Akenna : Rumah Dan Kebun Arwah Atok

Assalamualaikum semua reader FS. Aku baru jer berjinak-jinak dengan FS ni sebenarnya setelah di tagged oleh kawan aku kat FB. Awal bulan ni je pon HAHA. Biasalah aku memang selalu sangat dah ketinggalan bab-bab viral or now trending ni pasal tak mengisah sangat. Orang cerita, baru tau. Tak cerita, tak tau. Gittew. Ok taknak intro panjang sangat, nanti korang malas nak baca. So aku mulakan kisah seram-seram kuku aku ni dengan kisah yang pertama. Sepanjang hampir 35 tahun usia aku hidup kat muka bumi Allah ni, seingat aku ada 3-4 je kejadian yang misteri aku lalui. Aku nak cerita kat sini pun macam tak detail sangat dah pasal dah tak berapa nak ingat. Maklom lah dah 3 kali bersalin. Banyak urat ingatan putus gamaknye hehe.

So cerita pertama ni aku nak story masa aku umur 15 tahun. Masih ingat lagi umur berapa pasal teringat semula tahun 1998 Atok belah Abah meninggal. Kisah arwah Atok meninggal ni agak mengejut jugak sebenarnya sebab dia pergi pun sorang-sorang. Orang tua biasalah even tak sihat, mana betah duduk rumah goyang kaki tak buat apa. Boring katanya. So arwah Atok pergi ke kebun belakang rumah sorang-sorang agaknya berkebun sikit semampu dia. Dah lewat petang gitulah agaknya baru anak-anak Atok perasan yang dia dah lama takde kat rumah. So memasing mencarik lah & jumpa dia dah tersandar duduk kat batang pokok kelapa sambil tangannya kuat mencengkam rumput. Agaknya menahan sakit bila sakaratul maut menjemput. Wallahualam. So kematian Atok waktu tu pihak hospital klasifikasikan sebagai sakit jantung kalau tak salahnya. Arwah pun memang ada history sakit jantung sebelum tu. Begitulah asbab untuk Atok diambil nyawanya oleh Sang Pencipta.

Terbayang-bayang lagi kat ruangan mata ni keadaan jenazah arwah Atok waktu tu. Itulah kami pertama aku menghadapi 1 kematian orang yang terdekat. Mak cerita, masa arwah Atok dijumpai tersandar kat pokok kelapa tu, dahi arwah kelihatan keringat memercik agaknya keluar semasa berdepan dengan sakaratul maut. Wallahualam. Dan perasaan aku masa semua anak-anak beratur untuk mengucup dahi arwah Atok adalah perasaan yang sedikit gementar (maybe sebab first time) tetapi redha & tenang. Aku tengok wajah Atok seolah-olah tersenyum. Tak tahulah perasaan orang lain macam mana, tapi personally itulah yang aku rasa waktu tu. Sejuk sungguh dahi Atok waktu aku kucup. Perasaan yang takkan aku dapat lupakan sampai bila-bila agaknya.

Jadi malam tu biasalah semua anak beranak saudara mara cucu cicit bermalam dikampung. Kampung Abah aku ni kat Batu Pahat, Johor. Aku suka kampung Abah ni sebab jakun tanah gambut yang lembut tu. Pastu depan rumah tu ada tali air kecik air kecoklatan pasal tanah gambut kan. Macam suka sangat tengok ada anak-anak ikan bilis berenang kat dalamnya. Biasalah sifat budak-budak tu masih menebal dalam diri even dah sekolah menengah hehe. Sekeliling rumah kampung ada pokok kelapa yang tinggi kurus keding batangnya. Aihh senang kata memang suasana kampung sangat lah. Aman damai & tenang. Jadi di sebelah jenazah Atok bergilirlah anak-anak & cucu membacakan Yaasin. Jenazah tak elok ditinggalkan tanpa berteman. Paham-paham ajelah kan takot syaitonirrajim ni amek kesempatan yang bukan-bukan.

