Bismillah,
Ruang legar sekitar bangunan pelajar semakin lengang. Sejak loceng dibunyikan menandakan berakhir waktu kelas malam, kesemua pelajar mula bertumpu ke dewan makan. Ada yang ke kantin dan yang selebihnya kembali ke asrama masing-masing. Tidak ramai yang ada di sana melainkan beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam. Telefon itu sahajalah yang masih berfungsi cuma tidak tahu sampai bila usianya.
Azim mengira baki syiling yang ada. Sejak mula mengenali Diana, dia terpaksa mengumpul syiling sehari demi sehari. Almaklumlah peraturan asramanya menghalang untuk dia membawa telefon bimbit. Biasalah orang baru berjinak-jinak nak bercinta, semuanya sanggup diredah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekasih hatinya itu.
Sesekali Azim menjenguk ke luar tingkap biliknya, dari jauh kelihatan tinggal dua orang sahaja yang masih menunggu di hadapan telefon tersebut. Nak dikatakan dekat, taklah jugak. Adalah dalam 300 meter dari blok asramanya. Azim keluar sesekali matanya memerhati sekeliling, takut-takut tindakannya itu disedari warden yang bertugas. Jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 11.30 malam dan warden melarang keras pelajar-pelajar berada di blok bangunan pelajar. Mungkin tak mahu ditangkap sumbang mahram.. mungkin la.
Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi sesekali menggigit tulang belulangnya dari luar. Dari tadi cuaca malam semakin memekat, tiada kelihatan bintang di langit menandakan hujan bakal turun bila-bila masa sahaja dari sekarang. Azim mempercepatkan langkahnya, bukan sekadar untuk merebut giliran menggunakan telefon tetapi datang suatu perasaan bimbang. Bimbang tentang apa? Biasalah duduk di asrama, acapkali dimomokkkan dengan kisah-kisah angker yang tak tahu di mana tahap kesahihannya. Dia tak peduli, dibutakan segala rasa dan ketakutan.. tumpuannya hanya matlamat asal. Pergi jahanam segala cerita!
Hanya langkahnya yang kedengaran berdecit-decit tatkala melalui kawasan berlopak. Dia baru melintasi kawasan sunyi, sisi bangunan pelajar. Dia tak berani memandang sembarangan, matanya hanya tertumpu pada pelajar akhir yang baru meletakkan gagang telefon. Hujan mulai turun renyai-renyai, suasana sekitar kawasan semakin kabur. Yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ.. ya, Azim seorang sahaja.
Bangunan pelajar sunyi sepi, tak banyak lampu dibuka. Hanya penjuru-penjuru bangunan sahaja yang dibuka lampunya. Tapi tak membantu sama sekali kerana cahayanya cukup malap. Kawasan legar depan dewan cukup gelap. Sesekali macam terdengar suara kucing, bunyi cengkerik dan katak.. tapi Azim langsung tak mengendahkannya. Dia lantas menjatuhkan syiling dalam slot dan mendail nombor kekasihnya.
Rancak dia berborak, sedar tak sedar loceng jam berbunyi menandakan tepat jam 12 tengah malam. Dia pasti dalam suasana hujan sebegini, warden sudah mula tarik selimut.. apatahlagi jaga yang meronda. Sempat la dia menghabiskan syiling yang berbaki dalam 70 sen sahaja lagi. Kantin sudah lama gelap dan lampu di blok asrama semakin kurang.
Antara sedar atau tidak, tatkala Azim melemparkan pandangan pada hujung lorong di hadapan dewan dia terlihat kelibat sesuatu yang tegak berdiri, berendoi-endoi ke kiri dan ke kanan. Sangat jauh, tak jelas pada pandangannya tapi dia pasti ada sesuatu di situ. Matanya kembali pada telefon, masih ada baki 40 sen di situ. Hatinya tiba-tiba berdebar bila melihat kelibat itu seakan-seakan bergerak menghampiri lokasinya, masih berendoi-endoi kiri dan ke kanan. Apakah bendanya itu?
Dahi Azim mula dibasahi peluh, baki 20 sen padanya terlalu lama. Suaranya pun tenggelam timbul, dadanya berombak. Suara kekasihnya di talian tidak lagi diendahkannya. Nak letak, boleh bawak bergaduh. Nak tak nak ditunggu juga sehingga habis baki yang ada. Dalam keadaan takut-takut, Azim mengerling ke kanan.. tiada?? Benda itu tiada lagi di situ. Dia tak berani nak kata apa-apa, salah cakap buruk padah. Tapi dalam kotak fikirannya hanya fikir itu.. ‘benda itu’!
Dalam kalut-kalut dia mengintai kiri dan kanan, tiba-tiba ada satu suara menyapanya dari belakang. ‘Abang telefon siapa tu?’. Azim menoleh ke belakang. Berderau darahnya naik ke kepala tatkala melihat ada sesuatu yang berdiri di belakangnya, tak tahu sejak bila. Susuk seolah-olah seperti wanita separuh umur berselubung, tidak berapa jelas rupanya tapi kelihatan pucat kurus. Rambutnya panjang paras pinggang, dan paling menakutkan mulutnya.. menyeringai lebar hingga dari pipi kanan ke pipi kiri. Dia berendoi-endoi ke kiri dan ke kanan..
