Adika

Sudah dua jam Azieka mencari jalan ke arah tapak perkemahan. Kecuaiannya akibat terlalu asyik mengambil gambar suasana hutan menyebabkan dia tersasar jauh dari kumpulannya. Keadaan cuaca semakin menunjukkan hujan akan turun tidak lama lagi membuatkan dirinya semakin gelisah.
“ Aku kena cari tempat berlindung sementara ni. “ Matanya mengerling jam di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Agak mustahil sekiranya dia masih boleh mencari kawannya pada hari itu.
Langkahnya semakin laju dihayun bila hujan mulai turun renyai – renyai. Langkahnya terhenti apabila dia sampai di satu kawasan yang lapang. Dihadapannya terdapat satu rumah diperbuat daripada batu – batu besar yang sudah kehitaman. Saiz batu – batunya juga tidaklah sama besar dan seakan – akan bulat. Tingkap pula sebelah rendah dan sebelah tinggi dan saiz juga berbeza. Di bahagian tepi pula ada satu pokok besar yang dahannya menembusi salah satu tingkap. Azieka yang pelik akan keadaan rumah itu berganjak jauh sedikit demi sedikit.
Pang! Kilat kuat memancar. Azieka yang sedari kecil takut akan kilat berlari memasuki pintu rumah yang baru saja terbuka. Seperti mengalu – alukan kedatangan Azieka. Azieka hanya menyorok di sebalik pintu. Matanya dipejam sehingga bunyi guruh tiada. Apabila hujan mulai reda, Azieka memberanikan diri untuk melihat keadaan di dalam rumah itu. Keadaan rumah yang gelap tidak bercat juga menambah keseraman di dalam dirinya.
Dari ruang tamu hinggalah ke dapur, semuannya seakan pelik baginya. Keadaan meja yang elok tapi keadaanya keempat – keempat kerusi kayu yang berlainan saiznya seperti sudah dikhaskan untuk 2 orang dewasa, satu sederhana kecil dan satu untuk kanak – kanak.
“ Mungkin ayahnya pembuat perabot. “ Fikirnya. Banyak lagi yang difikirnya pelik tetapi sengaja diabaikan. Dia perlu mencari sudut yang sesuai untuk dia berehat malam ini. Dia yakin ini hanyalah sebuah rumah tinggal.
Tengah mencari akhirnya dia terjumpa satu tangga untuk menuju ke ruangan atas. Dia mula menapak menaiki tangga dengan berhati – hati. Keadaan anak tangga yang tidak sama rata dan kadang – kadang tinggi ke arah kiri ke kanan dan juga tiada pemegang tangga menyukarkan lagi untuk ke atas.
“ Semakin pelik rumah ni. Ah tak kisahlah. Janji aku dapat tidur malam ni “ Dalam dia sibuk berfikir itu dan ini, dia terdengar sperti suara seseorang di belakangnya.
“ Hati – hati! “
Azieka terkejut akan suara itu tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjatuh ke bawah. Dia sempat melihat seorang lelaki menerpa kea rah lalu pandangannya semakin gelap.
“ Dia okey ? “ Kedengaran satu suara halus kanak – kanak bertanya lembut kepada lelaki disebelahnya. Di hadapanannya seorang gadis yang mungkin sebaya abangnya terbaring lesu di atas katil.

