Sebelum mulakan cerita Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada admin FS sebab publish cerita aku sebelum ni. Selama aku bergelar pelajar UiTM Kampus Kuala Pilah pada tahun 2010 hingga 2013, banyak misteri yang terjadi pada kawan aku dan aku sekali. Kali ini into mungkin agak panjang, sebab aku nak readers faham situasi sebenar.
#Pengalaman 1
Semasa aku sem 2 aku ditendang oleh kolej kediaman UiTM, sebab tak perform untuk dapatkan cop aktiviti, hah nasib badan lah. Jadinya aku terpaksa sewa rumah di luar, nama tempat tu Kampung Jati dekat je dengan pekan Pilah dan laluan ke rumah besar atas bukit, depan masuk kampong tu ada satu stesen Shell dan Jambatan. Laluan ke Kampung jati ni tersorok dan ada pokok ara kot, yang besar rendang lagi tak berbuah, pastu tumbuh akar2 halus kat dahan pokok, kalau sekali imbas macam tempat pokok pemujaan, entrance je dah macam ‘Ghost Adventure’ season 2. Laluan tu memang aku rasa tak sedap hati bila pertama kali aku nak tengok rumah sewa, 1st pokok ara yang besar tu, 2nd kubur, 3rd kena naik bukit yang tepi tu hutan, lepastu barulah sampai lorong ke rumah sewa tu. Aku mula-mula dah rasa seriau dah dengan tempat tu. Tapi disebabkan rumah kampong ni cantik dah siap renovate, kawan-kawan yang stay ramai so aku takdelah takut sangat.
Nak di jadikan cerita, hari tu hari khamis, kelas aku semua batal sebab pensyarah ada meeting dengan siapa tah. Jadi aku kat rumah sesorang, bangun pun dah 12 tengah hari, aku bangun dengan badan terasa sengal ubi, aku hempaskan badan aku kat sofa ruang tamu, sofa tu menghadap TV sambil aku turn on TV aku dengar macam ada orang kat dapur, dengar orang bukak peti ais tutup peti ais, dengar orang berjalan pun ada. Aku fikir waktu tu ada housemate aku la yang takde kelas macam aku gak, biarkan jela.
Lepas aku mandi, nak beli makanan, aku nak ajak la sekali housemate aku makan tengah hari, semua bilik aku intai, sumpah memang waktu tu dalam rumah tak ada orang, bila aku whatsapp dalam group tanya ‘ada sesiapa balik rumah tadi?’, semua cakap takda( Mostly housemate aku ni satu kelas). Aku mula fikir, ‘jadi siapa yang bukak peti ais? Bunyi tapak kaki yang aku dengar tadi?’ aku mula seram sejuk satu badan, aku start enjin kereta terus keluar pergi makan. Aku tunggu la kawan-kawan aku balik rumah dalam petang tu. Tak berani nak duduk sesorang kat rumah.
Aku ingat benda tu habis dah tengah hari tadi. Malam tu pula, tengah malam pukul 1 camtu kot, tergempar satu rumah, kiranya kecohlah satu rumah bila semua orang dengar bunyi ‘uuuuuurrrrrggggg’ dalam tandas. Kuat dow, mula-mula bunyi sayup-sayup, lepas kawan aku tegur mula keras bunyinya,
Aziz: wei korang, korang dengar tak bunyi meleret kat dalam tandas ni?
Syafi: bunyi apa? (pergi check dalam tandas)
Aku: bunyi orang sendawa tapi meleret (bunyi dalam cerita Ju-On tu)
Aku dah meremang dah. Bila dah sahih benda tu datang dari tandas dan bunyi yang dibuat dari ‘benda’ yang menghuni rumah tu, semua cabut masuk dalam bilik, lampu memang sengaja di buka di semua ruang kat rumah tu.
Tengah aku nak masuk tidur aku terfikir, ‘esok dah la kena masuk ladang pagi-pagi buta’ (info ya, dulu pengurusan ladang kena datang kampus dalam pukul 5 pagi macam tu, ada roll call pagi-pagi tu). Esok pagi, pukul 4.30 pagi aku bangun, dengan tak mandi nya, aku terfikir pasal kes malam tadi dalam tandas, tak berani nak masuk tandas, aku cadang mandi dekat surau kampus sahaja. Aku start enjin kereta, masuk dalam lalu aku buka radio untuk memecahkan kesunyian pagi tu. Aku pun memandu keluar dari kampong tu, saat aku nak keluar tu, aku nampak satu lembaga tengah lambai kat belakang kereta aku lalu lesap macam asap, bukan kat seat belakang tau, maksudnya lembaga tu kat luar kereta aku la. Waktu tu aku baru melepasi pokok ara yang besar tu, Allahu!! Siapa pulak tu. Kalau benda tu kat seat belakang aku memang aku dah terbabas dah jatuh dalam sungai tepi tu. Meremang tak habis lagi ni, dah la aku seorang diri, dengan tak ada sesiapa yang lalu lalang pagi-pagi buta tu, aku cepat-cepat tukar siaran ke ikim.fm, naisb la waktu tu dia ada bacaan surah-surah al-quran. Ada la keberanian sikit.
