Aku Bercerita

Assalamualaikum pembaca warga Fiksyen Shasha yang dirahmati Allah sekalian. Setelah cerita aku yang bertajuk “Jangan Tegur”(tentang sekolah) telah dipublishkan oleh admin pada tahun lepas, kini aku terpanggil untuk berkongsi cerita tentang kisah-kisah yang pernah berlaku di dalam keluarga aku. Nama-nama yang berada di dalam ini hanyalah rekaan semata-mata. Mohon susun sepuluh jari jika cerita ini terlalu panjang dan terlalu membosankan untuk dikongsikan. Kerana aku bukan manusia yang tahu untuk meringkaskan cerita. Terdapat enam kisah cerita yang aku ingin ceritakan.

Jadi, dengarkan aku bercerita.

Bismillahirahmanirahim,

CERITA PERTAMA :

Tahun 2007, dimana aku berada di darjah lima. Semasa berada di dalam kelas, kesemua rakan-rakan termasuklah aku sibuk dengan persiapan untuk pertandingan kelas sempena hari kemerdekaan yang akan dismabut tidak lama lagi. Semasa sedang sibuk menolong rakan-rakan yang lain, ketua kelas aku, Zubaidi melaung nama aku.

“M! Oi, M! Bapak kau datang!”

Bapak? Aku garu kepala yang tidak gatal. Kenapa pulak datang? Laju kaki menuju ke arah pintu kelas. Aku dapat lihat wajah ayah waktu itu pucat. Kenapa, ayah? Bertanya dalam bahasa isyarat.

“Atok.” Sepatah ayah bersuara.
“Ok, kenapa dengan atok?” Aku pandang wajah ayah. Pelik. Takkan datang sekolah semata-mata nak cerita pasal atok pulak kan? Mesti ada sesuatu tak kena ni. Fikir aku masa tu.

“Atok meninggal..” Ayah aku seperti susah nak sebut perkataan meninggal itu. Reaksi aku masa tu, entahlah macam tak rasa apa-apa. Otak ni tak boleh nak terima dengan baik apa yang diperkatakan oleh ayah masa itu.

“Atok mana?” Soal aku. Sebab aku mempunyai dua orang atok. Atok Keramat satu dan Atok Ampang satu.
“Atok Keramat.” Jawab ayah.

Bila ayah sebut je Atok Keramat, terus kaki ni gigil. Kaki tidak larat nak ampung badan ketika itu. Terus terang aku katakan yang aku begitu rapat dengan Atok Keramat (ayah mak aku). Kehilangan Atok Keramat amat dirasai oleh aku serta sepupu-sepupu aku yang lain. Kerana Atok Keramat merupakan atok yang paling penyanyang yang pernah kami ada.

Malam selesai majlis tahlil, aku dan sepupu-sepupu yang lain bentangkan tilam toto untuk kami tidur secara berjemaah di ruang tamu di rumah arwah Atok Keramat. Budak-budak lelaki waktu itu ambil tempat yang lebih gelap berbanding kami budak-budak perempuan yang mencari tempat yang sedikit terang berdekatan dengan ruang dapur. Lampu dapur memang dibiarkan terpasang.

Aku tidak sedar pukul berapa aku terjaga. Sambil baring, mata ini melilau memandang sekeliling. Melihat pelbagai aksi tidur yang dipersembahkan oleh sepupu-sepupu aku yang lain. Ketika aku mahu mengalihkan posisi badan ke sebelah kanan, entah kenapa aku merasakan seperti ada bayang-bayang seseorang sedang berdiri berdekatan dengan kepala aku. Jadi, aku terpanggil untuk menoleh kebelakang. Mana tahu kot-kot nenek aku ke yang berdiri, kan?

Sewaktu aku pusingkan kepala, apa yang mata aku lihat ialah kain putih yang sedang berdiri tegak di atas kepala aku. Dahi aku kerutkan. Siapa pulak? Mata aku perlahan-lahan naik ingin memandang wajah empunya badan. Aik? Mana pergi tangan? Putih memanjang.

Pap!
Mata aku terhenti di bahagian pinggangnya. Ok. Aku dah tahu benda ni apa. Aku dapat rasakan peluh mula membasahi dahi aku. Dapat rasakan yang jantung aku berdegup dengan laju. Aku dapat rasa yang berdiri tegak di atas kepala aku ini adalah pocong. Ini kerana tangannya berada di dalam kain putih tersebut. Aku ambil langkah untuk terus pejamkan mata dan menyempitkan diri aku ke arah kakak sedara aku.