Jadi malam tu bergelimpangan lah anak-anak & cucu cucu ni tidur dalam rumah termasuklah aku. Aku takde masalah pun nak tidur malam tu seperti hari-hari biasa. Tapi ada 1 perkara luar biasa yang terpahat jelas dalam ingatan aku sampai sekarang berlaku pada lebih kurang pukul 4 pagi. Tengah nyenyak tidur, aku tiba-tiba terkejut sebab dengar bunyi yang sangat kuat kat atas bumbung rumah. Rumah arwah Atok & Nenek ni kat bahagian depan rumah kampung, tapi yang belakang tu dah disambung dengan rumah batu. Aku tidur kat rumah yang berbatu. Rumah belakang lah kiranya.

Rumah depan yang berpapan tu kat area tengah rumah, jenazah Atok dibaringkan. Bunyi yang aku dengar tu sangat kuat hiruk pikuk bunyinya macam ada ‘benda’ melompat-lompat atau berguling-guling atas zink rumah. Kalau korang masih ingat kan zaman dulu kan zink rumah yang nipis tu memang kuat bunyi dia kan. Kalau hujan turun lebat pun kemain lagi bising dia riuh bunyi sampai tak dengar mak cakap ape hehe. Bayangkan pulak bunyi dia bila ada ‘benda’ dok lompat lompat berguling atasnya. Memang havoc giler kot bunyi huhu. Bila dah terjaga tu aku pun duduk & perati ke arah jam dinding. Thats y aku ingat mase tu pukul berapa. Ingat aku dah kesiangan ke ape kan sampai dengar bunyi kuat-kuat gitu kot ade construction ape ke nak buat kan (ok ini memang tak logik hihi).

Dalam pada aku mamai, terkejut, takut & tertanya-tanya bunyi apekah yang bingit itu, sekali lagi aku pelik sebab tengok takde sape pun yang bangun tidur mase tu kecuali aku. I was like omg, takkan la korang semua ni tidur m**i betul bunyi kuat gitu pun tak dengar kan huhu. Siryes tak puas hati betul aku mase tu kenapa aku sorang je yang terbangun tercangak cangak tak paham ape yang sedang berlaku. Disebabkan aku malas nak amek port since aku sorang je yang terbangun, aku pun tidur jelah balik & alhamdulillah takde dah kejadian pelik lepastu. Huntong la senang je nak tidur balik mase tu dalam keriuhan bunyi yg agaknya ada dalam 10 minit kot berlangsung. Kalau tak boleh tidur, tak taulah ape lagi kejadian misteri yg aku bakal alami hehe.

Esok paginya jenazah arwah Atok selamat disemadikan dengan biasa. Takde yang pelik pun. Alhamdulillah. Sempat jugak aku tanya Mak aku, ada tak dengar bunyi bising-bising atas atap malam tadi. Mak kata itu bunyik buah kelapa jatuh atas zink kot. Aku iyerkan ajelah walau dalam hati tau tak logik langsung huhuhu. Aku rasa adalah mak pak sedara aku soksek soksek cerita pasal kejadian pagi tu tapi biasalah takmo cerita lebih-lebih share ke anak-anak memasing takut semua cucu pakat takmo balik kampung dah sebab takut. Mase tu arwah Nenek aku hidup lagi sebelum menyusul arwah Atok 4 tahun selepasnya pd tahun 2002.

Ok untuk kisah misteri aku yang pertama ni aku nak selit sekali pengalaman aku kat kebun belakang rumah arwah Atok & Nenek ni. Ada 1 pagi ni aku ikut Mak aku pergi ke kebun sebab Mak aku cari nenas ke apetah pucuk-pucuk daun kampung kot untuk dibuat makan tengahari. Kejadian mase ni umur aku kecik lagi dalam sekolah rendah gitu. Dalam sunyi hening meneman Mak ke kebun tu, makin lama makin ke belakang kami berjalan. Aku rasa memang tak pernah sampai lagi area tu sebelum ni. Macam masuk 1 kawasan ni macam bersih kemas gitu kebunnya. Lantai tanah macam bersapu orang kata. Siap ada Bunga Raya Merah tak salahnya tepi-tepi tu. Cantik. Entah macam mane boleh ralit aku & Mak tetibe dah sampai kat kawasan tu.

