Aku Gila?

Assalam.. Saya Linda.

Ada sesetengah orang kata saya ni gila sebab menceritakan kisah yang tidak masuk akal kepada polis. Tetapi bagi yang mengalami sendiri seperti akan setuju dengan tindakan saya. Saya adalah ibu kepada Kasih, dan isteri kepada Kamal, seorang usahawan yang hampir berjaya. Namun, ada sesuatu yang berlaku kepada kami membuatkan suami saya jatuh muflis.

Semuanya bermula apabila kawannya Azman, membuat satu reunion di rumahnya, bagi mengumpul semua rakan perniagaannya termasuklah suami saya. Dipendekkan cerita, kami sekeluarga pergi kesana.

Anehnya, apabila sampai disana, hanya kami sahaja yang datang ke rumah Azman. Oh ya, Azman mempunyai seorang isteri bernama Suhaida. Umurnya lebih muda dari saya. Suhaida mempunyai paras rupa yang cantik.

Terdetik dihati saya ‘ Cantiknya isteri En. Azman ni. Tetapi mereka belum ada rezeki memiliki anak. Tak mengapalah, satu hari nanti akan datang rezeki untuk mereka.’ Kami pun dijemput ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa cantik rumah mereka.

“Mana yang lain?” tanya Kamal. “Oh, kejap lagi sampai lah tu. Lagipun, kau sampai awal sangat ni hehehe, jamuan pun belum sampai.” kata-kata Azman membuatkan Kamal bertanya sekali lagi “Alamak, awal sangat ke, tak mengganggu korang ke?”. “Eh, tak apalah, saja aku jemput kau awal-awal sebab aku nak bincang seperkara dua dengan kau.” “Kalau macam tu, jom lah berbincang diluar.” kata Kamal. Sementara itu, saya, Kasih dan Suhaida hanya tersenyum sesama sendiri.

Akhirnya Suhaida bertanya, “Akak nak air, mari saya tuangkan.” “Oh, terima kasih.” jawab saya. Dan kami berbual pendek mengenai isu semasa dan hal-hal wanita. Dalam pada itu, saya dapat rasakan ada mata yang memerhati kami bertiga. Sampailah ke hal anak, Suhaida tiba-tiba bertanya “Akak mesti rindukan Kasih kan?” Barulah saya teringat anak saya tiada disisi saya! “Eh, budak ni, mana dia pergi? Sekejap ye Suhaida. Kasih? Kasih?” Saya dah cakap dengan dia sebelum sampai ke rumah Azman untuk tidak merayau kemana-mana dan mengganggu tuan rumah.

Suraida hanya mengikuti dari belakang. Saya mengagak anak saya hanya bermain nyorok-nyorok, patutlah saya rasa seperti diperhatikan semasa saya seronok berbual dengan Suhaida. Tiba-tiba, saya dan Suhaida merasakan hanya kami berdua sahaja yang tinggal dirumah itu, kerana apabila kami memanggil Kamal, Azman dan Kasih dengan suara yang kuat, tetapi tidak berbalas. saya tidak tentu arah dan mula rasa tidak sedap hati. “Suhaida, kita kene buat sesuatu, akak rasa tak sedap hati ni. Saya mengambil pisau, dan menyerahkan satu lagi kepada Suhaida. “Pegang ni Su, sebagai alat pertahanan diri.”

Tiba-tiba Suhaida menjerit. “AAAAAAARRRGGHHHH!” kelihatan seekor lembaga besar; badannya hitam dan terlihat titisan darah pada gigi dan tangannya terpacak di depan pintu dapur rumah Su, menghadap kami. Lembaga itu terus mengejar kami dan tanpa sempat berbuat apa-apa, lembaga itu menyambar Su dan mencakarnya.

Saya lari sambil menangis terkejut dengan apa yang sedang terjadi, sekuat-kuat hati. Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang. Tetamu yang sepatutnya berkunjung ke rumah Azman juga tidak kunjung tiba, rumah kelihatan suram dan gelap seolah-olah saya berada di alam yang lain. Saya cekalkan hati, saya bersembunyi dibalik sofa yang kami duduk tadi. Tidak sempat menghela nafas, saya terpandang Kasih sedang berlari keluar.

Lalu, saya kuatkan semangat pergi mengejar Kasih untuk menyelamatkan anak saya dari ditangkap oleh lembaga tersebut.. Saya terpaku apabila ada seekor lembaga diluar sedang cuba untuk mencekik anak saya.

Saya jadi marah dan terus memberanikan diri menuju ke arah lembaga tersebut dan berteriak “Allahuakbar!!! Jangan ganggu anak aku, setannnnn!!!!” Dengan menggunakan pisau, saya terkam dan tikam lembaga hitam tersebut. Dan mengambil anak saya kembali.

