AKU..
Assalamualaikum kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha yang saya hormati, saya perkenalkan diri sebagai Akir, berumur 20-an dan berasal dari negeri pantai timur. Apa yang akan saya ceritakan disini adalah perkara yang benar-benar berlaku dalam hidup saya dan memberikan impak yang besar dalam hidup saya.
(Permulaan)
22 November 2003, 7 petang dimana umat Islam pada ketika itu sedang menjalani ibadah puasa di akhir bulan, lebih kurang 3 hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma, saat itu aku, ibu dan bersama dua orang kakak aku sedang menjamu juadah berbuka puasa manakala abah berbuka diluar kerana mengikut rakan sekerjanya. Dari awal bermula puasa itulah kali pertama abah berbuka diluar.
“kringgg kringg”
Telefon rumah berbunyi, kakak sulong aku yang sedang makan itu segera pergi ke sinki dan mencuci tangannya dan lantas berjalan ke arah telefon dan menjawap panggilan tersebut.
“ya Allah! Mak!!!” kakak mula menjerit dan memanggil ibu, kami yang sedang makan itu terkejut.
“abah.. abah dekat hospital, kawan dia cakap dia terjatuh dari kerusi dan tak sedarkan diri..”
Itulah yang disampaikan oleh kakak kepada kami didapur. Ibu hanya terdiam kerana dia mula berasa tidak sedap hati malah kami juga sama kerana kami tahu abah ada sakit jantung. Angah pantas bersiap dengan kakak lalu mereka ke hospital menaiki kereta, aku dan ibu hanya tinggal di rumah.
Seketika kemudian telofon berbunyi lalu ibu pantas menjawap panggilan tersebut, aku hanya memandang ibu ketika itu dan dapat aku lihat air mata mula mencuruh di pipi ibu, ya aku ketika itu hanya berumur 8 tahun dan masih lagi tidak mampu mengerti apakah maksud air mata itu, lalu aku dekat dengan ibu.
“mak, kenapa, apa dah jadi?” ibu memandang aku lalu mengusap kepala aku, ibu terduduk di lantai.
“adik.. abah.. dah takde”
“abah gi mana mak? Bukan abah berbuka kat luar ke?” aku mula keliru dan bertanya soalan tapi ibu hanya diam. Aku disuruh ke bilik tapi memandangkan aku masih tidur satu bilik dengan ibu dan abah aku memilih untuk masuk ke bilik kakak. Aku baring di katil kakak dan aku tidak pasti bagaimana aku boleh terlelap. Semuanya bermula disini.
“Assalamualaikum..”
Aku yang ketika itu sedang bermain di luar rumah disapa dari oleh seseorang yang aku tidak kenal. Seorang tua.
“waalaikumussalam.. pak cik ni siapa ek?” aku mendekati orang tua itu.
“aku adalah suadara ayah kamu, aku kawannya. Kamu Akir kan?” orang tua itu menghulurkan tangannya.
“ohh..” pendek sahaja aku berbalas lalu bersalaman dengan orang itu.
Tiba-tiba orang tua itu bertukar menjadi semakin muda, tubuhnya memang tinggi tapi dapat aku pasti yang orang tua itu mula berubah bentuk wajah dan wajahnya perlahan-lahan menjadi wajahku. Tapi seolah-olah versinya itu adalah aku yang dewasa sedangkan aku masih budak.
“jangan takut, nama aku Syafiq. Aku dihantar oleh ayahmu untuk menjaga kamu..” itulah kata-katanya sebelum aku tersedar dari tidur.
Aku terbangun kerana mendengar bunyi van, aku berpeluh-peluh saat itu lalu keluar dan aku melihat beberapa orang sedang mengusung seseorang keluar dari van tersebut dan masuk kedalam rumah lalu membaringkan tubuh itu di ruang tamu. Ya itu adalah abah.
Aku tidak tahu apakah perasaan aku ketika itu, hanya melihat angah, kakak dan ibu menangis,
Aku terlupa akan mimpi aku tadi.
