Doktor Zainal duduk tersandar di atas kerusi bilik mesyuarat yang hampir kosong itu. Yang masih tinggal bersamanya cuma si Pengarah Hospital, Tan Sri Daud Shah. Sepanjang dua belas tahun dia bekerja di situ, boleh dikira dengan jari berapa kali dia berjumpa dengan lelaki itu. Namun pada hari itu, luar biasa mesranya layanan lelaki itu terhadap Doktor Zainal. Tidak padan dengan kesalahan yang telah dilakukannya terhadap pihak hospital. Sengaja Doktor Zainal memicit-micit kepalanya di hadapan Tan Sri Daud Shah, dengan harapan lelaki itu membenarkan dia pulang tanpa perlu memberi kata putus.
“Come on, Nal. Awak kenal saya siapa. Peluang baik. Saya tahu awak pun perlukan wang. Kalau tak, takkan awak songlap dana hospital.” Tan Sri Daud Shah bersuara penuh yakin.
Doktor Zainal mengerenyet sedikit apabila lelaki itu memanggilnya dengan nama ‘Nal’.
“Tapi… bukan dengan cara macam tu Tan Sri.”
“Habis, dengan cara macam mana? Siapa yang boleh tawarkan RM3.5 juta pada awak dalam satu malam?”
“Tan sri. Saya hormati Tan sri. Saya harap Tan sri dapat hormati keputusan saya.”
“Hormat pada seorang pencuri? Heh.”
Doktor Zainal menggenggam penumbuk di atas lututnya. Tangannya menggigil geram. Air matanya sudah terasa terlalu kering untuk terus mengalir.
“Awak setuju dengan terma saya, saya lupakan apa awak buat pada wang hospital, dan saya tambah RM1.5 juta. Tolak cukai. Hampir 10 kali ganda dari apa yang awak songlap.”
“Macam mana dengan Kamsan? Dia pun bersalah.”
“Kamsan belum kahwin.”
“Habis, apa Tan sri akan buat pada dia?”
Tan sri Daud Shah melalukan dua jari pada lehernya sendiri. Isyarat membunuh. Renungan tajam lelaki itu membuatkan Doktor Zainal tertunduk. Ya, memang lelaki di hadapannya itu cukup berpengaruh untuk melakukan perkara sekejam itu kepada sesiapa sahaja yang dia mahu.
“Saya letih ni Nal. Saya nak balik. Kalau awak tak nak, tak apa. Cuma, ingat. Ucapkan selamat tinggal pada isteri awak nanti. Jadi anak yatimlah bayi di dalam perut dia tu nanti.”
Doktor Zainal memejamkan matanya, cuba untuk memerah saki baki air mata yang memang sudah tiada.
“Baik Tan sri…”
“Baik apa?” Tanya Tan sri Daud Shah sambil tersenyum sinis.
“Saya… saya benarkan kandungan isteri saya jadi bahan ujikaji persatuan Tan sri.” Kepala Doktor Zainal bergetar tidak henti-henti sebaik dia mengucapkan perkara itu. Tan sri Daud Shah bersandar sambil tersenyum senang.
“Kan senang macam tu.”
Bayangan senyuman jahat Tan sri Daud Shah asyik bermain di dalam mindanya sepanjang perjalanan Doktor Zainal pulang ke rumah. Dia berasa cukup jijik dengan dirinya sendiri. Kekesalan yang dirasakannya cukup untuk membuatkan dirinya berasa benci dengan rakan subahatnya, Kamsan yang menjadi dalang utama rancangan mereka beberapa bulan yang lepas.
Sebaik tiba di rumah, Halimah, isterinya menyambutnya dengan wajah gusar. Menambah keresahan hatinya.
“Apa kata Tan sri? Dia maafkan abang?”
Doktor Zainal sekadar menunduk, cuba untuk mengelak dari memandang mata isterinya itu. Sejenak kemudian, dia mengangguk perlahan.
“Macam tu aja? Dia takkan serahkan abang pada polis?”
“Dia bagi syarat…”
Halimah diam. Tanpa sedar, tangannya memegang lembut perutnya yang sedang sarat. Hatinya terasa terlalu kecut untuk mendengarkan syarat yang disebut oleh suaminya itu.
“Abang pernah cerita dekat Mah kan, yang persatuan haram Tan sri tu sedang cari orang?”
Serentak itu juga air mata Halimah mengalir laju. Kepalanya menggeleng deras.
“Suami syaitan! Aku takkan biarkan anak aku jadi korban kau!”
