nya? (ko ni asal dari mana, kenapa nak jaga dia)
‘Benda’: aku yang jaga Ana selama ni, aku memang dah lama dengan dia.
Kitaorang pun pelik la, lepastu Ana sedar. Keesokan harinya, mak ayah Ana bawa Ana balik Kuching. Mak ayah Ana cari tempat ruqyah untuk Ana berubat. Ana dibawa ke tempat ruqyah area Gitak or Astana rasanya, aku lupa. Dipendekkan cerita dah berapa kali bawa Ana pergi berubat kat situ, Ustaz kat situ cakap, si Ana ni ada saka. maybe saka ni dari turun temurun dan cari pewaris. Mak ayah Ana memang tak tahu pun pasal saka tu, dan Ana pun tak pernah terima. Saka tu datang sendiri tanpa disedari. Ustaz tu tanya la kenapa Ana asyik pengsan kat sekolah. Jawapannya pula sama juga macam dia cakap tadi.
Ustaz: ‘benda’ tu asal dari mana?
Saka: dari sekolah tu, rumah dia kat pokok besar tepi padang belakang stor.
So, Ana pun diperhaluskan lagi dan diambil semangat semula supaya tidak selalu pengsan. Untuk pengetahuan semua, kadang-kadang Ana pengsan Ana akan berlari menuju ke pokok besar tu.
Seminggu lepas cuti, Ana kembali ke sekolah tiada apa-apa yang berlaku. Ana kelihatan sihat. Namun, itu semua sementara apabila Ana sekali lagi pengsan di sekolah, tapi bangun semula berlari menuju ke arah pokok besar itu. Waktu tu cikgu telefon mak Ana. Mak Ana pula telefon kampung minta tolong Atuk datang sekolah. Atuk pecut ke sekolah dengan motosikal. Mak ayah Ana kan kat Kuching so tak dapat la datang. Setibanya Atuk aku d sekolah, Atuk tengok Ana berdiri je kat pokok besar tu. Atuk aku baca sikit (tak tahu la baca apa) lepas tu tepuk kat ubun-ubun Ana. Ana terus rebah tak sedarkan diri. Mintak bantuan sekali lagi cikgu hantar Ana balik ke rumah. Ana dibagi cuti lagi sekali untuk berubat semula.
Ana sekali lagi dibawa berubat ke Kuching. Kali ni, berubat kat Ustaz lain pula. 2 3 kali jugalah Ana ulang alik ke rumah Ustaz tu. Kali ni Ustaz minta tolong mak ayah Ana infom kat pengetua sekolah tu, mintak izin nak pagarkan pokok besar tu. Selepas berbincang, pengetua pun setuju, disebabkan sekolah tu ada asrama, sesi berubat dilakukan jumaat malam lepas semua pelajar asrama pulang. Ni diceritakan sendiri oleh atuk aku sebab dia ikut ustaz masa tu. Malam berkenaan, Ana tidak ikut just stay kat rumah. Lepas isyak ustaz, atuk dan ayah Ana pun turun. Suasana malam tu baik-baik sahaja. Nampak bintang , cerah tidak menandakan hari nak hujan. Sampai kat pokok besar tu, ustaz mulalah operasi nak pagar, cuaca mula berubah, nampak angin kuat, daun-daun pokok bergoyang seolah-olah petanda marah ‘benda’ tu kat diaorang. Operasi diteruskan sampai lah hujungnya. ‘Benda tu selamat dipagar Insha Allah dengan izinNya, ‘benda’ tu tak kacau lagi Ana. Keadaan kembali reda. Kami kat rumah tunggu atuk dan ayah Ana balik sebab nak tahu cerita. Dalam jam 11 malam kot rasanya diorang balik. Ustaz tak ikut sama sebab nak balik Kuching lagi.
Sampai rumah, mak Ana tanya. Berjaya ke tak. Alhamdullilah kalau dengan izinNya berjaya. Lepastu, atuk buka cita budak yang selalu kacau Ana tu adalah berumur kira-kira 4 tahun. Budak tu ada kat situ disebabkan dulu ada pelajar yang mengandung mungkin bawah umur masih bersekolah kat situ telah menggugurkan janin, dan ditanam ka situ. Sebab tu la pokok besar tu berpenunggu. Tambahan pula, bila jumpa si Ana ni ada saka juga terus nak berkawan sampaikan Ana belajar dalam bilik darjah pun tidak tenteram. Kadang-kadang budak tu datang duduk bawah meja, main aucak dengan Ana. Tu juga salah satu Ana boleh pengsan, terkejut. Namun, kisah tu dirahsiakan oleh pengetua, guru-guru yang lain, dan pengawal sekolah. Hanya keluarga kami yang tahu tentang kejadian tu. Lepas kejadian tersebut, Ana sekolah macam biasa hingga habis tingkatan 1. Ana pindah ke Kuching untuk sambung ke tingkatan 2 sebab khuatir apa-apa jadi lagi, baik Ana dekat dengan mak ayah dia. Apa-apa yang berlaku mak ayah dia boleh on the spot tahu apa yang jadi dan tak perlu tunggu makluman dari orang lain.
So, tula cita tentang pasal sepupu aku Ana. Aku describe sikit la tentang sekolah kami tu. Sekolah kami ni pernah ditutup 3hari berturut kot rasanya sebab histeria menyerang pelajar sesi pagi. Sesi pembelajaran berhenti dan semua pelajar diarahkan balik mahupun harian atau pelajar asrama. Pengetua membuat pegumuman setelah ramai pelajar yang kena histeria pada waktu yang serentak. Masuk news tau, heboh satu daerah. Hal ni disebabkan, ikut apa yang aku dengar la, ada seorang pelajar yang mengikuti rombongan ke gunung gading telah ambil sesuatu dari sana. Tak tahu la sahih ataupun tak cerita ni. Sebab dengar mulut ke mulut. Ada ustaz datang untuk membantu proses nak hantar balik ‘benda-benda’ yang ikut dari gunung gading tu. Tak tahu la macam mana. Ada yang kata diorang guna bas, nampak bas memang kosong tapi sebenarnya ada ‘benda’ tu kat dalam.
Kedudukan pokok besar tu pula betul-betul belakang stor sukan. Sebelum stor sukan tu ada blok kelas tingkatan 1, kalau ditoleh sebelah kiri pulak akan nampak surau, asrama sesi petang. Sebelah kanan, gelanggang bola jaring rasanya. Hehehe. Sampai sinilah cerita aku k. Selamat membaca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cney sekolah ya
saka tak diundang..adeh