M**i Bersama (akhir)

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih admin FS kerana siarkan cerita aku. Aku mintak maaf lah andai kisah aku ni tak seram mana. Ada yang stress baca sebab ada sambungan dan tak faham. Tak apa aku awal-awal dah prepare siapa tak faham tak apa. Pada mereka yang mempertikaikan kenapa aku buat sambungan, aku mintak maaf sangat kalau korang irritated tapi aku jaga anak aku masih baby jadi aku taip pun kena cepat je. Nak satukan ketiga-tiga part dalam satu penceritaan, aku tak ada masa. Dan aku susun ikut pengkhususan jadi mudah untuk korang baca. Pada mereka yang tak baca lagi, boleh lah rujuk cerita M**i Bersama dan M**i Bersama (part 2).

Ini kali kedua aku hantar part akhir kat admin. Harap dipublish jadi ada penutup kisah aku ni pada pembaca. Mintak maaf aku susahkan admin. Aku ada jugak hantar kisah Kampung Punggol sebelum M**i Bersama part 2 dan akhir dipublish. Kalau cerita tu pun admin paparkan, awal-awal aku mintak maaf kalau banyak kekurangan dalam penulisan dan penceritaan aku.

Aku teruskan dengan cerita aku. Pada aku memang seram dan menakutkan kalau dah hari-hari fikir nak m**i. Kau dah bersedia ke nak m**i? Amalan kita cukup ke? Dah m**i nanti jadi apa? Kau bayangkan dalam sehari, setiap saat aku alami benda tu. Tak cukup dengan tu, benda lain nak aku m**i bersama dengannya. Memang tak nak lah aku.

Coretan terakhir ni mempunyai 4 kisah kesemuanya. Dua part terdahulu mungkin memang tak seram mana kalau kita buka cerita pasal makhluk halus. Kali ni, aku ceritakan, apa aku nampak, apa kawan-kawan aku alami, dek penangan benda yang nak m**i bersama aku.

Kisah Pertama – Di Kolej
Kali pertama aku benar-benar dirasuk di kolej setelah sekian lama aku sihat lepas sorang ustaz ni tangkap jin yang dia kata nampak ada kat rumah aku, adalah waktu aku masih lagi semester 1. Aku belajar bidang Islamic Studies kat kolej aku. Salah satu subject adalah aqidah dan sub-topic adalah kematian.

Normal kita belajar dan cerita bab kematian tapi aku tak sangka benda tu masih sensitif untuk aku. Aku ingat lagi waktu ustaz dok mengajar pasal topic ni, aku tak senang duduk. Pulak tu kelas betul-betul waktu petang lepas asar. Ku tak dapat focus langsung. Aku berpeluh. Jantung aku berdegup macam nak tercabut. Kaki tangan aku semua menggeletar. Aku tunduk je sembunyi tangan bawah meja kot kot ada orang nampak. Aku tak tau kenapa tu kali kedua aku rasa tak boleh kawal diri lepas first time berubat kat masjid dulu. Aku just nak kelas habis cepat. Sampai asrama, kawan-kawan aku duk berborak sambil tunggu waktu maghrib. Tapi aku diam je. Kawan aku yang sedar aku lain macam terus tanya.

‘Ain kau ok ke?’

Aku tak tunggu terus nangis macam orang hilang akal. Aku tak berhenti sampai kawan-kawan serumah aku panggil kawan-kawan aku yang lain yang tak duduk serumah dengan kitorang especially bestfriend aku. Bestfriend aku ni special. Dia boleh nampak dan rasa benda-benda macam ni pada waktu kejadian pelik berlaku. Waktu dorang papah aku masuk bilik, aku first time nampak benda tu. Duduk mencangkung atas almari aku. Rambut panjang tutup muka. Baju putih bersih. Aku menjerit macam nak m**i. Aku namakan bestfriend aku Nur. Nur tau dan dia cuba pujuk aku cakap tak ada apa. Aku tetiba rasa tahap benci gaban kat dia macam nak cakar muka dia.

Nur terpaksa baca ayat-ayat Al-Quran jauh dari aku. Aku rasa panas bila dia dekat dengan aku. Tak lama gitu benda tu hilang dan aku tenang. Aku ingat ni pertama dan terakhir aku kena kat kolej tapi aku silap besar.

