Aku pernah share satu story tentang adik aku yang “indigo” dulu. So sekarang aku nak share a few story lagi since aku dah ada sikit masa untuk tulis. Busy kalah PM. Kalau takbest sorry ye, hehehehe cheq ni baru belajar menulis.
Cerita 1: Sapa tu?
Kisah ni jadi masa kami balik kampung, selalu hantu2 ni duk keluaq/muncui masa kat kampung jaa almaklum laa kat kampung kan semua veteran person yang duduk.. Veteran maksud aku orang lama2 yang kadang tu ada mewarisi something dari moyang dulu, faham kan?
So nak dijadikan cerita rumah arwah nenek aku ni betul2 penghujung kampung, jadi sekitar dia cuma ada 2 buah rumah termasuk rumah nenek aku jadi 3 laa. Rumah nenek dengan rumah nek jah jaa yang still berpenghuni (waktu tu laa, sekarang al-fatihah dua2 dah meninggal). Rumah satu lagi tu memang kosong jadi agak seram laa bila malam, gelap gulita jaa.
Okay dah habis mukaddimahnya..
Malam terakhir puasa, korang ingat bulan puasa takda hantu kaa? Ada nahh. Masa ni kami tengah seronok main bunga api, tengah2 main sepupu aku hilang. Korang bayangkan budak umur 10 tahun badan besar boleh hilang sekelip mata tanpa ada sorang pun sedar. Jenuh semua orang cari tapi takjumpa, arwah nenek aku siap bukak lagi stor barang yang takpernah kami masuk takut2 dia masuk dalam tu tapi takda pun.
Tiba- tibaa..
“AZAD !!!” “ALLAH ANAK AKU!” “ANAK AKU ANAK AKU!!” (drama mak2 pukul 7)
Rupanya sepupu aku terbaring elok dalam bilik rumah nenek sambil dekat tangan dia penuh dengan daun midin. Tahu daun midin? Aku pun taktau bentuk dia macamana tapi mak aku cakap daun midin daun ulam orang dulu2 suka makan, macam sireh laa kot ye. Imagine ye, budak 10 tahun makan ulam daun midin.
Terkejut semua orang. Bila diaorang tanya dia, dia macam tak ingat apa2.
Ingat dah habis laa misteri daun midin ni, rupanya tak.. Kalini epic sikit, sebab adik aku terlibat..
SItuasi 1: Lepas balik dari raya rumah orang, kami semua duduk depan beranda kira duit.
Kedekut bagi singgit! Getus hatiku..
“Ibuu.. nenek tuu panggil adik pi rumah diaa “ tetiba adik bersuara.
“Nenek mana? tanya ibuu..
“Nenek daun midin” jawab adik.
“Ohh nenek daun midin, semalam dia panggil Ajad pi rumah diaa.. Dia masak ayam masak kicap, daun midin dengan sambal belacan” .Azad tetiba menyampuk tanpa sebarang reaksi yang aneh.
Ibu kata masa tu dia macam nak m**i dah, terus dia pehambat kami masuk rumah kunci pintu beranda. Punya ketaq taktau habaq.
Situasi 2: Dalam rumah waktu ni memang tengah kecoh dengan pelbagai reaksi, spekulasi serta misteri. Nenek waktu tu pun turut sama risau dan cemas, yelaa arwah jirannya tu dah lama meninggal takkan boleh bercakap dengan cucu2nya dan takkan cucunya boleh nampak arwah.
“Arwah dulu memang tanam daun midin belakang rumah, dia selalu cabut daun midin kalau nak makan. Aku ni selalu dapat waktu tengah hari, korang ni (tunjuk dekat makcik pakcik aku) suka daun midin tu tapi dah besar panjang ni daun midin pun takkenai” cerita nenek. “Anak2 dia memang berulamkan daun midin ni la” sambung nenek.
“Tapi mak kenapa dia kacau anak busu mak? Tanya busu.
