Akibat Pontent Kelas Prep dan Fly!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS. Jutaan terima kasih kepada pihak FS crew kerana telah publishkan cerita aku. Aku Diana. Ini cerita ketiga aku. Cerita first aku ialah Usop. Cerita second pulak cerita Ulek Mayang sewaktu Kem. Terima kasih atas komen-komen positif. Untuk pengetahuan semua, semua nama dalam cerita ini bukanlah nama sebenar dengan tujuan untuk menutup aib.

Nak dijadikan cerita, aku sekolah di sekolah berasrama penuh. Okey, aku sambung jap pasal ulek mayang tu. Sejak kejadian itu, Qila pindah sekolah. Hanya aku, Vee, Aira dan Mia je stay kat situ.

Okey, sambung balik cerita ni. Dulu, aku nakal jugak. Selalu ponteng kelas prep. Tapi takdelah nakal tahap gaban. Aku just ponteng kelas prep apabila perlu sahaja seperti pada hujung bulan.

Rakan-rakan yang selalu turut serta ‘fly’ keluar bersama aku ialah Aira, Vee dan Mia. Mereka bertiga selalu bersama aku.

Pada hujung bulan, aku merancang dengan mereka nak fly. Malam tu malam hari Jumaat. So, esok tu hari Sabtu dan boleh outing. Kami merancang untuk lepak seketika di kedai mamak yang tak jauh dari aspuri (asrama puteri).

Jadi, malam itu kami dah ready nak fly. Tiba tiba Vee nak terkucil pulak. Tandas yang dekat dengan jalan fly sudah berkunci sebab semuanya rosak kerana ada students yang bertangan gatal.

Oleh kerana tandas paling dekat dah berkunci, kami perlu ke tandas kedua dekat di blok B. Namun, sebenarnya kami tak mahu langsung dekat dengan tandas tu. Ini kerana ianya ada kuasa mistik yang aku sendiri tak tahu. Tetapi, kami terpaksa. Jadi nak tak nak kena masuk jugak.

“Tunggu aku jap! Kalau korang tak tunggu aku tak nak treat mi goreng basah malam ni!” Ujar Vee. Mia mengekori Vee masuk ke tandas. Aku dan Aira tinggal di luar.

Tiba-tiba, pintu besi tandas itu tertutup dengan kuat sekali. Fikirku, mungkin angin. Namun, ternyata tiada angin. Aku cuba membuka pintu itu. Tetapi, ianya seperti digam kukuh.

“Eh, apasal tak boleh bukak ni?” Bisik aku pada Aira. Aira hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
Aku dan Aira cuba menarik pintu itu. Akhirnya, boleh dibuka. Aku menjenguk di dalam tandas. Aira pula memanggil nama Mia dan Vee.

“Vee, Mia! Cepatlah!” Jerit Aira dengan kuat sekali. Aku menepuk bahunya agar perlahankan sedikit suara.

“Kami di siniiiiii…. Hiiii…. Hiii….” Mia dan Vee mengilai. Aku dan Aira memang dah takut waktu tu. Jadi, kami terus berlari tak cukup kaki. Sementara itu, kami mendengar lagi hilaian hilaian menakutkan. Kami terus menuju di tempat fly tadi.

“Eh, Di, Aira.. Korang gi mana?” Tanya Mia dengan selamba. Kami berdua memang terkejut sangat.

“Hoi! Bukan korang pergi tandas kat blok B tadi tu ke? Pastu jadi hantu mengilai ngilai,” ujarku. Mia dan Vee ketawa.

“Apa kau merepek ni Di? Kami memang pergi tandas tapi dah keluar 15 minit yang lalu kau tahu tak? Lagi pun aku ngan Mia gi tandas blok C,” kata Vee. Aku dan Aira memang terkejut bukan kepalang. Siapa dalam tandas blok B yang mengilai ngilai tu? Akhirnya, kerja terkutuk memonteng kelas prep dibatalkan kerana aku dan Aira terkejut yang teramat sampai Aira demam. Tidak ada mood pulak nak fly fly. Sejak itu, kami insaf tak nak fly dah.

Esok hari, aku bertanya pada senior form 5 pasal tandas tu. Rupanya, 5 tahun ada seorang student perempuan form 3 b***h diri sebab asyik kena buli dan stress yang teramat kerana tekanan dari parentsnya. Tandas tu masih dibuka. Maybe pihak sekolah tak kisah pun pasal tu.

Pesanku, janganlah nak fly fly ke ponteng ke. Aku pun tak tahu apa disebalik hikmah semuanya berlaku tetapi yang aku tahu Allah nak tunjuk jangan nak memonteng class prep lagi.

Short? Maaf. Kalau tak puas hati comment kat bawah dan aku terima dengan hati yang terbuka.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Diana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Akibat Pontent Kelas Prep dan Fly!”

    • Tolong jangan mencarut, ini bukan awak punya personal blog. Ini public blog. Please, don’t. Kalau tak puas hati just say.

      Reply
  1. Bkn tk puas ati mmg puas ati dh sbb jlan crita walaupn pndek tpi padat n tk trgantong tapi stu ja tmbh lgi bnyak crita tk puas haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.