Esoknya kawan kelas aku, Nafi, dengar aku sakit. Dia pun macam Nur. Special bab benda-benda ni. So kitorang janji jumpa kat cafe. Dia nak tengok aku ok tak. Peliknya sampai je cafe aku takut gila nak jumpa dia. Aku sorok belakang tembok. Perasaan aku sama dan aku mula dengar bisikan tu.

‘Lari. Lari pegi atas. Cepat.’

Aku tak boleh dah nak kawal badan aku. Aku pun tak tau kenapa aku lari naik tingkat atas cafe.

‘Terjun. Terjun dan m**i dengan aku. Kita akan aman lepas tu. Terjun cepat.’

Nasib si Nafi ni bijak dia call kawan aku. Dorang sempat selamatkan aku kalau tak aku arwah dah kot. Dorang bawak aku pergi masjid tapi aku tak boleh nak masuk. Aku meraung sebab panas dan bahang. Lastly doran bawak aku pergi office sorang ustaz dan ustaz tu tolong keluarkan benda tu. Sepanjang aku 3 tahun kat kolej, tiap kali aku sakit, memang dorang akan mintak tolong kat ustaz tu je sebab ustaz tu tau kes aku. Tapi… benda ni tak terhenti kat sini.

Kisah Kedua – Di Asrama
Cerita yang akan aku ceritakan ini pun di asrama aku. Asrama aku berbentuk apartment. Satu rumah ada 3 bilik dan setiap bilik ada 3 penghuni. Tandas ada di luar bilik-bilik kami. 2 tandas dan 2 tempat mandi. Kejadian ni waktu aku Semester 2. Waktu tu aku dalam keadaan ‘kotor’. Aku balik dari kelas dalam waktu senja. Aku mula tak selesa. Aku taknak mandi sebab aku dah rasa lain macam. Tapi sebab aku ‘kotor’, aku mesti mandi. Perempuan akan faham maksud aku ni. Jadi betul-betul waktu maghrib, aku pergi mandi.

Kawan-kawan aku tak ada. Yang ada cuma seorang dua dalam rumah tu tak termasuk aku. Yang lain aku tak ingat dorang pergi ke mana. Aku fikir nak mandi cepat-cepat dan keluar. Tapi aku rasa aku silap besar. Waktu mandi, aku sorang dalam tu. 2 tandas dan bilik mandi sebelah tu tak ada orang. Aku mula seriau tak tentu. Bulu roma aku meremang. Aku mula nangis tapi sebab taknak takutkan kawan-kawan aku, aku nangis tahan-tahan sambil mandi cepat-cepat. Tak lama macam tu…

‘Kenapa kau nangis? Tengok lah belakang. Aku ada ni.’ Aku terdengar bisikan tu. Aku memang jenis lemah semangat. Aku mandi membelakangkan paip shower tu. Naluri aku dah nampak perempuan yang rambut panjang menutupi muka dan berbaju putih bersih tu lagi di korner bilik mandi yang sempit tu. Akibat rasa seram yang mencanak, aku toleh tapi tak ada apa. Aku doa banyak-banyak jangan lah aku nampak apa-apa yang betuk-betul depan mata.

Kemudian..
‘Cuba tengok atas.. aku ada kat atas temankan kau. Aku kat sini.’ Bisikan tu datang lagi. Naluri aku nampak sekali lagi rambut panjang terjurai dari atas di teembok belah kiri. Aku dah tak sanggup. Aku siapkan diri cepat-cepat terus aku lari duduk di sofa ruang tamu. Aku tutup mata dan telinga. Aku menangis teresak-esak. Kemudian aku dipanggil lagi.

‘Aku kat luar ni.. tengok. Aku dah siapkan keranda untuk kau m**i dengan aku. Mari lah sini.’ Sambil melambai-lambaikan tangan dari luar rumah. Untuk pengetahuan semua, ada tingkap di ruang tamu yang menghala ke koridor rumah tu. Jadi boleh nampak rumah yang berhadapan dengan rumah kitorang. Kat koridor depan tingkap tu lah benda tu melambai-lambai dan tunjuk keranda pada aku.
Aku rasa macam nak pengsan. Aku tak tau mana betul mana bayangan. Sebab secara zahir tak ada. Secara naluri aku nampak dengan jelas. Aku tak tau macam mana nak explain. Siapa yang faham, dia dapat lah faham jugak kenapa aku cakap aku mungkin ada masalah psychology.