Keesokan hari, aku cerita dengan sepupu-sepupu aku apa yang aku alami malam tadi. Kata dia orang, mungkin yang aku katakan pocong itu berkemungkinan ialah arwah atok aku. Kata abang sepupu aku, mungkin atok datang ingin melihat cucu-cucu dia. Dia orang kata lagi, arwah orang yang sudah meninggal dunia ini roh mereka akan menggelilingi rumahnya sebanyak 44 hari.

Yeke? Entahlah. Disebabkan malas nak percaya, aku hanya diamkan diri.

CERITA KEDUA :

Kisah kedua ini pula berlaku ke atas angah aku.

Tahun 2009, setelah mendapat kunci rumah baharu, kami sekeluarga terus berpindah di satu negeri yang jauh daripada Kuala Lumpur. Sewaktu berpindah ke rumah baru, hanya kami satu keluarga sahaja yang berada di lorong kawasan perumahan kami. Lorong-lorong yang lain kebanyakannya semuanya berpenghuni. Itu pun boleh dikira dengan jari.

Awal permulaan duduk disitu semuanya ok. Walaupun kawasannya sedikit sunyi, tetapi aku suka. Tidak seperti di Kuala Lumpur yang begitu sesak. Dalam beberapa minggu duduk disitu, angah aku mula diganggu. Kejadian ini berlaku semasa cuti sekolah. Untuk makluman pembaca, mak ayah aku bekerja di Kuala Lumpur. Jadi, pukul enam pagi mak dan ayah akan keluar rumah untuk pergi ke terminal bas untuk ke tempat kerja mereka.

Ceritanya begini.

Angah terjaga daripada tidur apabila dia terdengar suara mak memanggilnya.

“Angah! Angah! Bukak pintu!”

Angah yang sedang mamai terus turun ke bawah menuju ke pintu masuk rumah. Aish, mak ni mesti tetringgal barang la ni. Sempat dia memandang jam dinding di ruang tamu. Pukul 6:15 pagi.

“Angah! Bukak pintu!” Mak bersuara lagi.
“Iyola hah. Den nak bukak pintu la ni!” Angah terus membuka pintu rumah seluas yang mungkin.

Ketika itu Angah dapat rasa hembusan angin kuat menyapa tubuhnya. Dingin. Dia membesarkan matanya. Di hadapannya kosong. Tiada wajah mak yang menyapa. Di hadapannya hanyalah kawasan-kawasan perumahan yang masih kosong belum berpenghuni.

Gulp!
Terus pintu ditutup dan dikunci lalu Angah memecut laju menaiki tangga menuju ke bilik aku yang ketika itu baru hendak bangun untuk menunaikan solat subuh. Akibat pelik melihat Angah yang sudah menutup tubuhnya dengan selimut, aku menegurnya.

“Kau apahal?” Aku bertanya.
Tiada respon.
“Subuh la, gila!” Aku menarik selimut Angah. Bantal dihempuk tepat mengenai muka Angah yang ketika itu sudah pun berpeluh.

“Hang jangan nak liat naa..” Aku terus keluar bilik.
“Kau nak pergi mana kak?” Terus Angah bertanya.
“Bawah. Nak minum air.”
“Jangan!” Angah menghalang.
Aku mengerutkan dahi. “Apasal lak?”
“Esok aku cerita.”

CERITA KETIGA :

Kisah ketiga ini dialami oleh adik bongsu aku. Kisah ini berlaku dua tahun lepas.

“Kak Long.. Angah..” Dia memandang aku dan Angah yang sedang makan. Aku menyahut dengan makanan yang masih penuh dimulut. “Korang nak dengar cerita aku tak?” Dia sudah senyum lebar. Kening kanan sengaja dinaikkan tinggi. Gaya seperti boleh mengalahkan Ziana Zain je.

“Kalau kau nak cerita pasal Aiman kau, sorry beb, Angah tak nak dengar.” Angah sempat menjawab sebelum meneguk air minumannya.

“Apahal pulak pasal mamat tu! Ini takde kena mengena dengan dia la, mangkuk!” Sempat dia menendang kaki Angah di bawah meja.

“Sudah! Sebelum Kak Long hantuk kepala korang berdua, baik kau cerita cepat!” Malas nak dengar mereka berdua bergaduh. Bising!
“Aku nak cerita la ni..”