Jangan ingat habis kat situ eh, sampai aku kat kampus, aku park di tempat parking pelajar yang berdekatan dengan konti guard. So nak ke ladang kena jalan kaki lalu sebelah 2 buah kolam yang terbiar, tengah lalu tu aku dengar ade orang nyanyi sambil mandi sambil dengar ada orang jirus air. Ah sudah!! Apa pulak lagi ni, aku dengan mata berair, tak tahan kena ganggu, terus berlari masuk surau kejap, nak bersihkan diri. Aku tak cakap kat sesiapa pun pasal ni cuma kawan aku yang terdekat je yang tau.
Kawan aku yang hijab dia terbuka, dia kata di kolam tu ada perkampungan Jin islam, Masjid terapung la, banyak la dia terangkan macam mana perkampungan ‘diorang’. So, aku fikir maybe yang nyanyi tu, Jin yang tengah mandi la kot. Pphheeww, nasib aku tak nampak, cuma dengar je. Memang pengalaman aku kat rumah sewa tu susah nak lupa. Oh ya, sebenarnya rumah tu pernah ada kes anak perempuan owner mati dibunuh, tapi mayat dijumpai di tempat lain. Walaubagaimana pun hanya hari tu je banyak gangguan, hari-hari seterusnya tak ada, tapi tak tau lah kalau kawan-kawan aku yang lain kena ganggu pulak. Dah aku tak nak ingat lagi.
#Pengalaman 2
Sebagai pelajar jurusan Pengurusan Ladang, ada satu semester ni kami semua kena kumpul serangga-serangga untuk membuat koleksi, kiranya nanti matikan serangga tu lepastu cucuk atau pinkan dalam box yang disediakan khas untuk kumpul bende alah ni semua. Kalau korang pernah tengok yang ada orang pinkan rama-rama lepastu dia framekan. Ha macam tu lah, tapi ini semua untuk pembelajaran, bukan niat hendak membunuh ya.
hendak dijadikan cerita, kawan aku nama dia Shahir, dia ajak aku pergi cari serangga waktu malam ni (kebiasaannya serangga yang keluar waktu malam adalah serangga yang jarang ditemui, contoh: Kumbang tanduk, memang kegilaan pelajar Ladang waktu tu),
Shahir: Di, malam ni aku dengan geng lain nak pergi cari serangga kat bukit putus, nak ikut?
Aku: Bukit Putus? Kau dah gila ke apa?
Shahir: eh! Asal lak? Lagi pun ramai la yang pergi.
Aku: kau tau tak kat Bukit Putus tu ada apa? Baik kau jangan pergi.
Shahir: ala, tu tak ada apalah.
Aku: pukul berapa nak pergi? Naik ape?
Shahir: nak ikut ke tak?
Aku: jawab soalan aku dulu.
Shahir: Pukul 12.30, pergi naik motor je, senang nak park.
Aku: sumpah, kau memang gila. Aku tak nak pergi. Kau pergi saja lah.
Shahir: suka hati kau lah, aku tak nak paksa.
Malam tu Shahir tunggang motor, dengan Amir (pembonceng ), ramai juga lah, dalam 5 buah motor. Tengah menyusuri lereng di Bukit Putus nak cari port parking, Amir kat belakang rasa tak sedap hati, sementara tu dia dengar ada orang panggil nama dia, ‘aammmiiiirrr~~~~’ dengar sayup-sayup je, yelah pakai helmet, mana nak dengar sangat, dua kali jugak la Amir dengar nama dia kena panggil, tak lama lepas tu ada orang cuit belakang badan dia, dia dah cuak dah, mana taknya, sedang naik motor ni ada orang cuit. Amir bisik dekat Shahir yang dari tadi fokus kat jalan raya,
Shahir: wey, kau pandang cermin pandang sisi motor kau ni, ada siapa kat belakang?
Amir: Kau baca ayat kursi weyh, tapi kau jangan toleh belakang. Jangan sesekali toleh. Ingat!