“ Abang yakin dia okey. “ Jawab lelaki itu sambil melempar senyuman manis kepada Azieka yang mula membuka mata. Kelihatan lesung pipit di kedua – dua belah pipinya. Dirinya yang sedang asyik menghayunkan kaki di atas dahan pokok besar yang terjuntai masuk melalui tingkap biliknya mula merangkap untuk masuk.
“ Awak berdua ni siapa? Saya kat mana? “ Soalan biasa yang diajukan oleh orang yang sedar dari pengsan walaupun dia sudah ingat sedikit demi sedikit apa yang terjadi di tangga tadi.
“ Awak kat rumah kami. Saya Adika dan ini adik saya Melissa. “ Kata Adika memperkenalkan diri dan adiknya. Adika tergelak apabila melihat dahi Azieka berkerut apabila dia memperkenalkan adiknya.
“ Kami memang adik beradik. Tapi ibu pernah berkahwin dua. Selepas ayah saya tiada, ibu berkahwin dengan seorang lelaki inggeris, dan dapatlah Melissa yang comel macam anak patung ni. “ Terang Adika lalu mengenyit mata ke arah Melissa. Tergelak Melissa yang diusik abangnya.
Fahamlah Azieka melihat perbezaan Adika dan adiknya. Adika seperti melayu biasa, manis, manakala adiknya seperti kanak – kanak luar negara. Tapi satu persamaan yang dapat dilihatnya, mata.
“ Melissa mari sini. “ Dipanggilnya Melisaa mendekati lalu mencubit pipi Melissa yang putih gebu. Semasa memegang pipi Melissa, dia merasakan pipi Melissa sangat sejuk. Dia meraba pipinya sendiri. Panas. “ Mungkin dia tak sihat kut. “ Fikirnya menyedapkan hati sendiri walaupun bulu romanya tegak berdiri.
Adika yang menyedari perubahan riak wajah Azieka hanya tersenyum kelak. Dia keluar dari bilik lalu menyeka air matanya yang turun deras mengalir di pipinya.. “ Melissa… “ Bisiknya.
Hujan semakin lebat semula. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka lapan. Taufik yang gusar akan kehilangan Azieka mula keluar dari khemah untuk mencari sekali lagi Azieka. Hatinya bimbang jika Azieka tercedera atau diserang binatang buas. Sudah empat jam Azieka hilang selepas mengambil gambar di kawasan berdekatan.
“ Taufiq kau nak pergi mana? Bahayalah hujan – hujan macam ni dengan dah malamnya. Esoklah kita cari dan minta pertolongan ye. “ Jerit Amalina dari dalam khemah. Bimbang ketua mereka akan pula hilang.
“ Tapi aku risaulah Mel. “ Jerit Taufiq kembali melawan bunyi hujan. Pantas dia menuju ke arah khemah perempuan. Sepatutnya mereka berlima sekarang tinggal berempat.
“ Kami pun risau. Tapi kami risau kau pula yang hilang. Dahlah kau sorang je yang tau tempat ni. Kan kau hilang habis kitorang macam mana? Nak harapakn si Syafiq tu? Memang tak la jawabnya. “ Mata Wani tajam melihat khemah yang diduduki Syafiq dan Taufiq. Syafiq sedang enak tidur seusai solat maghrib tadi.

“ Betul tu Fiq. Kita doakan saja semoga Azieka selamat. Lepas subuh esok terus kita gerak minta tolong orang dekat – dekat sini. “ Pujuk Amalina.
Taufiq hanya mengeluh. Betul kata Amalina dan Wani. Mana mungkin dia dapat mencari Azieka dalam keadaan begini. Hanya doa yang mampu dipohon agar semuanya selamat.
“ Melissa mak ayah mana? “ Tanya Azieka kepada Melissa. Tanganya ligat menyikat rambut Melissa yang perang lalu diikat dua.
“ Tak ada. “ Balas Melissa pendek yang ikut sibuk menyikat rambut anak patungnya. Di muka anak patungnya seperti ada kesan tompok – tompok d***h.
“ Dia orang pergi mana? “
“ M**i ! “ Tiba – tiba satu suara garau menjawab pertanyaan Azieka. Di atas dahan pokok yang menjalar masuk ke biliknya terdapat seorang wanita berjubah hitam menyeringai memandang mereka. D***h menitik – nitik keluar dari mulutnya. Rambutnya mengerbang dek ribut kuat dan beserta kilat di luar.
“ Allah ! “ Jerit Azieka. Itulah pertama kali dalam hidupnya melihat perkara seperti itu. Tanganya cuba untuk merangkul Melissa tetapi Melissa sudah tiada. Baru sahaja dia merasakan Melissa duduk di atas ribanya.
“ Cari siapa? Cari budak kecil tu? “ Tanya wanita berjubah hitam itu. Mulutnya tersenyum sinis. “ Kau bodoh! Hahaha…” Sambungnya lalu mengilai kuat.
Badan Azieka kejung. Dia tidak mampu bangun untuk lari. Hatinya berharap agar Adika datang menyelamatkannya. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat – ayat suci yang terlintas di otaknya.
“ Berhenti! “ Marah wanita itu. Dia membongkok lalu merangkap untuk cuba memasuki bilik itu. Azieka yang melihat cubaan wanita itu segera membaca lebih kuat lagi. Akhirnya wanita itu berhenti lalu melemparkan satu botol kecil berwarna merah lalu wanita itu hilang. Bentuknya bulat seperti bekas pewarna kuku. Azieka yang ingin tahu akan botol itu menyuakan tanganya ke bawah kerusi untuk mengambil botol itu.
“ Jangan! “ Marah Adika.
Azieka yang terkejut dengan kehadiran Adika segera menarik balik tanganya lalu berpusing menghadap Adika.
“ Tapi saya nak tengok je “
“ Tak payah tengok. Tak ada apa – apa. “ Mata Adika tepat memandang tempat di mana botol itu berada. Mukanya yang sentiasa tersenyum di hadapannya Azieka tetapi pada kali ini mukanya terlihat penuh dengan kebencian.