Dua hari lepas, aku tak dapat nak tidur. Jadi aku main game di dalam talifon aku. Semasa tengah main game tu, aku terdengar bunyi suara orang sedang merengus. Aku ingatkan Angah. Aku stopkan sekejap game yang aku mainkan tadi. Aku jenguk kepala ke bawah memandang Angah yang ketika itu sedang tidur m**i. Mungkin aku salah dengar, jadi aku abaikan sahaja bunyi yang aku dengar sebentar tadi. Aku meneruskan bermain game di talifon bimbit aku.

“Hurrrrmmm…grrr…rrr…huurrrrmmm..” Bunyi merengus tadi kembali menyapa telinga aku. Kali ini lebih jelas dan kuat. Aku tutup talifon bimbit aku. Telinga cuba dipasang seluas yang mungkin.

“Hurrmmm… grr…rrrr..hurrrrmmm…”
Sah. Memang sah apa yang aku dengar tadi tidak salah. Apabila aku menghayati bunyi rengusan tadi, datangnya daripada arah tandas bilik. Bunyi seperti suara seorang lelaki. Mana datang lelaki pulak dalam rumah aku ni? Setahu aku dalam rumah ni yang lelaki ayah je! Gulp!

Bunyi rengusan tadi semakin kuat dan kuat menyebabkan aku terus menutup muka dengan bantal hingga ke subuh hari.

“The End.”
“End dah?” Angah bertanya.
“Satu lagi.. semalam punya cerita..”
“Lagi..?”

Semalam korang berduakan tinggalkan aku pergi ikut Pakcik Shahir pergi Aeon. Macam biasalah, aku akan duduk di meja makan ni dan membuat lukisan-lukisan aku. Semasa aku dok asyik melukis, ketika itulah entah kenapa telinga ni dok gatai pi dengar bunyi guli seperti dimainkan oleh seseorang di tingkat atas. Bunyi guli seperti orang sedang bermain congkak. Gila kan? Bila masa rumah kita ni ada guli? Apatah lagi congkak?! Lama sikit tu, tiba-tiba bunyi guli jatuh daripada tangga. Dah sudah…! Dia main-main dengan aku! Kenapa bila ada Kaklong dan Angah, kau tak nak kacau?? Kenapa masa aku seorang diri kau nak kacau?! Ngeeee!

Tik.. Tik..Tik..
Bunyi dua tiga guli mula kedengaran jatuh.
Aku masih duduk di atas kerusi. Tidak berganjak. Aku mengangkat sedikit kepala aku untuk melihat di tangga. Betul ke ada guli. Bila aku lihat, tidak ada sebarang guli yang jatuh. Kurang ajar betul setan ni! Nak main-main dengan aku pulak ye kau.

Aku meyambung lukisan aku yang tertangguh tadi. Tidak sampai satu minit, aku terdengar seperti orang sedang memotong bawang di dapur. Dah sudaaaaahh….. apa lagiiiiii…. Aku buat pekak. Makin aku buat pekak, makin kuat pulak dia p****g bawang! Masa aku nak angkat kepala daripada kertas lukisan aku, ketika itulah aku perasan ada kelibat hitam berlari di depan aku.

“Sebab tu kau suruh kitorang balik cepat, yang kononnya kau lapar sampai nak pengsan la..” Angah bersuara.

“Of course.”
Kedua-dua belah keningnya diangkat tinggi. Toing toing.

CERITA KEEMPAT :

Kisah ringkas ini berlaku oleh mak aku.

Hujung bulan Februari lepas, ayah aku terpaksa pergi outstation ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, tinggalah kami empat beranak iaitu aku, mak, angah dan adik bongsu aku di rumah dua tingkat ini.

Nak dijadikan cerita, ketika hendak tidur mak akan bukak pintu bilik. Jadi, dia tidak akan berasa keseorangan apabila dia dapat melihat pintu bilik anak-anak dia terbuka di depan matanya. Lampu kecil yang berada di family area dibiarkan terpasang.

Entah pukul berapa, Mak terjaga daripada tidur apabila dia terdegar bunyi suara seorang lelaki seperti sedang mengalunkan zikir. Apabila mak bangun daripada pembaringannya, dia dapat lihat dengan jelas di ruangan family area yang betul-betul berada di depan bilik mak. Terdapat sekujur badan berpakaian kopiah, berbaju pagoda putih dan berkain pelekat sedang duduk bersila membelakangi Mak sedang mengoyangkan badannya ke kanan dan ke kiri dengan perlahan seperti orang duduk berzikir. Badan ‘lelaki’ tersebut menghadap ke arah kiblat.