“Oh, masa aku dapat duit tu, kau belanja sakan! Sekarang, bila nyawa aku jadi pertaruhan, kau nak lepas tangan?” Jerkah Doktor Zainal tanpa sengaja. Wajahnya berubah merah. “Kau nak aku mati, Halimah?!”
Halimah rebah melutut, teresak-esak. Tangannya menggenggam kaki suaminya itu.
“Tolonglah bang. Mah tak sanggup! Mah tak nak! Kita lari saja dari sini!”
“Kau tak kenal Tan sri Daud tu Mah. Kau tak kenal siapa dia!”
Halimah menggeleng tidak keruan. Merayu-rayu belas dari suaminya.
“Anak kita takkan mati Mah. Ujikaji mereka diselia oleh pakar-pakar dari Russia. Paling tidak pun…”
“Paling tidak apa bang? Cacat?! Abang sanggup kalau anak kita lahir macam haiwan?”
“Itu kalau ujikaji mereka gagal. Abang… abang percaya, mereka takkan gagal.”
“Bangsat mana yang tergamak nak jadikan seorang bayi sebagai bahan ujikaji, bang?! Apa kaitannya masalah kerajaan Russia dengan kita?!”
“Mereka bukan bangsat. Mereka saintis ternama.”
“Saintis gila! Ambil genetik haiwan yang dah bermutasi dengan radiasi nuklear Chernobyl untuk suntik pada bayi manusia?! Untuk apa?!”
“Mereka percaya yang genetik dari haiwan-haiwan tu dapat lahirkan manusia mutan. Dengan kebolehan luar biasa. Kalau ujikaji mereka berjaya, anak kita akan jadi manusia mutan pertama dalam dunia. Taklah teruk sangat. Dan… dan mereka tawarkan RM1.5juta kepada sesiapa yang sanggup tawarkan diri.”
Halimah terdiam. Memang dia seorang wanita yang mata duitan. Itulah antara sebabnya mengapa dia sudi berkahwin dengan seorang doktor yang jauh lebih tua darinya.
Setahun berlalu semenjak ujikaji durjana itu mula dijalankan. Berpuluh-puluh orang pakar biologi dibawa masuk ke Malaysia secara senyap oleh kerajaan Russia dan persatuan haram Tan sri Daud Shah menjadi tuan rumahnya. Tingkat bawah tanah hospital swasta tempat Doktor Roslan bekerja menjadi makmalnya. Kandungan Halimah dikeluarkan dari perutnya dua bulan lebih awal dari tarikh sepatunya wanita itu bersalin. Janin yang sudah terbentuk hampir sempurna itu dimasukkan ke dalam sebuah silinder setinggi 12 kaki yang dipenuhi dengan cecair hijau yang Doktor Zainal sendiri tidak pasti apa kegunaannya. Setiap hari, janin itu disuntik melalui wayar yang sentiasa disambungkan ke dalam pusatnya.
Semakin hari, bentuk janin itu berubah menjadi lebih mirip kepada seekor anak haiwan berbanding seorang manusia. Kedudukan matanya semakin menjauh antara satu sama lain. Hidungnya tidak berbentuk dan wajahnya menjadi semakin bermuncung, mirip seekor rusa. Lengan dan kakinya memanjang hodoh. Doktor Zainal yang dibenarkan melawat ‘anaknya’ itu setiap hari, semakin hari semakin tidak sanggup menjejakkan kakinya ke dalam makmal itu lagi.
Sehinggalah pada suatu hari, Doktor Zainal yang kini sudah tidak lagi bekerja sebagai seorang ahli perubatan, dipanggil okeh Tan sri Daud ke dalam pejabat rahsianya di dalam makmal neraka itu.
“Tempoh ujikaji fasa pertama dah tamat, Nal.” Katanya sambil tersenyum bangga. Doktor Zainal sekadar mengangguk separuh hati. Dia berasa terlalu benci untuk memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.
“Sekarang, masuk fasa kedua.”
“Fasa kedua? Ada berapa banyak fasa?! Kau nak ambil ‘haiwan’ tu ambillah! Aku dah taknak ada apa-apa kaitan dengan projek gila ni lagi!”
“Wow, wow, wow! Jangan macam tu Nal. Ada 10 fasa. Kerajaan Russia bersetuju untuk jadikan rumah kau pula sebagai makmal. Keadaan di sini terlalu panas. Pihak kementerian dah syak sesuatu.” Tan sri Daud menghulurkan sekotak curut Cuba kepada Doktor Zainal. Doktor Zainal menggeleng. Tan sri sekadar tersenyum sambil membakar sebatang curut yang sejak dari tadi diselitkan di antara kedua belah jarinya.