Azieka kembali memandang botol tadi. Dirinya kaget melihat botol yang tadinya elok terletak di atas lantai tiba – tiba hilang. Tak mungkin Adika yang ambil. Adika jauh dibelakangnya. “ Mana … “
“ Abang jom makan. “ Laung Melissa dari bawah.
“ Jom makan.“ Kata Adika sambil memberi senyuman paling manis kepada Azieka.
Azieka yang terpukau dengan senyuman Adik tunduk untuk menyembunyikan senyuman sendiri. Hatinya gembira hingga terlupa kejadian berjumpa wanita berjubah hitam. Laju dia mengikuti langkah Adika keluar dari bilik. Dirinya masih takut untuk menuruni tangga rumah yang pelik.
Di bawah Melissa sudah menunggu di meja makan. Baru Azieka perasaan keadaan meja juga berbeza. Meja juga berbeza ketingian di kiri kanan.
“ Jangan pelik sangat. Meja ni ayah saya buat khas. Ni tempat untuk awak tukar ketinggian. Selesa la budak ni makan sebab meja bahagian dia rendah. “ Terang Adika sambil mengusap lembut kepala adiknya. Matanya sedikit berkaca.
Azieka hanya menganguk faham. Bila faham tidak peliklah sangat. Dirinya begitu berselera makan nasi berserta ikan bakar yang dimasak oleh Adika. Ditambah pula melihat teletah comel Adika dan adiknya. Tetapi dia perasan dengan riak sedih Adika walaupun Adika cuba menyembunyikan dengan senyuman.
Selesai makan Azieka terus meminta diri untuk masuk ke bilik. Walaupun agak seram cermin tingkap biliknya tiada dan dengan dahan pokok menjalar masuk memudahkan sebarang binatang masuk tetapi dia harus kuat. Dapat tempat tidur pun dah rasa sangat bersyukur.
Sedang enak dibuai mimpi, selimutnya seperti direntap. Tanpa membuka mata, Azieka bangun dari pembaringan dan membongkok untuk mengambil selimut yang terjatuh di atas lantai. Ketika tangannya mencapai selimut, tangannya bagai ditarik seseorang.
“ Aduh! ‘ Azieka mengaduh kesakitan. Terjelepok dirinya jatuh ke lantai.
“ Sakit? “ Tanya seseorang dari luar tingkap biliknya. Azieka berpaling menghadap empunya suara. Adika dilihatnya sedang tersenyum sinis.
“ Mari saya rawat. “ Adika melambai tanganya mengajak Azieka mendekatinya.
Azieka bagaikan dipukau. Hanya menurut ajakan Adika tanpa ragu – ragu. Apabila Azieka berdiri betul – betul di atas dahan pokok, Adika dihadapannya berubah wajah. Senyumannya yang manis bertukar menyeringai garang. Rambutnya pendek bertukar panjang mengerbang. Ribut yang sudah reda kembali menganas.
Azieka hilang pertimbangan hampir – hampir terjatuh ke bawah. Sempat dia berpaut pada dahan yang lain. Dirinya tergantung tinggi. Nak terjun bimbang kakinya patah. Nak naik kembali ke atas dahan pun tak boleh.
“ Adika, Adika,, Adika ! “ Jerit Azieka berulang kali.