Aku menjerit sekuat hati. Aku peluk lutut aku. Aku tutup mata dan tutup telinga sampai kawan-kawan aku yang ada peluk aku, pujuk aku. Dorang call senior yang rapat dengan kitorang untuk tengokkan aku. Kawan-kawan aku semua balik dan tolong bacakan apa-apa yang patut. Aku pekik cakap benda tu kat luar. Aku taknak bukak mata. Senior tu belai-belai aku cakap tak ada apa kat luar. Ulang-ulang dia pujuk aku sambil baca ayat-ayat yang sepatutnya. Tak lama macam tu baru aku berani bukak mata. Aku menangis teresak-esak. Waktu ni bestfriend aku memang dah pindah duduk sebilik dengan aku. Dia peluk aku. Dorang papah aku masuk bilik. Suruh aku rehat. Suruh aku tidur. Dan aku pun tertidur sebab kepenatan dan ketakutan.

Kisah Ketiga – Di Kem Dakwah.
Macam yang aku cakap, aku ambil course Islamic Studies. Jadi kita ada subject Dakwah. Lecturer kitorang suruh buat group and setiap group kena anjurkan kem dakwah. So ini adalah program susulan dari kem dakwah yang pernah group lain buat. Kita jadikan program organisasi. Kem ni dibuat di sebuah sekolah perempuan. Sekolah asrama so kitorang duduk kat asrama sekolah tu. Waktu tu cuti sekolah jadi cuma pelajar-pelajar tertentu je lah yang join program ni.

Mula-mula kitorang sampai, settle down semua, tak ada apa yang jadi. Aku pun elok je sihat tak sakit. Ada sebuah bilik ni pihak sekolah buat simpan peralatan muzik tradisional macam gong, angklung dan gamelan. Aku memang suka. Suka sangat. Tapi benda ni jadikan benda tu sebagai perantaraan untuk terus mengganggu aku. Malam tu lepas makan malam semua, kitorang ada buat program untuk budak-budak tu tapi lelaki yang in-charge so kami perempuan cuma lihat dan membantu.

Waktu ni aku dan kawan aku pergi ke tandas. Tandas tu gelap dan lampu pun samar-samar je. Aku rasa tak sedap tapi aku abaikan je. Tiba-tiba kitorang dengar bunyi pintu tandas ditutup. Aku jenguk tapi tak ada orang. Jadi kita berdua masih abaikan lagi. Kemudian, bunyi pintu tandas tu dihempas. Aku tengok kawan aku, kawan aku pandang aku terus kitorang lari ke dewan. Tapi buat-buat macam tak ada apa. Yela mungkin gangguan main-main kan nak cak cak. Aku ingat berhenti sampai situ.

Tiba-tiba aku rasa seram yang amat. Seriau sangat. Aku dah tau benda ni dah datang dah. Waktu aku cuba zikir La Ilaha IllAllah… aku terhenti sampai La Ilaha which means tiada tuhan. Ya Allah aku takut sangat. Lidah aku kelu. Aku cuba keluarkan suara tapi tak boleh. Aku lari kat kawan aku yang teman aku ke tandas tadi kan. Aku cuba cakap benda tu datang tapi satu suara pun tak ada. Sorang pun tak faham. Aku nangis teresak-esak. Of course lah dorang bawak aku jauh dari budak-budak tu. Nanti jadi lain satu hal pulak. Aku cuba jugak keluarkan suara. Tiba-tiba aku hilang kawalan tubuh badan aku lagi. Yang aku tau setiap kali jadi macam ni, badan aku jadi berat. Hati aku jadi berat. Aku akan muncul di bilik gelap yang ada ‘aku’ lagi seorang tu. Dalam masa yang sama, aku boleh dengar dan lihat apa jadi di alam aku. Aku senyum sinis bila Nafi cakap nak panggil ustaz. Aku ketawa.
Nafi memang ada join program ni sekali. Bila dia depan mata aku, memang aku rasa kebencian yang amat macam nak toreh muka dia. Nafi mula tanya..

Nafi: Sebut nama kau.
Aku: Ain. (Bukan nama sebenar la ofcourse kan.)
Nafi: Sebut nama kau yang panjang.
Aku toleh kat Nafi dan aku gelakkan dia.