Mak kata, betuk tubuh makhluk tersebut sebijik seperti ayah aku. Kopiah, kain pelekat, baju semua seperti ayah aku. Semenjak daripada kejadian itu, bila hendak tidur kami sekeluarga pasti akan tutup pintu bilik masing-masing. Aku pun tak nak terserempak dengan benda-benda seperti itu. Aku belum cukup kuat untuk menghadapinya.

CERITA KELIMA :

Kisah kelima ini berlaku di Pulau Perhentian yang berlaku kepada adik bongsu aku.

Akibat keletihan masih dirasakan oleh kami sekeluarga, malam itu tidak ada apa-apa aktiviti yang dilakukan. Semuanya kepenatan. Manakan tidak, perjalanan daripada TBS ke Besut memakan masa selama tujuh jam. Jadi, malam itu kami sepupu sepapat sekadar berborak kosong.

Dalam dok borak tu, adik sedara aku Mail datang menghampiri aku. Dia minta aku menyemak bacaan hafazannya. Mai, dia seorang kanak-kanak tahfiz, jadi dia suka pergi dekat seorang demi seorang ahli kelurganya untuk memperdengarkan bacaannya. Kini, tiba giliran aku pula untuk dengar bacaanya. Dia membacakan surah Ar-Rahman.

Apabila mendapati semua ahli keluarganya sudah mendengar bacaannya, barulah dia pergi masuk tidur. Akibat sudah lewat malam, kami semua pakat untuk beradu. Seperti biasalah, orang yang tidak akan dapat tidur di tempat baharu ialah adik bongsu aku. Seperti biasa, dia akan berwassap dengan kawan-kawan dia, berinstagram, berfacebook, bertwitter and so on.

Dalam dok diam tu, dia terdengar bunyi ketukan di pintu masuk bilik kami dengan ketukan yang kuat. Apahal ketuk macam orang gila ni?? Salam takda apa takda. Takda adab betul la! Baru dia hendak bangun, dia baring semula. Otak dia baru dapat berfungsi dengan baik. Gila ke apa? Sekarang dah pukul tiga pagi! Mana ada orang ketuk pintu macam orang gila macam tu!

Adik aku buat tidak tahu. Dia masih leka bermain dengan talifonnya. Setelah bunyi ketukan, telinganya terdengar bunyi seperti orang mencakar-cakar pintu. Bunyi itu terlalu kuat dan berselang seli dengan bunyi ketukan di pintu bilik. Pintu bilik seperti ditendang kuat oleh seseorang dari luar. Kemudian bunyi atap zink seperti ada orang berlari diatasnya. Tanpa menunggu lama, adik aku terus meletakkan bantal menutup wajahnya.

Keesokan pagi, dia mulakan ceritanya kepada kami sekeluarga.
Kata Pakngah aku, mungkin disebabkan bacaan ayat al-Quran yang dibacakan oleh Mail malam tadi membuatkan makhluk tersebut menjadi panas. Wallahualam.

CERITA KEENAM :

Ini yang terjadi pada aku semalam.

Aku mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu bawah. Mahu melayan movie Tamil yang bertajuk Anniyan. Walaupun cerita ini sudah berulang-kali ditonton, tetapi jalan cerita dia yang menarik membuatkan aku suka. Habis sahaja cerita Anniyan, aku terus tidur. Iyalah, esok sudah mahu kerja.

Dalam separuh sedar itu, aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang sedang menuruni tangga. Cara dia turun tangga sudah dapat aku teka. Ayah. Ok. Ayah. Aku pun mula lelapkan mata. Mata aku sahaja yang lelap tetapi tidak pada telinga aku.

Aku dapat dengar bunyi tapak kaki ayah aku berjalan ke menuju ke arah dapur. Bunyi air di Coway kedengaran jelas menyapa telinga aku. Haus sangat ke ayah sampai lama sangat dekat dapur tu? Aku mula membuka mata. Terasa degup jantung mula berdegup dengan laju. Bulu roma aku terasa menegak.

“Ayah?” Aku cuba memanggil ayah, tetapi tidak menyahut.
“Ayah???” Kali ini aku menjerit dengan lebih kuat. Masih tidak ada sambutan.
Apabila sudah rasa yang aku sudah dipermainkan terus aku menjerit sekuat hati memanggil nama ayah aku, “Ayaaaaahh!!!!!”