Setelah semua selesai, mayat dimandikan dan disembahyangkan, malam itu juga arwah abah akan dikebumikan, saat itu yang aku ingat dalam pukul 11 malam. Walaupun aku masih budak tapi aku dibenarkan ke kubur juga kerana aku adalah satunya anak lelaki dalam keluarga aku.
Saat di kubur dapat aku lihat mereka meletakkan mayat abah di liang lahad, pada ketika itu angin seolah-olah menyapa aku membuatkan aku melihat sekeliling dan aku terpandang di atas kawasan berbukit di kubur itu, dekat sahaja tapi orang itu memang aku kenal, itu abah.
Abah memandang aku dengan tersenyum, aku hanya diam. Pulang ke rumah aku masih melihat abah tapi aku pelik kenapa ibu dan kakak, angah seperti tidak nampak abah? Abah duduk dekat dengan ibu yang duduk di sofa.
Malam itu aku tidur dengan ibu dan saat aku tidur dapat aku rasa tangan abah mengusap kepala aku, aku hanya pejamkan mataku.
Tahun itu kami beraya tanpa Abah..
Pada hari raya ketiga, hujan turun renyai sahaja malam itu, disebabkan kesejukkan aku terasa ingin membuang air kecil lalu aku ke tandas.
Tandas dirumahku agak besar dan terpisah ruang untuk membuang hajat dan tempat mandi serta di ruang mandi rumahku juga terdapat satu perigi. Cuma perigi itu jarang kami guna.
Aku masuk di ruang untuk melepaskan air kecil. Di dalam ruangan itu aku terdengar bunyi seperti cakaran, cakaran kuku yang panjang yang cuba mencakar perigi di ruang sebelah. Aku keluar dari tempat buang hajatku dan apa yang lihat ketika itu adalah sesuatu yang menakutkan! Sesautu sedang duduk mencangkung di atas perigi tersebut, dilihat oleh mataku seperti seorang perempuan berbaju putih dan bajunya koyak rabak serta ada kesan darah, rambutnya panjang mengurai menutupkan mukanya tapi dapat aku lihat bola matanya yang merah. Benda itu mengeluarkan lidahnya yang buruk dan air liurnya mula menitis jatuh. Dia mendengus seperti beruk, dia mula terjun dari perigi ke lantai dan mula merangkak mendekati aku. Tapi saat itu aku kaku, kaki ku tidak dapat melangkah suaraku pula terasa disekat. Aku cuba untuk menjerit tapi tiada daya.
Saat benda mula menghulurkan tangannya untuk mencapai kaki aku..
“Allah!!” asap entah dari mana mula muncul dan satu kelibat muncul lalu menikam tangan benda itu dengan keris.
Benda itu mengerang mendengus kesakitan, meronta cuba dilepaskan dari keris yang terbenam di tangannya. Lalu lelaki itu menumbuk muka benda tersebut.
“jangan takut, syafiq ada untuk lindungi kamu”
Ye Syafiq muncul di hadapan aku dan mimpi yang aku alami di malam kematian arwah abah kembali bermain, aku masih kaku dan hanya melihat bagaimana Syafiq berlawan dengan benda itu, disepaknya benda itu sampai terpelanting ke dinding. Lalu Syafiq mula membaca ayat yang aku tidak faham tapi itu adalah ayat Al-Quran. Aku ketika itu masih belum fasih mengaji lalu ditanganya muncul bebola merah bercahaya kemudia dia melontarkan bebola itu kepada benda tersebut lalu benda itu terbakar dan hilang dari pandangan.
Syafiq memandang aku dan tersenyum.
“aku pergi dulu, berhati-hatilah kamu sekarang menjadi perhatian mereka”
Belum pun sempat aku bertanya dia hilang begitu sahaja. Aku berlari keluar dari tandas dan menangis ke arah ibu.
“adik kenapa ni?” ibu bertanya dan memeluk aku.
“adik nampak hantu kat tandas le..lepastu Syafiq datang tumbuk hantu tu, mak adik takut..”
