Ajakan Bermain Pukul 3 Pagi

Kisah yang aku hendak ceritakan berlaku di sebuah kolej di taiping, perak. Kalau aku katakan ianya berhampiran dengan ******* dan ada kilang di sekitar degan kolej berkenaan mesti ramai yang boleh meneka dimana tempat tersebut usai membaca ‘clue’ dalam kisah ini.

Cerita dia bermula pada malam hujung minggu. Sudah kebiasaan aku tidur berseorangan pada kebanyakan hujung minggu kerana rakan sebilikku acap kali pulang ke kampung asal sahaja cuti menjelma. Disebabkan aku jenis yang sukar tidur dalam keadaan yang panas, aku akan tidur dengan keadaan tingkap casement yang terbuka luas dengan tirai yang diikat. Sekurangnya angin yang masuk dapat mengurangkan rasa panas dalam bilik.

Entah mengapa aku ada satu ‘habit’ dimana aku kerap kali terjaga pada tengah malam, selalunya aku akan terjaga dengan sendirinya pada waktu malam sekitar jam 2 hingga 4 pagi, ianya sudah menjadi kebiasaan sekiranya aku tersedar aku akan melihat sekeliling bilik dan kemudian tidur semula.

Malam terjadinya kisah ini sedang aku tidur berseorangan di dalam bilik dan seperti selalu aku terbagun dari tidur pada tengah malam. Tapi kali ini aku bangun bukan kerana aku terjaga. Lebih tepat bila aku gunakan istilah dikejutkan kerana aku berasakan satu daya yang kuat terkena pada tanganku yang terjuntai dari sudut katil. Aku terjaga kesan dari rasa pada tanganku. Mataku sudah terbuka luas. Perlahan aku menoleh pandangan pada tanganku yang rasa seakan ditampar tadi ketika kepalaku masih lagi menetap dia atas bantal.

Perasaan pelik mula timbul dalam fikiranku kerana pintu bilik telah dikunci dan rakan sebilikku sekarang masih berada dikampung halamannya. Mustahil perilaku dan daya yang aku rasakan tadi hasil daripada angin yang berdesir melalui kulit. Aku menarik perlahan tangan yang terjuntai disisi katil dan kemudian mengubah posisi kepada keadaan duduk bersandar pada dinding yang merapati katil.

Aku lihat keadaan sekeliling bilik, sama. Tidak ada yang berubah, lebih tepat jika aku katakan aku memandang sekeliling bilik andaikata ada kejumpaan dengan apakah yang memberi impak pada tanganku sebentar tadi. Perlahan aku lemparkan pandangan keluar tingkap, hanya lampu jalan samar-samar menjenguh pada benteng tingkap. Jauh sedikit kehadapan sedikit permukaan air yang memenuhi lombong bisa tertangkap oleh anak mata.

Terus terang aku katakan aku bukan seorang yang terlalu penakut, tetapi tidak juga telalu berani. Bukan selalu aku kedampingan seperti situasi seperti ini, tetapi bila ianya berlaku aku masih mampu bertenang dan mengawal minda mungkin kerana tidak ada dia yang membentuk rupa. Oleh kerana tidak ada apa2 didalam bilik dan mataku sudahpun sedikit segar akibat dari keadaan tadi. Aku membelek telefon bimbit cuba menjamah mataku dengan aplikasi permainan agar bisa merasa mengantuk kembali.

Aku melirik mata pada waktu di telefon bimbit, seingat aku sekitar jam 3.06 minit. Rasa mengantuk tidak lagi datang, yang datang hanya sedikit rasa pedih pada pundi kencing. Aku julurkan kaki keluar dari sisi katil, perlahan memetik suis lampu bilik. Selipar jamban berwarna hijau aku sarungkan pada kaki dan kemudian perlahan aku menyusur kakiku ke arah tandas.
Suis lampu tandas sememangnya sentiasa terbuka, tidak kira siang atau malam.

Pencahayaan natural dari sumber matahari tidak smpai menyembah dinding dan ruangan pada bilik air pada waktu pagi. Waktu malam pula jangan ditanya. Semestinya gelap gelita jika tidak ada lampu menerangi.

Kaki kiriku mendahului derap pada lantai tandas, perlahan aku melangkah supaya tidak tergelincir andai terpijak lantai yang berair. Sedang asyik aku melepaskan hajat kecil, baru aku tersedar yang ada bunyi air pancuran hujan dalam bilik mandian yang menghujani lantai. Ianya sudah kedengaran semasa aku melangkah masuk dari tandas lagi, Cuma baru sekarang aku tersedar dan terfikir siapakah yang pantas menggunakannya pada tengah malam, lagipun ketiga- tiga bilik mandian pulak digunakan. Jarang ada yang gunakannya pada waktu begini. Jangankan jarang, bagiku ianya mustahil juga.

Usai sahaja aku membasuh semua yang perlu ketika itu juga kedengaran ketiga-tiga air pancuran hujan di bilik mandi berhenti bersilih ganti. Tidak pula aku berasa seram atau pun takut dengan situasi itu walaupun setelah dicantumkan dalam emosi perkara yang terjadi agak mustahil berlaku tanpa entiti. Entah kenapa aku tidak pasti terkandang perasaan ingin tahu membuak pada malam itu.

