Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pentegar FS. Sebelum tu terima kasih kepada admin yg bagi peluang untuk ketengahkan story aku ni. Aku jamin dan yakin kisah aku ni jarang berlaku kepada orang lain ( maybe lah)
Nama aku Haiqal, aku nak share tentang pengalaman aku ketika aku menuntut di salah sebuah sekolah di Pahang. Ketika itu aku berumur 13 tahun iaitu tahun pertama aku di sekolah itu sebagai pelajar tingkatan satu dan aku menetap di asrama. Asrama aku ni (aspura) ada tiga blok je. Blok pertama budiman dan blok kedua anggun. Blok satu lagi ialah dewan makan. Blok dewan makan ni berada di tengah-tengah antara blok budiman dan anggun. Dewan makan ni pulak berhadapan dengan court bola tampar. Maknanya court bola tampar pun diapit oleh blok budiman dan anggun. Korang boleh bayangkan kan?
Cerita ni bermula selepas seminggu aku duduk dalam asrama. Untuk pengetahuan korang, aku ni memang ada tabiat bangun pergi tandas malam-malam. Dalam pukul 2 atau 3 tu memang waktu aku bangun pergi tandas. So, pada malam kejadian tu dalam pukul 3 (aku rasa lah) aku bangun untuk menjalankan rutin yang aku lakukan setiap malam. Tapi, malam tu aku rasa macam tak sedap hati. So, aku kejut kawan aku yang tidur kat katil atas aku. Bilik aku ni ada 4 katil double dan katil aku berada di hujung bilik berdekatan pintu dan tingkap. Boleh pulak malam tu kawan aku taknak teman, ngantuk sangat katanya. Aku menggagahkan diri untuk pergi tandas.
Bilik aku budiman 3. Berada di aras atas (blok aku ada dua aras je) bilik aku berada di hujung sebelah kanan dan tandas aku berada di hujung sebelah kiri. Jadi aku perlu jalan sepanjang kaki lima tu untuk ke tandas. Waktu aku keluar bilik tu suasana memang sepi. Hanya ada lampu spotlight yg melimpah ke court bola tampar dan lampu tandas kat hujung sana. Jadi sepanjang jalan tu aku memang tak sedap hati dan terfikir macam-macam. Bila dah separuh jalan, aku toleh ke kiri dan memandang dewan makan yang gelap.
Cerita pasal dewan makan,
aku perlu terangkan sebetulnya supaya korang faham. Dewan makan aku ada dua buah kaki lima kecil di sebelah kiri dan kanan. Sebelah kiri tempat abang man (bukan nama sebenar) lalu untuk hantar makanan ke dewan makan aspura. Abang man ni dia bawa motor yang ada tempat untuk OKU tu supaya dia boleh bawak makanan. Lorong di sebelah kiri tu agak luas dan memang muat untuk motor dia lalu di situ. Tapi lorong di sebelah kanan iaitu lorong yang menghadap blok aku memang sempit jalan masuk die, dan muat untuk budak jalan je. Abang man ni pulak selalu tidur kat dewan makan aspura. Bilik dia ada kat belakang dewan makan aspura ni. So, abang man ni memang ada je kat dewan makan tu.
Okey sambung cerit tadi. Aku jalan kat kaki lima lorong aku tu dan tertoleh ke arah dewan makan. Takde apa-apa pun. Jadi aku jalanlah seperti biasa ke tandas. Dalam hati ni hanya Tuhan je yang tahu betapa takutnya aku. Sampi je kat tandas aku lepaskan segala hajat yang terpendam dengan hati yang tak tenang. Selesai je kerja aku, terus aku cau keluar dari tandas. Dalam perjalanan tu, aku rasa mcm ada something yang follow aku dari belakang. Aku nak toleh memang tak berani. Jadi, aku mempercepatkan langkah. Setibanya separuh jalan di kaki lima aras atas blok budiman, aku tertoleh ke arah kaki lima di sebelah dewan makan. Fuhh!
Terkejutnya aku melihat Abang Man tengah duduk atas motornya di lorong yang sempit tu. Tangannya memegang handle macam sedang menunggang motor tersebut. Waktu tu aku tak terfikir pun macam mana dia bawak masuk motor tu kat kaki lima tu. Aku hanya terfikir apa yang abang man buat pukul 3 pagi dengan motor kat situ. Ketika ini aku tak terfikir pun yang itu bukan abang man, jadi aku pun tegur dia.
Aku : abang man!
A. Man : …..
Aku : abang man buat apa tu!?
Lepas aku tanya dia buat apa, terus meremang bulu roma jantan aku. Dengan perlahan Abang Man toleh ke arah aku dengan muka yang berkedut, mata bulat yang macam nak terkeluar dan senyuman yang jahat. Korang boleh bayangkan tak? Dah lah pandangan dia tepat ke arah aku! Sambil die tersenyum tu boleh pulak die mendengus, HEHHHHHH!!! Dah lah kuat. Aku tak fikir panjang, dengan segala kudrat yang diberi Allah, aku pecut terus ke arah bilik aku. Masuk je bilik, aku baring tutup seluruh tubuh dengan selimut. Aku baca segala ayat Al-Quran yang aku ingat waktu tu. Berberapa saat kemudian. Aku dengar bunyi tapak kaki seperti sedang berlari dari hujung koridor ke arah bilik aku dengan laju. Aku pejamkan mata dan tutup telinga dengan tangan. Entah macam mana lama-lama aku pun terlelap.
Kesokannya hari sabtu. Aku bangun subuh dengan perasaan risau dan cuak. Selepas selesai solat subuh kat surau, akuterus lari ke dewan makan. Aku tanya akak yang jaga dewan makan tu, mana abang man. Akak tu cakap abang man cuti harini, die demam. Aku terus terduduk dan mengucap panjang. Akak tu tanya kenapa, tapi aku cakap saja je, rindu abang man. Ahahahahah! So, Itu je kisah yang aku nak share kan dengan korang. Cerita ni memang aku tak pernah ceritakan kat sesiapa. Memang ni antara pengalaman yang aku tak boleh lupa sampai harini. Aku banyak lagi story yang nak diceritakan. Lain kali pulak ye.
See you soon. Assalamualaikum
Nice haha
After all, most of the writing was telling us about the plan of your school. Haha..
Smk Muadzam Shah kan??
Sambung cerit birit
”Dalam pukul 2 atau 3 tu memang waktu aku bangun pergi tandas. So, pada malam kejadian tu dalam pukul 3 (aku rasa lah) aku bangun untuk menjalankan rutin yang aku lakukan setiap malam.”
MESTI KO BUAT XTVT X SENONOH NI ..
KO MELANCAP KAN??..
dah agak dahhhh
ko je yg lancap haha
Baik abang man bagitau.. abang buat ap sebenarnya malam tu kat lorong sempit mcm tu? Kan motor x bole masuk!
Cerita ap ni mgkuk
Rasanya bang man tu demam sb dia sangka jembalang yg tegur dia masa tengah syok berangan merempit.