Adika yang mendengar jeritan Azieka bergegas menuju ke bilik sebelah. Mengucap panjang Adika melihat Azieka yang tergantung manakala di atasnya seorang waanita yang paling dibenci dalam hidupnya.
“ Kau pergi selamatkan Azieka. Biar aku cuba mengalih perhatiannya. “ Arah Melissa yang tiba – tiba berada di sebelahnya. Adika hanya menganguk lalu berlari mendapatkan Azieka.
“ Apa kau tidak berpuas hati lagi terhadap Adika? “ Jerit Melissa dari bawah. Wanita berjubah hitam itu turun ke bawah mendapatkan Melissa.
“ Kita tiada urusan! Jangan kau masuk campur. “
“ Memang kita tiada urusan. Tapi apa urusan kau dengan Adika? Budak tu tidak bersalah! “
“ Hahaha memang dia tidak bersalah tapi dia keturunan yang aku benci!”
Mata Melissa memandang ke arah Adika yang sedari tadi hanya memandang mereka. Adika faham isyarat yang diberikan oleh Melissa. Adika turun berhadapan wanita berjubah hitam setelah memujuk Azieka untuk turun. Kebenciannya terhadap wanita itu semakin menebal selepas sengaja mengacau Azieka yang tiada kena mengena.
“ Kenapa kau gangu dia? “ Marah Adika. Dirinya sudah semakin hilang sabar.
“ Saja. Aku suka lihat orang yang kau saying menderita. “
“ Kau memang kejam. Tak cukup ke apa kau dah buat pada mak ayah aku? “
“ Tak. Sekarang adik kesayangan kau pula yang akan kena. “ Balas wanita itu lalu memandang ke arah Melissa.
Adika mula membaca ayat – ayat yang dipelajari dari atuk Jamil. Segala apa yang diajar digunakannya sebaik mungkin walaupun ilmunya belum cukup melawan wanita tersebut. Serangan demi serangan. Melissa yang tidak sempat mengelak tersungkur jatuh ke belakang. Badannya bertuksr kepada asal. Adika yang melihat keadaan Melissa segera berlari mendapat kannya.
“ Awak okey? “ Tanya Adika cemas.
“ Saya okey. Cepat habiskan pertarungan ini. “ Balas Melissa yang kini bukan lagi Melissa.
“ Nak. Jangan sakitkan Ibu nak. Berhentilah “ Kelihatan di hadapan Adika Ibunya sedang menangis merayu kepadanya agak pertarungan ini dihentikan. Adika yang terlalu rindu akan Ibunya terbuai oleh tipu daya syaitan. Mulutnya memanggil Ibunya. “ Ibu ibu adika rindu Ibu. “ Bagai anak kecil Adika berlari ingin mendapatkan ibunya.
“ Adika itu bukan ibu! “ Melissa menjerit keras. Dia harus secepatnya menyedarkn Adika.

Adika yang tersedar mula memberhentikan langkah. Air matanya masih laju bercucuran. Baru sahaja ingin membalas ke atas wanita yang sibuk mentertawakan kebodohannya tercampak jauh ke belakang. Dirinya sudah Berjaya ditipu oleh wanita licik itu. Adika yang sakit badannya terkena pokok tidak dapat bergerak. Wanita itu tadi mula menghilangkan diri.
“ Adika tunggu sini. Biar saya ikut dia. Semoga kita dapat dimana dia bersembunyi “ Sejurus bercakap dengan Adika, Melissa segera berlari mengikuti wanita tadi. Dia tahu wanita tadi sudah tidak dapat menggunakan ilmu hitamnya dek kerana banyak tercedera oleh serangan Adika.

