Ada Apa di Bilik 03-43?

Nama aku Qila (bukan nama sebenar) dan merupakan pelajar sebuah politeknik di Johor. Kisah ini terjadi semasa aku di semester 3 dan kejadian berlaku di bilik asrama aku sendiri. Sebenarnya ada pelbagai kisah seram yang berlaku sepanjang aku menetap di sana. Jadi, aku ceritakan mana yang aku ingat sahaja.

KISAH 1

Kejadian pertama berlaku semasa aku dan semua roommate aku berada di dalam bilik. Ketika itu sebelum maghrib, seperti biasa selepas tamat kelas, aku dan roommate aku meluangkan masa bersama. Cerita suka dan duka di dalam kelas seharian. Selang beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang. Aku dan roommate aku semua diam sebentar bagi menghormati azan. Namun, tanpa kami sangka, tingkap bilik tak tutup. Pesan ibu dan abah, masa maghrib nanti pastikan tingkap bilik tutup. Biasalah syaitan tengah bertempiaran cari tempat sembunyi.

Kemudian, salah seorang roommate aku, Shera, memandang ke arah luar tingkap. “Korang, korang Nampak sesuatu tak?” soalnya. Dan salah seorangnya, Khai, menjawab. “Nampak. Kain putih terbang kan?” Shera mengangguk. Bertempiaran kami ke duduk di satu tempat. Cepat-cepat sebaik benda itu pergi, salah seorangnya menutup tingkap jendela. Malam itu, kami membaca Yassin bersama-sama dan menjirus air Yassin di sekeliling bilik kami sambil selawat. Mujur Khai ade. Dia pandai sikit bab-bab agama ini kebetulan mak dia ialah seorang ustazah. Alhamdulillah, meskipun kami takut sampai dua katil bujang tidur sampai empat orang, kami tidak lagi terkena gangguan.

KISAH 2

Kejadian kedua pula berlaku ketika kami semua ada di dalam bilik. Cuma waktu itu, sekitar jam sembilan malam. Aku dan roommate aku sedang menyelongkar alat solek dan bermain menyolek muka roommate sendiri. Memang bilik kami sangat meriah ketika itu. Sampai tak sedar main sampai pukul sepuluh malam tak silap. Satu jam jugak, sesuailah tu bak orang kata perempuan kalau make up memang sampai satu jam tak siap.

Sedang kitaorang semua sibuk bergelak sakan, aku terdengar suara tangisan halus dari luar bilik. Dalam hati aku siapa pulak yang menangis. Dahlah bilik asrama kami betul-betul hujung, tingkat tiga menghala ke sekitar kelapa sawit. Aku diam je buat tak tau dan terus ajak diorang tidur. Konon-konon esok kita boleh bangun awallah. Macam-macamlah dan aku elakkan untuk tegur pasal tangisan ni pada malam tu. Mujur diorang nak dengar dan mujur juga tingkap bilik kami dah tidur.

Keesokkan harinya, masa tu siang tak ingat pukul berapa. Aku tanyalah diorang malam tadi ada dengar apa-apa tak? Dan salah seorangnya, Fifi, menjawab, “Ada, kak. Suara orang menangis kan?” aku ingat aku seorang je yang dengar. Rupanya Fifi pun dengar. Semua terkejut sebab aku tak pernah kena benda macam ini. Cuma pernah dulu tengok kawan aku kena hysteria kat sekolah. Sejak daripada itu, aku memang tak berani. Dan sejak daripada tu jugak, kitaorang tak berani lagi nak bersuka-ria malam-malam. Lepas maghrib kitaorang biasakan diri untuk baca Yassin.

KISAH 3

Kisah yang ketiga, ada salah seorang roommate kami, Syera, teman lelaki dia ada belikan dia anak patung panda. Dia sayangkan sangat panda tu sampai siap bagi nama. Cuma aku tak berapa ingat. Aku okay je, sampai satu masa dia balik Kota Tinggi, dan masa tu, aku tinggal berdua dengan roommate aku. Maka, terjadilah satu insiden aku rasa benda tu macam perhatikan aku sampai rasa seram sejuklah. Naik segala bulu roma. Dan aku tekad whatsapp roommate aku ni untuk simpan panda ni dalam locker dia. Alhamdulillah, sejak daripada aku simpan panda tu dalam locker tak ada apa-apa lagi berlaku. Jadi bila gangguan ni dah berlaku, apa-apa yang terjadi dalam bilik aku endahkan. Buat macam tiada apa berlaku. Sebab makin melayan, makin sukalah dia melayan kita. Pengajaran, tak payah takut dan kalau rasa gangguan tu serius cuba baca ayat Al-Quran sebab syaitan memang panas bila dengan ayat suci Al-Quran. Sebelum mengakhiri, saya minta maaf mungkin ada cerita yang mengelirukan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “Ada Apa di Bilik 03-43?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.