M**i bersama

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih pada admin jika cerita aku ni disiarkan nanti.

Cerita yang aku nak bagitau ni, memamg pengalaman aku sendiri. Kalau panjang sangat, aku akan buat part 2. Sebab cerita ni gangguan dari aku kecil lagi.

Apa yang aku nak ceritakan ni, terpulang pada masing-masing nak nilai seram atau tidak. Percaya atau tidak. Sebab tak semua orang boleh terima keadaan aku ni. Tapi aku terpanggil nak kongsi in case ada orang yang sama situasi dengan aku.

Aku anak kedua. Cukup lah aku gelarkan diri aku angah. Aku perempuan. Aku dah kahwin dan mempunyai 2 orang anak. Berumur 26 tahun. Aku rapat dengan family aku. Mak aku terlebih lagi.

Sejak aku kecil, kita akan tidur sama-sama di ruang tamu. Mak, bapak, adik, kakak dan aku. Susunannya begitu lah. Aku kalau pusing ke kanan akan menghadap dapur. Aku selalu tidur lambat sebab aku suka tengok tv. Waktu ni lah aku akan mengelamun lepas tutup tv. Ingat pasal m**i. Macam mana kalau aku m**i. Macam mana dengan mak bapak aku. Kakak adik aku. Sedih ke mereka. Baik aku m**i dulu jadi aku tak sedih bila ada keluarga aku meninggal dulu. Ya. Kematian tu hakikat kehidupan. Yang hidup mesti m**i. Tapi aku kecil sangat. Baru 3 tahun. Aku dah fikir benda macam ni. Lepas aku nangis teresak-esak sampai aku tertidur. Tiap malam sampai lah aku pun tak ingat bila, benda ni terhenti sendiri. Aku tak fikir lagi dah pasal m**i seteruk tu.

Forward ke 13 tahun kemudian. Aku berumur 16 tahun waktu tu. Baru tamat SPM. Aku tak ingat bila mulanya. Tapi keadaan aku ingat m**i bermula lagi. Cuma kali ni, jauh lebih teruk. Aku ni badan berisi. Sampai kan kawan kakak aku tanya kakak aku kenapa aku kurus mencengkung walaupun aku rasa aku biasa je. Yelah mata orang lain dari mata aku.

Apa yang lebih teruknya dari waktu aku kecil?
Aku mula dengar bisikan yang mana dari hati aku sendiri. Bisikan yang aku tak boleh nak kawal. Yang aku tak cakapkan. Yang aku tak fikirkan. Ada orang cakap aku ada schizophenia, split personality. Allahu A’lam. Bisikan ni menjadi2 lepas asar dan permulaan maghrib pada awalnya. Lama-kelamaan, bisikan tu tak tentu masa dah.

Apa yang aku dengar?
‘Kau bayangkan kalau kau m**i.. kau sendiri dalam kubur. Mak bapak kau sedih.’

Bila aku nak melintas jalan kat jalan raya, bisikan tu cakap…
‘Kau tunggu je kejap lagi ada kereta langgar kau dan kau akan m**i.’

Bila aku nak tidur, aku dengar bisikan tu cakap..
‘Nanti bila kau tidur, kau akan m**i dalam tidur. Tak ada esok lagi untuk kau.’

Sampaikan aku memang tak boleh tidur. Aku jadi takut kalau-kalau aku memang akan m**i. Hati aku selalu tak sedap. Jantung aku berdebar laju bila waktu asar tamat. Aku selalu nangis sorang-sorang dan tutup telinga aku. Sampaikan aku tak tahan, berminggu lepas tu baru aku cerita kat mak. Aku macam zombie. Aku susah tidur. Aku tidur waktu subuh bila orang dah bangun jadi aku tak takut plus aku penat tahan mata waktu malam.

Keadaan jadi makin teruk bila aku macam dikejar bisikan tu. Mak aku pernah tinggalkan aku sorang kat rumah untuk pergi kenduri. Aku lari satu rumah sambil nangis macam kena kejar suara tu.

‘Nanti kau akan m**i bila aku tunjukkan diri.’
‘Nanti aku akan bersama kau sebab tak ada orang dengan kita.’

Terus aku call mak aku macam nak m**i aku nangis cakap aku dah nak m**i aku takut. Mak terus balik bawak aku sekali pergi kenduri.

Kalau admin terbitkan cerita aku, aku akan sambung cerita, bagaimana keadaan aku dirasuk, dihantui dan bila benda ni mula tunjukkan diri yang mana cuma aku dan orang-orang istimewa je tahu kat mana benda tu waktu aku diganggu.

Terima kasih sebab baca. Aku nak orang tahu, keadaab aku dirasuk bukanlah aku pengsan tak sedar diri tak tahu apa jadi lepas tu aku bangun dalam keadaan blur. Aku sakit tak sama macam orang lain. Terpulang pada kau nak percaya atau tidak.

Salam.

.

Angah
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

25 comments

  1. Assalamualaikum.saya rasa saya pun ada penyakit ni.kadang saya nak buat sesuatu.tapi dlm hati saya cakap jangan buat dulu.nnt lepas brp minit baru buat.kadang2 saya solat pn dia kacau suruh niat bnyk kali kalau nak masuk syurga.saya x pernah cite pd sapa2.sebab saya rasa tu kata hati saya je.lgpn benda tu ckp jangan bgthu sapa2.rupanya ada juga yang sma mcm saya.cuma saya ,dia x prnh tnjuk kn diri n saya prnh kena rasuk tp dah lama dlu.

    1. Saya pon.. Tapi saya start kena umur 5 tahun. Sekarang umur saya 12 tahun jadi dia dh kurang.. Tapi still ADA. Cam ne nk buang eh?? Dah penat ni??

