Aku Dan Hamba Allah Part 2

Assalamualaikum semua. Terima kasih FS sebab sudi siarkan cite aku hari tu. Hamboi korang, kan aku sudah bilang yang aku tak pandai bercerita. Pasal letak koma ke titik ke, korang faham kan sendiri ye. Aku tak pandai huhuhu. Aku mintak maaf sebab cerita berbelit2. Serius tak pandai nak taip camne jalan cerita tu. Terima kasih yang support aku. Aku cuba ye yang terbaik untuk bagi korang tak pening. Kehkehkeh.

Hamba Allah nie aku memang pernah nak buang. Masa tu aku ada jumpa seorang ustaz nie. Nie pon secara kebetulan sebab nak pergi berubat arwah mak kawan aku. Al-fatihah untuk arwah. Arwah nie kena santau angin, selalu sakit2 nak muntah semua. Aku masa tu dah fikr2 nak tanya pasal diri aku nie. Selesai je yang arwah, aku pun tanya la pasal aku. Ustaz tu diam xtau la baca apa aku pon tak dengar.

Ustaz nie cakap lah ciri2 hamba Allah nie macam mana. Apa yang dia bagitahu memang sama dengan yang aku pernah tengok. Ustaz nie cakap kita buang saja lah sebab dia dan kita dunia tu lain2. Aku iyakan je mana yang elok kan. Selesai dia buang, semua balik macam biasa lah. Aku balik tu aku capai nasi semua nak makan. Aku pun tak pasti ape yang aku dengar tapi yang aku dengar Hamba lah nie marah cakap, “kenapa buang aku?”. Rasa dekat je dengan telinga aku. Aku masa tu seram sejok jugak. Tapi maacm biasa makan je la aku huhuhu.

Lepas dari hari tu aku start kerja tempat yang aku cerita sebelom nie. Aku tahu Hamba Allah tu tak pernah pergi jauh dan selalu je pantau aku. Tambah aku yakin bila memula aku dapat kerja aku tak duduk rumah sewa lagi tapi duduk rumah mak saudara kawan aku. Aku panggil Maklong je ye. Malam aku balik keje tu borak2 lah. Tetiba dia cakap, “Angah. Kalau Angah taknak, Angah bagi dekat Maklong lah”. Uikss. Aku pelik gak. Macam mana dia boleh tahu. Lepas dari tu aku tanya kawan aku. Dia pon cakap yang Maklong dia tu boleh jugak berubat. Ok. Jadi aku tahu yang Hamba Allah tu ada. Bukan tu je. Ada satu kejadian yang dekat asrama yang dekat tempat keje aku tu yang boleh dikatakan keras gak kot. Yelah kan simen. Huhuhu gurau.

Kisah bermula macam nie. Ada salah sorang budak yang ayah dia nie ade ilmu kot. Aku dengar silat. Entah lah. Nak dijadikan cerita, anak dia nie langgar pantang larang dia. Yang aku dengar kalau ahli keluarga dia nak keluar pergi mana2 kena bagitahu dekat ayah dia dulu, kalau tak adalah yang tak kena. Jadi budak nie dia masuk asrama tanpa bagitahu ayah dia. Jadi si ayah nie nak bagi pengajaran dekat anak dia. Hantar ape entah(nie kawan baik dia yang cerita. Betol2 tak2). Lepas isyak tu bunyi si perempuan nie menjerit. Kuat pulak tu dari tingkat atas, memang kuat lah jeritan masa tu dengar.

Dah call siap ayah dia. Ayah dia datang siap ngepek2 ape tah kat bawah asrama. Aku tak keluar pon. Malas nak amik tahu awalnye. Lepas tu aku tengok macam ramai pulak yang berkumpul keluar lah tiba-tiba. Kebetulan ayah budak perempuan tu cakap, “lepas nie akan jadi lagi tapi bukannya dia”. Dah cakap macam tu, takutlah bebudak asrama tu kan. Ishh. Ada kawan aku nie nama Kina (bukan nama sebenar) cakap x sedap badan. Aku urut la dia. Macam pelik jugak dia nie. Urut2 sambil baca.

Tangan aku menggigil tiba-tiba. Sah dah dia yang bakal kena. Siap muntah lagi. Duk kejap, Maklong dengan sorang pakcik nie tiba-tiba datang. Pakcik nie aku panggil Pak Mail je la ye. Sampai je dia, dia asyik pandang2 aku. Jadi aku biarkan je lah. Malas nak panjangkan cerita. Karang bersoal jawab plak. Aku serahkan je la dekat Maklong dengan Pak Mail tu untuk selesaikan kes ni. Lagipun kan aku keje huhu. Jadi lepas keje tu baru aku naik asrama diaorang tengok. Aku tengok Kina dah terbaring tengah2 bebudak ramai nie. Pak Mail dengan Maklong ade duduk bincang ape entah. Aku pun pergi join diaorang. Tahu pakmail cakap apa? “Dia ada nie dekat kau” kata Pak Mail. Aku balaslah, “ok”. Tak cuak tapi terpikir gak la. Ape yang aku rasa tu memang ada.

Pak Mail serah Kina dekat aku sebab aku yang sentuh dia dulu. Aku duduk, aku mengucap dan selawat, baca al-fatihah dan akhir sekali ayat kursi untuk pagar diri aku. Kina tak ada apa2 yang seram. Tapi dia banyak muntah2. Mula2 je dia degil sikit sebab yang kawal dia orang asli. Entah lah. Kina terkena minyak pengasih dari pakwe dia sebab nak bagi tambah sayang dan tak nak bagi Kina nie tinggal dia. Aku tahu pun sebab Pak Mail yang bagitahu kat aku. Aku dekat Kina tapi Pak Mail pun tolong dari jarak jauh sikit sebab aku perhati mulut dia tengah kumat kamit membaca je. Selesai uruskan Kina sampai muntah keluar lendir hitam. Mungkin benda alah tu, aku tutup balik. Bacaan awal aku dengan mengucap balik. Syukur dipermudahkan, dan selesailah semua.

Pak Mail cakap, “macam letak bekas kosong tengah padang pasir, pasti akan terisi pasir jugak kalau dibuang pun”. Ok. Yang nie aku cuba hadam. Entah lah. Sebetulnya aku tak taksub dengan ape yang ada nie. Cuma xsedap mata. Kadang-kadang ternampak. Kadang- kadang terasa. Tapi aku tak ambik tahu. Aku biarkan je. Tentu korang nak tahu macam mana Hamba Allah nie. Hamba Allah nie seorang lelaki tua Bunian. Ustaz tu cakap dengan apa yang aku pernah tengok. Tu lah dia.

Sampai sini sajalah kisah aku. Terima kasih sudi baca cerita tak seberapa aku nie. Assalamualaikum.

Loading...

8 comments

  1. Bak kate pak mail tu…
    Camne pon pasti ade sisa tempiasnye…
    Mcm org operate buang kanser…
    Mgkn kanser blh sembuh ilang tapi parutnye msh ade…
    Xleh clear 100%, wallahualam…
    Tapi…kesian kan…
    Benda mendtgkan mslh bkn ats kerelaan dan tanpa sedar…
    Semoga Allah permudahkan urusan dan dipelihara…
    Aamiin…

  2. “macam letak bekas kosong tengah padang pasir, pasti akan terisi pasir jugak kalau dibuang pun”

    aku pun cube gak hadam apa ayat pak mail ni….tabah lah ye …dah buang still ada lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *