M**i bersama (part 2)

Assalamualaikum warga FS. Terima kasih pada admin yang telah siarkan cerita aku M**i bersama. Boleh rujuk balik cerita ni tentang apa di link ni https://fiksyenshasha.com/m**i-bersama/ . Oh. Buat yang tertanya-tanya kenapa umur aku muda sangat waktu ambil SPM, aku sebenarnya tak ambil SPM pn. Tapi aku ambil sama level dengan SPM, tapi aku taknak ceritakan lah pasal tu sebab aku bagitau sepenuhnya orang dapat syak siapa aku.

Part kedua ni aku akan ceritakan tetang pengalaman aku berubat di 4 tempat. Dari awal hingga akhir. Macam mana aku dari ingat yang aku ada masalah psychology, boleh rasa ada benda lain dalam badan aku.

Tempat Pertama – Di Sebuah Masjid
Masjid ni terletak jauh dari bandar. Sekelilingnya hutan dan semak samun. Waktu sampai aku jadi blur kenapa aku kat sini. Apa orang-orang masjid ni akan buat pada aku. Ni pertama kali aku akan terima rawatan macam ni. Selalunya dalam cerita hantu je waktu orang kena rasuk. Tapi aku tak kena rasuk jadi apa dorang nak buat pada aku. Masjid ni kawan mak aku yang recommend.

Seorang ustaz menyambut kedatangan kami dan mengajak kami masuk ke dalam sebuah bilik yang ada katil macam dalam wad kat hospital. Lepas dengar apa ayah aku cerita, ustaz tu dan beberapa pembantunya suruh aku baring. Aku elok je waktu tu tapi dorang ikat tangan dan kaki aku kat katil tu. Kata dorang kita tak tau apa akan jadi nanti. Aku rasa berdebar la kan apa maksud dorang tu tapi aku diam je la. Mak aku dah sedih sebab dorang buat aku macam tu tapi mak aku pun tak ada nak bantah.

Tak lama lepas baca ayat-ayat suci Al-Quran, aku rasa panas berhaba. Macam bilik tu ada haba yang panas sangat. Sekeliling aku jadi bahang. Aku tak selesa dan mula meronta. Tiba-tiba aku rasa aku tak dapat nak kawal badan aku sendiri. Aku nak cakap aku ok tapi yang keluar dari mulut aku lain. Aku maki hamun ustaz tu. Aku sendiri terkejut aku maki ustaz tu sebab aku memang tak suka maki-maki orang ni. Adik aku pernah maki aku, aku bantai dia dengan hanger tapi tu waktu kecil la.

Lepas tu aku merintih mintak tolong ayah aku untuk lepaskan aku tapi ustaz tu cakap jangan tertipu sebab tu bukan aku. Wah mengamuk sakan lah ‘aku’. Tak lama gitu aku senyap. Ustaz tanya siapa nama aku. Aku jawab. Ustaz suruh baca syahadah aku baca suruh istighfar semua semua la kan aku elok je baca. Tapi sebenarnya hati aku tak sabar nak keluar dari situ. Aku rasa macam ada benda melekat dengan kulit aku.

Bila aku kata aku tak dapat kawal badan aku, bermakna aku boleh dengar dan nampak apa jadi dan apa orang sekeliling aku cakap tapi aku tak boleh nak respond apa aku nak respond. Macam aku terperangkap dalam badan aku sendiri.

Balik tu aku senyap je dalam kereta. Aku dah mula rasa lain macam nak terjun kereta lah apa tapi aku tahan je aku tak bagitau sesiapa. Ayah aku dan mak aku mandikan aku dan waktu tu kakak aku tanya apa jadi. Ayah aku cerita lah lepas tu kakak aku macam tak faham la apasal benda tu ada.

Tiba-tiba ‘aku’ ketawa dan tanya kakak aku..
‘Kau nak tengok muka aku ke apa??’ Part ni tk tau pulak kenapa aku tak ingat tapi ayah aku mak aku kakak aku ingat sampai sekarang. Kakak aku dah takut terus ayah aku suruh dia masuk bilik. Malam tu mak aku tidurkan aku macam aku masih baby sebab tu je yang buat aku tenang sikit. Sejak tu.. aku makin teruk.

Tempat Kedua – Rumah
Lepas ayah aku tanya-tanya orang-orang yang boleh dipercayai, ayah aku jumpa seorang ustaz ni. Dia datang satu malam ni lepas maghrib. Dia tanya aku apa aku rasa, aku cerita lah apa jadi apa aku selalu rasa. Taak boleh tidur malam. Aku fikir m**i je.