“Rumah aku terlalu kecil. Mustahil untuk jalankan benda ni dekat situ.” Ujar Doktor Zainal geram. “Aku tak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan benda ni. Kau faham tak?”
“Kau milik aku, Nal. Jangan risau. Apa kau nak? Rumah baharu? Aku akan bagi. Siap dengan tingkat bawah tanah macam ni. Dekat Bukit Tunku tau! Tempat orang-orang kaya. Mesti Halimah suka.” Kata Tan sri Daud sambil mengekek nakal.
“Kenapa kau perlukan aku lagi? Bukannya aku sumbangkan apa-apa pada projek ni!”
Kami masih perlukan darah kau dan Halimah, Nal. Kau ingat aku bodoh? Kalau aku tak pegang kau, entah ke mana kau lari dengan duit yang kau dah dapat tu.” Tan sri Daud melayangkan tangannya yang besar ke udara. “Jangan risau. Mereka dah setuju, RM1juta untuk setiap fasa yang seterusnya. 10 fasa. Kau kiralah sendiri.”
“Kau ingat aku tak tahu berapa persatuan kau dapat? Berapa kau sendiri dapat? Setakat RM10juta tu, tak sampai 10 peratus, kan!?”
“Hahaha. Kau dengan isteri kau sama saja, kan Nal? Mata duitan.”
Doktor Zainal merenung tajam wajah lelaki di hadapannya itu dengan penuh rasa benci.
“Kalau kau tak nak, tak apa. Cuma beritahu aku. Kau dengan Halimah nak disemadikan dekat mana? Sungai yang sama dengan mayat Kamsan?” Tan sri Daud tersenyum jahat sambil menghembus asap kelabu curutnya tepat ke muka Doktor Zainal. “Kami bagi kau duit, kami bagi kau rumah. Kami cuma nak kerjasama kau dan perempuan bangsat tu. Itu saja. Sarah tu kan anak kau juga? Haha.”
Doktor Zainal mencuri jeling ke luar tingkap kaca pejabat yang malap itu. Cahaya kehijauan yang menyinar berbalam-balam dari dalam silinder besar beberapa meter dari ruang itu membuatkan hatinya terasa meluat. Sarah, nama yang diberikan oleh pihak Russia kepada bahan ujikaji mereka itu, terapung-apung lemah dengan mata yang masih tertutup walaupun usianya sudah mencecah satu tahun.
“Anak haiwan tu bukan anak aku!” Katanya marah.
“Bagus. Jadi, kau setuju?” Tanya Tan sri Daud, walaupun jawapan kepada soalannya itu sudah pun dapat diteka olehnya.
Doktor Zainal mengangguk perlahan. Tan sri Daud mengangguk semula. Wajahnya tampak puas.
“Aku nampak, projek ni ada potensi. Bayangkan kalau mereka berjaya. Berapa banyak lagi wang yang kau boleh dapat?”
“Kalau mereka tak berjaya?”
Tan sri Daud tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Curutnya disedut dalam-dalam, lalu asapnya sekali lagi dihembuskan ke hadapan muka Doktor Zainal.
“Kalau tak berjaya, kau ambil sajalah anak kau tu semula. Mereka cari orang lain pula.”
Suasana menjadi sunyi. Tan sri Daud dengan wajahnya yang bulat tersengih seorang diri. Doktor Zainal pula termenung dengan dahi yang berkerut. Bunyi detakan jam di dinding itu terdengar seakan berkali ganda kuatnya…
Tujuh tahun berlalu sejak perbincangan mereka tentang tawaran baharu di dalam pejabat Tan sri Daud itu. Ujikaji mereka gagal sama sekali. Wakil-wakil kerajaan dari Russia pula sehingga kini masih mencari-cari ‘bahan ujikaji’ baharu mereka. Namun, sebelum mereka pergi meninggalkan makmal haram di tingkat bawah tanah banglo Doktor Zainal itu, sebuah peti keranda khas ditinggalkan untuk menjadi tempat tinggal Sarah apabila dia mati nanti. Hidupnya takkan lama. Paling tidak pun, 10 tahun. Radiasi yang ditanggungnya terlalu kuat untuk dia terus hidup.