“syafiq?” ibu terdiam dan aku lihat ke arah muka ibu, ibu seperti cuba memikirkan sesautu dan dia Cuma tersenyum sambil menggosok kepala aku.
Malam itu aku tidur, aku bermimpi.
Aku berada di suatu tempat yang aku tidak kenal. Seperti hutan tapi ada rumah-rumah disitu, aku berjalan sambil memandang ke kiri dan kanan aku yang hanya ada rumput yang panjang.
“arghhh!!!!!!”
Terdengar satu jeritan dari arah hadapan yang gelap gelita, aku dengan takut bercampur berani berlari anak ke arah tersebut dan disitu aku tengok ada pokok besar, sangat besar. Aku dengar lagi jeritan itu dari arah atas,
Aku mendongak kepala aku ke arah atas dan sejurus itu satu benda mula jatuh ke arah aku, mujur aku sempat mengelak dan benda yang jatuh tersebut adalah seorang budak perempuan yang hampir sebaya aku tapi hanya separuh! Hanya bahagian tubuhnya sahaja tanpa kaki, dadanya seperti dirobek dan berlubang, dia mengerakkan tangannya ke atas dan berpaling ke arah aku.
“la..lari.. ce..cepat” tangannya jatuh dengan mata terbeliak luas, diam tanpa kata.
Aku memandang ke atas, ada satu lembaga turun melayang sambil melahap sesautu, aku amati dan benda yang sedang dimakannya itu adalah jantung!
“hiiiiiiieeeeeeeeeee!!!!! Akirrrrr.. mari sini” benda itu memanggil aku dan rupa benda tersebut sepeti nenak tua, berambut putih. Hidungnya panjang tak ubah seperti ahli sihir filem orang putih yang aku tengok.
Aku apa lagi terus berlari ke arah belakang sambil nenek tu mengilai ketawa, ketawanya sangat kuat, aku terus berlari kemudian di depan aku ada 3 orang berpakaian seperti hulubalang istana cerita lama, memengang lembing. Aku berlari melintasi mereka lalu aku menoleh kearah mereka.
“hieeeee bodoh! Bodoh!!” nenek itu ketawa dan menyumpah 3 orang itu lalu dia melibas dada mereka bertiga, tembus lalu ditarik keluar jantung jantung mereka dan diramasnya sampai pecah!
“tolongggggggggg!!” aku menjerit meminta pertolongan dan terus berlari.
“adik! Adik!” terasa badanku digoncang lalu aku membuka mata, aku tengok ibu disebelah mengocangan badan aku, aku memeluk ibu dengan erat, menangis bagitahu ada nenek tua nak makan aku.
Ibu mengeluh panjang dan mendodoikan aku sampai aku kembali lena.
Beberapa hari berlalu..
“bak!” ketika itu aku bersama angah sedang menonton tv dan kami bergegas ke dapur kerana bunyi itu datang dari arah dapur.
“mak!!” angah berlari ke arah ibu yang sedang mengelupur dilantai, mulut ibu keluar buih, angah panik lalu meminta tolong daripada jiran kami yang merupakan sepupu kami sendiri.
Ibu kena sawan. Ibu ada penyakit kencing manis sudah lama dia menghidap penyakit tersebut. Ibu dibaringkan di biliknya, angah membersihkan muka ibu dan biarkan ibu berehat.
Petang itu hampir waktu magrib ibu bangun,
“puih! Puih! Pergi kau syaitan!” aku terdengar seperti suara ibu dari dalam bilik, aku pergi ke arah ibu dan aku nampak ibu sedang memegang bantal dan memukul sesautu, bila aku semakin dekat, dapat aku lihat nenek yang aku mimpi tempoh hari ada di situ! Ibu memarahi benda itu sejurus nenek itu melihat aku, dia terus hilang.
Aku mendekati ibu dan ibu memeluk aku.
“jangan takut, ibu ada”
Aku hanya menganguk faham.
Malam itu ketika aku tidur, Syafiq datang kepada aku. Dia menghulurkan keris yang dipegangnya kepada aku
“ambil la, ianya milik kamu juga”
Aku mengambil keris tersebut, aku amati keris itu, warnanya coklat. Semakin lama aku pandang keris itu aku mula teringat sesautu, keris itu sama seperti keris yang arwah abah simpan di kabinet di ruang tamu.
