#adii – Kampungku di Seri Menanti, Kuala Pilah.

Assalamualaikum semua pembaca FS, untuk melunaskan hutang terdahulu, maka aku ceritakan pengalaman aku kat kampong ayah aku, di Seri Menanti. Just info je eh, mana tau ada reader yang tak tahu Seri Menanti tu kat celah mana, Seri Menanti tu dalam daerah Kuala Pilah, Kuala Pilah ada dalam Negeri Sembilan. Seri Menanti memang banyak la cerita – cerita seram especially kat Istana lama yang sekarang ni dah jadi Muzium Seri Menanti dan jalan Bukit Putus lama. Abaikan Istana lama tu. Meh aku ceritakan pengalaman aku sendiri.

#Pengalaman 1

Depan rumah kampong aku ni ada sebatang sungai, paras air sungai ni cetek je, tapi bila datang hujan, sungai ni boleh menjadi “sungai teh”. Cerita ni waktu aku darjah 3, aku masih ingat lagi jiran hujung kampong ade buat kenduri nikah anaknya. Dari rumah kampong aku nak ke jiran hujung ni dalam 58 kangkang kera (tapak) tapi kena jalan sebelah sungai yang aku cerita kat atas tadi. Selesai makan nasi minyak, MakLong tegur aku,

MakLong : Along ada nampak Kak Noor tak?

Aku: Kat rumah tadi sebelum datang sini.

MakLong: Along dah habis makan kan? Tolong panggilkan Kak Noor, suruh dia datang sini, makan.

(Kak Noor ni akak sedara aku, kira akak aku jugak la sebab dia tinggal dengan family aku je. Usia aku dengan Kak Noor jurang 4 tahun je macam tu). Aku angguk pastu bersihkan tangan lalu gerak balik kampong. On the way jalan tu aku nampak kat sungai tu ada ramai budak sebaya aku mandi sungai, memang sama macam manusia, dan mereka semua pakai ‘underwear’ merah, YES ‘underwear’ merah. Aku berhenti, aku tengok diorang. Dalam hati aku “kau mandi sungai tengah-tengah hari buta?”. Apa yang menariknya, aku nampak salah seorang dari mereka sebijik macam Kak Noor aku. Aku ape lagi menjerit panggil akak aku.

Aku: Kak Noor, MakLong panggil, naik la, dia suruh makan!! (yang pasti waktu ni memang masa aku dengan budak tengah mandi ni je. Tak ada orang lalu lalang di sepanjang jalan tepi sungai tu)

Aku jerit lagi, kali ni lagi kuat dari tadi. Tetiba semua budak ber-underwear merah ni toleh (pandang) kat aku. Diorang pandang dalam pandangan menakutkan, aku perasan 3 budak hujung yang tengah mandi dengan diorang keluar tanduk kat dahi. Tapi aku langsung tak nak lari (apelah bodoh budak darjah 3 ni). Last-last diorang lari panjat tebing sungai masuk dalam semak ladang kelapa sawit. Aku dah bukak selipar dah nak kejar akak aku tiba-tiba Kak Noor aku tegur dari belakang.

Kak Noor: Hoi, nak pergi mana tu? Jangan berani nak terjun sungai, dah tengah hari buta ni, kang kau hilang dalam sungai tu kau tau lah!

Aku: Eh! Kak Noor? Tadi orang (aku) nampak akak mandi dengan diorang dalam sungai. Budak-budak lelaki pun ada mandi.

Kak Noor: Jangan merepek, akak dari rumah kampong ni. Dah jom, teman akak makan.

Aku dengan meremang tak habis lagi, rasa macam d***h naik ke telinga dengar dia dari rumah. Habis tu, kalau bukan Kak Noor, siapa yang tengah mandi sungai tadi? Balik tu aku tak berani balik sesorang, aku ikut nenek aku.

On the way tu aku bagitahu benda yang berlaku kat nenek aku. Dia kata yang aku tengok tengah hari tadi adalah ANAK JIN! Aku macam tak percaya apa yang aku tengok tadi? Nenek aku cakap tengah hari dalam pukul 12-1 tengah hari memang sungai ni jadi angker, kira siapa mandi mesti kena sampuk malam tu. Aku dengar waktu tu dah telan air liur tapi terasa kesat.