Azim tergamam, mulutnya terkumat kamit entah apa yang dibacanya. Akhir sekali dia berjaya membaca ayat Kursi. Malang sekali apa yang cuba dibacanya.. diikut juga oleh makhluk berkenaan sehingga tamat. Azim tak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya. Kakinya terasa lemah sebelum matanya menjadi semakin kabur.. gelap.
Sehari sebelum..
‘Ceh ko cerita apa ni? Apasal la pelik sangat hantu ko ni. Berendoi-endoi? Dah macam buaian plak’, ujar Azim kepada Muiz. Muiz dan yang lain diam, tersentak dek kerana kecabulan mulut Azim. Cerita Muiz terbantut di situ
Azim bangun meninggalkan bilik dengan pandangan sinis. Padanya itu semua cerita karut, tak pernah dia dengar cerita sebegitu sejak dia menjejakkan kaki di asrama tersebut.
‘Korang tengoklah nanti, kalau dia muncul.. aku bakar sahaja dia dengan ayat Kursi. Hey ini Azim laa’
Mereka diam seribu bahasa, ditinggalkan Azim dengan ayat angkuhnya..
Kini..
Kehilangan Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..
Di laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..
TAMAT
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ditangkap sumbang mahram ke khalwat? 😛
Adakah Diana dan hantu itu orang yang sama?
Jeng jeng jengggg
tu la pelik gak..sumbang mahram kan adik beradik
aku pun pelik…. Penulis keliru, aku kelu. bhahahaha
Padan muka Azim. So maknanya Diana tu hantu ke cemana? Btw, story best.
sumbang mahram??
Ape kena mgena diana dgn azim??
Azim dah kena tgkap khalwat dgn hantu hahaha
Aku x paham cte nii
x faham gak ni
X faham.
Diana la tu yg trendoi endoi haha 😂couple dgn hantu hahaha,, btw best 👍
Ha.. couple lg dgn hantu.. kn dh kena cekup dgn puak tu.. berat kes bdk ni.. sumbang mahram tu.. konfem masuk dlm punyer la.. masuk dlm alam hantu la kot..
kalau hantu die xkan dpt baca ayat kursi smpai habis terutamanya ayat last tu sbb ayat tu bt dia panas…sumbang mahram..fakta kena betul jgk tu,jgn ada misleading facts..double triple check dulu..
Azim and Diana endoi-endoi tu adik beradik kot. hihi
tak.. yg diana tu sape???? tak paham lahhhhhhhhhhhhh
Tak paham weh… Tau-tau dah Tamat. Hmmmmm🤔🤔
ko g p mampus lh zim.. fening
X phm la cite ni…
apa ini? Hahaaaaaa
cakap besaq haaa buruk padah hohohoh
Kini..
Kehilangan Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..
Di laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..
TAMAT
????????????????
Kak endoi-endoi culik Azim!!
Hahaha
Ape kaitan fb diana al attas n kehilangan azim?😭😭😭😭
apekebenda laa…
boleh plk hilang mcm tu je?? duk asrama kot, takkan xde org cari??
diana tu sah2 awek dia la kan?
so mcmne eh awek dia nama diana tu, ade kaitan ngn hantu endoi2 tadi?
Better baca ismailabinting.blogspot … takda citer mengarut mcm ni
Maybe tu bunian , dia sorokkan azim barangkali, tpi ape kaitan dgn fb diana. Hahahah
INI CERITA LAMA DOL MAT. KO PANDAI MENGULANG KAN
Takut kena tangkap sumbang mahram kt asrama??
Kalau Azim hilang, habis siapa yang ceritakan kisah endoi-endoi ni..haihh!!
masa aku duduk asrama dulu macam ni jugak. masa tu nak pergi solat maghrib dekat surau. memang kena lalu public phone. aku pun fikir nak telefon lah ayah aku suruh bawak jajan datang asrama hujung minggu tu. lepas je aku letak ganggang telefon dekat telinga,.. tiba-tiba ada suara mengilai kuat gila dalam phone tu…. terkejut punya pasal aku lari pergi surau.. kawan-kawan aku semua pelik tengok aku. tak pernah-pernah bersemangat nak kesurau tetiba berlari masuk. nasib baik lah tak ada apa-apa jadi. lepas kejadian tu memang aku tak telefon sesiapa dah lepas pukul 7 malam. takut yang jawabnya bukan manusia…
Klakar aa
semangat ko ye..brlari2 ke surau..Alhamdulillah…
Memang seram pun kalu guna public malam2 kat asrama. Mata mesti melilau huuu.. nak tak nak kena juga teman kawan. Em.
Telepon umum yang digunakan oleh anak asrama yang tidak diperbolehkan untuk membawa telpon bimbit dikarenakan peraturan di Asramanya.
Apakah akan selalu menggunakan satu telepon umum atau akan menambahnya???