“iya.. keris itu adalah keris moyang kamu, aku menjaganya selama ini” Syafiq seolah membaca apa di fikiran ku.
“syafiq boleh saya tanya?”
“silakan”
Aku terdiam untuk seketika.
“macam mana Syafiq kenal abah saya? Kenapa keris ni ada pada kamu, kenapa tempoh hari ada benda cuba kacau saya dan.. nenek kebayan tu.. kenapa kacau mak? Apa mak dah buat dan kenapa Syafiq muncal bila dengan saya je, kakak dan angah syafiq ada jumpa dorang?” aku terus bertanya semuanya pada syafiq, aku inginkan kepastian.
“bersabarlah Akir, semuanya akan terjawap nanti, aku mengenal ayahmu sudah lama. Keris ini hanyalah di alam aku sahaja, keris sebenar tersimpan di rumahmu. Tentang nenek yang kamu katakan itu ianya datang dari ibu mu sendiri. Simpanlah rahsia perkenalan kita ini daripada kedua kakakmu”
Aku tersedar daripada mimpiku, aku melihat ibu sedang solat subuh lalu aku pantas bangun ke bilik mandi mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh.
Ibu pergi membeli makanan untuk bersarapan, angah masih di biliknya dan kakak sudah pulang ke universiti di kuala lumpur. Aku teringat akan keris yang diberitahu oleh syafiq.
Aku pergi ke arah kabinet di ruang tamu, aku membukanya. Keris itu ada tersimpan disitu. Saling tak tumpah samanya keris tersebut dengan kepunyaan Syafiq, aku cuba menarik keris itu tetapi ketat tidak dapat aku buka, aku menyimpannya kembali kerana ibu sudah pulang.
Januari 2004
Aku mula kembali ke sekolah, aku di darjah tiga ketika itu.
Pada hari itu aku pulang ke rumah sedikit lewat, takut juga aku kalau kena marah dengan ibu sebab pulang lewat.
Aku sampai di rumah dengan berbasikal, sunyi sahaja rumah. Aku membuka kasut dan stokinku dan letak di atas tangga. Terasa lapar dan aku mula tertanya masakkan apakah yang bakal ibu hidang hari ini. Aku berjalan ke dapur dan apa yang aku lihat ibu mula terkena sawannya kembali. Dengan dapur gas masih berpasang dan aku juga melihat nenek itu berada di atas badan ibu sambil menjilat air liur ibu yang terkeluar akibat sawannya.
“woiii! Jangan kacau ibu aku la setan!” aku menjerit dan berlari ke arah ibu. Tetiba nenek itu memandang aku dengan muka yang sangat menakutkan aku. Aku menjadi kaku dan berhenti dari mendekati nya.
Nenek itu menjilat kembali muka ibu, aku mula menangis dan berasa bersalah kerana tidak dapat lakukan apa-apa untuk menolong ibu aku. Aku merayu kepada nenek tersebut dari berhenti menyakitkan ibu aku, masa itu aku Cuma berharap Syafiq akan membantu aku.
Di saat fikiran ku membayangkan Syafiq kemudian asap mula muncul dan syafiq benar benar di depan ku. Syafiq pantas membaca sesautu dan sekali lagi dapat aku lihat bebola merah di tangannya muncul lalu dia melempar ke arah nenek syaitan itu, nenek itu menepis bebola merah itu dan mula mengilai.
“jangan kau cuba menentang aku!” nenek itu meludahkan air liurnya dan ludahan nya itu terkena pada muka aku, terasa panas di muka aku, aku menjerit kesakitkan lalu nenek itu hilang dan Syafiq segera ke arah aku. Dia membaca sesautu sambil menadahkan tangannya dan menyapu ke muka aku. Sakit itu hilang serta merta.
Aku telefon angah supaya pulang cepat kerana ibu sawan.