Aku duduk mencangkung dok kuis-kuis tanah dengan kayu sambil Mak meneruskan misi dia tu. Tengah ralit menguis sambil mulut pok pek bertanya soalan entah apa-apa kat Mak, tiba-tiba terkeluar 1 soalan dari mulut yang takde insurans lagi waktu tu dengan soalan maut. Aku tanya kat Mak, “Mak Mak, Mak rasa kat kebun Atok ni ade harimau tak?”. Begitulah celuparnya mulut aku pada usia itu hihi. Then Mak pun jawab dalam debar (agaknye lah aku teka je huhu), ” Hishhh…jangan tanya benda mengarut lah. Ini kan kebun Atok selalu jaga bersihkan, mana ada harimau kat sini.”. Elok je mak cakap macam tu, tiba-tiba aku dengar bunyi macam mengeram kot eh. Kuat taw macam bergegar 1 kawasan tu. Pastu bunyi berdengus pulak. Kali kedua bunyik tu, aku dengar Mak aku jerit “Rinaaaa….lariiiiiii……”.

Perghh aku dengar Mak aku kata lari memang lintang pukang lah dengan selipar entah tercampak ke mana memang tak fikir ape dah. Tau nak selamatkan diri je waktu tu walau otak blur tak boleh digest lagi bunyi apekah yang menggerunkan itu hahaha. Nama pun budak-budak kan. Alhamdulillah berjaya lah selamatkan diri dengan Mak & sampai je rumah Atok kecoh-kecoh la semua apahal kami macam tak cukop napas ajekan termengah-mengah dengan muka pucat lesi. So Mak pun kabo ler pasal bunyi yang dia dengar tu. Adelah pak sedara pakat beberapa orang pergi menyusul ke kebun tu tapi takde jumpa ape pun lah. As usual kan hihi.

Kejadian ni sebenarnya dah samar-samar je dalam ingatan aku. Adalah a few years back aku & Mak mengimbas kembali kenangan kami ni. Tak tahan tu ada Mak aku tambah cerita sebenarnya masa Mak jerit suruh aku lari tu, memanglah aku lari dengan lajunya. Tapi masalahnya Mak kata aku pergi lari menuju ke punca bunyi tu okayyy. Omg, betul ke Mak? Hahahaha. Siryes aku tak ingat pun aku lari ke arah mana pasal dah kelam kabut kan perasaan bercampur baru tak tahu ke mana arah tu. Yang ada dalam otak aku mase tu cuma LARI je akaka. Hampeh betul. Mak kata punyelah laju aku lari susah betul Mak nak tangkap bawak aku ke jalan yang benar ekeke.

Itulah kan kasih sayang seorang Mak pada anaknya. Mak kata walaupun waktu tu dia pun takut tak hengat, tapi tak sampai hati pulak nak tinggalkan aku yang dok berlari ke arah bunyi tu. So dia tetaplah kejar aku sampai dapat untuk lari sama-sama ke rumah Atok & Nenek. Terima kasih Mak. I love you. Now aku pun dah ada anak-anak aku sendiri, baru paham betapa hebatnya kasih sayang seorang Ibu kepada anaknya. Sama macam apa yang Mak pernah rasa untuk aku dari semenjak aku dilahirkan sampai sekarang. Alhamdulillah.

Kesimpulannya aku & Mak pun tak tahu bunyi harimau yang kami dengar hari tu adalah harimau betul ataupun harimau jadian. Wallahualam. Cuma bersyukur sajelah kami selamat dari sebarang bahaya & cerita tu pun habis kat situ je. Itulah pengajaran orang kata mulut tu jangan ikut sedap je nak cakap apa-apa. Bak pepatah kata ‘kerana mulut, badan binasa’. Gittew.

Sekian, kisah pertama aku kat FS ni. InsyaAllah ada masa lagi aku sambung dengan kisah seterusnya yer. Ilal liqa’.

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

6 comments

  1. Lengkali tanyelah soalan:
    “Mak mak…kat kebun atok ni ade tak pelantar minyak…”
    Haaaa itu jam mesti trs terpancut keluor minyak dr tanah…
    Boleh kaya woooo…
    Hahahahah…

  2. betul tu kak Yulie…….kecik setuju bebenor……..tp cite nie best….senang nk paham…ayat yg sempoi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.