Nafi bagitau semua ni memang bukan aku dah. Aku senyum ketawakan dia. So dorang decide untuk letak aku kat bilik yang ada peralatan muzik tradisional tu. Masuk je aku mula mainkan gong, mainkan gamelan tapi entah apa-apa lah tak sedap pun. Kawan aku jadi geram. Dia suruh dua orang pegang aku dan dia simbah air kat muka aku. Aku terbaring sambil dipegang. Waktu tu ada mereka 3 je. Ni semua classmates aku. Budak ni marah sangat kot sampai buat aku macam tu. Tiba-tiba aku cakap..
‘Sampai hati. Sampai hati buat aku macam ni.’ Sebab air masuk dalam hidung aku dan aku lemas. Hampir m**i kot waktu tu. Aku taknak m**i dengan benda tu.

Dorang berhenti. Sesaat kemudian aku gelakkan dorang dan ustaz pun datang. Tapi aku pengsan. Waktu aku pengsan, aku bukan pengsan tak sedar diri. Macam aku kata, aku tak boleh kawal badan aku. Bila pengsan maksudnya benda tu matikan diri. Taknak bukak mata taknak bersoal jawab dengan sesiapa. Ustaz datang untuk keluarkan pun aku tak bangun. Aku nak bangun tapi aku tak boleh bangun. Sudahnya dorang call kakak aku. Kakak aku senior kat kolej yang sama. Kakak aku datang dengan kawan dia and bawak aku balik. Nafi ikut sekali sebab dia lebih tau nak handle benda ni bila apa-apa jadi.

Balik tu, aku tidur di bilik kakak aku. Esoknya, kawan-kawan bilik dia cerita yang mereka diganggu malam tu. Sampai je aku di bilik kakak aku, mereka tak sedap hati tapi bukan sebab mereka tak suka aku ada. More to rasa seriau dan seram tiba-tiba. Aku tak ingat gangguan macam mana. Yang aku ingat salah seorang tu mimpi bukan-bukan. Penangan benda tu.

Kisah Keempat – Di Asrama.
Bilik yang sama macam kisah pertama. Aku sebenarnya tak boleh cerita hal ehwal benda ni sebab macam aku tengah panggil dia datang. Sekarang tak. Sekarang lain sangat dah. Cuma sebab aku pernah dihinggap, jadi benda lain senang nak masuk dan ganggu aku.

Waktu ni aku tengah berborak dengan kawan-kawan aku di bilik aku. Bukan di ruang tamu tapi bilik aku. Kawan aku tanya..

‘Ain.. kalau kitorang tak pegang kau waktu kau sakit kan. Apa jadi?’
Aku: Aku tak tentu aku hidup lagi atau tidak. Aku selalu rasa macam nak terjun tingkap bilik.

Bilik aku mengadap kawasan bukit. Selalu aku termenung di kawasan bukit tu dan rasa macam nak terjun dan lari ke situ. Entah lah kenapa. Tapi mesti lah aku tak ikutkan perasaan tu. Kawan aku senyum je macam tak percaya. Aku mula rasa benda tu dah datang. Tapi aku buat tak endah. Aku berbual dengan yang lain macam biasa. Sampai lah….. aku pengsan. Sila rujuk cerita di atas kalau aku kata aku pengsan maksudnya apa.

Malam tu memang hardcore. Ustaz semua mesti lah da balik. Bayangkan.. satu orang pun tak boleh nak tolong. Aku sendiri dalam bilik gelap tu cuba berzikir terus terusan. Atas apartment kitorang, ada seorang junior yang ada saka harimau. Aku tau sebab kes dia macam aku. Satu kolej tau kitorang sakit. Cuma yang nak aku m**i dengan dia ni, bukan saka. Sementara orang sekeliling aku cuba tolong aku, ni lah yang terjadi antara aku dan benda tu dalam bilik gelap tersebut..

Benda tu: Kalau kau nak saka tu tinggalkan budak tu, kau m**i dengan aku! Terjun dari tingkap tu ikut aku!

Aku: Kau ajak aku macam mana pun, aku taknak m**i dengan kau. Sesungguhnya Yang Berkuasa menentukan hidup m**i aku adalah Allah. Dan Allah lebih besar dari kau.

Benda tu: Kau tak kesian kat adik tu? Kau nak saka dia melekat dengan dia sampai bila-bila?? Aku boleh tolong dia. Aku boleh buat saka dia pergi tinggalkan dia. Syaratnya kau ikut pergi dan m**i dengan aku.

Aku: Aku yakin satu hari saka tu akan pergi dan dibuang. Budak tu kuat. Dan aku takkan m**i dengan kau.

