Assalamualaikum…hai readers FS,nama akak Raini akk dari selatan
TERIMAKASIH kat Admin jika cerita hakak ni tersiar, maklumlah akak ni tak biasa menulis… Ini mungkin karya akak yang pertama jika tersiar,mohon maaf jika ada tatabahasa yg salah atau cerita ni tak seram macam yg diharapkan. Apapun kisah ni akak kongsi dari pengalaman anak akak yang pertama kali pergi air terjun Gunung Ledang bersama kengkawannya dan pertama kali keluar dari JB menaiki motosikal sendiri, peristiwa ni berlaku lebih kurang pada tahun 2016.Ok ‘Aku’ dalam cerita ni adalah ‘Alif’ jom bermula…
Alhamdulillah…akhirnya ibu setuju benarkan aku konvoi reramai bermotosikal pergi ke air terjun gunung ledang atau dulu dikenali ‘tangkak’ aku hepi giler sampai tak lena tidur tak sabar nak ride bersama kengkawan berkhemah dan mendaki gunung ledang.Umur aku masa ni baru 18 ,aku lepasan SPM,ibu benarkan aku konvoi pun sebab aku dah ada lesen.esoknya lpas jumaat aku gerak dgn sahabatĀ² aku Raja,Zarul dan Rafi ( bukan nama sebenar) kami bergerak tidak bersama sama kerana aku sorang naik modenas tapi kawanĀ³ aku ni bawa motor 125…so faham faham jerlah manjang kena tinggal.. tapi dek kerana semangat nak ke gunung ledang aku santai santai je asalkan sampai.
Alhamdulillah lebih kurang jam 6 lebih kami dah sampai area Tangkak, itupun disebabkan kami tersesat beberapa kali kerana salah arah.bila dah sampai kami tak dibenarkan masuk kerana dah melebihi jam 6 petang…perghh..keciwa juga Hati ni…tapi takpa sebab semangat jitu nak habiskan masa kat air terjun lebih tinggi maka kami decide cari surau atau masjid untuk tumpang tidur. Cerita nya bermula dari sejak kami tersesat lagi…
Cuma yang aku rasa musykil tu kat sana memang gelap giler padahal baru masuk jam 6 lebih,masa awal awal tersesat tu kami salah masuk lorong, sepatutnya kami masuk lorong yang kedua, tapi kami termasuk lorong yang pertama, masa masuk tu kiri kanan hanya ada pokok sawit dan tak terlalu dalam, tapi bila sampai hujung baru tahu tempat tu khas untuk mendaki sahaja bukan main air terjun. Terpaksalah patah balik tapi…masa patah balik tu kami rasa jalan tu panjang giler.. sedangkan masa memula masuk tu dekat jerr,dah LA kiri kanan kelapa sawit… tetiba ada pulak bunyi macam serigala follow kami dari tepi..bukan serigala tapi lebih dikenali Dubuk tapi masaalah nya aku kat Malaysia kot bukan ke dubuk tu kat Afrika ? Apa kejadahnya tuan punya ladang sawit ni nak membela dubuk pulak kan. Dahla yang mengejar tu bukan sekor 2, tapi lebih 7 ekor dengan matanya yang merah bagaikan api… Aku dan member aku dah start mengong dah… kelang kabut tak ketahuan..huhuhu…masa tu motor yang aku bawak ni macam dah habis pulas dah… berat giler (ataupun sebab ketakutan?) Masa tu aku kat sebelah Zarul aku ajak dia Azan sesama sebab ibu ada pesan kalau rasa ada gangguan dan rasa tak selamat, Azan je kuat kuat komfirm syaitonnirrojim tu lari kalau kita azan. Kawan aku si Zarul ni blh pulak dia dengan sengalnya jawab.. “Belum masuk maghrib lagi takkan nak azan” aku masa tu rasa nak cepuk je budak ni, apapun setelah itu kami bersetuju nak azan sesama sambil menunggang… Alhamdulillah lepas azan dilaungkan dubuk dubuk tu hilang secara tiba-tiba… huiih ketar weih kpala lutut bila kna lagu tu. Barulah lepastu kami jumpa jalan masuk.
Balik pada perenggan tadi. Lepas dah kna halau pak guard kat air terjun tu sebab tak kasi kami bermalam disana, kami pun mencari surau atau masjid berdekatan, kami menemui surau yg agak terpinggir dari laluan biasa, surau ni kumpulan tabligh yang jaga, kami pun minta izin untuk bermalam dan kami diizinkan oleh penjaga surau tu. Nama abang tu pun aku dah lupa, apa yang pasti sempatlah kami di takzirah tentang hala tuju kami, di ceritakan pada kami tentang kisah nabi, sunnah nabi aku pun layan. Nyarislah masa bertolak tu ibu ada bekalkan setarmus air kopi dan biskut( awalnya aku tolak malu nak bawak), hujan plak malam tu…sedaplah aku berkongsi rezeki dgn abang tabligh tu dan kengkawan.