Tan sri Daud berdiri sambil bersandar pada peti besi khas besar berwarna perak yang lebih kelihatan seperti sebuah peti senjata berbanding sebuah keranda. Sarah yang kini tidak lagi tinggal di dalam silinder gergasinya, sedang duduk memeluk lutut tidak jauh dari tempat Tan sri Daud dan Doktor Azlan sedang berdiri. Kepala kanak-kanak itu langsung tidak berambut. Matanya yang terletak di tepi kepala, kelihatan tidak tumpah seperti mata seekor haiwan liar. Sekejap-sekejap lidahnya menjilat wajahnya yang bermuncung. Walaupun Sarah tidak pernah berkata-kata, namun Doktor Azlan tahu bahawa anaknya itu faham apa yang dikatakan oleh mereka berdua.
“Walaupun ujikaji ni gagal, tapi tubuh Sarah tetap mengandungi radiasi nuklear yang mampu membunuh. Selama dia masih hidup, semuanya selamat. Tapi, bila dia mati nanti, semadikan mayatnya di dalam peti Adamantium ini. Bila mayatnya mereput, radiasi nuklear tu boleh merebak keluar. Cuma peti ini sahaja yang dapat menghalang radiasi tu. Jangan sesekali kau tanam atau buang peti ni. Kalaulah ada sesiapa yang terjumpa peti ini dan membukanya, sekitar kawasan itu akan menjadi ‘mini Chernobyl’.” Beritahu Tan sri Daud sebelum dia pergi meninggalkan negara ini dengan wang kotor ratusan juta ringgit yang diperolehinya.
“Habis, sampai bila aku nak simpan peti ni?” Tanya Doktor Zainal risau.
“Sampai bila-bila.”
“Kenapa pihak Russia tak bawa balik dengan mereka?”
“Kau gila?! Nak bawa seekor makhluk beradiasi masuk semula ke dalam negara mereka? Heh.”
Sarah merenung takut-takut ke arah bapanya yang sekadar terdiam tidak menjawab soalan retorik yang diajukan oleh Tan sri Daud itu.
“Alah, tak pun, kau biarkan anak baru kau tu bermain-main dia. Bukan orang lain pun. Kakak dia juga. Siapa nama dia? Siti, kan?”
-Tamat-
Untuk sambungannya, boleh dibaca di Fiksyen Shasha, cerpen bertajuk:
Terima kasih admin FS. Terima kasih kepada yang sudi membaca.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Makluman dari penulis:
Kalau ada sesiapa terperasan yang nama watak Doktor Zainal tu kejap-kejap bertukar jadi Doktor Roslan, kejap-kejap Doktor Azlan, korang buat-buat tak nampak ajalah ya?
Anggap aja semuanya Doktor Zainal.
Doktor Roslan dengan Doktor Azlan tu watak cerita lain sebenarnya.
Macam tu lah kalau menulis masa tengah mengantuk. Habis semua bercampur aduk. Paginya, belum sempat proofread, tangan dah gatal submit.
Kepada yang maklumkan pada saya tadi, terima kasih sangat-sangat.
Maaf ya semua.
Assalam.
patut la kejap-kejap Doktor Zainal , Kejap-kejap Doktor Azlan. Siap baca 2 kali ingatkn saya yang mengantuk salah baca hehe takpe jalan cerita masih difahami.
nampak sangat aku ni khusyuk baca sampai tak perasan nama bertukar.. hahaha.. good story.. sambung cepat..
Khusyuk baca sampai tak perasan nama bertukar. Sambung lagi 🙂
aku x perasan pun nama tu btukar hahaha
Sambung lagi please
InshaAllah. Terima kasih kerana membaca.
Sumpah cerita ni best
Apakata kau teruskan minat kau ni n satu hari nnt, buku kan kesemua cerpen2 yg kau tulis
Sbb aku nak buat jd collection aku
Sbb aku suka the way you construct your story line and the way it develops from start to the end..
Congrats #AR…
Setuju!!! Ye jadikan novel! Best best best
sambung la lg..best la bace cite2 mcm ni..
malang nasib sara, apakah benar ujikaji tersebut pernah dijalankan di Malaysia?
kalau bab baby ke anak ke mmg cepat tersentuh naluri hihi..hope sara boleh jd super heroin next episod.
aku baca ‘diari siti’ dulu baru baca yang ni.. skrg baru aku faham. tetiba aku sedih
best cite ni..sambung lagi ye..
Smbung please.. Prmntaan pminat ni huhu
Terima kasih kepada semua yang membaca. Maaf, sebenarnya kisah ini adalah prequel dari kisah Diari Siti yang dah dipublish sebelum ni. Jadi, kisah Diari Siti itulah sambungannya.
Apa pun, terima kasih atas sokongan anda!
So that’s it? Please sambung Diari Siti tu.. Xmo lah cerpen2..
pergh..mcm xmen lh
Hari itu Dr. Zainal berseorangan mahu membereskan saki baki ‘barang’ yang ada di tingkat bawah tanah rumah lamanya itu.
Berat kaki Dr. Zainal melangkah menuruni tangga menuju ke bilik bawah tanah. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya. Bermain-main di mindanya wajah Sarah yang telah lama tak dilihatnya.
Sesampainya Dr. Zainal di depan peti Adamantium itu, dia mengkais-kais debu yang menutupi peti tersebut. Ditekannya kata kunci di panel kecil atas peti tersebut. ‘Tenet..’ berbunyi peti tersebut tanda kata kunci yang dimasukkannya salah. Sekali lagi Dr. Zainal mencuba. ‘Tenet..’ tetap salah. Dr. Zainal berasa hairan.
Dia kemudiannya bergegas ke sebuah rak bagi mendapatkan buku manual pengguna peti adamantium itu. Di dalam buku itu dia ada catatkan kata kunci peti itu. Setelah meneliti, ternyata kata kunci yang dia masukkan adalah betul. Dia sekali lagi berasa hairan, lalu mencubanya sekali lagi.
‘Tet..tet.. access granted’.. kunci berjaya dibuka. Peluh mula mengalir di dahi Dr. Zainal saat dia ingin mengangkat pintu peti itu. Dia mula mengangkat pintu yang berat itu dengan kudratnya. Wasap-wasap dari dalam peti itu telah mengaburkan kaca mata Dr. Zainal. Dia tidak dapat melihat kandungan peti tersebut.
Dr. Zainal kemudian membuka kaca matanya untuk dilap. Dia kaget, terkejut! Kerana dia lihat tiada apa-apa di dalam peti itu, kosong! Tiada mayat Sarah, tiada sebutir pasir pun. Hatinya berdegup kencang. Dia menyarungkan kembali kaca matanya dan melihat sekeliling bagi memastikan apa yang sedang berlaku.
Seraya dia terdengar, ‘Ayah cari Sarah ke?’.. Dr. Zainal terpinga-pinga dan tergesa-gesa mencari dari mana arah suara tersebut datang. Dia terlihat kelibat hitam laju mengelilinya. Sekejap disudut situ, sekejap di atas almari, dan sekejap terasa seperti dibelakangnya, Sungguh pantas sekali kelibat itu bergerak.
Dr. Zainal cuba berlari menuju ke arah tangga. Namun pintu yang menajadi pemisah antara ruang bawah tanah dan tangga itu ditutup dan terkunci secara tiba-tiba. Sekali lagi dia terdengar ‘Ayah rindu Sarah tak?’. Kali ini Dr Zainal benar-benar cuak dan terduduk melutut membelakangi pintu itu.
‘Ja..jangan apa-apakan aku….’ rayu Dr Zainal terketar-ketar akibat takut.
‘Kenapa ayah tak bawa Sarah pindah ke rumah baru, Sarah nak ikut’… suara itu masih kedengaran sayu
‘Kkk..kkk..kau masih hidup Sarah? Aku ingatkan Kau dah…’ balas Dr Zainal
‘DAH APA???… DAH MATI?????!!!!
Jeritan Sarah bergema ke seluruh bilik yang luas itu. Serentak dengan itu seluruh barang-barang di dalam bilik itu terangkat dan terapung-apung di tengah ruang bilik itu mengelilingi sesuatu.
Angin seperti ribut meneru di dalam bilik itu mengelilingi satu sosok yang tinggi ternampak seperti bayang-bayang hitam. Sosok itu bergerak perlahan-lahan mendekati Dr. Zainal yang sedang menutup telinganya dan merengkot di sudut bilik itu.
‘SAANGGGUPP KAU LAKUKAN KEPADAKU BEGINI??’
‘SANGGUP KAU BUAT ANAK KANDUNG KAU BEGINI?
‘KAU BUKAN MANUSIA! SEPERTI AKU!
‘HAHAHAHAHAHAHAH’
Jeritan Sarah memecahkan segala kaca-kaca yang berada di dalam bilik tersebut. Sungguh bingit suara yang keluar itu sehingga menghancurkan segala benda di sekelilingnya.
‘Ayah minta maaf…Ayah terlanjur…Ayah tak mampu nak buat apa-apa’.. tangis Dr Zainal kepada Sarah.