Petang itu aku keluar bermain dengan sepupu ku di padang bola di kampungku. Kerana keasyikkan bermain tidak sedar azan magrib mula berkumandang. Tapi oleh kerana masih seronok bermain aku dan sepupuku sambung bermain, kami bermain bola ketika itu, setelah langit mulai menggelap kami beransur pulang ke rumah masing-masing, rumah sepupuku hanya sebelah rumah aku sahaja tapi berjarak, aku pulang ke rumah melalui rumahnya, aku panjat pagar rumahnya untuk pulang. Ketika itu aku terpandang di luar rumah, di sebeleh bilik angah. Ada sesautu berdiri situ, kerana gelap aku menyangka itu mungkin pakcik aku tapi selepas aku semakin dekat dapat aku lihat bahawa itu bukan pakcik aku tetapi hantu gula-gula atau lebih dikenali sebagai pocong. Aku berlari melintasi nya dan masuk kedalam rumah, aku berpeluh banyak berkerana bermain sebentar tadi dan cuba kerana melarikan diri dari benda tadi, aku kemudiannya mandi, aku mandi cepat-cepat kerana tidak mahu tertinggal menunaikan solat magrib.
Selepas selesai mandi. Aku berasa dahaga lalu aku ke peti sejuk. Dapur rumah aku ada tingkap. Aku membuka peti sejuk tersebut lalu meminum air, saat aku tutup pintu peti sejuk tersebut aku memandang ke arah tingkap itu dan aku lihat pocong itu berada disebalik tingkap itu seolah memerhatikan aku. Aku lantas berlari ke ruang tamu mendapatkan ibu aku yang sedang menonton tv.
Sampai disini sahaja aku ceritakan dahulu kisah aku, masih banyak misteri tentang keluarga aku yang aku belum tahu. Kenapa aku dapat melihat mahluk yang orang lain tak nampak ni semua? Gangguan aku alami selama ini sentiasa ada Syafiq untuk membantu aku, aku ni dikira istimewa ke?
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Menarik cerita ni, banyak persoalan tak terjawab lagi..
Maaf.. bukan nak tunjuk alim @ pandai beragama cuma… pertolongan Syafiq tu dari Allah. Syafiq hanya perantaraan sahaja. Sebab takut jatuh syirik, bergantung harap pada makhlukNya. Yup! Semua tu jadi waktu awak masih budak2.. harap2 bila da besar awak tak mengharap @ bergantung pada kemunculan Syafiq ketika awak terkena gangguan.
#bukankecamanhanyateguran
Safiq Rahim Yg Main Bola Tu Kan?
Curious bab nenek kebayan yg dok jilat airliur mak die..ade mbela ke
Admin! Gambar tu! Tak tido malam Aku T_T
mmg rupenye lbh krg cmtu ke EL?
Hahahaha. Yang betul lagi seram
Mungkin Syafiq juga kirakan pendamping turun temurun dan terikat dengan keris pusaka tu? Cuma dia Jin Islam. Dan nenek tu… mungkin.. mak awak ada saka keturunan kot tapi tu jin kafir. Apapun seperti yg ada commenter tu katakan, jangan terlalu bergantung pada Syafiq sekiranya awak dah besar. Belajar melindungi diri dengan ibadah. Sebaiknya mak awak pergi berubat?
Dan admin!!!!! Gambar tuh… adoi! Nasiblah baca time siang hari oii.. Gemuruh jap.
Moden gak namenye Syafiq…
Heheeehehe…
semua dr Allah,
Adeh..Akak br bc.tlepas.tgk2 da kua episod dua.oke2..move to epi 2 plk.seram
crita benar ke ni????
boleh tahan citer ni i like that??? ????
gambo tu menarik perhatian aku utk membaca..dlm umah aku ade 2..1 bungkus putih 1 lg bungkus hitam..bile lah nk buang sbb aku pun takut nk buang..laki aku kate berani ko usik lah..kang mlm2 dia dtg dlm mimpi..terus xjd aku buang..hahaha
Thanks sharing
mcm byk tanda tanya kisah ni
Wowww