Tapi yang tak bestnya malam tu juga si raja n Rafi nak tukar haluan nak ikut team lain ke tioman dan si Zarul plak nak balik JB. Aku plak nak halang tak mungkinlah sebab masing-masing naik kenderaan sendiri kan, Lagipun mungkin diaorang rasa tak best kot setakat air terjun. Aku tetap nak stay walaupun terpaksa pergi sorang, entah kenapa hati aku bagai ditarik tarik untuk ke air terjun tu. Malam tu aku stay sorang kat surau tu ditemani abang tabligh, sambil beliau bercerita pengalaman beliau. Alhamdulillah pagiĀ² abang tabligh dah siapkan rebusan ubi dan ikan masin, Alhamdulillah…nikmat.
Selepas sarapan aku pun terus gerak ke air terjun sendirian, cuaca masih awal dan sejuk, masa sampai tu aku sorang je pengunjung yang ada kat situ, brader guard tu pesan kat aku jangan naik awal sangat sbb masih gelap. Aku buat donno je dan terus naik sampai ke tingkat paling atas tanpa rasa takut.. Bila sampai kat atas aku mandi menyelam puas puas, masa ku sibuk menyelam tu aku perasan aku terdengar suara bising orang mandi manda berdekatan Tempat aku menyelam. Aku rasa lega sebab ada juga kawan. Aku perasan suara tu ramai macam satu family . Aku intai dari balik batu dan aku nampak memang ada satu family sedang bergurau senda dibalik batu tempat aku menyelam tu. Aku decide nak ke sebelah batu nak main air berdekatan family tu, tapi…masa melangkah lepasi batu tu,family tu dah hilang… Masa tu aku tak rasa seram mungkin aku fikir sebab dah siang kan takkan ada momok plak, tapi sekarang ni bila aku ingat balik, merinding bulu roma weih.
Aku pun tak pasti Apasal aku berani sangat masa tu.
Lepas aku dah selfie dan puas menyelam aku pun bergerak turun waktu masa tu dalam 8 lebih pagi. Masa rilekĀ² turun tu aku terjumpa si Zarul. What the heck.. apa yang mamat ni buat kat sini, bukan ke tadi malam dia dah balik JB ke? Aku tegur dia, weih bukan ko semalam kata nak balik JB ke? Si ‘Zarul’ jawab “Akupun nak mandi juga takkan ko sorang je nak seronok” Aku tanya dia mana dia tahu aku kat sini, dia cakap abang tabligh tu bagi tau. Aku pun masa tu takda fikir banyak aku husnuzon jelah aku fikir agaknya dia nyesal sebab patah balik malam tadi, tapi dalam hati aku tetap konpius sebab dari JB ke Tangkak bukan dekat, dia patah balik JB pun dah jam 3pagi takkan tak penat?,tapi oleh kerana aku ni memang spesis ‘antu air’ nak pulak si Zarul ni ajak aku naik semula ,Aku pun ONZ jelah.
Aku temankan ‘Zarul’ naik semula ke tingkat atas air terjun, mandi mandi menyelam, tapi ‘Zarul’ ni banyak menyendiri dan duduk pun jauh dari aku, dia buat hal dia je, aku pun malas nak banyak tanya sebab aku agak dia penat kot. si ‘zarul’ ni dok perhati aku jer…tapi tak bercakap sangat, sepatah aku tanya setengah patah dia jawab aku pun malas nak amik pusing masa tu sebab bukan selalu kan dapat datang sini, jadi aku sambung lah Meng Enjoy kan diri main air lagi.
Lepas agak agak pukul 10pagi macamtu aku ajak Zarul turun dia pun follow je aku, masa turun tu dia bergerak dahulu dan tinggalkan aku, aku malas nak terkejar kejar sebab aku lebih suka menghayati keindahan alam tuhan. Bila sampai kat parking motor kat bawah aku pelik, Napa aku tak jumpa Zarul kat situ, aku pusing keliling tapi tak nampak dia,”Ceh sampai hati seyh dia tinggal aku camtu jer jaga kau nanti kalau aku jmpa kat Tpt kerja nnt” aku bergumam sendiri, tapi aku try juga call dia, aku terus dengan soalan “weih apasal kau tinggal aku ha? Sampai hati KO balik sensorang” si Zarul plak dengan suara bangun tidur menjawab “tinggal apa pulak ni dok? Aku kan memang balik jb malam tadi dah KO yang taknak ikut?” Aiiikk? Malam tadi? Apa menda dia merapik ni? “Weih bukan ke tadi ko datang balik jmpa aku kat air terjun dan mandi dengan aku?” “KO merapik apa ni **** ,aku tido kot… ni kau call aku baru je bangun, kau ngigau ke?” Aku masa tu takleh nak brain.. .aku abaikan persoalan tu aku terus balik Jb.
