Abil

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS. Semoga tahun 2019 ni akan memberikan lebih kebahagiaan dan dilimpahkan rezeki buat para pembaca. Cerita yang akan sis sampaikan kali ini berkisarkan pengalaman sebenar kenalan sis yang pernah bekerja sebagai promoter di salah sebuah shopping complex. Seperti biasa, nama tempat kejadian terpaksa sis rahsiakan dan nama panggilan bukan nama sebenar. Mari kita sama-sama selusuri kisah ni.


“Bosannya cuti ni, nak minta duit kat makpak rasa berdosa pula”, keluh Abil sendiri. Sambil membuka laptopnya, pandangannya kosong. “Hah, da berapa kali aku repeat cerita korea ni, runningman pulak sampai aku da boleh hafal dialog dorang. Bosan, huh!” bebelnya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk.

“Abil, tolong mak belikan barang jap, mak nak masak ni. Ikan habis, kang tak sempat mak masak sebelum ayah kau balik”, kata emaknya daripada luar bilik.

“Ya mak, jap bil tak mandi lagi ni”, balas Abil.

“Duit mak letak atas meja ni, nanti ambil ya. Mak nak sidai baju”. terang ibunya.

Abil segera mengambil tuala dan membersihkan dirinya. Semasa mandi, fikirannya melayang memikirkan apa yang patut dia lakukan memandangkan waktu cutinya masih panjang.

“Mak, Abil pergi dulu.” jerit Abil lalu mengambil kunci motor yang disangkut berhampiran pintu utama.

Sampai saja dikedai, matanya hanya tertumpu pada senarai barang yang ditulis ibunya. “Emak ni, kata ikan je yang tak ada, ni sampai beras, cili, halia lengkuas semua pun ada sekali dalam list, alang-alang boleh la aku beli aiskrim sekali”, bisik hati Abil.

“Eh, billl.”, Abil segera menolehkan pandangannya kearah suara yang menyapanya. “Heyy, Mad kau pa habaq?” balas Abil.

“Sihat, hang buat apa ja cuti ni, kalau kau nak, jom lah kita sama-sama minta kerja kat shopping mall kat simpang jalan tu,” kata Mad sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah simpang itu.

Abil cuma berdiam, dia malas untuk memenatkan dirinya memandangkan tafsiran cuti baginya adalah untuk berehat. “Haa, nanti lah aku fikirkan dulu”, balas Abil sambil mengangkat barang yang baru dibelinya kedalam raga motornya.

Sampai saja dirumah, sekali lagi kebosanan melanda dirinya. Bila difikir-fikirkan semula bernas juga idea si Mad ni. Tanpa berlengah lagi, dia ke Mall itu seorang diri tanpa mengajak Mad bersama untuk memohon kerja sebagai promoter. “Ala Mad ni, dia heboh nak isi masa lapang konon, nampaknya aku juga yang beriya-iya”. getus hatinya.

Selang beberapa hari Abil dihubungi oleh pihak Mall untuk memaklumkan dia diterima bekerja disana. Sewaktu temuduga, Abil sudah memaklumkan bahawa dia bekerja hanya selama sebulan saja.

“Yes, gaji ni dapat aku belanja lebih sikit” angan Abil sebelum memulai kerjanya.

Seawal jam 7 pagi Abil sudah bergerak daripada rumahnya untuk pergi ke tempat kerjanya. Hatinya girang, dapat juga dia pengalaman bekerja.

Baju-baju yang berselerak dilipatnya satu persatu. Lelah. “Haih, sakit pula hati aku ni, belinya tidak, sepahnya lebih” bebel hati si Abil.

Sayup-sayup.

Aaaabbbillllll……

Seakan-akan namanya dipanggil-pangil. Sayup-sayup kedengaran. Halus. Jauh..

Matanya meliar memandang sekeliling, dilihatnya satu-satu wajah staf disitu. Kelihatan mereka sibuk dengan kerja masing-masing.

“S*al, siapa pula nak mendajal aku ni.” kata hatinya. Hari pertama yang dilaluinya terasa lelah. Pulang saja dirumah, makanan sudah siap terhidang. “Alangkah bahagianya hatiku, mak ni faham-faham je anak dia kebulur”. Abil menarik kerusi lalu menuang nasi kedalam pinggan. Badannya yang pelak tidak menjejaskan nafsu makannya.