Pintu bilik mandian kesemuanya jelas masih tertutup rapat diamati oleh mataku setelah keluar dari tandas yang bertentangan. Aku berjalan merapati pintu bilik mandian. Oleh kerana perasaan ingin tahu aku menolak pintu bilik mandian pertama yang jelas kedengaran air pancuran menyembah bumi sebentar tadi. Perlahan isi bilik mandian diperhati mataku. Kosong tiada sesiapa. Lantainya pula dalam keadaan kering sedangkan air pancuran yang kedengaran tadi sudah pasti membasahi lantai.

Ke kanan kaki ini aku bawak dan menolak pintu bilik mandian yang kedua. Sedikit gusar dalam perasaan ingin tahu. Manakan tahu sekiranya sudah sampai waktu dia memberi salam perkenalan . Malangnya Sama sahaja isi di dalamnya, kosong dan lantainya juga dalam keadaan kering. Bilik mandian yang ketiga juga sama ketika aku menjenguh.

Tersenyum sedikit aku semasa menderap langkah kembali ke bilik, perasaan sedikit bercampur. Tidak tahu kesal atau seronok. Kesal kerana aku mengharap ada sesuatu atau seronok kerana tidak bertemu dengan sesuatu kerana perasaan pada hari itu tiba-tiba membuatkan aku terlebih sedikit berani pada kebiasaanya.

Lampu bilik kembali aku tutup, pintu dikunci semula, tingkap seperti biasa aku buka dan biarkan angin malam menjengah menambah keselasaan untuk melelapkan mata. Seperti kebiasaan aku memandang keadaan bilik sebelum kembali tidur, lantai, atas almari, kerusi meja, semuanya dalam keadaan baik seperti biasa.

. Dan yang terakhir sekali aku akan pandang adalah suasana diluar tingkap.
Saat ini lah kedapatan susuk tubuh berpakaian putih yang berdiri atas permukaan air di atas lombong, aku pasti sebelum-sebelum ini tidak pernah aku nampak apapun yang berada disitu. Kerana ianya adalah satu daripada bnyak tempat yang akan mataku lihat pada waktu aku membuka mata..

Jauh tapi seakan jelas apa yang aku perhatikan ketika itu, jantungku sedikit laju kemudian kembali berdetak pada kadar yang asal. Pada fikiranku mungkin ianya benda yang sama cuba bermain pada malam itu. Sekarang betul dia menunjukkan diri. Mungkin susuknya agak jauh membuatkan aku tidak berasa terlalu gusar dan takut walaupun sedikit sebanyak suasana dan bulu roma aku bergerak.

Aku menepuk bantal yang berada di atas katil. Mungkin kepenatan ataupun kebodohon dalam keberanian pada malam itu membuatkan aku malas mengambil tahu apa yang berlaku.

Perlahan aku letakkan kepalaku dia atas bantal dan terus dihanyutkan tidur seberapa ketika aku berbuat demikian, pagi keesokan aku melihat kembali tempat susuk itu berdiri. Tiada apa, seperti selalu aku lihat hanyalah air, tidak ada tiang ataupun benda yang menyamai susuk tubuh seperti semalam.

Peristiwa ini berlaku sewaktu semester pertama, semester kedua juga aku merasakan ada benda yang menampar tangan ku yang sedikit terkeluar dari sisi katil. Tapi setakat itu sahaja dia datang bermain. Dan seperti biasa aku memandang keadaan bilik, sebelum memandang keluar tingkap, kali ini aku berada di bilik yang berlainan tetapi masih lagi menghadap lombong, tetapi lombong yang berbeza.

Tidak kali ini kelihatan susuk tubuh yang berdiri di atas permukaan air. Mungkin juga dia sedang menunggu di lombong yang bisa aku lihat di bilik yang lama. Entahlah, mungkin barangkali.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Ajakan Bermain Pukul 3 Pagi”

    • Sorry penulis, aku tak mampu nak habiskan baca. Tak salah nak guna penulisan macam ni, tapi agak meleret juga bunga² bahasa tu. Aku rasa cerita ni ringkas je, tapi nak sampai ke satu² point tu letihnya nak hadam..

      Reply
  1. ayat terlampau puitis. susah nak faham.
    tak pasti tengah baca cerita seram ke atau cerita sastera.

    Reply
  2. Aku gagahkan jua untuk habiskan membaca walau keseraman gagal menembusi lubuk hatiku..hanya keboringan yang terasa..

    Reply
  3. Dok tunggu gak tang mana yang ajak main tu. Last2 sambung tido balik gitu je. Yang ni macam perasaan hang sendiri je tu. You see what you want to see. You feel what you want to feel. You created what you in your mind what you believed.

    Reply
  4. membosankan plk… meleret x hingat dunia… aduh… pnya la nk detail… smpai kalau nyamuk lalu sebelah pn nk cerita…

    Reply

Leave a Comment