Sihir Rumahtangga

Salam pembaca fiksyen shasha. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih pada fiksyen shasha jika cerita aku ini disiarkan. Dan yang pasti ini kali pertama aku mengarang. Sebenarnya banyak kisah mistik dan seram yang jadi dalam hidup aku, tetapi aku akan cerita satu persatu, tunggu sampai fiksyen shasha siarkan ya. hahaha.

Mari aku mulakan cerita, tapi pastikan semua pembaca yang membaca cerita aku ini nanti dalam keadaan yang betul bersedia. Bukan apa, sekadar untuk menghayati.

Cerita ini bermula semenjak dari awal perkahwinan. Aku berkahwin pada tahun 2014 bersama dengan kekasih pujaan hati. Jauh pula asal kekasih hati aku, iaitu berasal dari Jeneri Kedah, aku pula berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Jauh bukan? haha…ok sambung cerita. Banyak sangat bunga-bunga cerita. Sepanjang kami berkahwin berbagai dugaan yang kami lalui (perkara pelik dan mistik).

Bermula kehidupan aku bersama dengan suami yang tinggal di sg. Petani. Kami tinggal berdua sahaja dirumah. Kejadian bermula pada tahun 2014, kisah ini diceritakan kembali padaku oleh suami, kerana semasa kejadian, aku tidak ingat langsung apa-apa pada waktu itu dalam jam 11 malam, kami menonton tv, tiba-tiba letrik tiada, aku masa tu memang sangat-sangat takut dengan gelap.

Aku pegang erat tangan suami aku dan suami aku kata tunggu kejap, dia nak pergi tengok pada suis box elektrik, nak cek apa yang patut. Jaraknya tidak lah jauh, cuma lima langkah sahaja, sebab masa tu dua-dua ada diruang tamu. Sejurus dia bangkit, tiba-tiba, suami aku dengar ada org mengilai. Suami aku terus marah aku, dan bagi aku amaran, hah buatlah nanti dia datang betul-betul. Sedangkan aku sebenarnya bukan dalam keadaan aku lagi pada waktu itu. Kemudian suara mengilai senyap. Suami aku pun terus mencapai telefon di atas meja dan mencari lilin untuk dipasang.

Kemudian suami aku melihat aku sedang duduk bertinggung di atas sofa, dalam keadaan rambut ku yang panjang diselak ke hadapan, kaku tanpa sebarang sahutan ketika suami aku panggil. Kemudian, suami aku hanya berdiri dan mulut nya puas membaca apa yang terlintas difikiran.

Kemudian, aku bangkit dan berdiri berhadapan dengan suamiku dimana jaraknya satu inci dan aku berkata” KAU TAHU TAK MALAM-MALAM AKU DUDUK TENGAH ANTARA KAU DAN ISTERI KAU”? Suami aku hanya berdiam dan teruskan bacaan, sessi itu berterusan dengan mata bertentang mata, dan sepi. Mujurlah elektrik muncul balik tidak lama selepas aksi pandang memandang itu dan aku terus rebah.

Kemudian, aku bercakap seperti biasa seolah-olah tiada apa berlaku. Malam itu selepas kejadian, kami tidur macam biasa, dan esoknya barulah suami aku menceritakan apa yang telah terjadi, namun agak sukar aku percaya. Kejadian berulang dengan perkara aneh, apabila suami ku mendengar suara lelaki gelak dan aku pula sering terdengar orang memberi salam seraya menyebut nama penuhku.

Kejadian paling klimaks, apabila satu malam aku seperti dirasuk dan tidak terkawal, suami aku menelefon anak buahnya untuk menolong, kebetulan anak buahnya itu tinggal berdekatan, kedua-dua cuba memegang aku tapi mereka gagal, sehingga anak buah ku ditendang dan terperosok, kalau difikirkan apalah daya seorang perempuan untuk melawan kekuatan dua orang lelaki. Kemudian, suami aku menghubungi abangnya untuk melihat keadaan ku, abangnya ada sedikit ilmu.

Malam itu sehingga jam 6 pagi barulah keadaan surut. Aku tertidur lemah. Kejadian ini selalu berulang, sehingga cubaan membnh diri, lagi teruk apabila aku sedang menaiki kereta bersama suami, aku yang memandu dalam kelajuan kira-kira 120kmj, aku lepaskan pegangan aku dari stereng dan mula meracau-racau. Mujur Allah selamatkan kami.

Sudah bermacam tempat kami buat rawatan, ada yang kata jin tumpang, pelesit, saka dan yang paling banyak adalah aku disihir oleh kekasih lama. Ustaz dan pengamal perubatan itu menceritakan tentang lelaki tersebut. Wallahualam. Kesian suami aku, sepanjang aku sakit, kesabarannya memang benar-benar diuji. Sihir itu mahukan kami berpisah dan kata ustaz, satu perjanjian telah dibuat dengan jin.

Setiap kali aku meracau mesti aku meraban dengan bahasa-bahasa yang semua tidak faham. Semua ustaz dan pengamal perubatan pernah bersilat melawan aku. Lebam-lebam dibadan, kaki teramatlah banyak. Setiap kali tidur mesti mengigau dan menangis seperti nenek kesakitan kata suami.

Benda paling teruk yang jadi pada kami ialah aku lihat, suami ku ditindih dengan sesuatu yang berbulu lebat. lhamdullilah setelah berpuluh kali aku berubat, hari ini aku sembuh seperti biasa. Tiada lagi gangguan, kalau dulu hendak solat pun terlupa surah dan terlupa rakaat dan seperti diganggu. Nasihat aku pada para suami isteri yang pernah mengalami gangguan sihir ini kene kuat bersama menghadapi apa jua cabaran.

Sampai disini saja penceritaan aku mengenai sihir yang menganggu kehidupan aku…
Terima kasih fiksyen shasha…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]
Yaya

1 thought on “Sihir Rumahtangga”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.