“Kenapannya tu?!” Dengar suara ayah di atas membuka pintu biliknya. Kedengaran derap kaki ayah menuruni anak tanggan. “Kenapa, Kak Long? Menjerit malam-malam buta ni??” Wajah ayah berkerut.

Kalau ayah aku ada di dalam bilik.. siapa yang ada di dapur?

Entah kenapa, aku teringat kata-kata yang pernah diucapkan oleh penulis Novel yang terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid di dalam novelnya yang bertajuk Raiyyan Fantasi , “.. apa yang terfikir.. itu ada!..”

-Tamat-

Terima kasih sudi membaca. Maaf sangat-sangat andai cerita ini tidak dapat memuaskan hati pembaca semua. Gomennasai! Sesungguhnya yang hebat itu datangnya daripada Allah dan lemah itu datangnya daripada diri aku sendiri.
-M-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

M
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

118 comments

    1. Damn!!! Kakak berak sekejappp je ko dh taruk no 1…. ko mmg mengadap fs 25jam sehari ke cmne. Laman depan ko x kemas. Baju ko x sidai. Tandas belakang ko biar x basuh!!! Balik cepat ummi panggil!!

      1. Itu semua takdir kakak ku..haha
        Ehh..tu kerja perempuan..dan kerja anak sulung..persoalan nya..siapa yang menepati syarat dan terma tersebut..hehe

        1. Hello akk kerja. Sekarang ni akk kat bengkel tengh btolkan kete. Ko balik tolong ummi ngn dedi pg sana hahahah

          1. hahaha admin sengaje hold tu kak. sinopsisnye…

            pada suatu hari… pokok bunga kertas yang ditanam tiba-tiba je…… (sambung sendiri) hahahaha

          2. Gugur dan layu jatuh di tanah. Beberapa daun turut serta. Sepasang mata memerhati dari jauh. Seorang wanita menunduk mengambil bunga tersebut. Berpaling kebelakng. Merasa digin tiupan angin…. lalu dia mencium bauan yg aneh dari daun tersebut…. sambung

          3. wehhh kak nas.. wordless ni. tak tahu nak sambung apa.. ayat kak nas giler macam orang kerja buat syair je.. hahahaha

    1. Trima kasih ank sedaraku… Aunty baru je perasan komen ni… Terharu… Sobss sobss

      CN, x mo la merajuk… Meh aunty blanja ank patung annabelle… Huhuhuuu

    1. macam bukan 2nd place je mishachantek.. susah jugak nak taip nama dy ni.. hahaha.

      teruskan usaha untuk dapat 1st place comment

      1. hahaha. tadi nampak mcm 2 tapi bila post nombor corot rupanya. lama sgt baca agaknya.

        nak jadi cam singkonglah, kompiden no. 1 manjang.

  1. Ko peminat RAM mcm akk juga. Cite mudah faham. Ringkas. Walaupon 6 cite tpi x boring baca. Eh! Betul ke aku komen

          1. kau mana tau apa2.. kau kecik lg.. tok ni da 6 kali umrah banyak kali haji..

            Jeling sambil putar blkng trus naik super bike pecut laju..walaupun pakai jubah

          2. Jangan.. bunga aku semua dah kena kencing. hm. takpe. letak je atas katil aku. malam nanti tok ambik tau.

          3. kita kalau nak buat apa2 agenda, kena ada strategi supaya tak kantoi. jangan lupa tau. letak atas katil

          4. Sorry lah. Lama sangat nak tunggu tok dtg malam karang. Khilaf. hm huhu

            kalau nak, datang lah nanti. sekali borak hahahahahhahaha

          5. ehh tok x bole mkn kalau ada prmpuan medi.. bini tok marah.. lagi pun tmpt tok nak sarapan ni semua laki..

  2. Weyh korangg aku rinduu korang warga fs.15 hari duk dalam hutan. Tiap malam habis semua cierita dlm ni terimbas balik dlm kepala hotak aku ni. I miss u guysss muahahahahah. Ok dh tamat sesii luah perasaan. Aku nk qada balik semua cerita sbb arini aku off

  3. Tahun 2007 darjah 5? uishh muda lagi kau
    seronok lar baca cerita kau ada 1 cerita ada 6 stori ,kira habis semua episod takder sambung2. hehe

    “..apa yang terfikir itu,ada..” ohh yer selalu gak aku duk fikir2 kamal adli . lol.okay gurau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.