Aku Budak Felda

Salam semua, asyik baca cerita orang je kan, aku pun nak open story sekalilah. Ok, aku nak cerita pasal kampung aku. Aku dibesarkan di sebuah kampung felda di daerah Kota Tinggi. Dulu masa aku kecik-kecik kampung felda ni semua masih kurang kemudahan. Lampu jalan takde, jalan tanah merah, gelap bila malam. Syukur Alhamdulillah sekarang banyak berubah. Cuma pengurusan felda je kureng skrg ni. Isa Samad la ni punca. Huhu. Dah tanpa membuang masa aku start kisah pertama.

Dulu masa kecik aku ni penakut, pegi toilet pun mintak akak abang aku teman. Tapi bila usia aku masuk remaja aku berubah jadik terjal. Terjal ni kalau orang Johor maksudnya degil dan kaki redah. Main redah je, paya, rumah orang, sawit semua masuk. Kubur je aku tak masuk pegi main dalam tu. Heheh. Ada satu hari ni, aku pergi amek buluh kat paya belakang rumah jiran. Aku gerak berdua je dengan sorang member kampung aku ni, nama dia zet. Sampai je terus kitorang tebang buluh yang kitorang dah aim, nak buat pelita, bulan puasa masa tu.

Tengah aku menakik batang buluh, sempat jugak la zet ni snap gambar aku guna henpon, sony xperia x8, camera baek sony ni. Lepas dah ambik 2, 3 batang kitorang pun balik sebab dah petang sangat masa tu. Malam tu aku belek gambar tadi, tiba-tiba aku nampak ada imej pelik kaler hitam. Aku zoom in dan hasilnya imej tu bentuk encik cong tapi dalam imej hitam siap ada punjut lagi duk belakang pokok ngintai kitorang tebang buluh. Sampai sekarang ada lagi simpan kat henpon xperia tu.

Kisah kedua masa aku form 6. Ada sekali tu mak dengan bapak aku takde, pegi Shah Alam konvo akak aku. Jadiknya rumah kosong. Aku tak ikut sebab sekolah tambah pulak nak trial tak lama lagi. Malam tu aku boring, aku ajak member-member kampung lepak warung. Lepas tu aku ajak diorang tidor rumah aku sebab kosong takde orang. Aku siapkan homework diorang main ps2. Dalam pukul 1 lebih macam tu tiba-tiba ada bunyi pelik. Bunyi macam kerbau kena sembelih. Mula-mula bunyi kat dapur lepas tu beralih ke ruang tengah. Member aku semua kepala tegeng nak keluar tengok apa benda sebab diorang tak tau.

Aku tau sebab masa pegi kem jati diri ada abang fasilitator bagitau bunyi kerbau kena sembelih dengan baby meraung bunyi abang cong. Aku terus larang diorang keluar. Nak hisap rokok bukak tingkap sikit je. Aku bagitau diorang esoknya masa aku siap-siap nak pergi sekolah. Masing-masing muka biru. Hahah. Diorang tak sekolah sebab diorang cuti sem diploma dengan matriks. Aku cerita kat mak dengan bapak aku. Diorang kata memang selalu macam tu, benda tu tau aku sorang je kat rumah, mula la cuba try test nyakat aku, nasib baik tergerak ajak member tidur rumah.

Cerita ketiga ni masa aku kerja lepas habis stpm tunggu result. Aku dengan dua orang member sekolah kerja kat dewan makan satu sekolah sbp ni. Hari tu kitorang kerja shift malam. Tunggu sampai budak siap supper baru kitorang boleh kemas balik. Jadi sementara tunggu tu aku dengan member aku yang sorang ni pergi kedai kat luar beli rokok dengan ronda-ronda, malam jumaat. Lagi sorang malas keluar stay kat dapur dewan makan. Masa on the way balik kitorang lalu kat satu jalan ni. Ada kuarters rumah bomba, depan kuartes tu semak belukar. Untungnya ada lampu jalan sampai keluar jalan besar, taklah gelap sangat.

Masa aku lalu sambil borak-borak atas motor tu tiba-tiba lampu jalan Sebatang ni terpadam ngam-ngam masa kiorang lalu bawah dia. Kitorang rileks jela, normal la kadang-kadang lampu tak betul, kan. Sampai lampu jalan seterusnya pun sama, kitorang lalu bawah dia terus terpadam, rileks ahh kebetulan je tu. Sampai lampu seterusnya ngam, terpadam lagi. Aku dengan member aku dah cuak. Nasib baik lepas tu ada kereta lalu. Lampu seterusnya dah tak m**i lagi. Sampai kat dewan makan aku bagitau la kat member aku yang tak ikut ni, dia gelak-gelak je. Habis kerja kitorang pun balik. Sempat singgah rumah member aku yang tak ikut ni tadi sembang-sembang, lepas tu baru balik.

Esoknya kitorang datang kerja kawan aku yang stay kat dewan makan tu cerita, “aku kena kacau dok balik kerja semalam dengan kak pon masa tidur”. Pulak. “Korang lah ni, bawak balik lepas tu aku yang kena”. Time ni aku pulak gelakkan balik. Kata member aku ni, dia nampak rupa kak pon tu macam mana. Separuh manusia cantik separuh buruk, entahlah aku malas nak fikir macam mana, mintak dijauhkan. Satu yang harus kita pegang, hanya Dia Rabb maha berkuasa mutlak atas semua makhluk, mintalah pada Dia.

Sori kalau cerita tak berapa seram, lain kali ada masa aku cerita pasal benda benda mistik masa keluarga aku mula-mula sampai felda nak bukak kebun. Masa ni aku pun tak lahir lagi. Ok chaw. Salam.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

  1. Ko ade sensor ekk???
    Lalu je lampu padam…
    Ko jgn dtg umh akk dik…
    Kang blackout litar pintas bagai sume ade…
    Hahahahhaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.