Akibat Banyak Membaca Kisah Seram 2

Salam Admin FS,

Terima kasih kerana menyiarkan cerita2 seram di page FS, semuanya lah senang cerita, best sangat, memang sangat menarik dan sekurang-kurang2 nya, memberi keinsafan kepada diri ini untuk lebih beriman kepada Allah dan sentiasa ingat kepada-NYA.

Nama aku Saiful. Aku ni kawan se-universiti dan serumah dengan Bob (Bob yang menceritakan kisahnya pada siri 1 – Akibat banyak membaca Kisah Seram), tapi kami tak sangka pula kisah itu pun turut dialami oleh ramai pembaca FS. Apapun, setelah meminta izin dari Bob (Bob taknak menulis lagi buat masa ni, “busy” katanya), izinkan aku menulis kejadian seram yang menimpa diriku ini juga, kisah seram akibat terlalu banyak membaca kisah seram. Jadi, dalam siri 1 – watak aku itu ialah Bob, manakala untuk siri kali ini, watak aku ialah Saiful, iaitu diriku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mac 2010

UIA Gombak. Aku (Saiful) seperti biasa setelah solat isyak, aku akan terus menyiapkan segala assignment dan study sedikit untuk persediaan kuiz esok tu. Segala nota2 dan buku2 bertaburan di atas meja. Tatkala macam tepu je kepala otak ni. Aku dengan serta-mertanya, terus membuka google dan bersedia untuk menaip tajuk / search tajuk kisah seram.

“hurm, arini nak baca cerita apa ye” Bisik aku dalam hatiku

Ketika itu, terdetik dalam fikiranku, kali ni nak baca cerita seram yang ekstrem la. cerita yang ada memaparkan wajah2 yg mengerikan. Kadang2 ada juga aku terfikir, macam mana penulis2 semua ni boleh describe se-detail detailnya wajah mengerikan setiap jenis hantu yang dorang nampak ni, aku pun taktau. Muka beruk yang mencuri roti Bob beberapa minggu dulu pun, aku tak ingat macam mane (sebab lepas nampak, ibarat tak sampai satu saat atau secara automatik terus lari dan ambil hanger baju lempar untuk halaunye), inikan pulak hantu yang muncul depan mata. Apapun, aku layan je la cerita, yang penting jalan cerita best, aku layan :D.

Sedang saja aku menaip tajuk kisah seram yang ingin aku baca, Bob menyapa aku.

“Weh Saiful, aku masuk tidur dulu, da pukul 11 malam da ni, esok kejut aku subuh. Pastu ko tegur la Zubair tu nnti, esok dia pun kelas awal 8.30 pagi” Bob memesan kepada aku. Zubair yang juga ahli bilikku masih leka bermain game.

Aku hanya mengangguk. Laaa, da pukul 11 malam rupanya, baru ingat nak baca cerita seram, tapi aku sempat la tekan Enter di google tu, dan keluarlah banyak cerita2 yang menakutkan beserta gambar2 yang menyeramkan. Entah macam mana, aku terasa sangat mengantuk, lalu terus baring dan tidur di atas katil.

~~~~~ alam mimpi berlaku
~~~~~ Entah macam mana aku bermimpi pelik (Maaf aku da tak ingat mimpi apa)

Aku tersedar dari tidur. Gelap. Mataku melihat atas dan sekeliling. Mamai lagi rasanya. Dan dalam keadaan gelap tu, berpandukan cahaya dari luar tingkap yang terbuka (ada cahaya sedikit malam tu dari lampu jalan di luar). Mataku terfokus pada sesuatu di almariku. Katil aku ni memang bersebelahan almari itu je. Aku memandang, tenung je “benda” itu. Otak aku masih belum mampu proses dengan betul. Juga kedengaran bunyi, “tap” “tap” “tap”, macam orang menekan sesuatu dengan laju.

Dan tiba-tiba, zap. Mataku terbeliak melihatkan “benda” tersebut, ibarat satu bentuk kepala yang seolah-olah memandang kearah aku juga. Dalam samar2 kegelapan itu juga, “rambut”nya panjang hingga hampir mencecah lantai.

“Ya Allah”, aku terkejut, meremang abis rasa badan ni. (Time ni mmg automatik spontan keluar, tak baca ayat kursi apa time tu), Entah dari mana datang kekuatanku, aku terus bangun dari katil dan lari ke bilik Zubair melintasi “benda” tersebut.

Aku tercengang melihat Zubair yang masih berada di hadapan PC nya, masih bermain game. Dan dia terus berpusing ke arahku, tenung je aku yang masih rasa sedikit ketakutan tu. Jantung aku berdegup laju.

“Apahal”, Tanya Zubair, ringkas. Aku pula bersyukur, Alhamdulillah, itu manusia (haha).

Aku memberitahu Zubair berkenaan “benda” tersebut. Zubair ni nampak je kuat main game, tapi atleast dia orang yang selalu ke surau, so memang membaca juga la ayat2 quran, zikir semua tu selalu lekat di bibirnya selalu. Ok juga la kalau compare dengan aku ni (okay insaf).

Zubair meneliti jam di PC nye, jam 1 pagi. Lantas dia bangun dan ke bilik aku untuk melihat “benda” yang aku ceritakan tadi. Aku pula berdiri tak masuk ke bilik tersebut. Lampu tidak dibuka oleh Zubair lagi ketika itu. hanya disuluhi oleh lampu jalan dari luar tingkap yang terbuka, cukup terang untuk melihat apa2 yang tidak kena dalam bilik.

Seminit juga Zubair di dalam bilik tu, apa yang dia buat. “benda” tu kat almari tu je. Dekat.

Lantas, Zubair memanggilku untuk masuk, lampu dibuka.

“Benda ni ke?” Tanya Zubair kepadaku.

Aku pun segera melihat “benda” itu. Ceh… Tuala mandi aku dan beg aku yang ada gambar jerung mulut ternganga disangkutkan sekali di tepi almari itu. memang sekali imbas jika dilihat pada sudut katil aku, beg galas bulat dan tuala yang digantungkan hampir mencecah lantai tu, macam seolah-olah penanggal pun ade kalau dalam samar2 gelap. Haish, aku kena game dengan aku sendiri. Bunyi “tap” “tap” tadi pun, sebut bunyi Zubair menekan keyboard dengan kuat. kuat bunyinya sampai ke bilik aku boleh dengar. Apepun, aku tersengih malu dengan Zubair pada malam tu.

Ni la pengaruh tengok cerita2 seram yang memaparkan gambar2 yang menakutkan. Aku pun segera baca ayat 3 kul dan sambung tidurku balik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mac 2015

Aku da lama grad daripada universiti, tapi masih belum dapat pekerjaan. Tapi ada la dapat panggilan interview daripada beberapa buah company. Bob dan Zubair sudah dapat pekerjaan dan mereka berdua tinggal serumah. Aku pun menumpang sekaki. Tapi dihulurkan juga rm200 sebulan untuk tinggal di bilik kecil di rumah itu. Duit tu pun hasil aku berniaga online kecil-kecilan.

Weekend seperti biasa, Zubair tiada di rumah. Bob juga katanya ingin melawat rumah abangnya di Ampang. Hmm.. Memandangkan tiada orang di rumah. Aku pun melayan la cerita seram macam biasa. Banyak la cerita seram yang aku baca, dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari duk membaca je cerita2 seram, smua jenis ada, saka, ponti, pocong, muka buruk, hutan, sekolah, meracau dan segala jenis cerita la aku baca. Namun, sebab tiba2 bosan, Aku pun segera membawa kereta burukku untuk membeli makanan. Dan satu whatapps family berbunyi.

“Papa dan mama kata nak berkumpul di rumah Atuk, aku rase aku balik la, takde orang jugak kat sini” Bisik hatiku selepas membaca whatapps family. Aku pun terus membawa diri menuju ke arah rumah Atuk

Dalam perjalanan nak masuk ke kampungku. Ketika itu jam menunjukkan jam 7.30 malam, kiranya baru lepas azan la. Tak semena-mena aku terlihat Atuk di simpang jalan, berdiri berhenti di situ sambil tenung ke arah aku.

“Atuk ni jalan kaki ke, mana motornya” Bisik aku di dalam hati. Atuk ni sudah berumur 80 an, atau lewat 70 an, tapi masih kuat lagi. Kalau ketika raya dulu. Atuk suka bagi duit raya kepada cucu2 nya walaupun sudah besar. Aku pun still dapat, tu yang best tu.

Dan ketika itu juga, Aku segera membuka tingkap kereta. “Atuk pergi mana tu, jom la naik, Saiful memang nak melawat rumah atuk ni”

Atuk diam je dan senyum kepadaku, tapi dia beralih menuju ke arah surau yang tidak jauh dari situ berjalan kaki.

Aku memuncungkan mulut, Atuk tak cam aku ke? da tua kot, entah la. Dan berfikir mungkin atuk nak solat maghrib di surau kot. Tapi macam da lewat dan terlepas berjemaah, kesian Atuk.

Ketibaan aku di rumah Atuk, disambut gembira oleh papa dan mama. Juga kelihatan Nenek yang sudah tua duduk di atas tilam di ruang tamu, senyum kepada aku.

“Nenek tak berapa sihat, bagus la kamu datang, melawat keluarga” Kata papa, senyum melihatku yang pulang tu. Rase macam anak yang baik berbakti kepada keluarga la plak, padahal balik kampung je pun (tapi apapun, korang sume hargai dan berbaktilah keluarga korang yang masih hidup ni)

Jam menunjukkan 9.20 malam, Atuk pulang daripada masjid dengan motornya. Lantas, Aku segera terfikir, “aik tadi tak nampak motor, atau mungkin Atuk sudah parking dalam area parking surau kot, dan saje2 tengok di luar tadi” bisik hatiku. Sebenarnya, aku rase macam panas je dalam rumah tu sejak sampai. Mungkin kipas takde kot, rosak.

Semasa bersalam dengan Atuk, Atuk menepuk-nepuk bahuku dan senyum kepadaku. Sebenarnya, dalam kepala otak aku ni, aku duk tebayang berpuluh-puluh cerita mengenai datuk dan nenek dalam cerita2 seram yang aku baca sebelum2 ni. Nak je aku tanya Atuk ni, dia ada saka ke etc.

Biar aku ceritakan sedikit mengenai Atuk ni, dulu2 masa muda2, Atuk merupakan seorang petani, tanam macam2 dalam kebun. Atuk baik orangnya dan dikenali di kampung tu. Atuk juga masa Aku kecil2 dulu, dia kelakar orangnya, suka bercerita untuk menyakat cucu2 nya. Kadang2 ade juga diselitkan sedikit cerita2 seram di kampung, tapi mungkin hanya sekadar dongeng/cerita sahaja sebab tidak pernah berlaku sepanjang aku di kampung tu. Atuk suka menyakat aku, katanya, jangan bermain di pokok pisang di hujung jalan sana dan macam2 lagi. Apepun, Atuk seorang yang selalu ke surau untuk berjemaah. Dan kini dia masih gagah lagi untuk sekali sekala masuk ke kebun tengok2 kan kebun (yang kini sudah diwariskan ke papa) walaupun sudah berumur macam tu.

Jam menunjukkan 10.30 malam. Mama masih bersembang dengan Nenek. Atuk pula masih di dalam biliknya. Aku pulak sudah mengantuk. Disebabkan papa dan mama ingin bermalam di rumah Atuk itu semalaman, makanya aku pun ikut la sekali, tak nak aku duduk sorang2 di rumah.

Ketika Aku ingin masuk ke bilik di hujung tu, Atuk keluar dari biliknya dan menegurku,

“Anis jangan masuk ke bilik tu ye,” Atuk berkata sambil tangannya menunjukkan ke arah bilik yang menghadap dapur tu. Rumah Atuk ni besar, ade 4 bilik. Satu bilik untuk Nenek dan Atuk. 3 bilik lagi biasanya kosong dan akan dipenuhi oleh anak2 dan cucunya nnti bila balik beraya. Bilik yang menghadap dapur tu bilik paling kecik. Aku pun tak pernah masuk sejak dari kecil, mungkin stor atau bilik solat agaknya. Dan lagi satu, dah kenapa Atuk ni salah panggil aku Anis, nama aku Saiful la ==”, Atuk nyanyuk kot. xpela aku malas nak fikir dan terus masuk ke bilik hujung untuk tidur.

Jam menunjukkan 11.15 malam, aku masih tak dapat tidur. Dan tak semena-mena, Nenek muncul di hadapan pintu.

“Saiful tidur ye, Nenek tutup lampu,” alaa baiknya nenek ni.

Tak lama selepas Nenek pergi. Tiba2 hujan turun dengan sangat lebat. dan beberapa minit selepas itu, Aku terdengar bunyi2 bising dalam bilik yang Atuk pesan tadi. Bunyi seperti ade benda terjatuh, bunyi seperti tingkap terbuka-tertutup. Aku ketika itu, haa sudah. Dalam keadaan yang gelap itu, aku taktau nak memberanikan diri atau tidak. Dalam kepala aku ni, asyik terfikir je, Atuk ni ada belaan ke ape, da tua macam tu tapi sihat je, pastu lain macam je dari tadi. Habis semua puluhan cerita seram yang aku baca bermain di fikiranku. Jangan la keluar benda yang bukan2, yang aku takleh tahan, cerita2 bab2 muka hodoh keluar, dan siap ketawa jika kita membaca ayat Qursi sambil mengatakan kita salah baca etc.