“Itu aku taktau, mungkin dia balik beraya tahun ni, kita taktahu kan. Asalkan dia takkacau teruk2 jadi laa, dia tegur je tu lagipun anak2 korang selamat kan. Malam ni kita semua baca Yassin, doakan dia tenang kat sana. In shaa allah, semua takda apa2” cakap nenek dalam keaadan sedih.
Malam tu semua baca Yassin untuk arwah tok sekali dengan arwah nenek daun midin. Nenek cakap ini je yang mampu kita buat. Alhamdulillah lepas pada tu memang si Azad dengan adik aku takda nampak arwah lagi. Aku syak nenek tu balik kampung melawat jiran2 laa. Semoga arwah nenek daun midin tenang disana Aamiin..
**********************************************************************************
Cerita 2: Rumah sewa aku.
Okay kisah ni advance sikit sebab dia hantu moden. Ahahhahaha.
Tempat korang belajar mesti ada satu law yang kalau nak stay dekat asrama for the rest of kau punya pengajian tu kau kena turun Masjid/Surau setiap minggu. Aku ni jenis malas, so memang banyak kali skip. Bila time kena turun jaa aku mesti akan turun makan kat café, hehehehe..
So nak dijadikan cerita semester 3 aku takdapat asrama jadi aku kena sewa rumah laa dekat luar kolej aku ni.
Aku pun google laa semua rumah sewa yang ada, bad lucknya aku time tu yang tinggal cuma satu rumah yang ada sewa bilik saja so aku kena sewa bilik tapi semua kemudahan rumah tu aku boleh guna dan share dengan semua penghuni lain. Geng aku ada 2 orang yang sangkut asrama jugak. Rumah tu memang dah ada seorang senior, so kami bertiga amik bilik sorang satu laa itu pun sebab nakkan keselesaan.
Hari pertama masuk, adik aku warning aku satu ayat “solat”. Aku mcm ‘eh2 kau’ aku ni solat je cuma bukan kat masjid. Sebelum keluarga aku balik, ayah aku dah pagar bilik aku. Ayah aku ni takboleh berubat orang tapi since adik aku ni special ayah suka bertanya ustaz cara2 untuk halang benda halus masuk rumah untuk prevention laa.
Selepas sebulan aku stay situ, aku memang takda rasa apa2 yang seram atau pelik. Beza pulak dengan kawan2 aku yang lain. diorang selalu cakap bila diaorang stay sorang2 dioarang rasa macam ada orang tengok dari jauh takpun rasa macam bunyi orang bercakap dekat luar, ramai bunyi diaa.. tapi bila keluaq sunyi.
Ada sekali tu, wani cakap dia nampak kami tengah makan dekat meja ramai2 sebab dia nampak dari sipi bahagian belakang kawan aku tengah duduk dekat meja makan tapi dia taktegur sebab nak mandi dulu. Bila dah settle mandi, dia pergi dapur konon nak join the crowd la tapi alangkah terkejutnya dia sebab yang dia nampak cuma polestrin kosong penuh dengan tulang atas meja. Dia dah start cuak, dia buka pintu bilik kami sorang2 tapi kami semua takda. Kosong gelap. Sapa yang dia nampak tadi? Sapa yang makan? Sapa yang bising2 tadi?
Yang jadi dekat Min pulak, barang2 dia semua habis cepat macam ada orang guna. Toiletries, stok makanan dia semua habis cepat. Kitaorang jenis beli barang basah tapi jenis tulis nama sebab yelaa senang nak tahu kan even telur pun tulis nama ya, hahahahaha..
Pernah sekali dia mengamuk sebab tuna yang dia beli pagi tetiba tengah hari nak makan dah habis and surprisingly tin tuna tu terbuka. Mula2 fikir macam akak senior tu yang makan tapi bila lama2 kami perhati senior tu pun jarang ada dekat rumah. Benda makin pelik bila rumah start bersepah, baju kami sidai habis teraboq atas lantai. Bilik ayaq takyah habaq, sentiasa basah sedangkan kami semua guna HANYA waktu pagi dan malam. Dalam tong sampah penuh dengan tulang sisa makanan.