Hari yang dilaluinya seperti biasa, dia mulai redha dan lali dengan kerjanya.

“Adik baru kerja disini ke?” tegur seorang auntie, raut wajahnya seperti sudah berusia 60-an.

“Yes auntie, saja cari pengalaman bekerja, boleh juga isi masa lapang waktu cuti ni.” balas Abil sambil tangannya ligat melipat baju.

“Oh, maknanya adik belum tahu lagi loh.” kata auntie tu lagi dan terus berlalu kekaunter pembayaran.

“Eh auntie ni, suspen pulak aku” bisik hati Abil sambil memandang auntie tu berjalan perlahan sahaja.

Abil berkerja mengikut shift yang ditetapkan pihak atasan. Kali ni, shift Abil daripada jam 3pm-10pm.

Chiek. Bunyi punchcardnya. Jam dipunchcard menunjukkan pukul 2.40pm. Abil akan datang awal daripada waktu yang ditetapkan.

Hari ini tak ramai orang membeli-belah memandangkan hari bekerja.

Aaabbbbiillllll……

Suara yang masih dia ingat. Suara itu yang memanggilnya pada hari pertama dia mula berkerja.

Mata nya menerawang. Memerhati sekeliling. Tiada siapa-siapa. Sunyi.

“Aduh, waktu camni pulak rasa nak melabur saham,” Abil mengatur langkah ke tandas. Dia meluru masuk ke dalam tandas yang terletak di hujung sekali. “Orang tak ada pun tandas penuh, tandas ni dah lah jenis duduk tak selesa kot” keluh hati Abil.

Kedengaran air daripada tandas sebelah serta bunyi flush. Kedengaran juga suara orang berbual dari dalam tandas serta bau asap rokok.

Selesai saja hajat. Diperhatinya pintu-pintu tandas masih tertutup. “Lama betul dorang kat dalam ni, berak batu agaknya” kata hati Abil. “Hihihihi” seakan-seakan bunyi ketawa dari dalam tandas.

“Akkuuu bukan dalam tandasss” sayup-sayup kedengaran entah dari mana punca suara itu.

“Hah, sudah.” bisik Abil. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya sakit seperti rasa diperbodohkan. Abil menolak pintu tandas satu persatu. Alangkah terkejutnya Abil, tiada sesiapapun dalam tandas. Dari tadi cuma dia seorang diri.

Belum sempat dia lari. Pintu utama masuk ketandas bergerak sendiri. Sssrrrttttt. Pang! Lampu tandas berkelip-kelip. “S*allllll, jangan ganggu aku la”, entah kenapa cuma carutan menjadi zikir dimulutnya.

Hihihihihiiii…… Hahahahhaaaha…..

“Hoi, kau berani sangatt keluar lah!” Cabar si Abil.

“Manuussiaaa, aku suka bau keangkuhan kauuuuuu” garau besar bergema disetiap sudut tandas.

Dahi Abil basah, keringatnya mulai mencurah.

Hahahahaaahha………..

“Aa..aaakuu tak takutt la dengan kau” keberanian Abil kian tersisa.

Hahahahaaahaha…….

“Maaaaannuusssiaaa bbboddddohhhhhh!!” teriak makhluk itu, serentak kelihatan makhluk tinggi besar menghampirinya laju sehingga gelap pandangan Abil. Pengsan.

Abil sedar saja, dia sudah berada dirumah. Ibu, ayah, Mad dan adik beradiknya berada disisinya. Abil dibaringkan diruang tamu. Sakit kepalanya.

Mak Abil memberitahu, supervisor dia menghubungi ayahnya memaklumkan Abil tak sedarkan diri di lot parking bawah shopping complex itu. Waktu mereka nak balik jam 10pm, mereka nampak satu susuk tubuh terbaring dalam kesamaran lampu lot parking. Apabila didekati, rupanya Abil pengsan tak sedarkan diri.

Abil insaf dan sedar akan kesalahannya. Carutannya memakan diri.

**

Maaf jika cerita ni tak seram bagi pembaca. Kita sebagai manusia yang lemah, minta lah perlindungan daripada yang Tuhan Maha Kuasa. Terima kasih yang sokong sis dan kalau ada cerita yang tak menepati citarasa kalian sis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

10 thoughts on “Abil”

Leave a Comment