AKU LUPA? ( AKHIR)

Zalif dekat mana ibu..
abah, mana adik?

Aku melihat sekelilingku, kini aku berada di rumahku sendiri. Badanku terasa sungguh penat dan tidak bermaya, aku melihat kearah tangan kananku, terdapat kesan cakaran yang hebat. Ini mungkin kesan cakaran makhluk berbulu itu. Setelah mengingat kembali wajahnya. Badanku menggigil, bulu roma ku serta merta menegak, wajahnya yang menyeramkan itu terus menerus melemahkan semangatku. Namun, siapa dia, kenapa dia bawa lari adik aku..

“ Ibu, macam mana zalif boleh ada dekat sini” soalku kepada ibu. “ ibu dan abah jumpa kamu terbaring di tengah padang hujung kampung semalam, puas ibu dan abah cari, macam mana kamu boleh ada dekat sana” balas ibuku. “ ibu, zalif tersesat dalam hutan hujung kampung tu, zalif cari adik ibu..” tidak menunggu lama, ibuku terus memegang tanganku dan berkata. “petang nanti, kita pergi jumpa adik ya, kamu rehat dulu, nanti ibu dan abah bawa kamu keluar jumpa dengan adik kamu”
Hatiku sunggu gembira setelah mendapat tahu yang adik aku selamat dari mahluk menakutkan itu. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Badanku masih kesakitan, aku rehat dan melelapkan mata.

“ KAU HARUS BERDAMAI DENGAN TAKDIR!!”
Aku terbangun dari tidur, ayat itu bermain main di kepalaku. Entah bagaimana aku asyik bermimpi makhluk yang menyeramkan itu. Sebelum hari mulai gelap, aku harus bersiap untuk mengikut ibu dan abah berjumpa dengan zamir. Usai mandi, aku pergi ke kamarku untuk memakai baju. Tiba tiba, mataku menangkap sesuatu di sudut bilik. Aku melihat seseorang yang bertubuh kecil mirip adik. Aku menghampirinya dan memegang bahunya. “ adik?” dia terus memusingkan wajahnya dan melihat kearahku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sosok makhluk yang menyeramkan sehingga bola matanya terkeluar tepat memandang ke arahku. “ abang~~ kenapa tinggalkan adik..” dia terus merangkak ke arahku, aku menjerit sepenuh hati.

“ IBU !! ABAH!! TOLONG!! “ tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dari bilik itu. Aku mencari kelibat ibu dan abahku, namun tidak ku temu. Makhluk yang menyerupai zamir itu terus mengejarku. Dengan penuh ketakutan, aku berlari keluar dari rumah itu. Aku merasakan kakiku melanggar sesuatu, alangkah terkejutnya apabila aku melihat 2 kujur mayat yang berbungkus seakan pocong, mereka tersenyum ke arahku, jelas aku lihat wajah 2 makhluk itu mengeluarkan lendir hijau dari mulutnya. aku hilang arah, buntu. Aku terus berlari keluar dari rumah itu.

“ Zalif, kamu kenapa?” aku terus memeluk abahku. Ibuku juga berada di sisinya. Aku bersyukur, aku dapat lari dari ketiga makhluk yang menyeramkan itu. “ ibu dah kejutkan kamu, kamu tak bangun bangun, dah jom kita pergi lawat adik kamu” balas ibuku. Aku terus menyarung seliparku dan pergi bersama ibu dan abah. Dalam perjalanan, aku melihat wajah ibu dan abah sungguh bersih. Mereka dua tidak banyak bercakap. “ Zalif anak ibu, apa yang jadi lepasni, kamu harus berlapang dada ya nak? Kamu harus menerima takdir Allah” pesan ibu ku secara tiba tiba. “ Abah nak kamu teruskan hidup, jadi orang berguna, jaga akhlak dan jaga solat ya nak?” pesan abah ku pula. “ baiklah, zalif ingat pesan ibu dan abah” jawabku memecah kesunyian. Setelah beberapa lama kami berjalan, akhirnya kami tiba. Kami tiba di kawasan perkuburan. Di tepi sawah abah.