“Sayangg, sayang ok ke nak?” “Kasih ok ibu….isk isk….” menangis anak saya. “Ya Allah sayang??!!!!!!!” Teriak Kamal dari belakang saya. “Abang, saya dah selamatkan anak kita..” Kamal pegang saya dan memeluk saya dengan sangat erat sambil saya menutup mata dan menghela nafas lega.

Tapi lama kelamaan, semakin kuat sehingga saya sukar bernafas! Saya lihat semula ‘ Kamal ‘ dan ternyata saya memeluk lembaga yang mencakar Suhaida tadi!! CUKKKK! Saya tikam lembaga tersebut.

Anak saya hanya menangis ketakutan di tepi meja kecil diluar rumah. Saya dapatkan anak saya tetapi belum sempat saya ke meja saya terdengar bunyi tembakan dan berkata “POLIS!! JANGAN BERGERAK DAN PUSING KE DEPAN PERLAHAN-LAHAN!” Saya memegang anak saya dan pusing ke arah polis. Kelihatan 3 orang polis dipintu kereta sedang memegang pistol menghala ke arah kami berdua dan sebuah kereta polis lagi menuju ke perkarangan rumah Azman dan Suhaida.

Dengan tidak semena-mena, saya digari. “Eh, apa ni? Kasih, jangan tinggalkan ibu!!” Kasih berlalu dan masuk ke dalam kereta polis di perkarangan rumah banglo itu sementara saya masuk kedalam kereta polis lagi satu….

……………….

“Saya tidak bersalah! Saya cuba melindungi anak saya dari dicekik oleh lembaga hitam tu! Korang semua tak faham ke??!! Kalau korang semua tak percaya, pergi balik dan tengok dengan mata kepala korang sendiri lembaga hitam yang saya dah bunuh tu! Kalau kena dekat anak korang sendiri, baru korang tahu!!!!!”

………………..

2018, Terkini – Seorang wanita, Linda Riana telah disyaki menikam 2 orang lelaki usahawan yang seorang merupakan suaminya, Kamal, dan seorang lagi rakan kongsi suaminya, Azman; serta seorang wanita yang merupakan isteri rakan kongsi suaminya, Suhaida di rumah Azman. Pasangan suami isteri itu mati ditempat kejadian manakala Kamal yang cedera teruk di perut, koma dan sedang dirawat dihospital.

Pihak polis percaya pembunuh wanita tersebut kemurungan disebabkan kematian anak perempuannya bernama Kasih, yang telah diculik dan dibunuh oleh pasangan kekasih bermotifkan dendam keatas usahawan tersebut. Pasangan kekasih itu telah berjaya ditangkap pada 28 Oktober 2017 dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati….

(Terima kasih FS kerana telah menerima cerita panjang dari saya. Pembaca semua rasa.. saya layak tak untuk dipenjarakan…? Adakah lembaga tu masih hidup…? Bantu saya….) – Linda

hantar kisah ada: fiksyenshasha.com/submit

komen admin: Tujuan admin publish kisah ni, sebab rasa ada mindblowing sikit. Ada sesiapa nak explain?

13 thoughts on “Aku Gila?”

  1. Saya pernah tengok movie ‘Indentity’ dan ‘shutter island’ .. sy juga pernah punya kakak angkat yang ambil jurusan psikologi. Biasanya manusia yang mengalami kejutan atau stress atau depresi atau tak dapat menerima kenyataan atau kesemuanya akan membahagikan pemikiran diri mereka kepada beberapa bahagian. Ada sekadar membayangkan, ada mengandaikan diluar kenyataan dan tak kurang yang menukar diri mereka kepada personaliti lain. Berhalusinasi malah sudah tidak dapat membezakan halusinasi dengan kenyataan.
    Setiap manusia mempunyai dugaan hidup di atas dunia ini. Kuat tak kuat jiwa manusia itu berbalik pada keimanan dan rasa syukur kita kepada Allah.

    Reply
  2. Kawan saya dulu, mak dia meninggal sebab abg dia kapak kepala mak dia. Alasannya, dia sebenarnya kapak makhluk hitam besar yang berdiri di belakang mak dia. Korang rasa waras ke orang macam ni dan wajar ke untuk dibiarkan bebas?

    Reply
  3. tibe2 teringt kes arwah baby adam raykal. kesian mak die.. kadang kite nanpak org tu sihat tp dlm hati siapa yang tahu. harap masyarakat x ambil remah benda yang melibatkan halusinasi ni..

    Reply

Leave a Comment