Seraya mendengar kata-kata Dr Zainal itu. Keadaan menjadi sedikit tenang. Barang-barang yang terapung jatuh ke lantai. Angin yang menggila tadi juga hilang semerta.
‘Ayah..?..Sarah sedih…Sarah nak jadi sebahagian dari keluarga ini..Sarah nak jadi seperti Siti..’ getus Sarah sayu.’
Sarah mula menampakkan dirinya dengan diterangi lampu yang samar-samar di dalam biliknya. Namun anehnya, wajahnya sudah seperti manusia, matanya sudah tidak ditepi, hidungnya sudah sembuh.
Dr. Zainal merenung wajah Sarah dengan perlahan-lahan. ”Betullah, eksperimen mereka tidak gagal, tapi memerlukan masa..Inilah wajah sebenar anak aku. Yang aku abai sejak dari lahirnya..Ya Allah.. Sarah.. ampunkan Ayah…ampunkan kekhilafan Ayah Sarah…” teriak Dr Zainal..
”HAHAHAHAHAHHA..SENANG KAU NAK KEMAAFAN?”
Serentak dengan itu Dr. Zainal terangkat dan terapung seakan-akan dicekik dan dihempapkan ke dinding. Sarah tidak bergerak sedikit pun. Hanya melirik mata sahaja kepada Dr Zainal. Sarah kemudian bergerak menuju ke hadapan Dr Zainal dengan sekelip mata. Di perhatikannya wajah yang dulunya tergamak menyerahkan dia kepada bangsat-bangsat yang mencucuknya dengan pelbagai jenis bahan kimia sejak dari dia dirampas dari rahim ibunya.
Dr Zainal hanya mampu menitiskan air mata kerana dia masih dicekik oleh sesuatu. Dia merenung mata anaknya yang penuh dengan aura dendam.
‘Hari ini..aku bukan anak mu lagi..bahkan dari hari pertama aku dilahirkan aku bukan anak mu.. aku hanya bahan ujikaji! Kau harus bertanggungjawab! Aku akan hapuskan kau sekarang!! – Jerit Sarah..
Sarah memegang pisau dan diacah kepada leher Dr Zainal. Dengan tidak semena-mena. Pintu bilik itu dibuka dengan lajunya.
Sarah memandang ke arah pintu tersebut.
‘Sit..sitii..’ Ucapnya perlahan..
Dengan tiba-tiba Dr Zainal dilepaskan dan jatuh kebawah. Dr. Zainal terduduk keletihan..
‘Kakak!’ jerit Siti.
Siti berlari mendapatkan Sarah. Basah pipi Siti sambil memeluk erat Sarah yang berdiri tegak menahan air matanya turut jatuh.
“Siti dah dengar semuanya. Siti dah tahu semuanya”..
”Ayah sanggup ayah buat anak ayah sendiri macam ni, kakak saya”..teriak Siti
”Ayah minta maaf..Ayah memang bersalah… Sarah..bunuhlah ayah jika kamu mahu. Tapi ayah pohon kemaafan dari kamu atas apa yang sudah berlaku..” tangis Dr. Zainal.
”Aku tak akan maafkan engkau…walaupun aku mati hidup semula..tiada siapa tahu penderitaanku..”
”Sebagai ganti, aku akan ambil Siti…Selamat tinggal manusia durjana”- Ujar Sarah penuh dendam sambil sebelah tangannya memeluk tubuh Siti dengan kuat.
Dengan tiba-tiba Sarah dan Siti lenyap dari situ. Hingga ke hari ini tiada siapa yang tahu kemana Sarah dan Siti pergi. Halimah, ibu mereka masih mencari-cari anaknya. Manakala Dr. Zainal? Ada yang cakap dia ke Rusia bagi mencari penawar bagi Sarah. Dia mahu perbetulkan keadaan semula.
Sekian..
#FanMade #JanganMarah #JanganKecam #
Ini ending dalam kepala hotak saya.haha
#Danial
Takkan kecam. Sebab sambungan yang ditulis dengan baik. Tahniah!
Saya tak kisah kalau ada pembaca yang nak tulis sambungan versi sendiri. Kerana itu bermakna anda menghayati cerita saya.
Teruskan menulis, dan terima kasih.
Lima bintang!
Best.. Apabila 2 penulis bergabung. Hoho. Boleh sambung lagi ni jadi novel. Nak tau siti dengan sarah pergi mana.
bestttt….adakah cerita ni cerita benar?
fiksyen la adoiii