Kali ni suara Shahir keras keluar dari mulutnya. Dia rider yang paling last, jadinya tiada siapa di belakangnya. Peluh-peluh jantan Shahir dah menitik sebab hanya dia je tau apa benda kat belakang Amir. Tiba-tiba Amir jerit sebab benda ni cuit pinggang dia, Shahir tersentak sekejap bila Amir menjerit.
Shahir: kau ni kenapa?
Amir: aku takut Shahir. Kita blah la dari sini.
Shahir: kau nak suruh aku patah balik? Buat U turn kat sini?
Amir: (dah teresak-esak dah)
Shahir: kejap lagi sampai la kat penghujung jalan ni, nanti kita guna jalan baru Bukit Putus, kau rileks je.
Tak lama lepastu mata Shahir menangkap sesuatu yang tak kena di hadapannya, ada sebuah pokok besar dan ada ‘pocong’ tergantung di bawah pokok besar tu, menggigil satu badan dia. Tak tenang dia nak tunggang motor. Amir kat belakang tak habis-habis baca ayat kursi. Shahir buat keputusan untuk lepak dekat McDonal Senawang je, tunggu subuh. Sementara tunggu subuh, Shahir terangkan apa sebenarnya yang ganggu diorang berdua tadi,
Shahir: Mer, kau tau apa yang kat belakang kita tadi?
Amir: tu aku nak tanya kau sebenarnya, tangan aku tak habis menggeletar lagi ni.
Shahir: kat belakang kau tadi sebenarnya ada kepala dengan rambut mengerbang, lidah yang panjang tengah ekori kita, tapi ‘benda’ tu tak ada badan, hanya kepala je. Malam ni memang nightmare.
Amir: dia main cuit-cuit dow kat belakang aku. Aku syak, dia cuit guna lidah dia sebab aku rasa macam basah bila kena cuit tadi.
Shahir: lepastu waktu kau tengah baca ayat kursi tadi, aku nampak pocong tergantung-gantung kat bawah pokok besar kat hujung jalan sana. (dia gosok-gosok muka) seriau.
Amir: kau perasan tak tadi? ada orang tunggang motor sebelah kita? Aku perasan motor tu macam motor Zaki, tapi dia tak ada muka. Tu aku baca ayat kursi kuat-kuat tu. Ya Allah, kenapa kita yang kena? Geng yang lain mana dowh?
Shahir: Aku tak perasan pon ada motor lalu sebelah kita tadi. Dah, malas aku nak fikir. Tak tau lah, diorang dah balik terus kot. Aku tak nak fikir dah. Aku nak tunggu subuh je ni.
Amir: Ah sudah, aku je yang kena ni.
Bila diorang balik bilik(aku satu rumah dengan Amir dan Shahir), aku perasan diorang ni macam tak sihat. Aku raba dahi Amir dan Shahir ni, panas, sah demam ni. Aku pun mengambil alih tugas nurse dan bibik separuh masa, nasib baik hari tu kitorang ada satu kelas je (untuk pengetahuan semua, aku, Shahir dan Amir ni satu kelas). Esoknya, Shahir buka cerita semuanya. Aku hanya tukang gelak jela. Aku dah bagi tau dah, kau degil. Mendapat!!
Insha Allah kalau aku ingat lagi ada cerita-cerita yang seram aku akan share lagi. Aku tau kali ni agak panjang. Sorry.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
engkau kopi citer org ni… eee… xde keje erk,? bru nk feel mmbaca.. ermmmm…😞
kannnn…dah pernah baca dah ni..
Bukit putus tu memang keras. Member aku pernah excident kat situ. Nasib panjang umur, motor dengan owner motor je yang teruk.
DPIM planters ni ek?
penah baca ni ulangan kah?
ulangan ke?xpe…nasib baik aq xpernah baca lg
Sorry guys, aku xtau asal mende ni kluar balik. tahun lepas cerita ni dah keluar tapi admin delete kot. pastu hari ni aku baru tengok ada balik cerita ni. bukan copy paste weyh..
Tang cuit2 tu xleh blah…hiks. Misz xbace lg so mmg best 👍
mmg best cite ni…btol ckp adi….kan da mendapat..hehe
cuba lagi next time. NEXT…
cube laa kau bg taw aku rmah yg mne kau sewa??aku nk gak taw,tngok rmah yg mne.. aku dok pilah gak..dekat je ngn kg yg kau sewa tu..tp slalu jlan2 mmalam tak penah lg kena..alhamdulillah laa..hikhik..
siap guna lidah. erm.. sedapnye hingga menjilat org ye.
hye adi..haha
jgn ler carik pasal kt bukit putus tu.mmg black area tu. x memasal korg cari nahas kan..adoiii
Bolehlah
“butang baju aku mana,Pa!!??”🙈🙉