#Pengalaman 2

Kalau musim cuti sekolah je memang aku tidur kampong teman nenek aku. Kali ni Kak Noor teman sekali, adik aku memang tak nak tidur kat kampong sebab tak dapat bau ketiak mak dia. Rumah ni ada 2 bilik, 1 master bed, satu lagi medium. Malam tu ada tanda nak hujan lebat tambah pula dengar bunyi guruh, aku nak tidur kat bilik nenek aku. Kak Noor pun sama sibuk nak tidur dengan nenek aku. Dia kata dia takut nak tidur sorang. Nenek aku okay je. Nenek mana tak sayang cucu, dia kasi tidur atas katil pulak tu, nenek aku bentang toto (tilam nipis) kat bawah lantai papan, nenek aku yang tidur atas toto.

Aku: Nek, naik la atas tidur dengan kitaorang.

Nenek: Tak nak lah, sempit, dah la korang berdua tidur lasak.

Aku: Nanti nek sakit badan.

Nenek: Dah la tidur jela.

Aku pun iyakan jela, tidur sebelah akak aku, tapi aku tidur tepi dinding, akak aku tidur menghadap nenek aku. Kiranya nampak la nenek aku tidur kat lantai tu. Kami pun tidur, malam yang macam panjang tapi menyeramkan bagi aku.

Dalam pukul 3 pagi macam tu akak aku kejutkan aku cakap nak tukar tempat tidur, aku ni gosok mata sambil tanya.

Aku: Ala tidur jela kak, tak nak la tukar tempat.

Kak Noor: Dah la, akak nak tidur kat tempat kau.

Aku ni malas nak bidas malam-malam buta macam ni, aku setuju jela, pastu aku kembali tidur. Tiba-tiba guruh kuat membuatkan aku terjaga dari lena, aku cari bantal peluk aku yang panjang tu, aku nampak kat sebelah bawah katil, bila nak capai je, mata aku terpandang sesuatu yang tiba-tiba bulu roma aku naik sampai ke tengkuk, korang tau apa aku nampak dalam gelap tu?

Hantu bungkus!! Kali ni memang tak kelakar, aku nampak betul-betul ‘benda’ tu landing sebelah nenek aku. Aku nampak belakang ‘hantu gula-gula’ tu, sedang aku nak capai bantal peluk tu, ‘benda’ tu terlentang menghadap atap pulak. Aku dapat bantal peluk aku terus selubung dalam selimut. Aku memang tak berani nak tinjau dari dalam selimut tu. Aku menggigil ketakutan. Tanbah-tambah lagi kilat sedang sabung-menyabung, memang sound effect kena pada masanya. Tak lama, aku tertidur.

Pagi-pagi tu lepas subuh, aku tanya nenek aku ape yang berlaku semalam. Lepastu Kak Noor menyampuk.

Kak Noor: Akak dah perasan dah, sebab tu akak nak tukar tempat tidur dengan kau semalam. (sambil ketawa).

Kurang ajar akak aku ni. Dia kenakan budak kecik. Tiba-tiba ketawa dia terhenti bila nenek aku cakap, dia tidur kat bilik satu lagi sebab dia dah rasa sakit badan, itu yang dia pindah. Lagi sekali aku meremang, tau sebab apa? Aku nampak hantu bungkus satu, yang sebelah hantu bungkus tu siapa pulak? Lepas dari tu aku dah jarang tidur kat kampong kecuali time raya je (time raya kan orang ramai).

#Pengalaman 3

Okay, last2. Ni pendek je. Time ni raya haji. Aku ingat lagi, kereta ayah aku park dekat sebelah rumah usang, tapi kawasan tu lapang. So adalah a few kereta sepupu aku park kat sebelah aku gak. Aku nk ambil baju melayu dan baju kurung ibu aku sebab nak gosok, well esok nak raya. On the way tu adik aku tegur dari beranda rumah sambil menjenguk aku keluar dari rumah nak ke laman.

Adik: Long, kau nak aku teman tak?

Aku: Asal lak? Siang-siang ni bukannya ada apa-apa.

Adik: Ha, berlagak lah kau, kang kena kau tau lah.

Aku: Mulut kau jangan nak celupar sangat.

Pastu adik aku masuk dalam. On the way nak ke kereta, dah bukak pintu, aku ni dok tertonggeng nak ambil songkok yang jatuh kat bawah seat tetiba aku dengar ada orang tegur, bunyi macam, “Woi” suara garau tapi agak jauh.