Esoknya kat tempat kerja aku jumpa Zarul aku tanya dia semula, betul ke dia takda datang air terjun balik semalam? Muka si Zarul dah biru purple dah masa jawab,”Mmg aku takda kesana dok aku ikut si Raja ni pergi Tioman malam tu, siap ada gambar lagi kalau kau tak Caya” Raja n the gang tunjukkan bukti mereka bergambar kat Tioman dan diaorang tak percayakan cerita aku. Aku masa tu lagilah konpius, kalau si Zarul ni menipu takkan lah dari Tioman dia nak patah balik ke Tangkak semata mata nak main air terjun? masa tu diaorang tanya aku macamna keadaan tubuh badan si Zarul masa dia mandi tu, badan dia ada parut tak? Aku memang nampak dgn jelas masa mandi tu badan Zarul putih bersih so aku jawablah badan dia putih bersih, on the spot zarul bagitau badan dia ada parut kna chicken pox. Masatu baru aku rasa seram, badan rasa seram sejuk … Dah tu sapa yang temankan aku mandi tu?????
Sekian perkongsian dari akak…kalau ada komen yang bagus akak akan kongsikan lagi pengalaman akak atau orang lain. Harap maaf atas kesalahan dan kesilapan, kalau tak best harap dimaafkan.
Assalamualaikum
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best kak best cite ni.. Sy pun ade pngalaman jugk gunung ledang tuh.. Usahkn tmpt air terjun die.. Sy 1 fmly sllu nek kt empangan ats tuh.. Seronok jugk.. Skrg kt duk trg mmg xdpt la nk pegi… Kenangan tol..
Oh ya ke… Terima kasih …sudi baca
Akak ni laki ke pompuan slmber giler kalo pumpuan..siap lepak ngan abg tabligh
Pengalaman anak dia la
best!!
beraninya anak hakak pergi air terjun sorang2
akak sajat latew
lah perempuan rupanya. boyish ye .. hehe
kan dia dah kata dia ceritakan pengalaman anak dia.
penulis ni dye cerita tentang pengalaman anak dye yang bernama alif dalam perenggan pertama
Apa la kawan-kawan macam tu. Pegi konvoi sama2 tapi xnak stay together. Tapi cerita ni best dan seram. Tq sharing ya.
Aku pn ade experience kt gunung ledang tu. Panjang jgk kalau nk citer. Haha
dari penceritaan, wan rase dia ni budak baik, ikut cakap mak dia, mak bagi bekal, dia bawak je eventhough dia kate dia malu. bgitau mak dia nk pergi air terjun je, then bila kawan2 last minutes tukar plan, dia tetap nak pergi air terjun jugak.. mujur hantu tu baik, temankan dia mandi..mungkin dia kesian tengok budak tu sorang2 je mandi..neway, seram jugak cerita ni
Akk sekadar bercerita mengikut cara anak akk bercerita..masih banyak kena perbaiki… akk cuba share sebab tak sangka anak sendiri kna pengalaman macamni… Dan respect kat dia sebab tak balik walaupun kengkawan dia tinggalkan dia.
Yang pasal bekal tu akk masukkan sebab terharu dia sendiri bagitau…ada hikmahnya tak tolak permintaan orang tua..kalau tak memang kelaparan lah… huhu.
Kak, xyah tulis:’ balik ke perenggan tadi’ nseb baik sy xsalah paham. Klu tak smpi bila2 sy abis bc cerita akk sbb dok asyik ‘ balik ke prenggan tadi’
Btw best pnglmn ank akk. Ape kate suh die tulis sndiri je…
TERIMAKASIH sudi baca, sebenarnya anak akk tak suka menulis…akk cuma cuba cerita semula mengikut cara anak akk bercerita…maaflah kalau tak menepati spesifikasi
Citer lagi kak.best citer ni
Dr jb ke ledang 6 jam?lama giler
Tp gerak lps jumaat.lps jumaat dlm kol 2.smpai kol 6 baru 4 jam kak.arif ni takut sgt smpai salah kira ke?
Tp psl sesat g tmpat mndaki tu biasa laa…sy pon 1st time pergi salah masuk jgk.
Sbb g tmpat mndaki tu ada pintu gerbang semua.kita pulak excited.nmpk je tulisan ledang cepat2 belok.pdhal ada tulis taman negara rasanye.bukan air terjunš¤£
mana dia ckp 6 jam. dia berapa kali ulang tu kata dia sampai JAM 6. pukul 6 sampai. cuba baca balik.
Oh ya ke…maaflah…akk yang salah kira…memang lambat…sebab motor modenas tu takleh speed…
Akk sekadar bercerita mengikut cara anak akk bercerita..masih banyak kena perbaiki… akk cuba share sebab tak sangka anak sendiri kna pengalaman macamni… Dan respect kat dia sebab tak balik walaupun kengkawan dia tinggalkan dia.
Yang pasal bekal tu akk masukkan sebab terharu dia sendiri bagitau…ada hikmahnya tak tolak permintaan orang tua..kalau tak memang kelaparan lah… huhu.
Zarul tu skrg dh jd polis ke kak