Aku sedar, mungkin itu perasaanku sahaja. Lantas aku mengucap syahadah dan membaca surah 3 kul. Lalu, aku memberanikan diri untuk bangun, membuka lampu bilik, dan keluar untuk melihat apa punca bunyi tersebut.

Hujan masih lagi lebat. keadaan di luar bilik juga gelap sedikit, cuma lampu di dapur menerangi walaupun tiada orang di situ. Papaku pula tidur di atas sofa, mungkin menemani Nenek yang juga tidur di ruang tamu bersama mama.

Perlahan-lahan aku mendekati bilik yang dilarang oleh Atuk tu. Sambil mulut mengucap Subhanallah, Allahuakbar berpuluh2 kali. Aku memegang tombol pintu. Ketika itu jugalah, ada bunyi sesuatu jatuh dalam bilik tersebut. “Bammmm”, macam tu bunyinya. Terkejut sedikit aku dibuatnya.

Dan tak semena-mena, aku terasa sesuatu, bunyi tapak kaki juga kedengaran keluar dari bilik Atuk dan dari arah ruang tamu. Dan bunyi tersebut bukan seorang, tapi macam dua orang. Tup tup tup, bunyi tapak kaki sebab rumah Atuk ni rumah kayu, jadi memang berbunyi la kalau ada yang berjalan. Bunyi tapak kaki tersebut, perlahan2 je, macam orang tua berjalan.

Aku entah la, jantungku berdegup laju, aku tak berani intai ke tepi/belakang semua, tanganku masih memegang tombol pintu tersebut.

Dan, aku terasa bahuku disentuh sesuatu. Ya Allah, tolonglah, jangan la makhluk hodoh macam dalam cerita2 seram yang aku baca semua ni.

“Saiful, Saiful buat apa ni,” Nenek menegurku. Bulu romaku dan perasaan cuak tu macam maksimum ketika itu. Tapi terdengar suara Nenek tu, Alhamdulillah, walaupun sebenarnye ketika itu aku masih takut.

Kelihatan Nenek dan Atuk merenung aku. Aku masih kaku, tak mampu menjawab soalan tersebut. Perasaan takut masih menyebulungi aku. Adakah lidah panjang akan terkeluar, tiba2 bertukar wajah yang buruk, atau akan ada ngilaian yang sangat kuat dan lain2? ketika itu, memang tak terfikir langsung nak baca ayat qursi atau ayat2 suci yang lain, diam tergamam.

Aku memandang Atuk. Atuk daripada muka biasa macam nak ambil tahu, tetiba SENYUM kat aku. Begitu juga dengan nenek. Korang rasa macam mane kalau korang berada di tempat aku ketika itu.

“Saiful, kan Atuk da cakap jangan buka bilik ni, bilik ni Atuk dan Nenek tak sempat kemas lagi” Atuk mencelah jawab.

Tangan aku terlepas dari tombol pintu, dan sejurus itu, Atuk membuka pintu bilik tu. Bilik tu memang bersepah sedikit, kain2 langsir lama / kotak2, ada 2-3 biji kotak terjatuh atas lantai. Angin kuat sebab percikan hujan memasuki bilik itu sedikit disebabkan tingkap yang tidak ditutup.

Atuk terus menutup tingkap tu. Rupa-rupanya semua bunyi tadi disebabkan oleh hujan, dan Atuk dan Nenek terlupa untuk tutup tingkap. Dan angin kuat memasuki daripada hujan itulah yang menyebabkan kotak2 besar di atas meja tersebut jatuh ke lantai kerana Atuk letak kotak besar itu di atas meja yang kecil, tidak stabil.

Aku terdengar Atuk dan Nenek membaca ayat Qursi.

Dan ketika itulah aku terasa begitu bodoh sekali kerana berfikir bukan2. Sejak dari peristiwa itu. Aku tidak lagi fikir bukan2. Cuma ada masanya, aku akan pastikan diri ini sentiasa cukup solat lima waktu, amalan2 sunat dan doa sebagai perlindungan daripada semua jenis bala bencana.