Korang imagine ye, student mana nak masak ayam belado ke daging masak kicap ke ayam klokklok masak goreng. Kami ni habis kuat makan siap2 kat café kolej, kalau lapaq malam2 makan maggi + teloq sebijik. Tapi sisa dalam tong sampah kemain macam ada sekeluarga oo..
Malam tu aku start taksedap hati, sebab Min dengan Wani takberani tidur dalam bilik. Diaorang rasa macam bilik tu terhimpit, rasa sesak, rasa macam ada haba panas yang menyesakkan. Diorang masuk bilik aku je, diorang cakap bilik aku sejuk tenang.
‘Dik, boleh tolong angah tak?’ aku telefon adik aku malam tuu.
‘Bunian ngah, mak ayah dengan anak 3 orang ( 2 lelaki 1 perempuan)’ jawab adik selamba.
PANG! Tertampar kau waktu tu dengar adik cakap macamtu. Aku tengok kau, kau tengok aku.
PRANG ! bunyi pinggan pecah.
‘Diaorang tahu laa tu angah dah tahu’ adik bersuara.
‘Buat taktau je, ayah dah pagar bilik angah sebab tu angah takda rasa apa2. Takyah keluaq mana2, mana nak kencing tahan sampai esok takpun kencing jaa dalam cawan.’
‘Otak hang, kalau dah tiga orang nak kencing cawan satu jaa mana nak muat’ marah aku. Bongok punya adik.
‘Depa tu dah duduk situ lama dah laa ngah, hampa yang tumpang rumah depa. Sebab tu rumah tu kalau angah perasan macam rumah orang yang berkeluarga, masa adik masuk adik dah rasa something wrong. Adik dah habaq kat ayah, ayah cakap takpa biaq laa janji bilik angah ayah dah pagaq sebab tu adik pesan jgn lupaa solat. Elok adik masuk rumah tu, budak perempuan tu dah jengoi pala kot dapoq dah.
Masa kawan2 angah duk kemas bilik, dia dah selongkaq habis dah barang kawan2 angah tuu. Hat laki jaa diam sebab penghuni baru semua perempuan, cuba lelaki mau habis spender dia hilang budak2 tu pakai. Depa takkacau tapi depa ada. Lebih kurang kitaa jaa depa, ada kehidupan cumanya beza alam. Jangan risau banyakkan doa, ayat kursi baca dalam hati jangan bukak pasang kuat2 cukup baca dalam hati. Jangan tunjuk sangat kita tau dia adaa.’ pesan adik.
‘Yela, apa2 angah call adik teman nah. Takut’ aku tutup phone. Kami berpandangan. Diam. Masing2 duduk atas katil kaku keras.
‘Jum layan korea’ aku cuba pecahkan keheningan yang ada.
Lepas pada kejadian tu, kami cuba adapt dengan situasi. Makanan semua kami bungkus, lepas makan terus buang dalam tong sampah besar. Baju semua kami sidai dalam bilik masing2, waktu malam dioang akan datang dan tidur di bilik aku.
Sampailah habis semester 3, masuk semester 4 kami apply asrama konon untuk keselamatan. Kisah ini takda laa seram gilaa cumanya agak rare laa sebab ada dua dunia berbeza yang hidup dia dua keadaan yang sama.
Sory kalau cerita aku kalini kurang best. Masih mencuba ya. Terima Kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Dalam rumah sewa yg tok duduk ni pun ada benda tu, sebab tok tengok banyak tulang ayam dok kumpul elok ja bawah kebinet dapoq tu. Lantaq pi la kan. Depa pun tak kacau cucu2 tok.
tu keja tikus la.
Makhluk halus Ada merata tempat,Bukan di kampung2 ja,cuma tak tonjolkan diri .
Bulan puasa,pernah ustaz sampaikn,yg dikatakan ‘kena ikat’ hanya para yg berjawatan tgi@otai2 geng makhluk halus Nila..yg lain Pula Bebas.