Cahaya matahari yang tepat terkena mukanya membuat Azieka terjaga dari tidur. Buka mata sahaja dia melihat Adika sedang bersantai di dahan pokok.
“ Mungkin itu tempat kegemarannya. “ Fikirnya.
“ Eh dah bangun? Maaf kalau saya masuk ke bilik ini tanpa izin. “ Kata Adika sambil menurunkan kain yang dibuat penghadang. Bimbang sekiranya Azieka tidak selesa dan jugalah tidak manis. “ Mari sekejap saya ada sesuatu hendak cakap. “
Azieka tersipu malu. Mungkin Adika terdengar dirinya menggeliat kuat ketika bangun tadi. Kalau tak macam mana Adika tahu dia sudah bangun. Dia menurut lalu duduk bersebelahan Adika tetapi sedikit jauh.
“ Mana Melissa? “ Tanya Azieka. Sesudah Adika menyelamatkannya, dia terus tertidur kepenatan. Lemah semngat mungkin.
“ Melissa Melissa meli … “ Adika tidak dapat meneruskan kata – katanya. Dia menekup matanya lalu menangis tersenggut –senggut. Dia sudah tidak kisah akan pandangan Azieka, yang penting dia rindukan keluarganya.
“ Sebelum ibu berkahwin dengan papa Melissa, ada seorang mak cik ni sangat sukakan papa. Tetapi jodoh ibu dengan papa kuat. Ibu kahwin juga dengan papa. Masa tu saya sedang bersekolah menengah. Macam – macam kami alami. Penyakit misteri. Ibu dan papa selalu bergaduh. Sampai makcik ni bernama Serina. Dia datang ke rumah kami bawak makanan. Masa tu saya berada di dalam bilik dengan Melissa. Tiba – tiba terdengar bunyi di dapur. Saya pergi intai dan lihat Serina sedang menarik ibu dan papa keluar dari rumah. Bila saya keluar untuk kejar tetapi mereka dah hilang. Hanya saya dapat dengar bisikan yang dia akan kembali mengambil Melissa. “ Terang Adika.

Dia menyambung “ Masa tu saya dah panik. Saya kemas barang apa yang patut saya dating sorokkan Melissa di sini, tempat arwah ayah suka menyimpan dan mereka barang – barang. Tapi sayang. Dia dapat mencari. Semasa saya pulang saya lihat Serina berada di sebelah Marissa. Saya lihat Serina mencalit sesuatu pada anak patung Melissa. Ya botol yang awak Nampak hari itu. Belum sempat saya melarang, Melissa sudah memcium anak patungnya. Masa tulah saya lihat Melissa rebah dan dibawa pergi. Saya tak mampu dibuat apa – apa sebab kaki saya seolah – olah di gam dibumi. Masa tulah Indah dating menolong saya. Indah yang awak nampak sebagai Melissa. Dialah menemani saya ketika saya sedih. Dia juga memperkenalkan saya atuk Jamil untuk mengajar saya dan mendalami ilmu agama. “
Azieka hanya diam mendengar cerita Adika. Dia tidak percaya itu yang dialami oleh Adika.
“ Saya berharap ibu bapa saya dan adik saya masih hidup. Saya mesti berusaha untuk melepaskan diorang dari Serina berjubah hitam itu.
“ Terima kasih kerana menyelamatkan saya. “ Balas Azieka. Hatinya juga berharap Adika dapat menemui keluarganya semula.
“ Sama – sama. Jom ikut saya. “ Kata Adika lalu menyuruh Azieka membawa barang – barangnya.
“ Disana tempat kawan – kawan awak berkhemah. Saya minta maaf jika pertemuan kita selama sehari ini memberi kisah pahit dalam hidup awak. Awak doakan saya ye “ Kata Adika.
“ Tak apa. Semoga awak dapat selamatkan keluarga awak. Ada rezeki kita jumpa lagi. “ Balas Azieka.
Adika tersenyum manis lalu berjalan meninggalkan Azieka. Azieka mebalas dengan anggukan dan juga senyuman paling manis. Dia berharap dia mampu berjumpa Adika dan mampu membantu Adika satu hari nanti. Dia dan Adika harus menguatkan diri.
– Tamat –

Kongsi kisah anda: fiksenshasha.com/submit.

NAO
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 comments

  1. ‘Adika menyeka air mata yg turun deras mengalir di pipi’ – dah apehal plak tetiba ada scene mengalir air mata bagai? Tak diterangkan pun kenapa adika tu menangis.

    Story berbelit2, watak plak lompat2, kejap situ kejap sini kejap situ balik.

    Ko kalo nak buat kisah fiksyen sekalipun jgn la ko imagine n paham ko sorang2 je. Ko kena buat kitorang sebagai pembaca pun bole imagine dan paham jgk menda tu. Ni kisah ko sorang je paham apa yg berlaku.

    100% kisah kucar kacir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.