Sekian sahaja cerita seram aku buat masa ni, sebenarnya Zubair nak bercerita jugak, sebab dia macam alim sikit, join usrah semua walaupun kuat main game, mungkin ceritanya lagi seram? entah lah, cerita dari mulut ke mulut memang lain dari menulis, so, aku taktau mana lagi seram, tapi rasanya, cerita Zubair lagi seram jika berbanding dengan cerita aku dan Bob. Tapi sebab panjang sangat aku tulis ni. Aku rasa sampai di sini lah cerita “akibat banyak memaca kisah seram” untuk siri ini. Semoga kita mengambil iktibar dan perbanyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya DIA MAHA Berkuasa ke atas segala-galanya.

Terima kasih lagi semua kerana sudi membaca ceritaku yang tak berapa seram ini. Semua kita semua enjoy membaca cerita2 dar FS yang best2 ni. Jumpa lagi.

Assalamualaikum

Bob (Siri 1) dan Saiful (Siri 2)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

58 thoughts on “Akibat Banyak Membaca Kisah Seram 2”

  1. Nak cakap hambar pulak tak juga, tapi apa2 pun kalau banyak sangat baca kisah2 seram nih memang boleh jadi otak fkir mcm2 ?

    Reply
  2. Story yg lepas ade yg komen kate org name BOB penakut…
    Tapi arini baru akk tau yg name SAIFUL ni lg terok benor penakotnyeee…

    Adeehhh Anis, Anis…
    Ehh,tersilap plak…!
    Saiful, Saiful…
    Ko ni mainan perasaan ni…
    X pepasal atok ngan nenek yg suwit tu ko bygkan lidah panjang terjelir, hahahahahah…
    Akk pekkk ko kang baru ko tau…
    Derhaka punye cucu…

    Reply
  3. Selama aku baca cerita dlm fs ni.. Tak pernah lg aku terbawa seram tu ke alam. Realiti.. Apa pun kipidap dongibab writer..

    Reply
  4. “Anis jangan masuk ke bilik tu ye,” Atuk berkata sambil tangannya menunjukkan ke arah bilik yang menghadap dapur tu. Rumah Atuk ni besar, ade 4 bilik. Satu bilik untuk Nenek dan Atuk. 3 bilik lagi biasanya kosong dan akan dipenuhi oleh anak2 dan cucunya nnti bila balik beraya…

    Tershock skjp akak dik.scrol blik atas..td akak berimaginasi ker yg korg ni llaki pdhl pmpn?? Scrol blik bawah bc…owh..hahahaha..pandai atuk buat puchline. Akak terkesima skjp. Welldone2….?

    xkesa la seram ker x.jnji korg rajin mnulis dr akak yg byk story tp xd ms nk tulis.malas pun yer..hehe.niway..best!

    Reply
  5. Perasaan kau je lebih rupanya. Hahaha lek lek. Gigih aku baca weh. Sebabkan banyak pulak admin up citer baru aku pun layan sampaikan citer aku pun baru separuh jalan je aku siapkan. Okaylah nak membusykan diri. bye!

    Reply
  6. “Muka beruk yang mencuri roti Bob beberapa minggu dulu pun, aku tak ingat macam mane (sebab lepas nampak, ibarat tak sampai satu saat atau secara automatik terus lari dan ambil hanger baju lempar untuk halaunye)”

    lempar hanger, takut punya pasal…

    yg penting lari tu mesti kepit… kan?

    Reply
    • Memori beruk curik makanan yg mak kawan aku bekalkan..menangis2 dia tepon mak die.. kecian

      Aku pernah jumpe beruk rabun.. n beruk bg salam

      Reply
  7. Cerita ni nak cari gaduh ni. Haha. Tapi setuju berkenaan rupa hantu. Mmg selalu terfikir, dlm keadaan takut melampau, mcmana penulis kadang boleh secara jelas, nampak, rupa hantu ni pucat, mata merah, kulit berkedut, ada nanah dan cacing kt muka. Gelap kot. Jarang hantu keluar dilimpahi lampu terang bak mentari.

    Reply
  8. Aku pon ade pengalaman
    lepas obses dengan cerita2 di FS mmg pernah kena gangguan di rumah (dengar budak menangis) termasuk mimpi budak. pastu terus stop baca cerita di FS.

    tapi sebab dah obses aku baca balik cerita kat FS.pernah boleh tinggal weh

    Reply
  9. ingat kan BOB paling penakut…tapi sesungguhnya Tanggapanku meleset…SAIFUL lagi penakut. takut sebab imaginasi sendiri.. best la..kalau crita macam nie aku baca malam2.kalau cerita seram2 3bradik tu aku baca siang..

    Reply

Leave a Comment