“ abah? Ibu?”
“kita buat apa dekat sini, mana adik?” soalku dengan penuh kebimbangan. Abah dan ibu terus mendapatkanku dan memeluk tubuhku erat. Aku melihat wajah mereka berdua, air mata mengalir di wajah mereka. “ maafkan abah dan ibu nak” . Aku terkedu, beribu persoalan dalam mindaku waktu itu. Dengan penuh rasa hiba, aku kelu melihat batu nisan yang terpacak di depan kami. Tertera nama “ Zalif bin Jali” . Aku terduduk diam setelah mendapat tahu bahawa adikku sudah tiada. “ abah, ibu apa dah jadi?” tanyaku dengan penuh hiba. “ kamu dengan adik kamu terlibat dalam satu kemalangan 3 minggu lepas di sawah abah, basikal kamu dua remuk, namun hanya kamu yang dapat diselamatkan, adik kamu kritikal dan meninggal dunia keesokan harinya.

Maafkan abah dan ibu nak..” jawab abahku dengan penuh rasa kesal. “ siapa yang langgar adik abah, siapa?” tanyaku dengan penuh tanda tanya. Tiba tiba abah dan ibu kembali peluk erat tubuhku. “ maafkan ibu dan abah zalif, maafkan kami berdua, kamu ingat selalu pesan ibu dan abah ya, ibu dan abah sayang kamu dan adik selalu” balas ibuku sambal mengusap rambutku. Wajah mereka sungguh suci pada hari itu. Aku perasan tangan ibu dan abah sangat sejuk, aku melihat kembali wajah mereka semakin pucat dan lesu. Tidak lama kemudian, bahuku ditepuk seseorang.

“ Zalif, kamu buat apa dekat sini? “
Aku melihat bang man dan pak samad berada di belakangku. Mereka dua bukannya orang lain dalam hidupku. Pak samad juga merupakan ayah saudaraku sendiri, bang man pula anak kandungnya. Aku melihat kembali keadaan sekeliling kubur pada waktu itu. Kelibat ibu dan abah tidak kelihatan. “ bang man, mana ibu dan abah? “ mereka dua kehairanan setelah aku menanyakan soalan itu. Tanpa berfikir panjang pak samad terus membawaku di kubur yang lain. Alangkah terkejutnya setelah aku melihat nama ibu dan abahku tertera di batu nisan itu. “ apa sudah jadi, kenapa hidup zalif macamni !!!, kenapa zalif lupa!!” Soalku dengan penuh amarah. Bang man dan pak samad terus membawaku pergi dari kawasan kubur itu.

“ Setelah peristiwa kemalangan yang meragut nyawa adik kamu 3 minggu lepas di sawah abah kamu. Kami mendapat khabar bahawa punca utama kemalangan itu berlaku adalah kerana ibu dan abah kamu tidak sengaja merempuh adik kesayangan kamu setelah mereka dua pulang dari masjid usai solat asar petang itu.” Ujar pak samad kepadaku. “ apa jadi dekat ibu dan abah?” soalku.

Pak Samad memandangku dengan penuh rasa sayu. “ Selama kamu berada di hospital, ibu dan abah kamu kemurungan di rumah setelah kehilangan anak kesayangannya. Semiggu selepas itu, pak mad dengan bang man melawat mereka di rumah, namun yang kami lihat hanyalah 2 kujur mayat yang tergantung di dalam bilik. Ibu dan abah kamu memutuskan untuk menamatkan hidup mereka di bilik adik kamu zalif..” Aku terduduk pilu, aku terus menangis tersesak esak di samping ayah saudaraku.
Hatiku remuk dek kerana terpaksa menerima ujian yang aku kehilangan keluarga tercintaku. Ujian yang paling berat yang pernah aku tanggung.

Kini tinggal aku seorang
Benarlah, aku harus berdamai dengan takdir, takdir untuk menerima bahawa ibu,abah dan adik kini sudah tiada. Aku memandang ke arah sawah abah dengan penuh ketenangan. “ Zalif maafkan ibu dan abah, tunggu zalif datang ya”. Setelah kejadian itu, aku tidak lagi diganggu oleh makhluk makhluk yang menyeramkan itu, kini aku punya keluarga sendiri, aku bertekad untuk menjaga mereka sepenuh ragaku.

buat ibu,abah dan adik.
tamat~~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

atifasyrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 3.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.