  2. Sama macam aku sekarang . Kerap sangat dah pikir pasal m**i then nangis . Tiba tiba rasa takut tu menjadi jadi sebab takut dengan ajal yang taktau bila bila akan jemput kita ??lepastu pikir macam mana life kat sini kalau kita takda , hidup kita kat alam sana macam mana ?

    1. Kalau kau islam. Jangan risau ada alam lepas m**i. Alam barzakh. Dan ada syurga neraka. Depends on amalan kau la. Aku pon belum tentu masuk syurga. Jom kita cari bekal untuk akhirat supay kita boleh bergembira di syurga nanti. Alam dan dunia kita sekarang sementara. M**i itu pasti. Jangan takut m**i. Tapi takut Allah. Ye. Insyallah.

      1. Amboi Mak Minah Sayang Ewah- kalau boleh like, saya like komen awak. Ya benar, takutlah pada Allah. Ingatlah pada Allah selalu.

    1. Itu bisikan Syaitan dicampur dengan masalah jiwa. Kebanyakan jadi pada org perempuan yg suka banyak berfikir. Lama kelamaan syaitan pun buat bisikan2 hasutan yg melalaikan, menambah was-was. Banyakkan baca 3 Qul.. Solat sunat dan baca Al-Quran..

  3. weh aku pun macam ko! selagi takda org bangun aku takleh tido dan kalau semua org dah tido aku takleh tido sebb aku takut aku m**i takda sape nampak. sampai skarang 🙁

  4. Pernah jadi kat saya dulu, saya masa tingkatan 3, sebab saya stay asrama masa tu, sy kena stiap kali lepas maghrib sampai la isyak menangis asyik fikir m**i ja ada suara halus cakap lebih kurang macam tu lah, stress sangat sampai call parents suruh datang ambik sebab takut, last2 p jumpa ustaz kat sekolah tu cerita semua nagis2 dy listkn saya ayat2 dari alquran suruh saya baca setiap kali masuk azan manghrib dan lepas azan isyak, alhamdullilah seminggu lepas tu dah tak ada suara2 macam tu, ustaz ada cakap jugak BENDA tu saja kacau ja dia mai dari belakang blok asrama tu nak main2 katanya….hahahaha

  5. aku x pernah alami situasi berkenaan dan aku bersimpati atas apa yg tjadi… aku cadangkan penulis jumpa ustaz yang mahir ataupun yg blh tgk/ selidik masalah yg penulis alami… semoga penulis tidak diganggu oleh pkara tsebut..

  6. Aku pun ada. Aku rasa lumrah manusia. Tu memang kerja setan nak sesatkan kita. Ape yang korang dengar tu semua setan punya kerja. Suruh b***h diri la suruh sedih la terjun bangunan lah semua tu. Jangan ikutkan hati nanti m**i. Fikir guna akal yang waras. Sebab tu dalam islam. Maaf cakap, kalau marah berdiri, duduk, baring, tidur. Tapi di galakkan semayang doa mintak tenang kan hati. Aku bukan ustaz tapi cuma kongsi pengalaman. Insyallah. Tenang lah jiwa tu. Pastu tips sebelum tidur tiap malam selain baca doa. Mintak ampun kat Allah and jangan lupa ampunkan semua manusia di bumi. Pernah tak dengar quote yang “kita maafkan orang untuk mencari ketenangan diri” – translated lah. So sama-sama lah kita cari ketenangan and keberkatan. Jangan terpengaruh ye. Memang kita ingat m**i. Tapi ingat m**i tu ingat pulak siapa yang berkuasa mematikan kita. Ingat m**i tu dah bagus. Ada keinsafan tapi. Ingat tanpa beriman dan beribadat tak elok jugak ye. Mari kita hidup aman, gembira dengan berfikiran positif. Ape aku boleh tolong aku tolong nasihat. Takpe aku faham. Luahkan je dekat sini ye. Aku baca.

  7. Same situation.

    Tengah mengalaminya. Bila kita cerita kat org. Org just gelak n ckp kita being to serious..ended up hanya menangis time solat mengadu pada Nya. Mohon perlindungan dariNya. Taktau sampai bila akan rasa mcm ni tp harap2 akan hilang. Supaya dpt jalani hidup dengan tenang dan akan pergi bila sampai waktunya. To be honest..berat badan mmg trn padahal mkan..dl obese now chubby. Tq share story ni. Atlist now i knw im not alone. Kita kena lawan. Senang kan nk tulis lawan dr lawan yg sbnr? *Fake smile* hakikatnya hanya kita yg alami yg tahu how depressing..org akan ckp amal ko xckup lg. Nthla org blh ckp ..yg menanggungnya je yg rasa.

    P/s: ples kalau ada kawan/ sedara yg bgtau drg rasa mcm ni. Tlg bantu,atlist dgr …jgn mencemuh..

    *gadisberuanggebu

    1. I think it might also be translated as a kind of phobia..laki aku agoraphobe dari zaman remaja lagi..mmg teruk kadang2..org xdak sakit mcm ni ssh nk faham..termasuklah aku yg kadang2 bebai jgk sbb asyik kena handle semua sorg2

  8. Kan senang kalau crita bagi habiss.. biaq panjang janji tk nyusahkan org.. ni dak gagah nk tiru filem indonesia.. mybe pengarang org indon..

  9. please sambung cerita ko… apa yg ko alami sama mcm aku alami masa aku kecik sampai aku umur 20an… then bila aku dh kawin, aku dh jarang diganggu bisikan2 mcm tu… mmg seksa sbb ko takut nk pejam mata walaupun ko ngntuk sgt2… cuma takde laa tahap kna rasuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.