Aku ni bodoh pergi menyahut pulak “Woi”, aku ingat sepupu aku datang, aku dah tutup daun pintu kereta aku tengok tak ada orang, aku sorang je di situ. Aku malas nak amek pusing, aku teruskan langkah nak masuk dalam rumah, lagi sekali kene tegur “Wwwwwoooooiiiiiiiii” kali ni meleret bunyi dia sambung pulak bunyi orang ketawa, kiranya ‘benda’ tu gelakkan aku. Aku memang tak tunggu dah, memang lari masuk rumah.

Malam tu aku cerita kat ibu aku, tetiba adik aku menyelit, dia kata “Sebelum kau kena, aku dah kena dahulu, sebab tu aku offer nak teman kau, kau berlagak, aku biarkan jela”. Aku cuma diam jela menggulungkan senyuman yang kelat.

Tak tau la nak cakap macam mana kampong aku ni, malam haunted, siang angker. Bila ja tak seram? Aku rasa macam panjang sangat dah, nanti aku sambung untuk kes Bukit Putus edisi sewaktu aku jadi student UiTM Kuala Pilah dulu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

59 comments

  1. haha best la cito ekau pidos.
    Pilah ni memang misteri sikit. Tempat keras. banyak penunggu. banyak mistik

    Yang paling mistik lagi kenapa orang pilah ukur jarak guna kangkang kera.huhu
    Orang kampung aku pakai meter atau feet.

    7/10

    1. Dah lama orang x panggil ‘pidos’ hahaha… ni ade balik. mmg lajen r. Ukur jarak kangkang kera ni sama kaedah macam kera berjalan. haha… ce try sikit. huhu..

      1. haha. kau ingat aku kera?
        tapi banyak kali kau nampak hantu ni. hijab tak tutup rapat tu..better check.
        haha

  2. ayat ni best!
    …malam haunted, siang angker. Bila ja tak seram?…

    tak keruan balik kampung kekdahnye. sis bagi 4 bintang!

  3. Pidaus… seram pula baca cerita ni. haha. Nak tanya, macam mana boleh berani nak capai bantal peluk tu padahal dah nampak encik gula-gula dekat situ??

    8/10

  4. Tang nenek ko dh pindah tdo blk sebelah tu sereemmm…
    Seb bek ko x gelabah katak pi pelok ‘nenek’ mase ketakotan tuuu…
    Huhuhuhuuu…

  5. Hye daus berkulit coklat cadbury..nice story..paling seram masa hantu gula2 tu..berani plk akak ko mntk tkr tmpt tido..kalo cikbam mmg keras dlm selimut je la gamaknya..huhu

    Cikbam bg 7.5/10..puhlisss smbg psl bukit putus tu plk k..teruskan berkarya..?

      1. haha..ok..sambung jgn x sambung..

        **dulu masa kecik2 cikbambam g pilah lalu bukit putus..kebetulan jalan agak jem mlm tu..masa tu tingkap keta bukak..tibe2 cikbambam dgr org sahut ‘huiiii’ yg panjang..ayah tegur jgn jawab..yg cikbambam ni igt ayah suruh jawab..dgn selamber cikbambam huiiiii balik smbil kelua kepala kt tingkap..hahaha..xpasal2 je kene marah ngn ayah mlm tu..huhu

  6. Macam mne la klo trsrempak time nk amek bantal tu terkejut pastu klua gi bilik len, biar je akk yg knekn tu duk br-3 dlm tu muahaha.. Tp pe plak prasaan bile jmpe nenek lagi kt bilik len tu? jerit? pengsan? sawan?? Haha

  7. antara kawasan angker kat seri menanti tu adelah kg. tengah. situ memang laluan segala mahkluk halus ni. camne aku taw? 🙂

    1. Ha x seram la kg tengah ni,aq keja kt ladang alam warisan tu dlm 6 bulan , tempat first seram bagi aq gamin second kg panglang sbb ada 2 kubur oi ,dh la rumah sepupu aq dlm panglang tu,teringat balik malam minggu kena hantar si sepupu ni,dh la naik moto rumah aq jauh kat purun tu,kena la lalu kubur kul 4 pagi ,tapi xda apala sebab dh biasa

  8. anak jin mmg mandi siang2 hari eh.. ade tak org lain nmpak jgk di waktu2 lain?

    best yg cter nenek kata duk bilik sebelah tu. dah tu ape komen nenek psl pocong tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.