“Akak..Rasa macam kena rasuk..”

Assalamualaikum para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih admin FS kerana sudi menyiarkan kisahku yang tak seberapa kalini. Sebenarnya aku ada kisah seram lain yang ingin disampaikan tetapi disebabkan faktor umur yang semakin meningkat, maka aku terlupa sekali lagi.  Tapi seketika tadi aku tiba-tiba teringat akan satu kisah yang berlaku awal tahun ini yang agak seram padaku.

Mungkin biasa-biasa pada anda tapi percayalah, aku memang tak dapat melupakan hal tersebut. Malah sehingga sekarang aku masih berasa takut jika sesekali aku ditinggalkan sendirian di sini walaupun hanya untuk tempoh masa yang singkat. Jujur, aku bukan seorang yang penakut. Tidak juga aku riak mengatakan aku sangat berani dengan makhluk halus. Aku memang penggemar cerita hantu dan dari kecil ada kebolehan untuk merasai & melihat samar-samar kelibat entiti sekiranya ada. Jadi mungkin sudah menjadi kebiasaanya diriku untuk mengabaikan apa segala gangguan.

Kejadian ini berlaku di sebuah kedai vape kepunyaan tunangku dan rakan kongsinya. Kedai ini berada di tingkat atas, terdapat pintu kaca dari arah tangga sebelum masuk ke kedai. Terdapat dua orang pekerja di sini dan tunangku memberi kebenaran untuk mereka bermalam di sini pada setiap malam memandangkan rumah masing-masing agak jauh. Aku berikan nama mereka Emy dan Haz. Dari awal sudah kami rasai pelbagai gangguan kecil.

Salah satunya Haz sering kali terlihat kelibat hitam berulang alik di hadapan peti ais kedai pada malam waktu. Rakan ku yang sedang berborak juga pernah terhenti seketika kerana terlihat seperti pergerakan seseorang di luar pintu cermin kedai dari arah toilet ke bilik di luar kedai. “Eh, i rasa macam nampak orang lalu tadi”. Beberapa kali dia terhenti sebegitu. Tapi aku cuma berkata “tak ada apa-apa la”. Sedangkan aku sendiri nampak namun aku tidak mahu menakutkan kawanku yang lemah semangat itu.

Aku juga pernah melihat botol vape bergoyang ke kiri ke kanan di rak botol dengan sendiri. Hanya satu botol sahaja. Laju pula tu seperti ditolak. Ketika ku menegur terus botol tu berhenti. Tunangku juga pernah melihat bayangan di kaunter vape ketika dia hendak menutup lampu kedai. Waktu tu jugak kedengaran barang jatuh dari kaunter tersebut. Apa lagi, mencicit la lari disebabkan dia seorang yang agak penakut. Hahahaha.

Tapi kejadian yang paling tak dapat aku lupakan adalah sewaktu teman wanita baru Emy, Jiji datang melepak di kedai. Ketika tu aku baru kali pertama mengenalinya. Dia merupakan kakak kepada adik angkat ku Jaja. Aku dan Jiji waktu itu sedangkan bersandar di sofa sambil aku mendengarnya mengadu tentang kisah sedih perpisahannya dengan bekas tunangnya. Sedang dia bercerita tiba-tiba dia mengenggam erat leher bajuku. dengan suara yang sangat menyeramkan, mata yang sangat bulat dan menakutkan, senyuman yang sangat mengerikan, dia berkata “Akakkk…Jiji rasaaa..macam..kena rasukkkkk..”

Anda bayangkan. Muka dia sangat dekat dengan muka ku. Dengan pandangan sebegitu, aku yang sudah biasa membantu mengawal rakan dan junior yang pernah dirasuk ketika belajar dulu, terus jadi kaku. Sungguh, aku takut. Terus aku sentap sekuat hati genggaman Jiji dari leher baju ku lalu aku memanggil adiknya Jaja untuk segera membantu Jiji. Emy juga perasan hal tersebut kerana Emy sedang duduk berborak dengan rakan lain di meja betul-betul berhadapan kami. Dia juga sedar perbezaan karakter Jiji. Jaja terus datang dan tanpa banyak kata terus menampar Jiji, “Hey Ji! Kau ni kenapa hah?!”.

Dengan sekali tampar, Jiji terus tersedar dan terpinga-pinga. Dia berkata dia rasa seperti sesuatu cuba merasuknya. Kalau lah aku tahu dengan sekali tamparan boleh menyedarkan dia, sudah tentu aku beri sedas dua di muka dia. Tak lawak sungguh budak ni. Kami tak pasti samada gangguan tu dari entiti kedai ini ataupun dari pada luar lagi ada yang mengikuti Jiji. Kerana aku juga di beritahu Jiji ketika itu sedang datang bulan (bendera merah. Paham-paham sajalah). Nasib baik lah ketika tu pelanggan kedai semua sudah pulang. Hanya kami sahaja yang tinggal menunggu waktu untuk tutup kedai dan pulang.

Semestinya, selepas kejadian tersebut aku menjadi seorang yang penakut di kedai ini sehingga sekarang walaupun kejadian berlaku sudah berbulan lepas. Aku sering merasa seram, diperhati, tidak sedap hati bila berada berseorangan di sini. Di tempat lain seperti rumah aku tidak merasa apa-apa. Tapi di sini, umpama dia ingin mengatakan “aku ada disini, tak pernah pergi, hanya memerhati menemanimu. Vape on.” Hahaha okay part last tu gurau yer.
Terima kasih kerana sudi membaca kisah yang meleret dan tak seberapa ini. Sesungguhnya aku lebih takut pada Allah S.W.T lebih daripada makhluk lain. Selamat malam dan Assalamualaikum.

P/S: sekali lagi aku ditinggalkan berseorangan di kedai ketika ini. Emy dah tak berkerja di sini, Haz baru pulang ke rumah. Tunangku keluar sebentar membeli stok barang kedai. Menyesal pula aku mula menaip kisah ni tadi.

-TheCatLady-

20 thoughts on ““Akak..Rasa macam kena rasuk..””

  1. Dah jd tmpt maksiat mmg benda tu suka..bergaulan laki pompuan beromen..ringan² kt sofa..pastu main kat tandas belakang mmg setan sukalah..😂

    Reply
    • Tak baik cakap macam tu. You dont even know if it’s really tempat maksiat as you claimed. Boleh jatuh fitnah. Kamu ingat senang ke nak cari orang nak minta maaf? Fikir2 kan la ye.. kalau nak nasihat, jgn sampai menghina. Just my 2 cents

      Reply
  2. Yep..tq sharing catlady.. sebbaek tak penendang padu berputar, mau berbuih mulut icu plak kawan tu. Ringkas, seram juga.. tringat pada satu malam aku bawak moto, aku rasa aku buat muke pelik tapi xleh kontrol.. alhmdllh slamat sampai rumah.

    Reply

Leave a Comment