Lepas tu aku tak berbual dengan dia dah. Aku taknak. Aku focus berzikir jadi dia tinggalkan aku tapi dia enggan. Kawan-kawan aku dah buntu. Badan aku dah lebam-lebam dan dorang dah penat. Sampai lah seorang ustaz yang dorang call ni suruh panggil siak masjid kat kolej tu.

Sejak dorang call siak masjid tu, aku pengsan dah. Bila aku pengsan, benda tu tengah ganggu aku dan keep pujuk aku untuk m**i bersama dia. Bila siak masjid tu jejakkan kaki dalam bilik aku, kawan-kawan aku siap dah pakaikan aku tudung semua. Aku rasa aura yang menyejukkan. Satu bilik jadi diam. Aku dengar dia beri salam. Kemudian dia mintak izin untuk duduk di bahagian kepala aku. Lepas tu aku tak tau apa jadi dan tiba-tiba badan aku rasa ringan. Aku bukan dalam bilik gelap tu lagi. Aku bukak mata tapi siak masjid tu balik dah. Bila dia balik aku tak tau. Aku penat sangat aku tak boleh nak gerak sendiri. Jadi aku dipapah dan duduk atas katil. Lepas tu aku just diam and sambung berzikir dalam hati. Tak lama macam tu, bila semua orang ingat keadaan dah aman, kawan sebilik aku nangis. Dia kata tangan kanan dia macam digenggam. Dia tak boleh nak gerakkan. Kawan-kawan aku yang lain settlekan. Aku nampak benda tu di satu sudut bilik tu tengokkan aku. Aku buat tak endah. Aku taknak ikut dia dan ganggu lah banyak mana orang, aku takkan tertipu.

Ada sekali aku pengsan, kakak aku bawak pergi hospital sebab aku tak boleh bukak mata pun atas kawalan benda tu. Bila aku bangun, aku terdengar doctor tu cakap kat kakak aku yang aku ada split personality. Aku tengok doctor tu dan aku gelakkan dia. Time tu of course la bukan aku kan. Lepas aku bersalin, aku diganggu sekali je. Tapi tu pun benda lain. Dia duduk atas kepala anak aku. Malam tu aku sakit teruk tapi suami aku ada tolong. Betul la kalau sesiapa teka suami aku tu Nafi. Tak lama lepas kita grad, aku dengan Nafi bernikah. Suami aku memang Allah bagi sebagai pelindung. Alhamdulillah sangat.

Sesiapa yang ada keadaan macam aku, mari aku share. Kita ni berapa ramai orang tolong sekalipun, tapi kalau diri kita tak bantu diri sendiri pun tak guna.
First, kau istighfar. Mintak ampun dari Allah atas dosa-dosa yang kau dah lakukan. Sebanyak mungkin sehari. Paling sikit 33 kali sekali zikir.

Second, kau selawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 33 kali jugak paling sikit.

Last kau zikir La Ilaha IllAllah. Sebanyak mungkin. Jadi kau ingat Yang Berkuasa Cuma Allah dan tiada kuasa lain selain Allah. Paling sikit macam biasa, 33 kali.

Lazimi hidup kau dengan Al-Quran dan solat jangan tinggal. Tamat dah cerita aku. Siapa nak percaya, terima kasih. Yang taknak pun terpulang pada masing-masing. Kita kena kuat. Walaupun badan yang dikawal, tapi hati kita yang penting. Badan akan hancur tapi hati kita kuat pada Allah, in sya Allah kita boleh lawan.

Sekian baca cerita aku panjang lebar. Terima kasih dan wassalam.

.

Angah
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 comments

  1. Dasyat kan kak, penangan benda tu, nak ajak akk m**i dgn dia. Allahu. Mujur akak kuat lawan.
    Dah agak dah, Nafi jd suami akak. Alhamdulillah.
    Semoga akak terus sihat,kuat, bahagia dgn keluarga. In Shaa Allah. Tq sharing 🙂

  2. Pernah jadi mcm dia..badan dikawal..seriusly rasa mcm aku ni split personality ke apa..alhamdulillah..x berlanjutan sbb cpt2 pergi berubat…Allah..Allah..trima kasih sbb kongsi kat sini..sbb klo tak baca kisah ni..smpai bila2 sy akn trus fikir psal kdian di kawal tu..sama ada btul di kawal atau split personality..skrg sy yakin yg mmg sy diganggu.bukan sy yg berfikiran bukan2 smasa kjadian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.