Kemudian ustaz tu keliling satu rumah aku. Dia kata ada 3 jin dan salah satu dekat dengan aku. Dia tak ubatkan aku macam yang first. Dia tangkap je semua jin tu dan dia kata nanti dia buang. Aku pun tak tau nak buang kat mana. Yang aku tau dari mula dia datang sampai dia balik, aku tak ada rasa apa. Lama pulak tu aku tak diganggu lepas tu. Lama sangat sampai lah aku masuk kolej.

Tempat Ketiga – Sebuah Tempat Perubatan Islam yang Popular
Sebab kolej aku ni kolej Islam. Dan ramai orang tau tempat ni jadi ramai orang syorkan aku pergi sini. Part terakhir kisah M**i Bersama ni baru aku akan ceritakan apa jadi kat aku lepas aku masuk kolej. Coretan part 2 ni aku khaskan untuk ceritakan kat mana aku berubat dan apa jadi.

Lama aku tunggu giliran sebab ramai orang datang tempat ni. Tapi ustaz tu tak cakap banyak. Yang aku tau dia cakap bukan buatan orang. Keluarga aku dan aku tak pernah pulak fikir buatan orang ke tak. Yang kitorang tau nak aku sihat je. Tapi lepas pergi tempat ni keadaan aku sama je. Benda ni, dia datang pergi ikut suka hati. Nak berubat dia pilih orang dengan siapa dia nak munculkan diri. Jadi kalau waktu berubat tu dia taknak ada, memang aku tak rasa apa. Kecuali tukang ubat tu memang buat dia marah dan dia memang benci sangat. Naik lebam-lebam aku dibuatnya. Penat separuh m**i.

Tempat Keempat – Sebuah Kampung di Johor
Tempat ni kawan aku yang recommend. Nanti aku ada sebut pasal dia jugak di part yang terakhir sebab dia mainkan peranan jugak dalam membantu aku untuk sihat. Ramai orang sangka aku ada saka. Tapi ternyata bukan.

Kampung ni tenang je. Nak datang situ banyak lah sangat dugaan. Da beberapa kali plan tak jadi. Ada je yang tak kena. Sepanjang perjalanan tu aku berdebar. Macam rawatan pertana aku kat masjid tu. Aku rasa nak lompat keluar dari kereta kepas tu masuk la kat hutang belantara kiri kanan jalan tu. Aku nak suruh mak aku patah balik tapi aku tahan tak bersuara. Sebab aku tau yang taknak pergi tu bukan aku tapi benda tu.

Sampai je kitorang dibawa oleh seorang pakcik ni ke rumah seorang ustaz. Ustaz ni dah borak-borak dengan mak bapak aku, dia mintak izin nak letak jari telunjuk dia kat tengah-tengah tapak tangan kanan aku. Waktu tu ada la jugak rasa nak tampar je ustaz tu. Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tau kenapa aku rasa macam tu. Rasanya benda tu yang benci sangat. Aku dengar ustaz tu baca beberapa ayat suci Al-Quran dan tiba-tiba rasa benci aku kat dia tak ada dah. Aku rasa badan aku ringan sangat.

Ustaz tu kata..
‘Jin tu suka kat dia dah lama dah. Dari umur 3 tahun. Lain kali, kau jangan jujur sangat.’

Betul lah kot aku ni memang bendul sikit. Kawan rapat aku jenis garang jadi dari kecil memang dia yang protect aku. Aku jenis percaya je apa orang cakap. Yang peliknya aku tak pernah bagitau mak bapak aku atau cerita kat ustaz tu pun atau sesiapa hatta kawan rapat aku tu yang aku selalu fikir pasal m**i dari kecil. Jadi aku pun tak tau mana dia tau. Orang yang ada ilmu ni memang lain.

Berbulan lepas tu aku buat rawatan susulan di tempat yang sama. Aku belajar macam mana nak handle diri aku sendiri kalau benda tu datang mengganggu. Nanti aku cerita macam mana dalam part yang terakhir. Mudah je. Tak susah.

Alhamdulillah sekarang keadaan aku jauh lebih baik dari dulu. Di coretan yang terakhir, aku akan ceritakan pulak apa yang aku alami. Kejadian-kejadian yang besar yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Terima kasih sebab sudi membaca. Salam.

.

Angah
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.